You are on page 1of 2

Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus.

Sebab bile terlalu kurus ia senang mendapat penyakit,bukan orang yang terlalu berisi senang
dapat penyakit,orang yang terlalu kurus pun mudah.Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri
yang memang akan kurus,mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan
makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak
lengakap.

Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian,
mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu..antara perkara yang kamu boleh buat untuk berusaha
menambah berat badan :

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh
mengambil nasi dan sejam kemudian roti

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua
atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil
snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan
kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan
kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak
yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang
mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur


-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30
minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak
ketika proses menambah berat badan

6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang
berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan
kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia


-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak
dalam makanan

8.Sokongan makanan tambahan


-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil
-jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan..mane tahu menjadi ker...
:senyum:..sumber dari dara.com

You might also like