You are on page 1of 1

SEJARAH TENTERA UDARA

DIRAJA MALAYSIA

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula


apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen
pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia
dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan.

Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera


Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi
penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera
Udara yang pertama.

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera


Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka
dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-
syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di
dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya
adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang
dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis


Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada
Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958.
Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM
ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam,
Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal
Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior
Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal
Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail
Arifin.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan


kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu
ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan
melalui udara dan membantu pasukan keselamatan
menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam
negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September
1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada Tentera
Udara Diraja Malaysia atau lebih dikenali sebagai TUDM.

You might also like