You are on page 1of 25

Bulan Ramadhan semakin menghampiri.

Keterujaan kita sebagai umat Islam pastinya ingin


dikongsikan dengan si cilik di rumah. Tetapi, bagaimana caranya kita menarik perhatian anak
kecil untuk turut bersama-sama merasai kemanisan bulan mulia bulan Ramadhan ini?

Kita semua sudah maklum, anak kecil akan teruja terhadap sesuatu perkara yang baru. Amat
bagus sekali sekiranya ibu bapa dapat mengenalkan anak-anak tentang kegembiraan menyambut
Ramadhan sejak kecil kerana memori kanak-kanak yang gembira itu bertahan sehingga ke
dewasa impaknya.

Jadi apa persiapan kita sebagai ibu bapa?

1. Bersedia
2. Kreatif
3. Ikhlas kerana Allah taala
4. Penghayatan yang bersungguh-sungguh
5. Tidak putus asa

Hidupkan bulan Ramadhan di rumah dengan aktiviti bersama-sama seisi keluarga pastinya
meninggalkan seuatu kenangan terindah dalam kehidupan anak-anak sehinggakan mereka pasti
teruja setiap kali menyambut kedatangan bulan mulia ini.

Berikut dikongsikan 49 idea aktiviti anak-anak 2-7 tahun sempena bulan Ramadhan.

Persediaan

1. KEMAS RUMAH BERSAMA-SAMA SAMBIL PASANG LAGU HARAPAN RAMADHAN

Ambil peluang ini untuk membahagikan tugasan walaupun anak masih kecil. Mereka boleh
ditugaskan mengemas mainan dan bilik mereka. Selain itu, boleh juga bantu vakum, mop dan
susunan pinggan, gelas mereka di suatu tempat khusus.
2. MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN MEMASANG 30 BELON DI SEKITAR RUMAH DAN
BANNER RAMADHAN KAREEM

- Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak.


- Mereka pasti teruja dan akan ingat tentang tradisi ini!
Tradisi Ramadhan
3. POHON KESYUKURAN

- Minta anak cap tangan dengan warna hijau di atas kertas yang sudah kita lukiskan batangnya.
- Setiap hari tulis di atas sehelai sticky notes tentang 1 perkara yang kita syukuri dan tampal
di atas pohon kesyukuran.

4. 1 HARI 1 KEBAIKAN

- Cerita dengan anak-anak tentang fadilat bulan


Ramadhan yang mana setiap kebaikan yang kita
lakukan, Allah pasti beri ganjaran berlipat kali ganda
daripada bulan yang lain.
- Lukis bentuk hati di atas kertas mahjong dan tulis
setiap kebaikan anak-anak setiap hari dan tampalkan
pada bentuk hati tersebut.
- Akhir Ramadhan, baca semula kebaikan-kebaikan
tersebut. Anak-anak pasti lebih semangat melakukan
kebaikan lagi dan keyakinan diri jadi lebih tinggi.
5. BUAT COOKIES BERSAMA

- Aktiviti ini dilakukan pada masa lapang sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri.
- Jadikan tradisi Ramadhan bersama anak-anak dengan membuat kuih raya bersama-sama
dan lakukan ini bersama anak-anak sebelum 10 Ramadhan terakhir.

6. MEMBACA BERSAMA BUKU CERITA


BERKAITAN RAMADHAN
7. GALAKKAN SAHUR BERSAMA WALAUPUN MATA MASIH MENGANTUK

8. TRIP KE PARAM, PASAR RAMADHAN.

- Rancang perbelanjaan
- Senaraikan juadah apa yang mahu dibeli
- Elak pembaziran

