You are on page 1of 7

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TING.

SMK WIRA PENRISSEN, SAMARAHAN


Nama : Kelas : Tarikh :

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti
empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul.

1. Ciri-ciri ibu bapa yang cemerlang ialah


I anak-anak harus bersekolah hingga ke menara gading
II anak-anak perlu dididik tentang ilmu duniawi dan akhirat
III sentiasa peka terhadap perkembangan anak-anak
IV segala keperluan anak-anak perlu disediakan dengan sempurna
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
2. Apakah yang perlu dilakukan berdasarkan undang-undang negara sebelum mendaftarkan perkahwinan?
A Kursus perkahwinan perlu dihadiri
B Kursus keibubapaan perlu dihadiri
C Pemeriksaan kesihatan perlu dijalani
D Restu daripada ibu bapa atau penjaga perlu dipohon
3. Antara berikut, siapakah yang tidak boleh menjadi wakil bagi pengantin perempuan?
A Bapa B Datuk C Bapa mertua D Bapa saudara
4. Apakah nilai murni yang perlu diamalkan bagi melahirkan keluarga yang bahagia?
A Baik hati B Kerajinan C Kasih sayang D Kesederhanaan
5. Jawab soalan berdasarkan pernyataan di bawah.
Keharmonian sesebuah institusi kekeluargaan boleh terjejas
oleh masalah kesihatan
Apakah langkah-langkah untuk menjamin kesihatan, berdasarkan pernyataan di atas?
I Gaya hidup sihat perlu diamalkan
II Kebersihan diri dan persekitaran perlu dijaga
III Aktiviti di luar rumah harus dikurangkan
IV Amalan pemakanan yang sihat perlu diamalkan
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV
6. Antara berikut yang manakah bukan kesan apabila kita berhutang?
A Masalah keluarga akan dialami
B Penghutang akan sentiasa memburu kita
C Dibebani dengan bunga hutang yang tinggi
D Hidup akan sentiasa dalam ketakutan dan malu
7. Tanggungjawab bagi menetapkan peraturan perkahwinan di negara ini diberikan kepada
I pejabat agama II penghulu mukim III pentadbiran pusat IV pentadbiran negara
A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
8. Apakah nama program yang dijalankan oleh LPPKN yang boleh dihadiri oleh pasangan yang ingin berkahwin, sebagai
persediaan untuk memasuki alam perkahwinan?
A Belaian KASIH B Bahtera KASIH C Permata KASIH D Pancaran KASIH
9. Antara agensi kerajaan berikut, yang manakah tidak terlibat dalam usaha melahirkan keluarga yang mapan?
A Jabatan Kebajikan Masyarakat
B Kementerian Pendidikan Malaysia
C Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
D Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
10. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri calon pasangan hidup yang baik?
A Sihat tubuh badan
B Mempunyai harta yang banyak
C Mempunyai pekerjaan yang tetap
D Mempunyai ilmu agama yang tinggi
11. Bagaimanakah masyarakat mapan boleh diwujudkan?
A Bergaul tanpa mengira bangsa dan agama
B Berganding bahu membina keluarga yang bahagia
C Berusaha mengekalkan kesejahteraan dan kedamaian
D Bersama-sama menjalani kehidupan masing-masing dengan baik
12. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang prosedur perkahwinan bagi pasangan yang beragama Islam di
2

