You are on page 1of 1

Tarikh: 3 Oktober 2017

Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta


Tingkat 2, Wisma MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam,
40000, Shah Alam,
Selangor

Assalamualaikum Wrbt

Tuan Pengarah,

MEMOHON POTONGAN SEWA DEWAN BOLA TAMPAR MBSA SEKSYEN 19

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, pihak kami akan menganjurkan pertandingan bola tampar tertutup
diantara sekolah-sekolah sekitar Shah Alam dan kawasan yang berdekatan sempena cuti
sekolah yang akan datang.

3. Berikut merupakan maklumat berkenaan dengan pertandingan tersebut:

Tarikh 16 Oktober 2017


Masa 10 pagi- 7 petang
Bil. gelanggang 2 unit ( berhawa dingin)

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi potongan harga sewa dewan untuk
tujuan berkenaan. Ini adalah salah satu usaha memupuk minat pelajar-pelajar sekolah untuk
terlibat dalam aktiviti berfaedah semasa cuti sekolah.

Sekian terima kasih.

Yang benar

..
( DATUK HJ. MOHAMMAD ISA BIN ISHAK)
YDP PIBG
SMK Seksyen 7, Shah Alam
012-217 6501

You might also like