9. MEMBELI BAHAN-BAHAN PERSIAPAN MENYEDIAKAN JUADAH SAHUR DAN BERBUKA DI


HUJUNG MINGGU
10. BERSAMA-SAMA MENYEDIAKAN JUADAH BUKA PUASA

11. BERBUKA PUASA DI DALAM DULANG DAN DI ATAS LANTAI

Imej : taman-para-solihin.blogspot.com

12. BERCERITA TENTANG MENJAGA KESIHATAN DAN BAGAIMANA BERPUASA MEMBERSIHKAN


PROSES DALAM BADAN DAN BANYAK ORGAN TERLIBAT DAPAT BEREHAT, MINUM AIR
SECUKUPNYA SUPAYA MENGELAKKAN BADAN TERHIDRASI DAN MAKAN BUAH-BUAHAN.
13. MELETAKKAN HENNA DI TANGAN DENGAN ANAK-ANAK PEREMPUAN

Imej : ilovehishmatheblog.blogspot.com Imej : www.latestlifestyles.com

14. MEMBERI JUADAH BERBUKA/ KURMA PADA JIRAN DAN KAWAN-KAWAN

15. SATU MASA KHUSUS MEMBACA QURAN BERSAMA ANAK-ANAK

16. RUTIN HARIAN MELAKUKAN SUNNAH RASULULLAH

- Setiap hari sentiasa ingatkan anak-anak tentang sunnah Rasulullah dan lakukan sunnah
Rasulullah seperti apa membaca bismillah setiap tindakan, solat jemaah di masjid, sentiasa
berdoa kepada Allah dan banyak lagi.
17. BEG SAGUHATI UNTUK KAWAN-KAWAN DI SEKOLAH

- Ceritakan kebaikan memberi hadiah dan menggembirakan orang lain.

Inspirasi : http://www.babble.com

18. BUAT SENARAI DOA BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK DAN MASUKKAN DALAM DUA JAR
19. ZIKIR DAN SELAWAT BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK-ANAK

20. IBU BAPA BERKONGSI CERITA DAN MEMORI LUCU ATAU INDAH TENTANG RAMADHAN
DAN MINTA ANAK BERCERITA TENTANG KISAH RAMADHAN MEREKA ATAU PEMAHAMAN
TENTANG RAMADHAN

21. MENGGALAKKAN ANAK KECIL BERPUASA SEHINGGA KEMAMPUANNYA

22. KALENDAR RAMADHAN BERHADIAH

- Kumpulkan hadiah sebanyak 30 jenis, hadiah yang simple sebagai menghargai usaha anak-anak
yang ingin berpuasa, solat dan melakukan kebaikan sepanjang bulan Ramadhan.
23. TRIP KE MASJID YANG BERBEZA

- Kebanyakan ibu bapa jadi bimbang untuk membawa anak ke masjid kerana dikhuatiri
mengganggu jemaah untuk solat. Biasakan bawa anak-anak ke masjid dan surau yang berbeza
supaya anak-anak ambil masa untuk biasakan dengan keadaan sekeliling.
- Anak-anak boleh lihat beza suasana dan keadaan setiap masjid dan berbeza, pengalaman
lebih luas.
- Sekiranya ada masa anak masih tidak dapat dikawal, buat masjid untuk mereka di rumah
supaya memberi semangat anak-anak untuk solat dan pemahaman bahawa masjid untuk
solat.
24. KOTAK SUMBANGAN BAJU DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN LAIN

- Ceritakan tentang fadilat melakukan kebaikan pada bulan Ramadhan apatah lagi memberi
sumbangan kepada orang yang susah. Kalau beri barang yang kita saying, lebih berlipat kali
ganda ganjarannya.
- Sediakan sebuah kotak dan masukkan barang-barang yang memberi manfaat kepada orang
yang memerlukan seperti minyak masak, beras, roti, baju yang masih elok, mainan dan
macam-macam lagi.

