You are on page 1of 1

5.

4 Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan persekitaran manusia

Kegagalan cerun menyebabkan impak negatif terhadap persekitaran fizikal


terutaanya ekosistem dan persekitaran manusia. Ekosistem bermaksud satu ruang alam
semula jadi yang mempunyai dua jenis komponen iaitu komponen hidupan(biotik) dan
bukan hidupan(abiotik) yang saling berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.

Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran akan menyebabkan kerosakan


sistem. Antaranya ialah kerosakan hutan. Tanah runtuh yang berlaku di kawasan kajian
kerana ekosistem cerun bukit diubah dan dimusnahkan. Air larian permukaan membawa
sisa runtuhan tanah ke dalam sungai dan berlakunya pemendapan kelodak. Pemendapan
kelodak akan menyebabkan sungai tercemar dan menjejaskan hidupan akuatik.

Kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran manusia pula ialah gangguan


ekonomi. Petani akan kehilangan punca pencarian kesan daripada gangguan ekonomi.
Tanah runtuh akan menyebabkan hasil tanaman pokok nangka, pokok pinang dan pucuk
ubi musnah. Hal ini akan menjejaskan pendapatan penduduk.

You might also like