You are on page 1of 10
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia KEMENTERIAN fra 6 BLOKE FENBIBICAN covet 8 Bot £8 KOMPLENGS KERAJAAN PARCEL E Sovorort Conplor Paro E PUSATPENTADBIRANKERAJAAN PERSEKUTUAN — /OLOSSEBAQ7 Feces! Gorenmentaamnisraive Cans Fale 0858004548 asoepUTRAUBYA KP/KPPM/6 Jid. 2 (2-1 ) Tarikh: Qo Jun 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2016 PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2016 TUJUAN 1. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pelaksanaan Highly Immersive Programme (HIP) bahasa Inggeris mulai tahun 2046. HIP dilaksanakan bertujuan mendedahkan murid kepada penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas dengan mewujudkan persekitaran Highly Immersive bahasa Inggeris di sekolah. Persekitaran tersebut diwujudkan melalui pelibatan murid yang lebih aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris serta pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti dalam pelaksanaan aktiviti bahasa Inggeris di sekolah. LATAR BELAKANG 2. KPM mendapati bahawa pembelajaran dan pencapaian murid dalam bahasa Inggeris boleh dipertingkat dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas. Hal ini terbukti di sekolah-sekolah yang telah pun melaksanakan aktiviti-aktiviti pendedahan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas yang melibatkan semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti. Namun demikian, terdapat sekolah yang membataskan penggunaan bahasa Inggeris hanya kepada peruntukan masa dalam jadual waktu, dan melibatkan guru bahasa Inggeris sahaja. Melalui HIP, penggunaan bahasa Inggeris dapat dilaksanakan secara lebih meluas dengan pelibatan menyeluruh semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan komuniti PELAKSANAAN 3. Bagi membantu dan memudahkan pelaksanaan HIP, bersama-sama_ ini dilampirkan garis panduan pelaksanaan HIP sebagai rujukan TARIKH KUAT KUASA 4. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan. PEMBATALAN 5. Dengan ini dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 1999 bertarikh 4 Januari 1999 berkaitan garis panduan pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah adalah terbatal TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 6. YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di semua institusi pendidikan yang terlibat di bawah pentadbiran YBhg Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk: 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia ‘YB Timbalan Menteri Pendidikan | ‘YB Timbalan Menteri Pendidikan I! Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemagh Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia LAMPIRAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) BAHASA INGGERIS DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN Di BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2016 4. TUJUAN Garis panduan (HIP) bahasa Inggeris di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2016. bertujuan memakiumkan pelaksanaan Highly Immersive Programme 2. LATAR BELAKANG HIP merupakan program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid melalui pengunaan bahasa Inggeris yang lebih meluas di sekolah. Program ini telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2015 pada 23 Oktober 2015. HIP. menyokong lima (5) anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) seperti berikut: i, Anjakan Pertama ‘+ Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. ji, Anjakan Kedua + Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Anjakan Ketiga ‘+ Melahirkan rakyat yang menghayati nilai. v. Anjakan Keenam © Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperiuan. vi, Anjakan Kesembilan © Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 3. OBJEKTIF Objektif HIP adalah seperti berikut: i, mewujudkan persekitaran highly immersive yang menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah; ji, meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan warga sekolah; meningkatkan pelibatan murid secara lebih aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dilaksanakan di sekolah secara berterusan; iv. menggalakkan Pengetua/Guru Besar memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam merancang aktiviti bahasa Inggeris di sekolah; dan V. _mempertingkat pelibatan ibu bapa serta komuniti yang lebih aktif dalam pembelajaran bahasa Inggeris murid di sekolah, 4. PENDEKATAN HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) HIP dilaksanakan melalui ‘* Whole Schoo! Approach + Konsep Outreach Whole Schoo! Approach dalam HIP melibatkan pemimpin sekolah, guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dijalankan. Pelibatan yang ‘menyeluruh