You are on page 1of 1

SMK SEREMBAN JAYA 2

70450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : 06-6753587 FAX : 06-677 6103

Ruj. Tuan :
RujKami : Smksj2/07/01/003( )
Tarikh : 1 Mac 2017

KEPADA,

Ketua Balai
Balai Bomba dan Penyelamat Senawang
70450, Seremban
Negeri Sembilan

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JURULATIH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT SMKSEREMBAN JAYA 2

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Seremban Jaya 2 ingin memohon bantuan jurulatih Pegawai Bomba
dari balai tuan bagi membantu latihan peserta kadet bomba sekolah.

3. Tarikh dan masa latihan kadet adalah seperti di lampiran.

4. Oleh itu adalah besar harapan kami, agar pihak tuan dapat membenarkan Pegawai tuan, En Zulkefli bin
Abd Hamid keluar pada waktu tugasnya bagi membantu kadet bomba sekolah. Namun,jika terdapat hal yang
lebih penting di balai, kami bersedia untuk menerima mana-mana jurulatih yang dibenarkan oleh pihak tuan.
Kerjasama yang diberikan, pihak sekolah merakamkan penghargaan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SUSILA A/P PAVADAI)


PK Kokurikulum
SMK Seremban Jaya 2

You might also like