You are on page 1of 17

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) (Campuran Pemasaran Syarikat

Nestl Malaysia)

Get link

Facebook

Twitter

Pinterest

Google+

Email

January 30, 2016

1.0 PENGENALAN

Menurut , Kotler dan Armstrong (1997) yang menyatakan bahawa campuran pemasaran
merupakan kombinasi pemboleh ubah yang digabungkan untuk menghasilkan tanggapan yang
diharapkan dari pasaran. Pemasaran adalah suatu proses analisis, perencanaan, implementasi,
koordinasi dan pengendalian program pemasaran yang meliputi kebijakan produk, harga,
promosi, dan pengedaran dari produk dan idea yang ditawarkan untuk menciptakan dan
meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya pencapaian tujuan
organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif
pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran
pemasaran tradisional empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan.
Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam
menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran
yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada
operasi syarikat mengaplikasi pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran
dalam bidang perniagaan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat menyokong
strategi yang bakal dilaksanakan. Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran
penting bagi membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai kejayaan dalam
pemasaran produk dan perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas
perniagaan semata-mata.

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam


menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras
kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan
menepati sasaran pasaran melalui perlaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami
strategi campuran pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas
kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

1.1 Produk ( Product )

Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), Produk adalah setiap apa saja yang
ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, penggunaan yang dapat
memenuhi keinginan atau penggunaan. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi
boleh juga sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya.

1.2 Harga ( Price )

Menurut Monroe (2005) menyatakan bahawa harga merupakan perbelanjaan ekonomi yang
dilakukan pelanggan untuk memperoleh produk atau perkhidmatan. Selain itu harga salah satu
faktor penting dalam mengambil keputusan untuk melakukan transaksi atau tidak (Engel,
Blackwell dan Miniard, 1996). Harga dikatakan mahal, murah atau biasa-biasa saja dari setiap
individu tidaklah harus sama, kerana tergantung dari perspeksi individu yang dilatar belakangi
oleh lingkungan kehidupan dan tahap individu (Schifman and Kanuk, 2001).

1.3 Tempat ( Place )

Tempat dalam campuran pemasaran disebut dengan saluran pengedaran, saluran dimana
produk tersebut sampai kepada pengguna. Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288)
tentang saluran pengedaran adalah, Saluran yang digunakan oleh produksi untuk menyalurkan
produk tersebut dari produksi sampai ke konsumer atau industri pemakai.

1.4 Promosi ( Promotion )

Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi
pemasaran. Yang dimaksud dengan komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang
berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, atau mengingatkan pasar sasaran atas
perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli, dan setia pada produk yang
ditawarkan perusahaan yang tersebut.
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui bahawa Syarikat yang dikaji oleh pengkaji
mengamalkan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka. Campuran Pemasaran amat
penting dalam sesebuah entiti perniagaan.

Syarikat Nestl ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang
ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan
pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh
adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lacte Henri Nestl
Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestl yang menghasilkan produk
makanan bayi.

Kini sesetengah jenama Nestl dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju
pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol,
kopi, krimer, perasa makanan. Reputasi korporat Nestl merupakan antara yang tertinggi di
kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.Produk Nestle menjadi pilihan orang ramai
terutama di Malaysia. Ramai pembeli menggunakan produk Nestle tanpa ragu-ragu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti campuran pemasaran Syarikat Nestl Malaysia berdasarkan kedalaman,


kelebaran, klasifikasi dan attribute produk.
2.2 Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestl.
2.3 Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran pemasaran
produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan attribut produk yang diamalkan oleh
Syarikat Nestl Malaysia. Seterusnya mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan
selain itu, untuk mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