25. AIS KRIM KEGEMARAN

- Ada masa anak-anak mahu gembira mengikut fitrah mereka. Buat sesuatu yang sebagai
ganjaran atas usaha baik atau mahu menggembirakannya sekiranya dan perkara sedih
berlaku.
- Buat ais krim kegemaran anak-anak dan biarkan mereka teruja menunggu ais krim keras.
AKTIVITI KREATIF
26. KALENDAR BULAN RAMADHAN

- Buka link di bawah dan print.


- Tampal di dinding atau di peti ais dan minta anak-anak tandakan hari yang berlalu.
- Sentiasa ingatkan anak-anak untuk manfaatkan hari-hari di bulan Ramadhan.
- Semakin berkurang hari, maklumkan anak-anak tentang betapa sedihnya Ramadhan akan
berlalu.

Inspirasi : http://www.craftionary.net/wp-content/uploads/2013/06/ramadan-printable-calendar.pdf

27. BELAJAR TENTANG KEJADIAN BULAN DAN ANAK BULAN DI BULAN RAMADHAN

- Sediakan biskut oreo dan ambil beberapa keeping biskut dan susun seperti foto di bawah.
- Terangkan nama setiap fasa bulan.
- Kongsikan tentang anak bulan dan bulan Ramadhan.

Imej : www.sciencebob.com
28. RUMAH YANG KUKUH : RUKUN ISLAM

- Ambil kotak dan gunting ikut bentuk rumah dan gunakan tissue roll sebagai tiang yang kukuh.
- Lukis di atas kertas keras setiap rukun Islam dan minta anak warnakan dan tampal di tissue
roll.
- Ceritakan tentang rumah yang baik adalah daripada tiang yang kukuh.
- 5 tiang mewakili setiap rukun Islam
- Salah satunya berpuasa di bulan Ramadhan

29. RANTAIAN PUASA

- Buat satu rantaian daripada kertas warna.


- Tampal rantaian tersebut di dinding.
- Setiap satu rantai mewakili, satu hari di bulan Ramadhan. Setiap hari berlalu rantai itu
digunting.
30. SEJADAH SAYA

- Gunting kain felt bentuk segi empat tepat


- Bahagian hujung kain gunting seperti kain merah di foto bawah
- Minta anak ikat simpul
- Tampal manik/ bahan hiasan di atas sejarah atau boleh lukis bentuk masjid menggunakan
pen warna.

31. TASBIH ZIKIR ISTIMEWA

- Sediakan manik yang bersesuaian dengan 2 aktiviti di bawah.


- 1 jenis manik untuk ditampal dan 1 jenis manik untuk dimasukkan benang.
- Untuk aktiviti tasbih kedua bantu fine motor skil anak-anak.
- Demo penggunaan tasbih dengan berzikir.
- Cerita kebaikan berzikir dan selawat.

Imej : www.familyholiday.net
32. DRUM RAMADHAN UNTUK KEJUT SAHUR

- Anak-anak sangat sukakan bunyi-bunyi yang dihasilkan sendiri dan drum dapat menarik
perhatian mereka.
- Galakkan anak bangun sahur dengan bercerita tentang fadilat sahur semasa melakukan
aktiviti ini.
- Sediakan belon, getah dan tin susu terpakai.
- Guntingkan belon dan letakkan di mulut tin seperti gambar di bawah dan ikat belon tersebut
sehingga permukaannya tegang.
- Demo pada anak-anak, dan katakan padanya, esok kejut ibu sahur seperti ini ya?

Imej : www.redtedart.com

33. PENANDA BUKU RAMADHAN

- Penanda buku Ramadhan ini boleh dilakukan samada dengan menggunakan kotak, kertas
keras, kertas warna atau kain felt.
- Sediakan huruf felt, R-A-M-A-D-H-A-N dan tampal menggunakan gam di atas kertas keras.
- Siap!

