Professional Documents
Culture Documents
1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat
peperiksaan tertentu.
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan.
3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula.
4. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab.
SEKSYEN A PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan sistem percukaian negara, dasar-dasar
semasa, pentadbiran kerajaan, kenegaraan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan serta lain-lain perkembangan
semasa di dalam dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-
perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
(iii) Konsep Matematik
Masa : 50 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kemahiran memindahkan
maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.
Masa : 20 minit
Soalan : 20 (aneka pilihan)