daripada semua pihak di atas merupakan faktor penting dalam memastikan pencapaian objektif serta kelestarian dan kemampanan HIP yang dilaksanakan di sekolah, HIP juga mempertingkat pelibatan ibu bapa dalam aktiviti bahasa Inggeris di sekolah. Pelibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran dapat membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan murid. Ibu bapa boleh menyumbang bush fikiran, kepakaran dan memberi sokongan berterusan kepada murid dan sekolah dalam aktiviti bahasa Inggeris yang dilaksanakan. Program HIP memperkukuh konsep Outreach sebagai satu usaha yang berkesan dalam membantu sekolah meningkatkan pelibatan murid dalam aktiviti bahasa Inger. Melalui konsep Outreach sekolah berupaya mewujudkan kolaborasi dengan pihak Iuar seperti alumni sekolah, pakar Bahasa Inggeris, serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Kesemua pihak tersebut boleh membantu sekolah dengan memberi pelbagai ‘sumbangan seperti kepakaran, masa serta sokongan yang berterusan. |. PELAKSANAAN HIP dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari 2016. Pada tahun 2016 pelaksanaan HIP adalah dalam 1,200 buah sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional. HIP akan diperluaskan kepada 5,500 buah sekolah rendah, menengah dan. Kole} Vokasional pada tahun 2017. Peluasan HIP di sekolah rendah, menengah dan Kolej Vokasional seluruh negara akan dilaksanakan pada tahun 2018. 5.1 HIP TOOLKIT Sekolah dibekalkan dengan HIP Toolkit. lanya adalah satu panduan_ untuk melaksanakan HIP di sekolah. HIP Toolkit ini terdiri daripada panduan menggunakan instrumen penilaian kenditi serta HIP Guidebook. Instrumen penilaian kendiri yang terkandung dalam HIP Toolkit hendaklah diisi oleh sekolah untuk menilai tahap immersive bahasa Inggeris sedia ada. Hasil penilaian instrumen kendiri tersebut hendaklah digunakan untuk merancang aktiviti bahasa Inggeris yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap immersive bahasa Inggeris sekolah. HIP Guidebook mengandungi contoh-contoh amalan terbaik aktiviti dalam kelas, Iuar Kelas, kelas bimbingan dan Outreach. Amalan-amalan terbaik ini diperoleh daripada sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah boleh memilih aktiviti daripada HIP Guidebook sekiranya bersesuaian atau pun melaksanakan aktiviti tersendiri berdasarkan keperluan. 5.2. AKTIVITIHIP HIP meliputi aktiviti dalam kelas, luar kelas, kelas bimbingan dan outreach. Kesemua aktiviti ini bertujuan membina persekitaran Highly Immersive bahasa Inggeris dan meningkatkan pendedahan dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Apabila murid berinteraksi dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi dan pembelajaran, ianya akan meningkatkan penguasaan bahasa tersebut 5.2.1. Aktiviti Dalam Kelas Guru bahasa Inggeris bertanggungiawab terhadap aktiviti dalam kelas. Aktiviti ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dan melibatkan semua murid. Nilai tambah HIP akan memperkukuh pengajaran dan 5.22 5.23 5.2.4 pembelajaran sedia ada dalam Kelas. Pembelajaran kritis serta kreatif adalah diutamakan dan interaksi murid dalam bahasa Inggeris semua aktiviti, Guru perlu: mewujudkan persekitaran yang seronok dan non- threatening yang menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris dalam kalangan ‘muri. Guru juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang mencabar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). HIP menggalakkan perkongsian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. eri penekanan dalam Al Luar Kelas Aktiviti luar Kelas adalah aktiviti sokongan bahasa Inggeris yang dijalankan di luar kelas. Aktiviti luar kelas yang melibatkan guru daripada semua mata pelajaran selain guru Bahasa Inggeris merupakan nilai tambah bagi HIP. Semua murid harus terlibat dari semua tahap. Suasana perlu diwujudkan agar murid tidak segan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Suasana yang kaya dengan bahan bahasa Inggeris seperti visual, auditori dan kinestetk perlu diadakan untuk mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran murid. Aktiviti yang dilaksanakan juga perlu mengambil kira minat dan kebolehan murid yang berbeza. Pelbagai insentif termasuk sijl boleh ditawarkan sebagai tanda pelibatan murid Aktiviti Kelas Bimbingan Aktiviti kelas bimbingan merupakan aktiviti pengukuhan dan pemulihan bahasa Inggeris yang menerapkan aktiviti didik hibur (fun leat murid (Leamer-Centredness). Aktiviti ini dilaksanakan dalam masa tambahan selepas waktu sekolah dan menyokong murid dalam pembelajaran bahasa Inggeris dalam kelas. HIP menggalakkan pelibatan guru Bahasa Inggeris, bersama-sama guru mata pelajaran