34. 5 WAKTU SOLAT 1 HARI

- Sediakan kotak.
- Gunting bulat bentuk jam sebanyak 5 keping.
- Minta anak tulis nombor seperti di jam dinding.
- Potong kertas keras bentuk jarum.
- Cucuk jarum tersebut pada jam.
- Beritahu anak masa untuk setiap waktu solat.
35. KOTAK SEDEKAH

- Sediakan botol kosong/ tin bekas makanan


- Tulis atas kertas sadaqah box
- Gunting dan tampal di atas botol tersebut.
- Minta anak wanakan dan bila sudah kering warnanya,
- Tanggal tulisan tersebut.

36. MASJID MINI

- Sediakan kotak kecil, mangkuk polisterin, bekas calciyum dan kitchen tissue roll.
- Susun seperti di bawah dan tampal dengan gam. Minta anak warnakan.
- Demo dan ceritakan akhlak di masjid tidak bising, solat berjemaah dan menghormati jemaah.
37. SENI KRAF MASJID

- Potong atau koyak kertas warna kecil-kecil dan tampal di atas kertas keras yang telah dipotong
bentuk masjid.

- Ambil kotak koko crunch atau apa-apa jenis cereal, dan potong seperti gambar di bawah. Minta
anak lukis mengikut kekereatifan mereka, samada orang sedang solat, di mana mereka akan
berada, tingkap, pintu dan sebagainya.
38. ALLAH IS ONE : SIFAT ALLAH ATAU 99 NAMA-NAMA
ALLAH

- Sediakan kertas mahjong dan sticky note.


- Lukis no 1 secara besar-besaran dan setiap hari
ceritakan kebesaran Allah, nama Allah, sifat Allah.
- Ambil peluang ini minta anak ceritakan juga apa yang
difahaminya dan minta dia tulis atau lukis di atas sticky
note dan tampal.
- Contoh Allah Maha Penyayang, lukis bentuk love dan
tampal.

Imej : https://littlemuslimlearners.wordpress.com

39. SOLAT TRACKER

Print di sini : https://modestmuslimah.myshopify.com/products/my-solat-chart-free-download-print


40. RUANG DAN KHEMAH IKTIKAF UNTUK ANAK-ANAK

- 10 Ramadhan terakhir boleh jadi perkara yang mengujakan selain membawa anak-anak
bermalam di masjid.
- Sediakan ruang untuk mereka bermalam di suatu tempat yang biasa (bilik tidur mereka)
- Biarkan mereka berkreativiti menyediakan tempat tidur baru mereka, perkara ini sangat
mengujakan!
- Tempat tersebut dibuat berdekatan dengan tempat ibu bapa melakukan Qiyamulaill dan
ibadah di malam hari.
- Kejut anak-anak dan tidak mengapa sekiranya mereka tidur tidak sedarkan diri!

41. JURNAL DAN LAPBOOK

- Jurnal dan lapbook tentang Ramadhan bagi mengukuhkan kefahaman anak-anak tentang
Ramadhan.
- Untuk anak yang lebih kecil, ibu bapa sediakan bahan-bahannya sahaja dan anak-anak akan
tampal di dalam buku mereka.
- Atau mereka boleh lukis apa-apa pemahaman mereka berkenaan Ramadhan.
- Contohnya lukisan ke masjid, berbuka puasa bersama, perasaan gembira ke bazaar Ramadhan
dan sebagainya.
- Untuk anak yang lebih besar boleh sediakan bahan seperti di bawah
- Lihat lebih banyak contoh lapbook dan sumber untuk printable.

https://imanbendjedidi.wordpress.com/2010/08/22/ramadhan-lapbook-14312010/
42. GUNAKAN BUKU AKTIVITI UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN ANAK-ANAK TENTANG
RAMADHAN

- Lakukan aktiviti seperti mewarna, menjawab quiz, mengira, dan sebagainya di dalam buku
aktiviti.
- Membantu pengukuhan kefahaman anak-anak tentang Ramadhan
- Klik link: http://amuslimchildisborn.blogspot.my/2011/07/ramadan-activity-book-for-kids.html

43. PENANDA PINTU

- Untuk anak-anak yang ada pengalaman menetap di hotel pasti sukakan aktiviti ini. Ia seolah-
olah mereka berada di hotel.
- Potong kertas keras mengikut bentuk di bawah atau klik link ini untuk print https://www.
dropbox.com/s/498f03iakd1slv5/doorknobsignsblank.pdf
- Minta anak lukis atau tulis mengikut kreativiti mereka di atas penanda pintu itu mengikut
pesanan yang mereka ingin ingatkan kepada ibu bapa.