Syarikat Nestl Malaysia ialah sebuah Syarikat yang beroperasi secara komersial di
Malaysia sejak tahun 1912. Syarikat Nestl merupakan pengeluar makanan Halal terbesar dalam
Kumpulan Nestl dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestl. Ibu
pejabatnya terletak di Mutiara Damansara, Selangor. Memiliki 7 kilang dan 1 pusat pengedaran
nasional. Mempunyai lebih daripada 5,800 warga kerja. Menghasilkan lebih daripada 500
produk Halal, dengan jenama isi rumah terkenal seperti MILO, MAGGI dan NESCAF.
Mencatat perolehan sebanyak RM4.8 bilion bagi tahun 2013. Dan juga disenaraikan di Bursa
Malaysia sejak tahun 1989.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
dalam melakasanakan kajian ini dengan sempurna.Pengkaji boleh menggunakan dua sumber
data. Sumber data merupakan faktor penting yang menjadi pertimbangan dalam penentuan cara
pengumpulan data. Sumber data terdiri dari sumber data primer dan sumber data sekunder.

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau
pihak pertama. Data primer secara khusus dikumpulkan oleh peneliti untuk menjawab
pertanyaan riset atau penelitian. Data primer dapat berupa pendapat subjek riset (orang) baik
secara individu mahupun kelompok, hasil penelitian terhadap suatu benda (fisik), kejadian, atau
kegiatan, dan hasil pengujian. Manfaat utama dari data primer adalah bahwa unsur-unsur
kebohongan tertutup terhadap sumber fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih
mencerminkan kebenaran yang dilihat. Bagaimana pun, untuk memperoleh data primer akan
menghabiskan dana yang relatif lebih banyak dan menyita waktu yang relatif lebih lama.

Data sekunder merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung
melalui media perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan, atau laporan
historis yang telah tersusun dalam arsip, baik yang dipublikasikan dan yang tidak dipublikasikan.
Manfaat dari data sekunder adalah lebih meminimalkan biaya dan waktu, mengklasifikasikan
permasalahan-permasalahan, menciptakan tolak ukur untuk mengevaluasi data primer, dan
memenuhi kesenjangan-kesenjangan informasi. Jika informasi telah ada, pengeluaran ruang dan
pengorbanan waktu dapat dihindari dengan menggunakan data sekunder. Manfaat lain dari data
sekunder adalah bahawa seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi
utama.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan sumber data sekunder untuk menyiapkan kajian
ini.Kebanyakkan data sekunder ini telah diperolehi melalui pengaksesan laman sesawang, buku,
akhbar dan majalah. Pengkaji telah membuat analisis tentang campuran pemasaran Syarikat
Nestl berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan attribut produk, mengenalpasti kaedah
campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestl dan seterusnya mengenalpasti strategi
penetapan harga umum dan harga produk baharu.Tidak tertinggal juga , pengkaji telah melayari
laman sesawang yang berkaitan dengan Produk Nestl bagi memperoleh data untuk menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bab ini membincangkan tentang campuran pemasaran yang digunapakai oleh Syarikat
Nestl. Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan,
eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi
campuran pemasaran tradisional: empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran
pengagihan. Campuran pemasaran ini berkeupayaan untuk membantu sesebuah perniagaan
dalam menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran
pasaran yang tepat.

5.1 Produk

Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), Produk adalah setiap apa saja yang
ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, penggunaan yang dapat
memenuhi keinginan atau penggunaan. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi
boleh juga sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya.

5.1.1 Klasifikasi Produk


Secara umumnya, terdapat dua jenis produk yang dijual dalam pasaran, iaitu produk
pengguna dan produk industri. Produk yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Nestl Malaysia
merupakan produk pengguna. Produk pengguna boleh diklasifisikan sebagai barangan mudah
beli, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari.

Syarikat Nestl Malaysia mengeluarkan produk pengguna mudah beli. Barangan mudah beli
ialah produk yang dibeli dalam sesuatu masa yang pendek dan sering kali menjadi perhatian dan
kehendak pengguna. Harga produk mudah beli ini selalunya berpatutan. Pengguna boleh
memperolehnya dalam jangka masa pendek. Apa yang dapat disimpulkan melalui klasifikasi
produk ialah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestl Malaysia merupakan produk
pengguna.

