Professional Documents
Culture Documents
SK PAYA RUMPUT
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
KM 12.8
76450 MELAKA
KERTAS KERJA
TERAPI CARA KERJA
1.0 PENGENALAN
Aktiviti terapi cara kerja merupakan salah satu elemen penting yang perlu dirancang dan
dilaksanakan secara holistik kepada murid bermasalah pembelajaran. Aktiviti terapi cara
kerja merupakan salah satu aktiviti latihan yang bermakna untuk meningkatkan tahap
kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang
mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Kandungan aktiviti
yang dirancang membantu memperkembangkan potensi murid-murid khas secara
optimum meliputi perkembangan fizikal, emosi, kognitif dan sosial murid bertepatan
dengan saranan pembentukan modal insan dan pendidikan untuk semua. Dengan ini,
secara tidak langsung dapat memperbaiki kebolehan murid-murid khas menjalankan
aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah.
Unit Pendidikan Khas SK Paya Rumput merancang program Terapi Cara Kerja yang
tertumpu kepada kemahiran psikomotor murid. Motor kasar melibatkan pergerakan otot
besar manakala motor halus berfokus kepada otot-otot kecil seperti yang terdapat pada
muka, tapak tangan, tapak kaki dan jari. Terapi ini dapat memberikan pendedahan kepada
murid untuk berdikari dalam menjalani kehidupan seharian. Perkara ini selari dengan
Falsafah Pendidikan Khas yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berkemahiran,
berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri dan boleh menyedari
potensi sendiri. Kemahiran tersebut adalah penting bagi setiap individu boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan
lebih sempurna.
2.0 RASIONAL
2.1 Aktiviti terapi cara kerja merupakan salah satu alternatif terbaik dalam membantu
mengembalikan kefungsian murid bermasalah pembelajaran dan menggalakan
mereka menjalankan aktiviti seharian seperti belajar, bersosial, berekreaksi, dan
lain-lain sebagai persediaan menghadapi kehidupan sebenar kelak.
2.2 Melalui terapi cara kerja mereka akan dibimbing dan dilatih menggunakan
koordinasi mata dan tangan seperti alat-alat permainan di bilik multisensori dan
bilik snoozelen.
3.0 MATLAMAT
Aktiviti terapi cara kerja ini membantu meningkatkan perkembangan diri murid secara
holistik merangkumi aspek fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Aktiviti terapi ini
bermatlamat memajukan potensi murid bermasalah pembelajaran secara optimum melalui
perancangan aktiviti yang bersesuaian selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Khas
dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Membimbing dan melatih murid bermasalah fizikal untuk menghulurkan kedua-
dua tangan ke hadapan, mencapai sesuatu, menggenggam dan melepaskannya
serta mengambil atau memanipulasikan sesuatu dengan jari.
4.3 Meningkatkan keyakinan diri murid melalui aktiviti yang dijalankan di bilik
multisensori dan snoozelen.
4.4 Membantu dalam relaksasi diri dan memberikan ketenangan emosi bagi
meningkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak bermasalah emosi.
7.0 SYOR
Oleh itu, Jawatankuasa perancangan aktiviti terapi cara kerja Program Pendidikan Khas
mengharapkan agar pihak pentadbiran SK Paya Rumput dapat meluluskan cadangan
aktiviti terapi cara kerja di tempat berkenaan.
Disahkan Oleh,
Kewangan
Anggaran perbelanjaan
Aktiviti/ Jadual
Masa Aktiviti