You are on page 1of 11

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS

SEKOLAH
RENDAH

E)

PEMBELAJARAN
ABAD
KE-21

P&P ABAD 21 0
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat
sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons ;

Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan


masalah utama semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran
tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua. Dalam pembelajaran abad ke-21,
pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak
terlalu rigid. Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan
oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran.

Think outside the classroom box;

Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja
masing-masing mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru
menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini
sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan
kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi
maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.
Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang,
dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi sokongan.
Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat
senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid. Susunan meja dan kerusi
bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen
dan kajian.

P&P ABAD 21 1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Get personal;

Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah


murid berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah
pembelajaran (slow learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan
perhatian khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai. Walau bagaimanapun, guru
menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.
Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based
learning) memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek
mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Tap into students digital expertise;

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi
generasi muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara
semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat.
Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang
pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-
based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration). Hasil kerja murid
boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio,
teks, imejan dan video.

Get real with projects;

Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses
penyediaan draf (lebih dari sekali), perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan
persembahan/pameran. Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan
kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru. Projek sebegini akan memberi
pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat
persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.

P&P ABAD 21 2
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Expect (and help) students to be teachers;

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing
kepada rakan sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.

Help (and expect) teachers to be students;

Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform yang
sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau
jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk
inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.

Measure what matters;

Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam
era digital sekarang. Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh,
menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting. Begitu juga dengan
kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif.
Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang
dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.

Work with families, not just children;

Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan


pencapaian murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan
perkongsian akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid. Sebagai
contoh, Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama
30 minit untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.
Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak
mereka seperti membuat persembahan atau pameran. Jaringan sosial seperti

P&P ABAD 21 3
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan


maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.
Power to the student;

Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran.


Melibatkan murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang
melibatkan murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi
warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah
telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam
pendidikan dan pembelajaran.

Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (p&p) yang terdapat dalam abad ke-21
ialah:
Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and


technology skills)
Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:

Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

Literasi Maklumat (Information Literacy)

Literasi Media (Media Literacy)

Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,


Communications and Technology Literacy)
Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)

Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

P&P ABAD 21 4
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)


Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:
Menguasai subjek (Kandungan Mengesan perkembangan
Kurikulum) murid-murid dan menyokong
mereka

Mahir dan berketerampilan Memahami psikologi


dalam pedagogi pembelajaran (Cognitive
Psychology)

Memiliki kemahiran kaunseling Menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:
Berupaya membuat hubung-kait Mengambil risiko

Bijak menyoal Dahagakan ilmu

Yakin berkomunikasi Ingin tahu

Fleksibel Tidak berputus asa

Menjana idea Mendengar dan membuat


refleksi

Berkemahiran kritis Menguasai kemahiran literasi

Berani mencuba Membuat inisiatif

Mampu berfikir sendiri Mampu bekerja dengan orang


lain

Membuat perubahan Berintegriti

BILIK DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:


Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil
usaha murid supaya menarik dan bermakna.

P&P ABAD 21 5
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing,
belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:


i. Bilik darjah sebagai bilik sumber
Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector /
Papan putih /soft board.
Hasil kerja murid dipamerkan.

ii. Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)


Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).
Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant
Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan
putih / soft board.
Hasil kerja murid dipamerkan.
SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas
yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
Lorong bermaklumat
Ruang santai

Contoh Susunan Kelas Abad Ke 21

P&P ABAD 21 6
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

P&P ABAD 21 7
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

P&P ABAD 21 8
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

P&P ABAD 21 9
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 SAINS
SEKOLAH
RENDAH

P&P ABAD 21 10

You might also like