Produk Nestl yang dihasilkan oleh Syarikat Nestl Malaysia tergolong dalam produk
gerak hati. Produk gerak hati didefinisikan sebagai produk yang dibeli tanpa memerlukan
perancangan. Pembeli membeli produk Nestl berdasarkan promosi yang ditawarkan, harga,
standard produk dan juga citarasa mereka terhadap produk Nestl.

5.1.2 Attribut Produk

Menurut Fandy Tjiptono (1999:98-101) , attribut produk adalah ciri-ciri produk yang diberi
perhatian oleh pegguna dan dijadikan faktor untuk mendorong pembeli atau pengguna untuk
membelinya.

i. Mutu Produk

Syarikat Nestl Malaysia memberi perhatian utama kepada kualiti produk yang mereka
menghasilkan. Syarikat Nestl Malaysia menekankan aspek kesihatan dalam produk mereka.
Pada mulanya Syarikat Nestl memperkenalkan produk ini bertujuan untuk mengatasi masalah
kematian bayi akibat malpemakanan pada masa itu. Kebanyakkan produk yang dihasilkan oleh
Syarikat Nestl berasaskan produk kesihatan untuk bayi dan ia juga merangkumi penggunaan
untuk semua masyarakat. Nestl telah begitu jauh mengorak langkah setapak dan setapak untuk
terus memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna khususnya kanak-kanak dan para ibu. Dalam sidang media , Nestl Malaysia
menjelaskan bahawa semua produk Nestl dikeluarkan di bawah syarat-syarat perkilangan ketat
dengan mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa serta selamat untuk dimakan.
ii. Ciri Produk

Ciri produk yang unik dan pelbagai mampu menarik minat pembeli atau pengguna. Seperti
yang kita semua sedia maklum, pengguna membeli sesuatu barang selepas menitikberatkan ciri-
ciri produk tersebut. Syarikat Nestl Malaysia memberi keutamaan kepada kesihatan dalam
produk yang dikeluarkan. Mereka menggunakan gandum yang banyak dengan Karbohidrat yang
menjadi sumber tenaga pilihan di dalam tubuh.Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan
vitamin.

iii. Reka Bentuk Produk

Reka bentuk produk adalah bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan
pengeluar. Produk Nestl menekankan kepentingan reka bentuk produknya. Contohnya
NESCAF Softpack yang pada tahun 2013, telah berjaya mengubah suai isian dan
pembungkusan NESCAF Softpacks dan dilancarkan dalam pelbagai saiz iaitu 50g, 100g,
200g, 300g dan 500g. Selain daripada itu, Pek promosi MAGGI 5 +1 bagi pasaran Malaysia
telah melalui proses reka bentuk semula bagi karton dan konfigurasinya untuk memperbaiki
susunan palet sebanyak 16%.

5.1.3 Keputusan Campuran Produk

Keputusan Campuran Produk perlu mengambil kira aspek- aspek yang berikut:

a) Kelebaran

Kelebaran campuran produk Syarikat Nestl merujuk kepada bilangan lini produk yang
dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang besar dapat menarik minat pengguna
dalam pelbagai segmen pasaran. Campuran produk Syarikat Nestl Malaysia terdiri daripada
produk kopi dan minuman, produk susu, produk bijirin untuk sarapan, produk tenusu sejuk,
produk ais krim dan produk coklat. Kepelbagaian jenis produk mampu menarik minat pengguna
untuk memilih tanpa rasa ragu-ragu. Pada masa yang sama kepelbagaian produk juga
menyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan oleh Nestl amat memberi kesan baik
kepada aktivit seharian masyrakat.

