You are on page 1of 7

PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGAKAPAN

Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap
berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut

Pergertian Pengakap
Matlamat berpengakap
Prinsip-prinsip berpengkap dan ekperasi mereka dalam perjanjian dan undang-undang
Cara Berpengakap

1. Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk melatih
generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dankepercayaan agama selaras
dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan olehpengasasnya.

2. Matlamat berpengakap

Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih generasi
muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek,social dan rohani serta
tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnyamasyarakat antarabangsa.

3. Prinsip-prinsip Berpengakap

Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap.

Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :

Kepercayaan Kepada Tuhan


Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
Perkhidmatan kepada Diri Sendiri

PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP

Fasal 1: Nama dan Alamat

i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH
KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL, TAMAN
INTAN, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH.

Fasal 2: Tujuan Persatuan

i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.


ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin
murid.

iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3: Keahlian

i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.

iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4: Tanggungjawab dan Hak Ahli

i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua
aktiviti persatuan.

ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam
persatuan.

Fasal 5: Mesyuarat

i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:

- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan.

- kewangan

- ucapan penangguhan

- cadangan-cadangan

ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:

a. Pengerusi

b. Setiausaha

c. Bendahari

d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun
berkenaan.

iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.

v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala


mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan

surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan


laporan tahunan persatuan.

iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan
berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru
Penasihat.

Fasal 7: Punca Kewangan / Pendapatan.

i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :

a. wang SUWA (Kokurikulum).

b. sumbangan PIBG.

c. derma daripada ahli dan orang ramai.

ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan
pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8: Pindaan Perlembagaan Persatuan.

i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat
agung.

ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9: Tafsiran

i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu
hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara
itu adalah muktamad.

Fasal 10: Pembubaran

i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.
LAMBANG PENGAKAP

COGAN KATA PENGAKAP

Pengakap Kanak-kanak Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda Selalu Sedia

Pengakap Remaja Pandangan Luas

Pengakap Kelana Berkhidmat

Pengakap Budika Berkhidmat

Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto)

BENDERA PENGAKAP
MAKSUD BENDERA PENGAKAP

Lambang Pangakap Malaysia Dan Dunia


Lambang Pengakap Malaysia

a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud Persetiaan Pengakap iaitu:- taat kepada
Tuhan,Raja dan Negara , Menolong orang setiap masa , menurut undang-undang Pengakap.

b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-
undang Pengakap yang sepuluh.

c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan Persaudaraan Pengakap

d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia

d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam.

e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan
Pengakap Sedunia.

f) Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.

kuning Pengakap Kanak-Kanak, hijau Pengakap Muda, merah Pengakap Remaja

g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Pengakap Dunia

a) Lambang Pengakap Dunia terletak di tengah lingkaran tali dengan hujungnya dimatikan dengan ikatan
buku sila. Lingkaran tali membawa maksud persaudaraan Pengakap seluruh dunia.

b) Lambang Pengakap di dalam lingkaran tali itu mempunyai tiga kelopak yang membawa maksud
Persetiaan Pengakap.

c) Di dalam kelopak kiri dan kanan terdapat bintang pecah lima pecahan bintang itu,membawa maksud
sepuluh Undang-Undang Pengakap.

d) Ketiga-tiga kelopak pula dicantum dengan satu ikatan tali.Ikatan itu membawa erti yang pengakap itu
bersaudara dengan semua pengakap seluruh dunia.

e) Warna ungu pada lambang ialah warna Biro Pengakap Sedunia.

f) Warna putih membawa maksud kecucian dan kebersihan.


LAGU PENGAKAP

Kami Pengakap Malaysia


Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda


Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa


Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita


Pengakap, Pengakap Malaysia

PERSETIAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesunguhnya,

Saya berjanji dan bersetia, yang saya

Dengan seberapa daya upaya saya akan:

TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA


MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan


dirinya (Dipercayai)

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-
Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan
orang-orang bawahannya (Taat)

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa (Berguna)

4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada


lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara)

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi
(Berbudi)

6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang)

7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya,


ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan
(Menurut Perintah)

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa
susah (Tabah Hati)

9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat)

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya


(Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)

You might also like