You are on page 1of 10

ALAM SEKITAR DAN KELESTARIAN

GGGR6223

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:
LAPORAN SEKOLAH HIJAU ~
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WIRA PENRISSEN,
SAMARAHAN, SARAWAK

NAMA NO. PENDAFTARAN NO. IC


PHANG HUI KIEN GP03385 821211-13-5158

Pensyarah:
Dr. Zanaton Binti H Iksan
1.0 PENGENALAN

Konsep sekolah hijau telah diilhamkan pada tahun 2006 oleh sepasang suami isteri yang
bekerja sebagai peniaga barangan kemas bernama John (berasal dari Kanada) dan Cynthia Hardy
(berasal dari Amerika Syarikat). Mereka telah menubuhkan sebuah sekolah yang bernama
sekolah hijau (Green School) pada bulan September, tahun 2008 di tepi Sungai Ayung,
berdekatan Ubud, Bali, Indonesia. Sekolah hijau merujuk kepada satu persekitaran yang sihat
dan kondusif untuk belajar di samping menerapkan amalan menjimatkan tenaga, sumber semula
jadi dan kewangan. Terdapat tiga matlamat atau aspirasi utama sekolah hijau iaitu aktiviti yang
dilakukan:
a) tidak meninggalkan sebarang kesan negatif ke atas alam sekitar (zero environmental footprint)
termasuk tenaga, air, bahan buangan dan karbon.
b) membawa impak yang positif ke atas kesihatan dan prestasi penghuni (a positive impact on
occupant health and performance)
c) memastikan semua pelajar memperoleh pengetahuan serta kefahaman mengenai alam sekitar
dan keadaan yang boleh memberi kesan kepadanya terutamanya berkaitan dengan udara,
iklim, tanah daratan, tenaga, makanan, air dan ekosistem. (100% of graduates demonstrating
environmental literacy)
Pada tahun 2005, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama dengan Jabatan Alam
Sekitar Malaysia dan kerjasama daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah
memperkenalkan Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam sekitar yang mempunyai idea
menyerupai konsep sekolah hijau. Program ini mempunyai objektif seperti berikut:
a) Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah;
b) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar;
c) Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
d) Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan
alam sekitar;
e) Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.
2.0 PROJEK SEKOLAH HIJAU

Usaha untuk menjadikan Sekolah Menengah Wira Penrissen sebuah sekolah hijau telah
dimulakan sejak beberapa tahun yang lalu dan berterusan sehingga sekarang. Kerja-kerja
penanaman pokok dan bunga di sekitar kawasan sekolah dilakukan secara berperingkat oleh
pelajar dan guru serta bantuan ibu bapa dan pekerja-pekerja swasta semasa program-program
khas, waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral, semasa aktiviti
kokurikulum dan sebagainya.

2.1 GOTONG-ROYONG PERDANA

Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) sekolah telah menganjurkan


aktiviti gotong-royong perdana dengan kerjasama daripada pihak PIBG. Aktiviti ini merupakan
aktiviti tahunan sekolah bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Melalui program ini, pelajar bersama-sama dengan ibu bapa diberi pendedahan
mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan sekolah di samping
mewujudkan satu persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran pelajar. Di samping itu,
program ini juga berharap dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti menyayangi dan
menghargai alam sekitar, keharmonian antara manusia dan alam sekitar, kemapanan alam sekitar
dan peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam diri pelajar. Antara objektif lain aktiviti gotong-
royong perdana ialah:

a) mewujudkan identiti sekolah sebagai satu institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
b) mewujudkan dan meningkatkan kerjasama antara murid, ibu bapa dan guru dalam
melaksanakan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
c) meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan sekolah serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu dan bermula seawal pukul 8.00 pagi. Semua guru,
pelajar dan ibu bapa berkumpul di dalam dewan dan diagihkan kepada kumpulan kecil. Antara
aktiviti yang dilaksanakan adalah pembersihan kawasan padang sekolah, keceriaan sekitar
kawasan sekolah dan mengecat semula bilik darjah, serta melebarkan lorong jalan kaki pelajar
menuju ke luar sekolah. Ibu bapa memberi sambutan yang baik terhadap aktiviti tahunan ini.
Ibu bapa dan para guru berganding bahu
melebarkan lorong jalan kaki pelajar.

Ibu bapa bersama-sama dengan guru


memperbaiki pintu tandas.

Guru dan ibu bapa bekerjasama mengecat


semula bilik darjah.

Pelajar-pelajar membersihkan kawasan sekitar


padang sekolah.

Para ibu bapa sedang membersihkan kawasan sekitar sekolah.


2.2 GOTONG-ROYONG ANTI DENGGI

Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling (B&K) dengan kerjasama semua guru serta
pelajar telah mengadakan satu gotong-royong anti denggi peringkat sekolah. Aktiviti ini
diadakan semasa perjumpaan kokurikulum, iaitu pada hari rabu, pukul 1:00 hingga 3:00 petang.

Objektif gotong-royong anti denggi adalah seperti berikut:

(a) Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya nyamuk aedes.


(b) Menjadikan amalan kebersihan sebagai gaya hidup di kalangan pelajar.
(c) Memupuk sikap prihatin pelajar terhadap pencengahan nyamuk aedes.
(d) Mendorong pelajar memberi komitmen tinggi dalam mencengah deman denggi.
(e) Mewujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
(f) Melahirkan generasi bebas daripada wabak denggi.

Sebelum gotong royomg bermula, semua pelajar dikumpulkan di dewan untuk


mendengar ceramah ringkas mengenai wabak denggi yang disampaikan oleh kaunselor sekolah,
Cikgu Wee.

Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut kelab masing-masing


dan dipertanggungjawabkan untuk membuat pembersihan di lokasi yang telah ditetapkan. Guru
penasihat kelab bertindak sebagai fasilitator dan memberi taklimat ringkas mengenai skop tugas
pelajar sebelum aktiviti bermula.
Pelajar-pelajar bekerjasama membersihkan longkang yang merupakan salah satu tempat pembiakan nyamuk
aedes.

Pelajar membersihkan kawasan yang mempunyai Pelajar membuat pembersihan di kawasan rumah
takungan air. hijau.

Pelajar memberi kerjasama sepenuhnya semasa perlaksanaan aktiviti gotong-royong. Berdasarkan


maklum balas daripada pelajar selepas menjalankan gotong-royong, mereka lebih faham dan jelas mengenai
tempat-tempat pembiakan nyamuk dan tahu cara-cara untuk memusnahkannya. Selain daripada itu, melalui
ceramah yang disampaikan oleh kaunselor, pelajar menyedari tentang bahaya deman denggi dan mempelajari
tanda dan gejala deman denggi. Dengan ini, objektif aktiviti adalah tercapai.
2.3 PROGRAM PENGHIJAUAN SEKOLAH

Program penghijauan sekolah telah bermula sejak sekolah ini bertapak di Kem Penrissen
pada tahun 1997 dan diteruskan sehingga kini. Projek ini dilaksanakan pada waktu luar
pengajaran dan pembelajaran seperti dalam program Pasca Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan
aktiviti kelab pencinta alam di bawah bimbingan para guru dengan kerjasama dari pelajar untuk
menanam pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Kadang kala, program ini juga diselitkan
sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Selain daripada guru dan pelajar, pekerja-pekerja swasta turut membantu dalam memangkas,
membersihkan daun-daun yang gugur, menyiram serta membaja pokok bunga yang ditanam di
sekitar kawasan sekolah.

Program ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut:


a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk melibatkan diri dalam usaha memelihara dan
memulihara alam sekitar selaras dengan motto 'sekolah ku, rumah ku'.
b) Menjadikan kawasan sekolah lebih hijau dan lestari.
c) Mewujudkan rasa cinta kepada sekolah di kalangan pelajar dan guru.
d) Memupuk nilai-nilai murni, sikap-sikap positif serta membina disiplin di kalangan pelajar
agar menjaga kesejahteraan alam sekitar.
e) Menjana pemikiran kreatif dan kritis pelajar mengenai penjagaan pemeliharaan alam sekitar.
f) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
alam demi kehidupan manusia sejagat.

Kekangan utama program ini adalah kekurangan peruntukkan dari pihak sekolah untuk
membeli peralatan dan baja yang diperlukan. Tambahan pula, sekolah ini terletak dalam kawasan
berisiko banjir kilat. Maka, bukan semua jenis pokok bunga sesuai untuk ditanam. Namun
demikian, program ini tetap akan diteruskan pada masa akan datang supaya hasrat menjadikan
sekolah ini sebuah sekolah hijau dan lestari akan tercapai.
Pandangan pintu masuk utama sekolah Bunga yang ditanam di tepi Dewan Sri Utama

Pokok yang ditanam di tepi makmal komputer Hiasan bunga dalam pasu di sepanjang koridor
Penjabat Am

Penggunaan tayar terpakai untuk menghiaskan Pokok yang ditanam di depan Pusat Sumber
tanaman bunga sekolah.
2.4 TAMAN MAKMAL SAINS

Pada tahun 2011, Panitia sains bermula dengan projek membina satu taman mini di depan
blok makmal sains. Pembinaan taman ini masih dalam proses sehingga ke hari ini dan
dilaksanakan langkah demi langkah kerana kekurangan peruntukkan kewangan. Idea pembinaan
taman ini telah diilhamkan oleh ketua bidang sains dan matematik, iaitu Cikgu Othman Majidin
dengan bantuan daripada semua pembantu makmal. Taman ini bertujuan untuk memupuk minat
pelajar dalam mempelajari sains yang berkaitan dengan alam sekitar kerana dalam era sains dan
teknologi, pengajaran dan pembelajaran sains tidak boleh hanya terhad dalam bilik darjah atau
makmal sains sahaja. Di samping itu, Panitia sains juga berharap agar projek ini dapat
melahirkan pelajar yang peka terhadap alam sekitar di samping menanam semangat kerjasama
antara pelajar supaya sayangkan sekolah. Buat sementara waktu, taman makmal sains ditanam
dengan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai cara pembiakan yang berbeza. Spesies
tumbuhan dijangkakan akan bertambah pada masa yang akan datang.

Aloe Vera Tebu

Keladi Pisang dan limau kasturi


Lengkuas

3.0 PENUTUP

Pada masa yang akan datang, Projek sekolah hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan
Wira Penrissen akan dipelbagaikan lagi seperti mengadakan program kitar semula bahan-bahan
terpakai seperti kertas, tin aluminium dan botol plastik. Program kitar semula akan memberi
pendedahan dan peluang kepada semua pelajar untuk menyumbangkan tenaga dalam mengatasi
isu-isu pencemaran alam sekitar. Di samping itu, kempen menjimatkan air dan tenaga elektrik
juga akan diperkenalkan di kalangan pelajar supaya dapat memupuk sikap menghargai sumber
tenaga bumi. Mudah-mudahan dengan penerapan nilai secara tidak langsung melalui
perlaksanaan pelbagai program sekolah hijau, ia dapat membentuk dan melahirkan generasi
muda yang lebih menyayangi dan menghargai nikmat alam sekitar. Perkara ini sedikit sebanyak
membantu dalam memastikan matlamat negara melahirkan generasi yang sentiasa 'cakna'
terhadap aspek kelestarian alam sekitar tercapai.

You might also like