You are on page 1of 1

Kepentingan menabung

Amalan menabung merupakan sifat yang harus dipupuk dari kecil lagi.Kanak kanak harus digesa
untuk menabung kerana bukan sahaja menanam sifat yang murni malah mendidik anak anak muda bijak
berjimat cermat.Jelasnya menabung banyak kepentingannya.

Antara kepentingan amalan menabung ialah menampung perbelanjaan sekolah diperingkat


yang lebih tinggi.Hal ini demikian perbelanjaan untuk meneruskan ke institut yang lebih tinggi
memerlukan wang yang banyak.tetapi dengan adanya wang tabungan yang disimpan pasti dapat
menampung perbelanjaan tersebut.

Selain itu ,amalan ini dapat digunakan pada waktu kecemasan dan perkara yang berlaku seperti
kemalangan yang tidak diduga.Sebagai contoh apabila berlaku kemalangan diantara ahli keluarga anda
dan dana untuk perubatan adalah sangat tinggi.oleh itu hasil tabungan pasti dapat membantu keluarga
yang memerlukan bantuan dari segi kewangan.

Seterusnya menabung juga penting untuk memulakan perniagaan yang diimpikan.Bagi memulakan
perniagaan seseorang perlu mempunyai modal yang besar.Tetapi dengan adanya tabungan yang
disimpan pasti dapat mempercepatkan perniagaan anda.

Amalan menabung juga boleh digunakan untuk tujuan melancong dan mengerjakan ibadah.Hasil
tabungan yang dikumpul dapat digunakan untuk melancong diluar atau dalam negeri.Kita boleh juga
menggunakan duit tersebut untuk mengerjakan Haji atau umrah bagi orang islam.

Tuntasnya ,amalam menabung adalah amalan murni yang harus disemai dari kecil lagi bak kata
pepatahmelentur buluh dari rebungnyasekiranya semua lapisan masyarakat mengamalkan sifat ini
pasti melahirkan generasi yang bijak dan berjaya dimasa hadapan.

You might also like