b) Kedalaman

Kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam
satu barisan produk. Contohnya Nestl menawarkan produk tenusu seperti susu pelbagai perasa
vanila, strawberi, coklat. Syarikat Nestl juga menyediakan ice kream yang terdiri daripada
Drumstick, La Cremerla, Mat kool dan yang terbaru ialah aiskrem goreng yang sedang
mendapat sambutan hangat dalam pasaran. Selain daripada item-item tersebut Syarikat Nestl
juga mengeluarkan produk coklat yang sentiasa mendapat tempat dalam pasaran dan menjadi
kegemaran kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan juga orang dewasa. Coklat-coklat seperti
Kit Kat, CRUNCH, dan CRUNCH WAFER. Produk Nestl bijirin untuk sarapan pula ,
seperti COOKIE CRISP, CORN FLAKES, FITNESS, HONEY STARS, CRUNCH
dan NESTUM.

5.2 Campuran Promosi

Promosi

Promosi adalah merujuk kepada keseluruhan set aktiviti yang mengkomunikasikan produk,
jenama, produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Ideanya adalah untuk mewujudkan
kesedaran, perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli produk yang mereka sukai.

Menurut Kotler P. Armstrong G. campuran promosi sesebuah syarikat, dikenali sebagai


campuran promosi yang di integrasikan penggunaannya bersama-sama seperti pengiklanan,
perhubungan awam, jualan persendirian, promosi jualan dan pemasaran terus.

Pada amnya, promosi merupakan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak pengeluar untuk
mewujudkan satu saluran maklumat bertujuan untuk menjual sesuatu keluaran. Patten D,
menganggap promosi merupakan anak kunci kepada perancangan strategik iaitu sebagai
penggerak di dalam elemen-elemen pemasaran. Antara alat-alat promosi yang digunakan oleh
Syarikat Nestl untuk mempromosikan produknya :
5.2.1 Pengiklanan

Menurut Wells, Moriarty dan Burnett, pengiklanan merupakan satu bentuk persembahan
berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan atau perkhidmatan yang ditaja oleh
peniaga yang dikenalpasti. Penggunaan iklan mampu untuk melonjak kesedaran ke tahap
maksimum dikalangan pembeli. Namun kos yang tinggi diperlukan untuk menggunapakai alat
promosi ini. Pengiklanan berperaturan agar tidak menipu dan membuat dakwaan palsu. Iklan
mampu menukar persepsi mahupun andaian negatf pengguna kepada bentuk yang positif. Iklan
dapat dilihat dan dengar sama ada melalui media cetak ataupun media elektronik ianya pasti
mempunyai persamaan pada setiap iklan, cirri-ciri tersebut ialah, setiap iklan mempunyai mesej
yang tertentu, melibatkan pihak penaja yang dikenalpasti, disiarkan melalui pelbagai jenis media,
dan melibatkan pembayaran oleh pihak penaja.

Syarikat Nestl telah mengkelaskan objektif pengiklanan kepada beberapa objektif :

i. Pengiklanan Memberitahu

Syarikat Nestl menggunanakan objektif ini untuk memberitahu pembeli atau pengguna setia
Nestl mengetahui tentang keluaran produk baharu yang telah dilancarkan dalam pasaran.
Contohnya seperti Nestle KIT KAT Rubies . Sewaktu majlis Nestle Kit kat Rubies Launch
diadakan, ramai-rakan blogger dan media yang turut hadir untuk membuat liputan.

Menggunakan kekuatan Media dan blogger sewaktu majlis pelancaran produk terbaru..
Kemudian menggunakan pengiklanan Nuffnang sebagai platform untuk membuat promosi
susulan. Dengan berbuat demikian sudah tentu satu Malaysia akan mengetahui kewujudan Kit
Kat Rubies, disebabkan iklan Nuffnang terdapat pada kebanyakan blog di Malaysia.

