You are on page 1of 4

5.

7 GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan oleh
seseorang pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para
pekerjanya. Antara gaya kepimpinan yang boleh digunakan oleh pemimpin
termasuklah gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik, gaya
kepimpinan laissez-faire dan gaya kepimpinan kontengensi.

5.7.1 Dapatan Gaya Kepimpinan Tertinggi di Bintulu Port Sdn Bhd (HRM)

Gaya Soalan Min


Kepimpinan
Gaya S1: Pemimpin tidak mempertimbangkan cadangan
Kepimpinan pekerja. 1.4
Autokratik
S2: Pemimpin memberitahu pekerja apa yang harus
dilakukan & bagaimana melakukannya. 4.6
Gaya S1: Pemimpina meminta idea-idea daripada pekerja
Kepimpinan berkaitan perancangan dan projek baru. 4.4
Demokratik S2: Pemimpin meminta pandangan pekerja jika berlaku
sesuatu kesilapan untuk bantuan penyelesaian. 4.4
Gaya S1: Pemimpin membenarkan pekerja untuk menentukan
Kepimpinan apa yang perlu dilakukan & bagaimana melakukan. 4.4
Laissez-faire S2: Pemimpin menganggap pekerja arif tentang bidang
tugas masing-masing. 4.4
Gaya S1: Adakalanya pemimpin mahu pekerja mengikut
Kepimpinan keputusan yang telah ditetapkan 4.4
Kontigensi S2: Adakalanya pemimpin boleh dan mahu menerima
cadangan dan pandangan pekerja. 4.5

Jadual 7: Min Soalan Bagi Setiap Gaya Kepimpinan

Sumber: Soal Selidik


Gaya Kepimpinan Min Setiap Rumusan Min Tahap Min
Soalan
Gaya Kepimpinan 1.4 3.00 Sederhana
Autokratik 4.6
Gaya Kepimpinan 4.4 4.4 Tinggi
Demokratik 4.4
Gaya Kepimpinan 4.4 4.4 Tinggi
Laissez-faire 4.4
Gaya Kepimpinan 4.4 4.45 Tinggi
Kontigensi 4.5

Jadual 8: Rumusan Min Bagi Setiap Gaya Kepimpinan

Sumber: Soal Selidik

5
4.5
4
3.5
3
2.5
Min
2
1.5
1
0.5
0
Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan
Autokratik Demokratik Laissez-faire Kontigensi

Rajah 11: Min Gaya Kepimpinan

Sumber: Soal Selidik


Jadual 7 menunjukkan min soalan bagi setiap gaya kepimpinan. Manakala
jadual 8 dan rajah 11 menunjukkan rumusan min bagi setiap gaya kepimpinan.
Daripada jadual 8, gaya kepimpinan Kontigensi mendapat nilai tertinggi dengan nilai
4.45. Ini diikuti oleh gaya kepimpinan Demokratik dan gaya kepimpinan Laissez-faire
dengan nilai min yang sama iaitu 4.4 dan bagi gaya kepimpinan Autokratik hanya 3.
Gaya kepimpinan Kontigensi,Demokratik dan Laissez-faire menunjukkan tahap min
yang tinggi. Manakala, gaya kepimpinan autokratik menunjukkan tahap min
sederhana. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Bintulu Port Sdn Bhd ialah Gaya
Kepimpinan Kontigensi, Gaya Kepimpinan Demokratik dan Gaya Kepimpinan
Laissez-faire. Bintulu Port Sdn Bhd kurang mengamalkan Gaya Kepimpinan
Autokratik.
5.7.2 Perbincangan Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi di Bintulu Port Sdn
Bhd (HRM).

Dapatan soal selidik menunjukkan pemimpin tertinggi di Bintulu Port Sdn


Bhd menggunakan gaya kepimpinan kontigensi. Gaya kepimpinan kontigensi
mengambil kira faktor ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi. Gaya kepimpinan ini
membuat penyesuaian gaya kepimpinan berdasarkan ciri-ciri pemimpin dengan faktor
situasi dalam mewujudkan satu gaya kepimpinan yang berkesan di dalam sesebuah
organisasi. Berikut adalah penjelasan berkaitan gaya kepimpinan kontigensi
berdasarkan Model Kepimpinan Fieldler (1967) dan teori Matlamat Laluan (Path-
Goal Theory) yang dikembangkan oleh Martin G. Evans dan Robert J House (1971).

Selain itu, gaya kepimpinan demokratik juga diamalkan di Bintulu Port Sdn
Bhd. Gaya kepimpinan demokratik akan memberi kebebasan kepada pekerja untuk
menjana idea dan membuat keputusan secara bersama. Pemimpin akan menilai
cadangan yang diberi dan seterusnya membuat keputusan bijak. Sebarang keputusan
yang telah dibuat akan dimaklumkan kepada pekerja untuk mendapatkan maklum
balas mereka. Hal ini secara langsung akan menjadikan proses pembuatan keputusan
akan mudah difahami oleh pekerja.

Seterusnya gaya kepimpinan laissez-faire diamalkan juga di Bintulu Port Sdn


Bhd. Gaya kepimpinan laissez-faire memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja
organisasi untuk membuat keputusan. Pemimpin yang mengamalkan gaya
kepimpinan ini akan memberi keputusan dan melakukan tugas masing-masing.
Pemimpin jenis ini tidak tegas dan kurang memberi tekanan terhadap pekerja.

Gaya kepimpinan autokratik merupakan gaya kepimpinan yang kurang


diamalkan oleh pemimpin tertinggi di Bintulu Port Sdn Bhd. Mengikut gaya
kepimpinan ini, aktiviti pembuatan keputusan dilakukan oleh ketua sahaja. Pekerja
tidak diberi peluang untuk memberikan pandangan, pendapat atau idea mereka.
Melalui gaya kepimpinan ini diamalkan secara tegas, mengikut peraturan, dan kurang
memberi kebebasan kepada para pekerja. Gaya kepimpinan ini dapat memastikan
segala kerja yang dirancang berjalan dengan lancar dan matlamat organisasi tercapai
tanpa sebarang masalah.

You might also like