negara ini?
I Ujian HIV harus dijalani
II Perkahwinan didaftarkan
III Kursus SMART STAR perlu dihadiri
IV Wali bagi pengantin perempuan perlu ditentukan
A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D I, II, III dan IV
13. Mengapakah tahap kesuburan yang baik penting?
A Melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna
B Memberi kebahagiaan dalam rumah tangga
C Mempertahankan keharmonian rumah tangga
D Melahirkan zuriat untuk menyambung salasilah keluarga
14. Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan oleh pasangan bukan Islam yang di bawah umur 21 tahun semasa
membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Pendaftaran Negara?
I Sijil kelahiran
II Kad pengenalan
III Sekeping gambar
IV Borang persetujuan ibu bapa
A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D I, II, III dan IV
15. Antara berikut yang manakah, bukan ilmu keibubapaan yang perlu dikuasai oleh ibu bapa bagi menjamin
keharmonian keluarga?
A Anak-anak harus dididik dengan tegas
B Sikap penyayang dan pemaaf harus diamalkan
C Membimbing anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia
D Sikap sabar harus diamalkan dalam menghadapi masalah keluarga
16. Ciri-ciri seorang anak yang baik ialah
I maruah diri dan keluarga harus dijaga
II ibu bapa dan orang yang lebih tua harus dihormati
III ibu bapa harus dibanggakan dengan pencapaian dalam pelbagai bidang
IV kehidupan yang mewah dan selesa harus diberikan kepada ibu bapa
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV
17. Mengapakah setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menghadiri kursus keibubapaan?
A untuk memastikan anak-anak dididik dengan baik
B untuk memastikan tanggungjawab masing-masing dijalankan dengan baik
C untuk memastikan tanggungjawab masing-masing diketahui dan difahami
D untuk memastikan cabaran sedia ditempuhi di alam perkahwinan
18. Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pasangan kekasih sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah
tangga ialah
I kestabilan kewangan
II kerjaya yang menjamin
III restu daripada ibu bapa
IV kesempurnaan fizikal pasangan
A I dan II B II dan III C I dan III D I dan IV
19. Dalam pembina sebuah keluarga yang bahagia, persediaan fizikal dan mental penting
Apakah itu persediaan fizikal?
I Zuriat mampu dilahirkan
II Mempunyai kemampuan seksual
III Tidak menghidap penyakit kronik
IV Dapat membuat pertimbangan
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TING. 5
3

20. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Cara-cara untuk mengatasi masalah pembaziran dan pemborosan ialah


I membeli-belah semasa jualan murah diadakan sahaja
II membeli barang-barang yang mahal harus menggunakan kad kredit
III membeli-belah setelah merancang perbelanjaan
IV berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan
A I dan II B II dan II C III dan IV D I dan IV
21. Apakah peranan PEMADAM?
A Program untuk menyembuhkan penagih dadah diadakan
B Maklumat diberi tentang bahaya dadah kepada orang ramai
C Membantu pihak berkuasa untuk menangkap pengedar dadah
D Kajian dibuat untuk menghasilkan ubat bagi mengatasi masalah ketagihan dadah
22. Apakah sumbangan berbentuk material yang boleh disumbangkan kepada mangsa banjir?
I Wang II Pakaian III Makanan IV Sokongan moral
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV
23. Antara berikut yang manakah bukan sumbangan individu untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
A Mengelakkan diri daripada melakukan pembakaran terbuka
B Aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai perlu digalakkan
C Kempen kitar semula yang diadakan di kawasan kediaman perlu disertai
D Melibatkan diri dalam program menanam semula pokok-pokok yang diancam kepupusan
24. Antara pernyataan yang berikut, manakah berkaitan dengan Rakan Cop?
A Mengintip kegiatan jenayah
B Pesara polis dan askar akan dianggotai
C Membantu pihak polis membanteras jenayah
D Maklumat tentang kegiatan jenayah diberikan kepada pihak polis
25. Golongan miskin di negara ini dibantu oleh
A Jabatan Kebajikan Masyarakat
B Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
C Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
26. Antara berikut, yang apakah kebaikan penubuhan Rukun Tetangga di sesebuah kawasan penempatan?
I Kegiatan jenayah dapat dibanteras
II Tugas anggota polis dapat diringankan
III Hubungan antara kaum dapat dirapatkan
IV Keselamatan penduduk setempat dijamin
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV
27. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Apakah peranan Rukun Tetangga berdasarkan gambar di atas?


