You are on page 1of 30

KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR HILIR

PERAK BERHAD
(KOP. KAW. 182)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-32

TARIKH : 20 MEI 2017 (SABTU)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : PEJABAT KRT REDANG PUNGGUR


HILIR PERAK BERHAD
KM 33 JALAN KAMPAR
36700 LANGKAP
PERAK
SENARAI KANDUNGAN

MUKA
BIL. KANDUNGAN
SURAT
1.
Aturan Aktiviti Koperasi

Kumpulan Wang Khairat Kebajikan


2.

Kumpulan Wang Biasiswa


3.

Ladang peserta
4.

Tabung Kebajikan Peserta


5.

Tabung Saraan Tanam Semula Peserta


6.

Tabung Tanam Semula Peserta


7.

Tabung Bencana Alam Peserta


8.

9. Tabung Keraian Peserta

10. Usul Lembaga

11.

2
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR HILIR PERAK BERHAD

MENIMBANG DAN MELULUSKAN ATURAN AKTIVITI KOPERASI


(AGENDA 13)

1. TUJUAN

1.1. Tujuan kertas ini dibentangkan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan anggota
koperasi dalam mesyuarat agung berhubung cadangan Aturan Aktiviti Koperasi.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Menurut undang-undang kecil 9 (3) lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai
yang diluluskan oleh mesyuaarat agung dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada
Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuaarat agung.

2.2. Menurut undang undang kecil 44 (2) (x), kuasa dan kewajipan lembaga membuat aturan
aktiviti dari semasa ke semasa bagi perlaksanaan aktiviti koperasi dengan kelulusan
mesyuarat agung.

3. AKTIVITI KOPERASI
Aktiviti koperasi yang melibatkan :-

3.1. Lain-lain Kumpulan Wang & Tabung Anggota


3.1.1.Kumpulan Wang Khairat Kebajikan
3.1.2.Kumpulan Wang Biasiswa
3.2. Ladang peserta
3.3. Kumpulan Wang & tabung Bukan Anggota
3.3.1.Tabung Kebajikan Peserta
3.3.2.Tabung Saraan Tanam Semula Peserta
3.3.3.Tabung Tanam Semula Peserta
3.3.4.Tabung Bencana Alam Peserta
3.3.5.Tabung Keraian Peserta

4. PANDANGAN LEMBAGA

4.1. Lembaga berpandangan adalah perlu mamatuhi akta koperasi, peraturan peraturan
koperasi, garis panduan dan undang undang kecil koperasi. Oleh yang demikian lembaga
mengambil inisiatif membuat aturan aktiviti supaya dapat difahami dan dipatuhi oleh anggota
koperasi

5. PENGESYORAN

5.1. Memahami penjelasan di atas, adalah disyorkan perkara perkara berikut:-


5.1.1.Bersetuju dengan aturan aktiviti koperasi seperti yang terdapat dalam muka surat 3-11.

6. PERAKUAN 3

Selaras dengan kuasa dan tanggung jawab anggota sebagaimana yang diperuntukkan dengan
segala hormatnya di pohon untuk memberi pertimbangan dan meluluskan di atas pesyoran
sebagaimana di para 5
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN KUMPULAN WANG BIASISWA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Kumpulan Wang Biasiswa Koperasi


Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau ringkasnya Aturan
Biasiswa

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. Kumpulan Wang Biasiswa'.maknanya satu kumpulan wang yang diwujudkan


daripada pendapatan bersih koperasi bagi membolehkan koperasi memberi
bantuan kepada anggota atau tanggungannya apabila mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

C. TUJUAN ATURAN

Tujuan Kumpulan Wang Biasiswa. (selepas ini disebut Kumpulan Wang Ini)
diwujudkan ialah untuk :

1. memberi bantuan kepada anggota atau anak anggota yang telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam penilaian/peperiksaan UPSR, PT3, SPM, dan
STPM/Sijil matrikulasi.