ii. Pengiklanan Memujuk

Pengiklanan memujuk ini digunakan secara meluas apabila sesuatu produk semakin hebat di
pasaran. Iklan berbentuk memujuk ini juga membentuk keyakinan kepada pengguna. Di
samping itu, iklan ini bertujuan untuk menerangkan kelebihan jenama, perbandingan dengan
jenama lain. Iklan ini juga menjadi iklan bertanding. Syarikat Nestl melaksanakan kaedah ini
bagi memujuk pengguna untuk membeli produknya. Ini kerana terdapat beberapa Syarikat lain
yang mengeluarkan produk yang sama seperti yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestl.
Contohnya seperti Dutchlady yang mengeluarkan produk susu tenusu yang sama seperti
produk Nestl. Disebabkan produk yang sama berlaku persaingan antara kedua-dua produk ini.
Oleh itu Syarikat Nestl memujuk pengguna untuk membeli produk keluarannya.

iii. Pengiklanan Peringatan

Pengiklanan Peringatan ini penting untuk produk yang mencapai tahap matang. Pengiklanan
ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna bahawa Syarikat Nestl masih mengeluarkan
pelbagai produk untuk menarik minat pembeli. Iklan Syarikat Nestl yang selalu mengingatkan
bahawa jika ingin tubuh badan yang cergas dan cerdas semasa terlibat dalam aktiviti sukan,
minuman Nestl merupakan pilihan terbaik bagi atlet-atlet.

5.2.2 PROMOSI JUALAN

Menurut Kenneth E.Clow (2010) promosi jualan adalah merupakan insentif jangka masa
pendek yang digunakan untuk menggalakkan pembelian produk atau perkhidmatan. Promosi
jualan menyediakan alat promosi yang banyak seperti kupon, peraduan, diskaun, premium,
pameran dagangan dan sebagainya. Promosi ini menarik perhatian pengguna, menawarkan
insentif untuk membeli dan dapat menaikkan semangat untuk membeli seterusnya meningkatkan
jualan.

Tujuan promosi jualan yang dilaksanakan oleh Syarikat Nestl mempunyai kemampuan yang
tersendiri dalam usaha menarik perhatian penggunanya. Antaranya adalah seperti berikut :

Untuk menarik minat pembeli yang sering suka menukar jenama pilihan mereka .
Sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia. Syarikat Nestl menawarkan harga yang
lumayan dan berpatutan kepada pelanggannya.
Untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan pembeli yang membeli sekali-sekala.

Syarikat Nestl `menentukan belanjawan kerana produk yang berada di dalam peringkat
pengenalan mungkin memerlukan peruntukan yang lebih besar, ini kerana alat promosi jualan
yang sesuai diperingkat ini seperti sampel, pek pengenalan yang memerlukan belanja yang agak
besar seperti produk baru syarikat Nestle Kit kat Rubies.

Syarikat Nestle menggunakan alat atau teknik yang bersesuaian bagi menjalankan promosi
jualannya, di antaranya:
Sampel
Para pengguna akan memperoleh faedah berguna hasil daripada promosi ini seperti diskaun
melalui pek-pek bonus yang ditawarkan yang menarik dan berkualiti tinggi. Di pasarraya
terkemuka sampel-sampel minuman diberikan kepada pembeli di pasarraya dengan percuma.
Dengan ini pembeli dapat mengetahui kualiti dan rasa produk tersebut. Contohnya seperti,
minuman Nescoffe pek baru 3 in 1 yang dihidangkan kepada penbeli untuk merasainya.

Peraduan dan permainan


Syarikat Nestl memberikan peluang kepada pengguna memenangi pertandingan yang
dianjurkan oleh Syarikat mereka. Hadiah-hadiah lumayan disediakan kepada yang berjaya.
Mereka diberikan wang tunai, barangan dan produk-produk mereka secara percuma.

