You are on page 1of 27

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat


juga kami menyiapkan kerja kursus kami yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk Konsep Ibadah Dalam Islam. kerja
kursus yang ini amat penting buat kami memendangkan perkara ini
merupan sebahagian daripada kerja kursus berkumpulan

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang


banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus
kami ini. Pertama sekali kepada Ustazah Haslinda selaku
pensyarah Tassawur Islam kerana beliau telah banyak
memberikan bimbingan dan semangat

Sekalung perhargaan untuk pensyarah kerana memberikan tunjuk


ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyiapkan kerja kursus masing masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja kursus ini
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan kami maklumat tidak akan saya lupakan

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yabg telah


membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang
kerja kursus kami dijalankan dan dibentangan
PENGENALAN

PENGERTIAN IBADAH

Berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah


diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri
kepada yang lain.

Menurut istilah syarak: taat, patuh dan merendahkan diri


sepenuhnya kepada Allah swt - mengikut peraturan dan suruhan
Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah
Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara
berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi
makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

ASAS-ASAS IBADAH

1. Ketundukan - menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan


segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini
berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan
kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan
kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

2. Kecintaan - kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta


kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah
kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga
lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan
Allah.

Firman Allah:

Maksudnya:

Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku,


nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ali Imran : 31
Firman Allah:

Maksudnya:

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah


tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya
sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang
beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Al-Baqarah : 165

CIRI-CIRI IBADAH

1. Perhubungan manusia dengan Tuhan adalah secara terus -


tidak memerlukan perantaraan sebagaimana ajaran Kristian. Allah
sahaja hukum, tempat mengadu dan meminta ampun.

2. Peribadatan tidak terkongkong di tempat-tempat tertentu.

3. Ruang ibadah di dalam Islam sangat luas - meliputi setiap aktiviti


kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah
sekiranya cukup syarat.

MATLAMAT DAN TUJUAN IBADAH

Kenapakah kita beribadah menyembah Allah SWT? Kenapakah


Allah mewajibkan kita beribadah dan mentaatiNya? Adakah
sebarang faedah diperolehiNya daripada perasaan khusyuk dan
ikhlas kita yang patuh kepada perintah dan meninggalkan
laranganNya? Kiranya ada manfaat maka apakah hakikatnya
manfaat itu? Adakah sasaranya semata-mata perintah Allah yang
kita mesti melaksanakannya?

Friman Allah:

Maksudnya:

Aku tidak berhajatkan rezeki sedikitpun dari mereka itu dan aku
tidak menghendaki mereka memberi Aku makan. Adz-Dzaariyaat :
57
Firman Allah:

MAksudnya:

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah


Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Faathir : 15

Firman Allah:

Maksudnya:

Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka


(pahalanya) untuk dirinya sendiri. Fussilat :46

Firman Allah:

Maksudnya:
Dan barangsiapa yang mensucikan diri mereka, sesungguhnya ia
mensucikan diri untuk kebaikan diri sendiri. Faathir : 18

Firman Allah:

Maksudnya:

Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya


untuk dirinya sendiri. Al-Ankabut : 6

RUANG LINGKUP IBADAH DAN HUBUNGAN DENGAN


KEHIDUPAN

ibadah itu itu bukanlah sesempit apa yang difahami oleh


sebahagian dari kalangan manusia yang tidak dapat memahami
kesempurnaan Islam itu sendiri di mana pada anggapan mereka
Islam itu hanya suatu perbicaraan pasal akhirat (mati) dan
melakukan beberapa jenis ibadah persendirian tidak lebih dari itu.
Begitu juga bila disebut ibadah apa yang tergambar hanyalah
masjid, tikar sembahyang, puasa, surau, tahlil, membaca al-Quran,
doa, zikir dan sebagainya iaitu kefahaman sempit disekitar
ibadah-ibadah khusus dan ritual sahaja tidak lebih dari itu.
Kefahaman seperti ini adalah akibat dari serangan fahaman
Sekular yang telah berakar umbi ke dalam jiwa sebahagian dari
kalangan orang-orang Islam.

Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang
merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana
dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta
keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.

Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan yang


mempunyai paduan yang erat dalam semua lapangan hidup dunia
dan akhirat, tidak ada pemisahan antara kerja-kerja mencari
kehidupan di muka bumi ini dan hubungannya dengan balasan
akhirat. Islam mengajarkan kepada kita setiap apa juga amalan
yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama ada
pahala atau siksa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai
ad-Deen yang lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh
memberi kesejahteraan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa


manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak
bercanggah dengan syarak jika sekiranya ia memenuhi
syarat-syaratnya, seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah
semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari
nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia atau
ingin mendapat pujian dan sanjungan dari manusia; maka
amalan-amalan yang demikian akan mejadi ibadah yang diberi
pahala di sisi Allah swt di akhirat kelak, insya-Allah.

Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap


perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu
orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup
orang lain, memenuhi keperluannya, menolong orang yang
teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah
ibadah.

Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan,


perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh
Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah,
menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang
lain adalah iabadah.
Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala
kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada sesama
manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang,
membaca al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari
ibadah.

Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah


dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar
menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha
dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia
yang termasuk dalam bidang ibadah.

Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu


terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam
dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan
masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan
dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan
pengertian ibadah dalam ertikata yang luas apabila semuanya itu
dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab dan
peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.

HUBUNGAN IMAN DAN AMAL

Iman bukanlah sekadar suatu keyakinan dan pembenaran dalam


hati terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. tetapi
iman yang hakiki dan sebenar ialah merangkumi pembenaran dan
keyakinan di dalam hati, pengucapan di lidah serta melaksanakan
amalan dengan anggota badan iaitu melakukan amalan soleh,
maka dengan ini dapatlah difahami iman itu bukanlah sekadar
ucapan lidah dan keyakinan dalam hati sahaja tetapi amalan
merupakan sebagai bukti kesempurnaan, keteguhan dan
kemantapan iman seseorang.

Imam al-Ghazali menjelaskan dalam hubungan ini dengan katanya:

Iman itu ialah akidah, perkataan dan perbuatan.

Dengan makna akidah itu sebagai membenarkan dan mepercayai


dengan hati kepada segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad
saw. (perkara yang mudah (dharuri) dari agama). Perkataan
adalah sebagai ikrar dan pengakuan dengan lisan dan perbuatan
adalah sebagai beramal melaksanakan segala perintah Allah
dengan anggota (badan yang lahir).

Hadis Rasulullah saw. menguatkan adanya hubungan yang sangat


erat di antara iman dan amal. dengan sabdanya sebagai berikut:
Sabda Rasulullah saw. maksudnya:

Iman itu lebih dari enam puluh cabang; yang paling


tingginya La-Ilaaha-Illallaah dan dan yang paling
rendahnya membuang sampah dari tengah jalan.
(H.R.Bukhari)

Hadis ini menyatakan dengan jelas perbuatan membuang sampah


sebagai sebahagian dari iman. Ini bermkna iman itu jelas bukan
sekadar keyakinan dan kepercayaan dalam hati tetapi ia juga
merangkumi amal atau perbuatan manusia.

PEMBAHAGIAN IBADAH
Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung
dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah
kepada dua bahagian sebagai berikut:

1. Ibadah khusus

2. Ibadah Umum

Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab


al-Ibadaat yang utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan
haji.

Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan


manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang
memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai
dengan Islam.

2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim,


khianat dan sebagainya

3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata


keranaAllah swt. tidak riak, ujub dan umah.

4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya

5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau


mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti sembahyang dan
sebagainya.

Firman Allah swt. maksudnya:

Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan


atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan
sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut
kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan
menjadi goncang. (An-Nur: 37)

AMALAN AMALAN YANG TIDAK MENJADI IBADAH


Dilihat dari syarat-syarat di atas, nampaklah kepada kita bahawa
sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar
sekali untuk mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah
dengan ertikata yang sebenar-benarnya mengikut syarat-syarat
dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya
dapat mencapai matlamat ibadah yang sempurna dengan
menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan


sungguh-sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri;
dengan menyangka kita telah banyak melaksanakan amal ibadah
dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak demikian, kita takut
akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan
sia-sia amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan
lelah. Ini kerana kita melakukan amalan dan kerja-kerja kebajikan
itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan dan
syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehandkki itu.

Dari itu disamping kita melaksanakan segala amalan zahir dengan


sempurna mengikut petunjuk dari Rasulullah saw. apa yang lebih
penting lagi ialah kita membetulkan amalan batin iaitu amalan hati
supaya betul iaitu niat dengan ikhlas, amalan itu semata-mata
kerana Allah tidak kerana yang lain dari-Nya. Dan kita juga
hendaklah sentiasa menjaga keikhlasan hati kita ini dari
penyakit-penyakit yang boleh merusakannya seperti riak, ujub,
sumah, takabur dan sebagainya.

Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai


pakaian untuk menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan yang
berpakaian meliputi badannya tetapi masih menampakan susuk
badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang
menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai
dermawan atau seorang yang rajin bersembahyang dengan niat
tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia; itu semua
tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah swt.

Dengan demikian jelaslah kepada kita segala amalan yang tidak


memenuhi syarat-syarat di atas itu tidak dikira sebagai ibadah. Niat
dan tujuan serta matlamat adalah sangat penting dalam sesuatu
amalan di samping amalan tersebut tidak bercanggah serta diakui
sah oleh syariat Islam.

Matalamat dan Tujuan Ibadah


Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan
manusia ke dunia ini tidak lain melainkan untuk beribadah
(memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha
Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah
dalam Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan
manusia.
Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah
Allah dan apakah matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah
untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang
hamba yang menyembah-Nya ?

Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha
Tinggi tidak mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang
menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun dari
keengganan orang yang menentang dan engkar kepada
perintah-Nya.

Begitu juga tidak menambahkan kuasa keagungan


pemerintahan-Nya oleh puji-pujian orang yang memuji-Nya dan
tidak mengurangi keagungan kekuasaan-Nya oleh keengkaran
orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.

Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya


kerana semua yang ada di alam ini menjadi milik-Nya belaka
sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk Allah yang
banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin,
serba kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan
kepada-Nya.

Allah, Dialah Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha


Penyayang serta bersifat Maha Memberi kepada semua
makhuk-Nya dan Dia tidak menyuruh kita mengerjakan sesuatu
melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk itu
sendiri.

Firman Allah swt. maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah kurniakan hikmat (ilmu


pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur
kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya
dia bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa
yang ingkar, sesungghnya Allah Maha Kaya lagi
Terpuji. (Luqman: 12)
Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah
swt. kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak
menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat
demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada
kita semua sebagai makhluk-Nya.

Kelazatan Bermunajat dan Mentaati Allah


Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa
peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw. para
sahabat, tabiin dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila
adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan
di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang
memuji-muji kebesaran Allah swt. ini semua berlaku dari sebab
makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada

Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat


menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat
bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B begitu juga
apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia
akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan
boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat
yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha
Agung dan Maha Berkuasa.

Firman Allah swt. maksudnya:

Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa


engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang
mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih
memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan
orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah
Tuhanmu sehingga tiba kepadmu perkara yang tetap
(iaitu mati). (al-Hijr: 97-99)

Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia


bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt.
maksudnya:

Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan


(pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia
berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka
ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan
mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka
menerima taubat. (an-Nasr: 1-4)

Ibadah Hanya Untuk Allah


Pada hakikatnya pengabdian terhadap Allah swt. merupakan suatu
kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuannan
yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani
manusia dari perhambaan kepada sebarang makhluk dan
memerdekakannya dari perhambaan dan kehinaan serta tunduk
kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada Tuhan-Tuhan
palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan
mengongkong keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya
miskipun pada lahirnya mereka bertindak seperti tuan yang bebas
dan merdeka.

Perhambaan diri kepada Allah itu membebaskan manusia daripada


perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati manusia ada
keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang
mana dia bergantung kepadanya dan berusaha serta bekerja untuk
mencapai keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang
Maha Esa tentulah manusia akan meraba-raba meyembah
bermacam-macam Tuhan dari setiap objek benda dan khayalan
yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka.

Tidak ada sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang
berakal selain dari beribadah menyembah Allah yang menciptanya
dan menjadikan dirinya dengan sebaik-baiknya dan perkerjaan
yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu pula ialah
menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka
menyembah dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang
lain dari Allah swt.

Seorang hamba abdi yang taat kepada tuannya tentulah akan


merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai oleh
tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang
hati dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala
seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan selalu
bertelingkah antara sesama mereka; yang satu menyuruh hamba
itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah
susah dan deritanya hamba tersebu itu untuk melakukan
perintah-perintah Tuhan yang saling bertentangan perintahnya
antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain.

