You are on page 1of 1

PERATURAN AM PERMAINAN: TUJU TIN

1. Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.
2. Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang.
3. Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.
4. Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang
lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.
5. Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala
pasukan penyerang akan mematikan servis/pergerakan pihak bertahan.
6. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja
7. Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukanp
enyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan.
8. Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan
diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil alih
perlawanan.
9. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan
diperolehi oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula.
10. Pematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang
mengenai anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis
peserta bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja.
11. Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari
gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain sehingga
permainan baru dimulakan.
12. Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika ia
berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir.
13. Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk
membaling bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan
yang tersentuhbola juga dianggap tersingkir.
14. Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada pasukan
penyerang.

You might also like