2. memberi bantuan kepada anggota atau anak anggota yang telah mendapat
diploma, ijazah, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan PhD dari universiti
awam universiti swasta yang diiktiraf.

D. KADAR BANTUAN

Koperasi bolehlah memberi bantuan/sumbangan kepada anggota-anggota


melalui Kumpulan Wang ini atas kadar berikut :

1. UPSR, PT3, SPM, STPM/ sijil Matrikulasi


4
i) UPSR : RM10.00 bagi setiap A. Minima
mencapai 3A dalam UPSR dan maksima
5A

ii) PT3 : RM15 bagi setiap A. Minima mencapai


3A dan maksima 8A

ii) SPM : RM20 bagi setiap A. Minima mencapai


3A dan maksima 10A

iii) STPM : RM180.00 dengan syarat mencapai


CGPA 2.50

iv) Sijil matrikulasi : RM180.00 dengan syarat mencapai


CGPA 2.50

2. Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana muda, Sarjana dan PhD dari IPTA atau IPTS
yang mendapat akreditasi datipad MQA.

i) Sijil : RM180.00 dengan syarat mencapai


CGPA 2.50

ii) Diploma RM : RM200.00 dengan syarat mencapai


CGPA 2.50

iii). Ijazah Sarjana muda : RM250.00 dengan syarat mencapai


CGPA 2.50

iv). Ijazah Sarjana : RM350.00 dengan syarat diperaku lulus

v). PhD : RM500.00 dengan syarat diperaku lulus


.

E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Kumpulan Wang ini diperolehi


daripada :

1. keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung mengikut
undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

2. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

3. pulangan dari pelaburan-pelaburan.

F. PENTADBIRAN

Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa


Kebajikan yang dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini dalam bon-bon kerajaan .
5
2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam
Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini
H. KELAYAKAN PEMOHON

Semua anggota koperasi ini adalah layak untuk memohon bantuan dari Kumpulan
wang ini sekiranya mematuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:-

1. Syarat umum
i) minimum modal syer anggota adalah RM100.00 dan
ii) telah menjadi anggota tidak kurang dari 1 tahun.

2. Syarat Khusus
i) UPSR / PT3 / SPM.
mendapat sekurang kurangnya 3A dalam penilaian /
peperiksaan yang berkenaan'

ii) STPM / Sijil Matrikulasi


memperolehi CGPA 2.50 dan ke atas.

iii) Sijil/ Diploma / Ijazah sarjana muda


memperolehi CGPA 2.50 dan ke atas dari Institusi Pengajian
Tinggi Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang
mendapat akreditasi daripada MQA.

iv) Ijazah Sarjana / PhD


Telah diperaku lulus dari Institusi Pengajian Tinggi Awam atau
Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mendapat akreditasi
MQA.

.
I. PERMOHONAN

a) Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Kumpulan wang


ini hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan
oleh Lembaga.

b) Permohonan-permohonan tersebut bolehlah dikemukakan pada bulan 1 April


hingga 30 Mei dengan kenyataan-kenyataan serta bukti-buktinya kepada
Setiausaha yang akan memproses dan memperakukan kepada Lembaga
untuk dipertimbangkan. Bayaran bagi UPSR, PT3, SPM, STPM/Sijil
Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana muda, Sarjana dan PhD akan hanya
diberi semasa mesyuarat agong koperasi.

J. KAEDAH PENENTUAN KADAR BANTUAN

1. kadar bantuan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan
itu bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.

2. Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi


kepada sesuatu permohonan
6 itu adalah muktamad.

K. MEMPROSES PERMOHONAN

1. Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh


Setiausaha yang mana akan menentukan permohonan-permohonan itu dibuat
mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan ini sebelum diperakukan
kepada Lembaga.

2. Pertimbangan lembaga hendaklah berdasarkan kepada bukti-bukti dan


kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan borang-
borang permohonan dan mencadangkan kadar bantuan yang boleh
dipertimbangkan.

3. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

L. PEMBAYARAN.

1. Semua bayaran bantuan boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga


mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya. Bagaimanapun bayaran bolehlah
dibuat serta merta mengikut budi bicara Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari,
setelah berpuashati atas ketulenan sesuatu permohonan itu.

2. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau dengan cek atas nama
anggota yang memohon.

M. PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG

1. Jika kedudukan kewangan Kumpulan wang ini tidak mengizinkan lagi untuk
mengeluarkan bantuan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti
Kumpulan Wang ini sehingga kedudukan kewangannya dipulihkan semula.

2. Anggota-anggota Koperasi ini hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling


mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan wang ini.

O. PERTIKAIAN

1. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul
apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ...................................

7
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEBAJIKAN

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Kumpulan Wang Khairat Kebajikan


Koperasi Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau
ringkasnya Aturan Khairat Kebajikan.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. Kumpulan Wang Kairat Kebajikan maknanya satu kumpulan wang yang


diwujudkan daripada pendapatan bersih koperasi bagi membolehkan koperasi
memberi bantuan kepada anggota atau tanggungannya apabila berlaku kematian
atau berada dalam kesusahan.

D. TUJUAN ATURAN

Tujuan Kumpulan Wang Khairat Kebajikan (selepas ini disebut Kumpulan Wang Ini)
diwujudkan ialah untuk :

1. memberi bantuan kepada anggota-anggota yang berada dalam kesusahan


kerana perkara-perkara berikut :

i) kebakaran rumah;
ii) banjir yang menyebabkan perabot dan kelengkapan rumah musnah
atau rosak;
iii) tanah runtuh menyebabkan kerosakan kepada tempat
kediaman; dan
iv) lain-lain bencana alam yang menyebabkan kerosakan kepada harta
benda anggota;

2. memberi sumbangan khairat kematian apabila berlaku kematian terhadap


anggota.
8

D. KADAR BANTUAN

Koperasi bolehlah memberi bantuan/sumbangan kepada anggota-anggota


melalui Kumpulan Wang Ini atas kadar berikut :
1. sumbangan kerana kebakaran rumah, banjir, tanah runtuh dan lain lain bencana
yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda anggota terhad sebanyak
RM300.00 bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk menentukannya.

2. kadar bayaran khairat kematian adalah RM 500.00 untuk seorang anggota

3. bantuan perlindungan takaful khairat secara berkumpulan kepada anggota-


anggota melalui satu Skim Takaful Khairat Berkelompok mengikut jumlah yang
ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Kumpulan Wang ini diperolehi


daripada :

1. keuntungan bersih Koperasi ini yang diluluskan oleh mesyuarat agung mengikut
undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

2. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

3. pulangan dari pelaburan-pelaburan.

F. PENTADBIRAN

Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa


Kebajikan yang dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini

H. KELAYAKAN PEMOHON

Semua anggota koperasi ini adalah layak untuk memohon bantuan dari Kumpulan
wang ini.

I. PERMOHONAN

1. Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Kumpulan wang ini


hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh
Lembaga.
9
2. Permohonan hendaklah di hantar kepada setiausaha dalam tempoh sebulan dari
tarikh peristiwa berlaku kecuali bantuan mengerjakan haji. Permohonan bantuan
mengerjakan haji hendaklah dibuat selewat lewatnya satu minggu sebelum
mengerjakan haji.
3.
J. KAEDAH PENENTUAN KADAR BANTUAN

1. Kadar bantuan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan
itu bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.

2. Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi


kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

K. MEMPROSES PERMOHONAN

1. Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh


Setiausaha yang mana akan menentukan permohonan-permohonan itu dibuat
mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan ini sebelum diperakukan
kepada Jawatankuasa Kebajikan.

2. Pertimbangan Jawatankuasa Kebajikan hendaklah berdasarkan kepada bukti-


bukti dan kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan
borang-borang permohonan dan seterusnya membuat perakuan-perakuan
kepada Lembaga mencadangkan kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan
oleh Lembaga.

3. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

L. PEMBAYARAN.

1. Semua bayaran bantuan boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga


mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya. Bagaimanapun bayaran bolehlah
dibuat serta merta mengikut budi bicara Jawatankuasa Kebajikan, setelah
Jawatankuasa ini berpuashati atas ketulenan sesuatu permohonan itu.

2. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau dengan cek atas nama
anggota yang memohon.

M. PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG

1. Jika kedudukan kewangan Kumpulan wang ini tidak mengizinkan lagi untuk
mengeluarkan bantuan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti
Kumpulan Wang ini sehingga kedudukan kewangannya dipulihkan semula.

2. Anggota-anggota Koperasi ini hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling


mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan wang ini.

O. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang
10 kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada .................................
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN TABUNG KEBAJIKAN PESERTA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Tabung Kebajikan Peserta Koperasi


Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau ringkasnya Aturan
Tabung Kebajikan Peserta.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. Tabung Kebajikan Peserta maknanya suatu peruntukan daripada pendapatan


Ladang Peserta bagi membolehkan koperasi menyalurkan bantuan kepada
peserta apabila berlaku kematian atau berada dalam kesusahan.

E. TUJUAN ATURAN

Tujuan Tabung Kebajikan Peserta (selepas ini disebut Tabung ini) diwujudkan ialah
untuk :

1. memberi sumbangan kepada anggota-anggota untuk perbelanjaan perubatan


yang dimasukkan ke hospital yang pada pendapat Lembaga boleh diberi
bantuan.

2. memberi sumbangan bagi mengerjakan haji.

3. memberi sumbangan khairat kematian apabila berlaku kematian terhadap


anggota.

4. memberi sumbangan untuk pembersihan jalan kampung.

5. memberi bantuan Bayaran Pendahuluan Pajakan Ladang.

D. KADAR SUMBANGAN / BANTUAN

Koperasi bolehlah memberi


11 sumbangan / bantuan kepada peserta
melalui Tabung Ini atas kadar berikut :

1. sumbangan kepada anggota-anggota yang sakit dan dimasukkan ke hospital


sebanyak RM 50 sehari terhad RM 500.00 dalam tempoh setahun dengan syarat
kemasukan ke wad melebihi 24 jam dan bukan kerana bersalin
2. kadar bayaran khairat kematian adalah RM 200.00 untuk seorang anggota, dan

3. sumbangaan kepada anggota yang mengerjakan haji adalah RM 200.00 terhad


sekali dalam tempoh penyertaannya.

4. sumbangan pembersihan jalan kampung kepada JKKK Kampung SC Redang


Punggur adalah sebanyak RM320.00 sebulan

5. Bantuan Pendahuluan Bayaran Pajakan Ladang adalah seperti berikut;

a) Kadar bantuan sehingga RM5,000.00.

b) Caj perkhidmatan 0% sekiranya bayaran semula dalam tempoh 6 bulan,


3.5 % sekiranya bayaran semula melebihi tempoh 6 bulan.

c) Bayaran semula dibuat melalui potongan Bayaran Pajakan Ladang


sehingga 30 bulan.

E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Tabung Ini diperolehi daripada :


1. Suatu peruntukan daripada pendapatan Ladang Peserta yang diluluskan oleh
mesyuarat agung mengikut undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

2. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

3. pulangan dari pelaburan-pelaburan.

F. PENTADBIRAN

Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa


Kebajikan yang dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini

H. KELAYAKAN PEMOHON

Semua peserta ladang adalah layak untuk mendapat sumbangan / bantuan dari
Tabung Ini.
12
I. PERMOHONAN

1. Semua permohonan untuk mendapatkan sumbangan daripada Tabung Ini


hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh
Lembaga.
2. Permohonan hendaklah di buat kepada setiausaha dalam tempoh sebulan dari
tarikh peristiwa berlaku kecuali bantuan mengerjakan haji. Permohonan bantuan
mengerjakan haji hendaklah dibuat selewat lewatnya 2 minggu sebelum
mengerjakan haji

3. Permohonan untuk mendapatkan Pendahuluan Bayaran Pajakan Ladang boleh


dibuat bila bila masa.

4. Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan kenyataan-kenyataan serta


bukti-buktinya kepada Setiausaha yang akan memproses dan memperakukan
kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.

J. KAEDAH PENENTUAN KADAR SUMBANGAN / BANTUAN

1. Kadar sumbangan akan ditentukan oleh Lembaga berasaskan kepada merit


sesuatu permohonan, berpandukan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk
maksud yang dinyatakan di bawah tujuan Aturan D (1) di atas.

2. Kadar bantuan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan
itu bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.

3. Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi


kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

K. MEMPROSES PERMOHONAN

1. Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh


Setiausaha yang mana akan menentukan permohonan-permohonan itu dibuat
mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat aturan ini sebelum diperakukan
kepada Lembaga atau Jawatankuasa Kebajikan.

2. Pertimbangan Jawatankuasa Kebajikan hendaklah berdasarkan kepada bukti-


bukti dan kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan
borang-borang permohonan dan seterusnya membuat perakuan-perakuan
kepada dan Lembaga mencadangkan kadar sumbangan / bantuan yang boleh
dipertimbangkan oleh Lembaga.

3. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

L. PEMBAYARAN.

1. Semua bayaran bantuan boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga


mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya. Bagaimanapun bayaran bolehlah
dibuat serta merta mengikut budi bicara Jawatankuasa Kebajikan, setelah
Jawatankuasa ini berpuashati atas ketulenan sesuatu permohonan itu.

2. Semua bayaran hendaklah


13 dibuat secara tunai atau dengan cek atas nama
anggota yang memohon.
M. PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG

1. Jika kedudukan kewangan Kumpulan wang ini tidak mengizinkan lagi untuk
mengeluarkan sumbangan / bantuan, maka Lembaga hendaklah menggantung
aktiviti Tabung Ini sehingga kedudukan kewangannya dipulihkan semula.

2. Peserta-peserta hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling mengenai


penggantungan atau pemulihan semula Tabung Ini.

O. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ..................................

14
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN AKTIVITI LADANG PESERTA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Aktiviti Ladang Peserta Koperasi


Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau ringkasnya Aturan
Aktiviti Ladang Peserta.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. "BTS" ertinya Buah Tandan Segar;

2. "Koperasi" ertinya Koperasi Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak


Berhad;

3. "Lembaga" ertinya Lembaga Koperasi Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir


Perak Berhad;

4. "Penyelia " ertinya Penyelia Ladang

5. "Ladang Peserta" ertinya tanah milik anggota atau bukan anggota yang telah
dipajakkan kepada koperasi untuk dibangunkan menjadi ladang kelapa sawit.

6. "Peserta" ertinya angota anggota atau bukan koperasi yang menyerahkan tanah
miliknya kepada koperasi untuk menyertai Ladang Peserta.

F. TUJUAN ATURAN

Tujuan Aturan Aktiviti Ladang Peserta (selepas ini disebut Aktiviti ini) diwujudkan
ialah untuk :

1. membangunkan tanah anggota atau menjadi ladang kelapa sawit supaya


memberi pulangan. 15

2. menguruskan penuaian dan penjualan BTS Ladang Peserta

3. memelihara kawasan tanaman Ladang Peserta


4. menguruskan kerja kerja pembajaan Ladang Peserta

5. menyenggara jalan dan perparitan Ladang Peserta.

6. Menjaga keselamatan Ladang Peserta

7. membayar kos pajakan Ladang Peserta.

8. menyenggara kumpulan wang dan tabung bukan anggota.

E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan Aktiviti Ini diperolehi daripada :

1. Pendapatan daripada Ladang Peserta dikhaskan bagi membiayai aktiviti ini yang
mana hendaklah dikembangkan dari semasa ke semasa;

2. pulangan dari pelaburan-pelaburan.