5.2.3 PERHUBUNGAN AWAM

Menurut Kenneth E.Clow (2010) perhubungan awam adalah satu usaha untuk membina
hubungan yang baik di antara pihak syarikat dengan orang awam bertujuan untuk memperolehi
persepsi yang positif di kalangan orang awam tersebut, membina imej korporat dan menangani
isu atau cerita yang kurang baik dikalangan orang awam. Boleh menggunakan perhubungan
awam menerusi melaporkan cerita, ciri-ciri perniagaan dan produk, menaja acara. Alat promosi
ini lebih terarah kepada menyampaikan cerita dan ianya berlawanan dengan sifat pengiklanan
dan promosi jualan yang lebih kepada mempromosi produk. Perlu diingatkan bahawa usahawan
perlu kreatif dan inovatif dalam memasarkan produk.
Syarikat Nestl menggunakan perhubungan awam untuk merapatkan produknya kepada
orang awam melalui aktiviti-aktiviti masyarkat. Syarikat Nestl menaja beberapa aktiviti kepada
remaja untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan. Ia juga mempromosikan produknnya melalui
laporan tahunan Syarikat Nestl yang dikeluarkan pada setiap tahun.

5.3 Strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

Harga adalah amaun wang yang dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran Kotler P.,
Armstrong, 2000. Keputusan meletakkan harga adalah amat penting di dalam pembentukan
strategi pemasaran. Apabila harga dapat ditentukan dengan baik maka, hasilnya ialah
pertambahan dalam jualan, imej keluaran akan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran
bertambah baik dan perhubungan awam bertambah erat. Penentuan harga mesti berhubungkait
dengan keputusan keluaran, pengagihan dan promosi. Ini kerana harga meletakkan nilai ke atas
keseluruhan aktiviti pemasaran yang ditawarkan kepada pengguna.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesebuah produk. Antaranya :

5.3.1 Faktor-faktor dalaman

i. Objektif Pemasaran

a) Memaksimumkan Keuntungan

Penetapan harga ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang diperolehi


Syarikat Nestl Malaysia. Harga yang tinggi ditetapkan bertujuan untuk menampung kos yang
telah dibelanjakan ketika pemprosesan produk Nestl seperti produk kopi dan minuman, bijirin
sarapan, dan sebagainya yang banyak mendapat sambutan yang tidak terputus-putus daripada
pembeli yang setia.

b) Untuk meneruskan perniagaan

Objektif utama syarikat Nestl adalah untuk meneruskan perniagaan. Perletakkan harga
yang rendah adalah untuk meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang
diutamakan.

c) Pemimpin Pasaran

Syarikat Nestl meletakkan harga pada paras yang rendah bagi menggalakkan
peningkatan permintaan produk mereka dalam pasaran.

d) Kepimpinan kualiti produk

Syarikat Nestl mengeluarkan produk yang berkualiti dan harga tinggi dikenakan untuk
menarik pengguna yg mementingkan kualiti.

ii. Strategi Campuran Pemasaran


Dalam campuran pemasaran harga merupakan elemen yang penting. Harga yang
ditawarkan haruslah merangkumi reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi.
Syarikat Nestl Malaysia mengambil kira semua aspek tersebut sebelum harga ditetapkan untuk
menembusi pasaran tempatan.

iii. Kos

Syarikat Nestl meletakkan harga yang berpatutan kepada produk keluarannya dengan
meliputi kos-kos seperti kos pengeluaran, pengagihan, promosi dan sebagainya. Syarikat Nestl
juga menanggung sebarang bentuk risiko bahaya daripada tindakkan yang diambil olehnya.
Sekirannya syarikat menggunakan kos yang rendah untuk menghasilkan produk maka, semasa
produk menembusi pasaran, harga produk akan menjadi rendah. Terdapat dua jenis kos, iaitu
kos tetap dan kos berubah.

Kos tetap, ia juga disebut sebagai kos malar. Ia merupakan kos yang tidak berubah
mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran. Contohnya seperti sewa kilang, insurans
kilang, mesin dan juga gaji pekerja. Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun
pengeluaran syarikat Nestl bertambah ataupun berkurangan. Kos tetap seunit akan berubah
mengikut volum pengeluaran iaitu unit keluaran atau unit jualan. Semakin tinggi volum
pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya. Seterusnya adalah kos berubah.
Kos berubah ialah kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat
pengeluaran. Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan
perubahan dalam tingkat pengeluaran. Contohnya seperti kos bahan mentah, kos buruh
langsung, belanja langsung syarikat dan sebagainya. Bahan mentah seperti padi untuk
menghasilkan bijirin sarapan akan berubah mengikut peringkat pengeluaran.