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TING. 5
4

A Menjaga kebersihan di kawasan kediaman


B Menjaga keselamatan penduduk di kawasan kediaman
C Membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan
D Memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk setempat
28. Antara berikut, yang manakah bukan bantuan segera yang sangat diperlukan oleh mangsa banjir?
A Selimut B Perabot C Pakaian D Makanan
29. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Antara berikut pernyataan yang manakah berkaitan dengan kepentingan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar?
A Kos pembersihan dapat dijimatkan
B Semangat perpaduan dapat dipupuk
C Keselamatan para pelajar dapat dijamin
D Mutu kerja para peserta dapat ditingkatkan
30. Jawab soalan berdasarkan pernyataan di bawah.
Masalah jerebu memberi kesan yang buruk kepada manusia. Masalah ini bukan
sahaja mengurangkan jarak penglihatan malah menjejaskan kesihatan manusia.
Apakah yang menyebabkan masalah jerebu terjadi berdasarkan pernyataan di atas?
A Pembakaran hutan
B Hutan diterokai secara meluas
C Gas monoksida daripada kenderaan dibebaskan
D Kilang-kilang memproses bahan-bahan industri melepaskan asap
31. Apakah program yang diperkenalkan di peringkat sekolah bagi memastikan para pelajar menjauhi najis dadah?
A PBSM B SLAD C PROSTAR D PEMADAM
32. Jawab soalan berdasarkan pernyataan di bawah.
"Tindakan oleh Remaja, untuk Remaja dan Melalui Remaja"
Program apakah yang dilancarkan berdasarkan tema di atas untuk membanteras penyakit AIDS dalam kalangan remaja
A SLAD B PROSTAR C Rakan Muda D Kadet Remaja
33. Apakah bantuan segera yang tidak diperlukan oleh mangsa bencana alam?
A Pakaian B Makanan C Minuman D Peralatan elektrik
34. Antara badan bukan kerajaan (NGO) berikut yang manakah memperjuangkan kepentingan pendidikan dalam kalangan
kanak-kanak?
A UNICEF B UNESCO C Yayasan Salam D AMAN Malaysia
35. Individu boleh memberi sumbangan kepada masyarakat melalui
I menyertai pertubuhan-pertubuhan sukarela
II meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
dengan menulis artikel
III meringankan beban orang yang memerlukannya dengan menyumbang pelbagai jenis barang
IV melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang diadakan seperti gotong-royong
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV
36. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Kesan perbuatan di atas terhadap alam sekitar ialah

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TING. 5
5

I Pencemaran udara
II Pencemaran sungai
III Kemusnahan hidupan sungai
IV Menjejaskan penglihatan manusia
A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
37. Antara berikut yang manakah bukan cara untuk mengelakkan remaja daripada terlibat dengan dadah?
A Kempen kesedaran diadakan
B Undang-undang dikuatkuasakan
C Maklumat tentang bahaya dadah diberikan
D Operasi menangkap penagih dadah dipergiatkan
38. Kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan ialah
I untuk menampung perbelanjaan seharian dengan menambahkan pendapatan
II aktiviti yang berfaedah dilakukan bagi memenuhi masa lapang
II menabur jasa kepada bangsa dan negara
IV sumbangan diberikan kepada golongan yang memerlukannya
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV
39. Jawab soalan berdasarkan gambar di bawah.

Antara berikut, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan keadaan di atas tidak berlaku?
I Hutan simpanan diwartakan
II Projek tanam semula dijalankan
III Kegiatan pembalakan diharamkan
IV Aktiviti kitar semula dijalankan
A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
40. Mengapakah masalah penderaan dalam kalangan kanak-kanak dan wanita sering berlaku?
I Masalah kewangan
II Tekanan perasaan
III Sikap panas baran
IV Wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang lemah
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D I, II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________ ____________________
(Phang Hui Kien) (Surayati Binti Saibi)
Guru subjek PSK Ketua Panitia PSK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TING. 5
6

SKEMA JAWAPAN
SOALAN JAWAPAN RAJAH / JADUAL
1 A Rajah 1
2 D Rajah 2
3 C Rajah 3
4 B Rajah 4
5 A
6 C
7 D
8 D
9 B
10 D
11 C
12 C
13 B
14 B Rajah 5
15 A Jadual 1
16 C
17 A Jadual 2
18 B
19 B Rajah 6
20 C
21 D Rajah 7
22 C
23 B
24 A
25 D Rajah 8
26 A
27 D
28 B Jadual 3
29 D Rajah 9
30 C
31 A
32 D
33 A
34 D
35 C

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TING. 5
7

36 B Rajah 10
37 A Rajah 11
38 B Rajah 12
39 B Rajah 13
40 C Rajah 14
41 A Jadual 4
42 A Rajah 15
43 C Rajah 16
44 A
45 B Rajah 17
46 C
47 A
48 A Jadual 5
49 C Rajah 18
50 D

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017 - PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


TING. 5

You might also like