Imej : www.karismacrafts.com
44. PINGGAN IFTAR : MAKANAN SIHAT DAN MAKANAN TIDAK SIHAT DAN KEPENTINGAN AIR

- Lukis bentuk makanan di atas kertas keras atau kotak


- Minta anak teka makanan sihat atau makanan tidak sihat
- Boleh juga bermain puzzle atau suai padan antara mainan makanan mereka dengan lukisan.
- Terangkan kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan.
- Boleh juga sentuh tentang pembaziran makanan di bulan puasa.

45. IFTAR BOX

- Sediakan sebuah kotak cantik untuk anak-anak letakkan makanan atau jajan sihat dan istimewa
yang mereka mahukan untuk berbuka puasa.

46. VIDIO KANAK-KANAK TENTANG ISLAM DAN RAMADHAN

47. KOLAJ RAMADHAN, ALLAH DAN MUHAMMAD

- Kolaj boleh menggunakan butang, kertas warna dikoyakkan, pasir, manik atau bahan-bahan
terbuang yang lain.
- Sediakan kertas yang sudah ditulis nama Allah, Ramadhan dan sebagainya dan minta anak
sapu gam di dalam ruang tulisan.
- Kemudian tabor glitter, kertas warna, manik, butang dan sebagainya ikut kesesuaian.
48. STEP BY STEP SOLAT

- Di bulan Ramadhan ini, adalah peluang untuk memahamkan anak tentang konsep solat. Ini
diambil daripada peluang melihat kemeriahan pesta solat di masjid-masjid.
- Buat aktiviti dengan gunting bentuk-bentuk seperti berikut. Gunakan butang untuk
menyambungkan antara bentuk-bentuk tersebut.
- Terangkan anak-anak tentang step by step solat, fadhilat solat, jenis-jenis solat, masa terbaik
- melakukan solat sunat dan sebagainya.

https://www.facebook.com/groups/622960251180429/permalink/648007668675687/

- Boleh juga ambil kotak cereal dan lukis jemaah dan tempat solat seperti dalam foto di bawah.
- Minta anak warnakan dan demo akhlak di masjid. Contohnya kita tidak lalu di depan jemaah
yang sedang solat, senyap dan menjaga suara.
- Boleh juga menerangkan tentang peranan imam dan makmum.
49. 30 AKTIVITI KRAF KISAH DALAM QURAN

- Buka link yang diberikan di bawah


- Print jadual, 30 kad tema dan 3 helai contoh berdasarkan ayat.

-
1 hari buat 1 aktiviti kraf mengikut tema yang diberikan berdasarkan ayat yang dicadangkan.

Inspirasi :
http://parenthoodmuslimstyle.com/ramadan-30-day-activity-lets-find-a-word-in-the-quran/

LAKUKANNYA DENGAN GEMBIRA


DAN TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK!
Anak-anak adalah amanah dan rahmat daripada Allah SWT.
Susun dan rancang aktiviti anak-anak dengan lebih teratur. Anda akan dapat mengenal
pasti perkembangan anak-anak dan kembangkan bakat mereka dengan lebih berkesan.
Cara inilah yang digunakan CIk Nad untuk kenalpasti kecenderungan anak-anak dan
supaya semua momen-momen bersama anak-anak dapat diingati selamanya. InsyaAllah

RM35.00
Klik link dibawah untuk bermula
http://bit.ly/1pImvuw

You might also like