5.3.2 Faktor- Faktor Luaran

i. Pasaran Dan Permintaan

Syarikat Nestl perlu memahami hubungan pasaran dan permintaan sesuatu produk
sebelum meletakkan harga. Empat jenis pasaran iaitu persaingan tulen, persaingan monopolistik,
persaingan oligopolistik dan persaingan monopoli. Bagi produk yang permintaannya tinggi
harga yang diletakkan terhadap produk tersebut pada tingkat harga yang tinggi dan sebaliknya.
ii. Persaingan

Kos, harga dan tawaran yang dibuat oleh pesaing juga mempengaruhi penentuan harga.
Strategi penentuan harga memberi kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran. Contohnya,
syarikat Dutchlady juga mengeluarkan produk yang serupa dari segi produk minuman yang
dikeluarkan oleh syarikat Nestl. Semasa pengguna membeli mereka akan mempertimbangkan
syarikat yang menjadi persaingan juga. Oleh itu, Syarikat Nestl perlu mengetahui strategi
penetapan harga untuk menggalakan ramai lagi pembeli untuk melanggani produknya.

iii. Penentuan harga berasaskan kos

Dua pendekatan telah digunakan oleh Syarikat Nestl iaitu, penentuan harga tokokan kos
dan penentuan harga pulangan modal dan harga untungan sasaran.

iv. Penentuan harga berdasarkan harga pesaing

Syarikat Nestl menetapkan harga produk mereka berdasarkan harga pesaing mereka.
Syarikat Nestl tidak mengenakan harga mengikut permintaan syarikat. Ini kerana syarikat
mungkin mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga pesaing. Harga yang sama dengan
pesaing mampu membawa kepada kekeliruan pembeli dalam memilih produk Nestl.

v. Faktor-faktor Luaran yang lain

Syarikat Nestl seharusnya mengambil tahu faktor-faktor luaran seperti keadaan


ekonomi, kesan harga kepada ahli pemasaran dan juga kerajaan. Keadaan ekonomi yang kukuh
mempengaruhi kos pengeluaran produk.

5.4 Penentuan Harga Baru

5.4.1 Harga penembusan pasaran

Harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang luas iaitu menarik dan
mendapatkan pembeli yang ramai. Matlamat utama membina syer pasaran yang besar dan
membentuk kesetiaan pengguna bagi jenama baru. Dengan berbuat demikian, syarikat Nestl
dapat menarik lebih banyak pembeli membeli produk keluarannya. Contohnya, syarikat Nestl
mengeluarkan coklat seperti KIT KAT yang mudah dibeli oleh semua lapisan masyarakat.
Harga yang ditawarkan kepada produk ini amat murah.
Keseluruhannya, harga memainkan peranan penting dalam syarikat, seperti Syarikat Nestl.
Nestl mengeluarkan pelbagai jenis produk dan mengenakan harga yang boleh dipertimbangkan
oleh masyarakat sekitar. Ada produk yang boleh dibeli oleh semua lapisan termasuk yang kaya
dan kurang berkemampuan. Harga tidak membantutkan kehendak pembeli daripada melangani
produk yang dikeluarkan oleh Nestl.

6.0 Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran promosi dan
strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu yang diamalkan oleh Syarikat Nestl
Malaysia. Berdasarkan hasil kajian ini, strategi yang diamalkan oleh Syarikat Nestl membantu
syarikat tersebut untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka dan juga untuk perniagaan
berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Sesuatu syarikat harus mengamalkan strategi
yang berkesan supaya industry mereka terus berkembang kearah kejayaan.