Kalau orang yang menyembah selain dari Allah menjadi musyrik


(kafir di- sebabkan ia melakukan perbuatan syirik), maka begitulah
juga orang yang takabur menjadi musyrik (orang syirik),
sebagaimana Firaun kerana kesombongan dan takaburnya,
sebagaimana firman Allah swt. bermaksudnya:

Nabi Musa as. berkata: Sesungguhnya aku


berlindung kepada Tuhanku dan Tuhan kamu daripada
perbuatan orang yang takabur yang tidak percaya hari
Perhitungan, demikianlah Allah meterikan setiap hati
orang yang takabur lagi bermaharajalela. (al-Araf: 27)

Kajian menunjukan bahawa semakin besar keangkuhan seseorang


yang enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi diri) kepada
Allah, semakin besar kesyirikannya dengan Allah, Kerana menurut
kebiasaannya semakin banyak takabur tidak mahu menyembah
Allah semakin bertambahlah pergantungan manusia itu terhadap
makhluk yang dicintainya yang menjadi pujaan utama bagi hatinya;
yang demikian mereka akan menjadi musyrik dengan sebab
menjadikan dirinya hamba (menyembah) kepada selain dari Allah
swt.

Hati atau keyakinan manusia tidak akan terlepas dari perhambaan


kepada makhluk kecuali mereka menjadikan Allah sebagai
Tuhannya yang sebenar dan sejati, tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, tiada tempat bergantung dan meminta
pertolongan melainkan dari-Nya, Tidak merasa gembira melainkan
dengan apa yang disukai dan diredai-Nya, Tidak ia benci
melainkan apa yang dibenci oleh Allah, tidak ia memusuhi kecuali
orang yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih melainkan kepada
orang yang di kasihi oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana
Allah dan tidak ia melarang kecuali kerana Allah.

Semakin tulus keikhlasan seseorang itu kepada Allah maka


semakin sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada Allah
dan terlepas dari pergantungannya kepada sesama makhluk,
dengan sempurna ubudiyahnya kepada Allah maka sempurnalah
kesuciannya dari sifat syirik.
Tidak Harus Kepentingan Dunia Dijadikan Tujuan
Ibadah

Samasekali tidak sesuai dengan tujuan Islam yang suci di mana


tujuan atau kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan
atau ibadah seseorang, ataupun kepentingan dunia atau
faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk
melakukan printah ibadah kepada Allah swt.

Begitu juga kalau tujuan beramal dan beribadah kepada Allah swt.
untuk mendapatkan kesucian jiwa dan dengan itu dapat
mengembara ke alam arwah dan dapat melihat malaikat serta
dapat melakukan sesuatu yang luar biasa, mendapat keramat
(kemuliaan) dan ilmu ladunni.

Semuanya ini disangkal oleh para ulamak dengan katanya: Yang


demikian adalah terkeluar daripada jalan ibadah, Ia merupakan
ramalan kepada ilmu atau perkara ghaib, malah akan menjadi
ibadah kepada Allah itu sebagai jalan menuju ke arah demikian
yang mana pada akhirnya lebih hampir kepada meninggal
ibadah.Orang-orang yang beribadah dengan maksud yang
demikian termasuk di bawah pengertian ayat al-Quran yang
maksudnya:

Sebahagian daripada manusia yang menyembah Allah


secara tidak tetap, bila mendapat kebaikan dia
teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling
tadah. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Itulah
kerugian yang amat nyata. (al-Hajj: 11)

Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan


mendapatkan faedah-faedah dunyawi jika sampai dan
berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan
kuatlah tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya
tidak berhasil dia meninggalkan ibadah itu.
Kesimpulan
Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini runglingkup
ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah dijelaskan
iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri
yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu, oleh itu
bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari
adab-adab masuk ketandas mengerjakan qadha hajat hinggalah
sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan
mentadbir negara.

Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah


yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat
apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng
dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut
peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang
betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan
Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari
perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai
orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai
ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan
memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga
hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah
banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah.

Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada


amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti
sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut
sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja
kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah kepada
mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi
ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam
serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Wallahu alam.
LAMPIRAN
RUJUKAN :

1. http://gusdayat.com/2007/09/19/konsep-ibadah-da
lam-islam/
2. http://ahmadsyakir.tripod.com/ibadah.htm
INSTITUT KEMAHIRAN MARA,

KOTA KIONABALU,

LOT 4, KKIP, JALAN SEPANGGAR,

88450 KOTA KINABALU , SABAH

TAJUK : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

CUS30031

TASSAWUR ISLAM

SSB 3A

NAMA IC
MUHAMAD ROZALI 980304-12-5969
MOHD NOOR HAFIZ 980103-12-5495

You might also like