lain, murid yang lebih berkebolehan (peer learning) serta pihak ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti kelas bimbingan. }) yang berpusatkan Aktiviti Outreach Sekolah hendaklah mengadakan aktiviti Outreach sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, Outreach adalah aktiviti sokongan bahasa Inggeris yang boleh melibatkan ibu bapa serta masyarakat. Masyarakat bermaksud badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta serta alumni yang boleh menyumbang dalam bentuk kepakaran, masa atau sokongan. Outreach antara sekolah juga digalakkan. Dalam mewujudkan kerjasama dengan pihak-pihak di atas sekolah perlu merujuk kepada dokumen Sarana Sekolah serta garis panduan Public Private Partnership (PPP) yang disediakan. 6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 64 62 63 Pemimpin Sekolah Pemimpin sekolah memainkan peranan yang penting dan bertindak sebagai penggerak utama HIP di sekolah. Pemimpin sekolah sentiasa memberi galakan serta motivasi yang berterusan kepada warga sekolah dalam pelaksanaan HIP. Pemimpin sekolah menyumbang idea dalam merancang pelan strategik pelaksanaan HIP di sekolah dan memastikan bahawa ianya dilaksanakan dengan berkesan untuk mencapai objektif HIP. Pemimpin sekolah juga merupakan penggerak utama dalam mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti dalam melaksanakan HIP. Pemi menubuhkan satu jawatankuasa yang merancang dan memantau pelaksanaan HIP di sekolah. Jawatankuasa ini boleh melibatkan guru-guru semua mata pelajaran. in sekolah bertanggungjawab Pemimpin sekolah digalakkan berkongsi_pengetahuan dan pengalaman melaksanakan aktiviti bahasa Inggeris HIP di sekolah masing-masing dengan sekolah Iain melalui mekanisme perkongsian maklumat sedia ada Guru Sekolah Guru semua mata pelajaran memainkan peranan penting sebagai pelaksana HIP di sekolah. Guru menyokong pemimpin sekolah dalam mewujudkan persekitaran Highly Immersive yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah. Guru Bahasa Inggeris bertanggungjawab terhadap HIP yang dilaksanakan dalam kelas. Guru mata pelajaran bukan Bahasa Inggeris bersama-sama melibatkan iri dalam pelaksanaan HIP yang lain iaitu aktiviti luar kelas, Kelas bimbingan dan Outreach. Murid sekolah Murid bertanggungjawab terhadap perkembangan pembelajaran sendiri dan berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris masing-masing melalui 64 pelibatan dalam semua aktiviti HIP yang dianjurkan oleh sekolah. Murid periu berusaha dalam meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar elas, Ibu bapalPenjaga Pelibatan Ibu bapa merupakan satu usaha bagi meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. HIP menggalakkan ibubapa memainkan peranan penting dalam pembelajaran Bahasa Inggeris anak mereka. Ibu bapa menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya untuk anak mereka belajar di rumah. Ibu bapa juga boleh menyokong sekolah dalam pelaksanaan aktivit| HIP seperti aktiviti luar kelas, aktiviti kelas bimbingan dan aktiviti Outreach dengan pelbagai cara seperti menyediakan kepakaran, menjadi sukarelawan dan memberi bantuan di mana ‘sahaja diperlukan. Maklumbalas ibubapa mengenai perkembangan anak-anak mereka dalam pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru dan sekolah merupakan faktor penting dalam menjayakan HIP di sekolah. MEKANISME PERKONGSIAN MAKLUMAT HIP Mekanisme perkongsian maklumat HIP penting untuk kelestarian program tersebut. Pemimpin sekolah periu membincang tentang status HIP dan berkongsi amalan terbaik aktiviti HIP semasa dialog prestasi di peringkat sekolah, daerah dan neger PEMANTAUAN Pemantauan berterusan pelaksanaan aktiviti HIP adalah tanggungjawab pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak PPD akan melaporkan dapatan mereka terhadap pelaksanaan HIP di sekolah kepada pihak JPN. Pemeriksaan HIP di sekolah juga akan dilaksanakan oleh bahagian berkaitan di KPM. KEBERHASILAN HIP Keberhasilan HIP adalah berdasarkan kepada: 9.4 92 peningkatan tahap immersive bahasa Inggeris di sekolah; peningkatan peratus pelibatan murid dalam aktiviti HIP di sekolah; dan 10. PENUTUP Keberkesanan program HIP banyak bergantung kepada kecekapan Kepimpinan sekolah dalam melaksanakan HIP di peringkat sekolah. Aktiviti HIP akan membantu mewujudkan persekitaran highly immersive bahasa Inggeris di sekolah dan memberi pendedahan yang meluas terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Secara tidak langsung, ini akan membantu meningkatkan keyakinan murid dalam menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Sesungguhnya, kerjasama antara semua pihak adalah penting untuk memastikan kejayaan HIP.

You might also like