Syarikat Nestl Malaysia meneruskan strategi dan polisi untuk mengukuhkan kedudukan
syarikat sebagai syarikat yang terbaik dalam peneruju dunia dalam pemakanan, kesihatan dan
kesejahteraan. Pada tahun 2015, Nestl akan meraihkan tahun ke-103nya di Malaysia. Usaha
berterusan telah menambahkan profil pemakanan produk Nestl. Produk Nestl turut
menyaksikan kemajuan dengan pengurangan gula, sodium atau asid lemak trans dan
menghapuskan pewarna tiruan daripada produk-produk Nestl.

Nestl Malaysia juga telah meraih beberapa pengiktirafan dalam Kaji Selidik The Wall
Street Journal Asia 200, Nestl Malaysia disenaraikan antara 10 syarikat utama di kalangan
semua syarikat di Malaysia, dan mengekalkan kedudukan syarikat tersebut sebagai syarikat yang
paling dikagumi di Malaysia. Nestl Malaysia juga adalah pemenang Asia Responsible
Entrepreneurship Awards 2010 (AREA) Malaysia di bawah kategori penglibatan Komuniti,
untuk mengiktiraf organisasi yang telah menunjukkan usaha yang amat baik, ketekunan dan
semangat dalam inisiatif tanggungjawab korporat.

Keseluruhannya, sejajar dengan moto Syarikat Nestl GOOD FOOD, GOOD LIFE
mereka komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dengan terus menambah baik
rangkaian makanan dan minuman. Strategi campuran pemasaran amat penting untuk syarikat-
syarikat seperti Nestl dalam membangunkan dan memperluaskan perniagaan.
7.0 Rujukan

7.1 Internet

Sejarah syarikat Nestle


https://ms.wikipedia.org/wiki/Nestl (16 jun 2015)
Imej produk Nestle dan logo Nestle
https://www.google.com/search?q=imej+produk+nestle&espv=2&biw=1360&bih=643&site=we
bhp&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0CBwQsARqFQoTCMu60fzH2McCFUoDjg
od2b8GPA ( 16 Jun 2015)
Strategi pemasaran
B. Nazimah , Elemen-elemen pemasaran Yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan
Bumiputera. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001. ( 10 Jun 2015)
http//:www.bizmore.com/marketing/m2d.htm, ( 12 Jun 2015)
Profil Syarikat
https://www.emaze.com/.../slide-produk-sem-2.pptx ( 19 Jun 2015)
Perencanaan Pemasaran
https://prezi.com/.../perecanaan-pemasaran/ ( 25 Jun 2015)
Analisi SWOT Nestle
https://prezi.com/.../perecanaan-pemasaran/ ( 9 July 2015)

7.2 Majalah

Nestle Archives - Majalah SWA Online - SWA.co.id


swa.co.id/tag/nestle ( 10 july 2015 )
Laporan Tahunan Laporan Ringkas 2012 - Nestl Malaysia
https://www.nestle.com.my/.../2012_csv_summa... ( 15 July 2015)
www.majalahfranchise.com/.../176-nestle-pun-buka-p... ( 15 July 2015)
Good Corporate - Nestle | Majalah Bisnis Bergaya
bisnisstylemagazine.blogspot.com/.../good-corporate-... ( 16 July 2015)

7.3 Keratan Akhbar

Nestle kekalkan harga kompetitif - Utusan Online


www.utusan.com.my/.../Nestle-kekalk... ( 19 July 2015)
KERATAN AKHBAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
https://www.facebook.com/JabatanKemajuanIslamMal... ( 26 July 2015)
#GoodFoodGoodLife - Nestl Malaysia
www.nestle.com.my/.../nestle_crs2014-bm.pdf ( 27 July 2015)

7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain Insyirah,
Terbitan 2014
Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet, Terbitan
Pelangi Bestseller 2014
N. Y Nik Rahimah, J. Ghazali, B. Zaharah, Asas pemasaran, Siri Pengurusan Fajar Bakti :
Kuala Lumpur, 1992. ( 10 Jun 2015)

8.0 Lampiran

You might also like