3. Bantuan dari MPOB

4. Lembaga boleh, apabila kekurangan modal mendapatkannya melalui pinjaman


Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau

5. pinjaman daripada institusi perbankan tempatan dengan kelulusan Suruhanjaya


menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2) dan seksyen 52A Akta dan
Peraturan.

F. PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

1. Aktiviti ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembga atau Jawatankuasa yang dilantik di
bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

2. Jawatankuasa bertanggung jawab sepenuhnya untuk memantau operasi aktiviti


ini dari semasa ke semasa dan membuat laporan kepada lembaga.

3. Lembaga hendaklah sama sama bertanggung jawab

a) menyelia dan menentukan kecekapan dan kejujuran pekerja.

b) memastikan prestasi Ladang Peserta berada pada tahap optimum.

c) memantau hasil ladang berbanding kos pembangunan dan


penyenggaraan.

d) menentukan semua rekod urus niaga dan dokumen penting mengenai


aktiviti ini disenggara dan disimpan dengan selamat dan kemas kini pada
setiap waktu;16dan

e) memastikan pengiraan stok sebenar input pertanian dibuat pada lat lat
tempoh masa yang munasabah.
4. Penyelia Ladang hendaklah bertanggungjawab untuk

a) menyelia dan memastikan kecekapan dan kejujuran pekerja di bawah


seliaannya.

b) memantau kerja kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor untuk


memastikan kontrak dipatuhi dan memperaku bayaran.

c) menyedia dan memastikan jadual pembajaan, jadual memelihara


kawasan tanaman disediakan, dibentangkan kepada lembaaga dan
diikuti.

d) memastikan keselamatan pokok daripada apa apa ancaman penyakit.

e) memantau kesuburan pokok berada pada tahap optimum

f) memantau hasil ladang mengikut matlamat yang ditetapkan

g) memastikan kebersihan dan persekitaran kawasan ladang berada pada


tahap yang memuaskan

h) Sentiasa melaporkan apa apa masalah kepada Pengerusi atau


Setiausaha atau Bendahari untuk diambil tindakan; dan

i) memastikan keseluruhan pengurusan ladang yang efisien.

G. PEMBANGUNAN LADANG PESERTA

1. Pembangunan Ladang Peserta dilakukan dengan cara anggota atau bukan


anggota menyerahkan tanah miliknya yang telah sedia di tanam kelapa sawit
kepada koperasi untuk dijadikan ladang kelapa sawit berskala besar yang
dikenali Ladang Peserta.

2. Koperasi akan mengurus dan mengusahakan tanah tersebut untuk mendapatkan


hasil.

3. Penjualan hasil tuaian BTS diurus oleh koperasi.

4. Pendapatan hasil jualan BTS Ladang Peserta yang diusahakan digunakan untuk
perbelanjaan penyenggaran Ladang Peserta, Penyenggaraan Kenderaan dan
Jentera Ladang Peserta, Perbelanjaan Pembangunan, Bayaran Pajakan Ladang,
tabungan dalam Kumpulan Wang dan Tabung Bukan Anggota.

5. Lembaga boleh, apabila perlu menggunakan wang dari aktiviti ini untuk urusan
koperasi selain dari perkara 4 sehingga RM 50,000.00 dan hendaklah
memulangkan semula dalam tempoh setahun.

6. Suatu perjanjian hendaklah


17 dimeterai antara koperasi dengan Peserta Ladang
dengan menyatakan terma terma pajakan.

7. Selama tempoh pajakan, koperasi hendaklah menyimpan dokumen yang


menyatakan aktiviti yang diusahakan ke atas tanah tersebut dengan lengkap.
8. Koperasi bertanggungjawab memastikan Ladang Peserta dapat mengeluarkan
hasil yang tinggi.

9. Apabila kelapa sawit telah tua dan pendapatan hasil BTS tidak lagi ekonomik,
koperasi bolehlah melaksanakan tanam semula kelapa sawit.

10. Setelah tamat tempoh pajakan, koperasi dan peserta ladang bolleh
memperbaharui perjanjian dengan terma terma dipersetujui bersama.

H. KOS PAJAKAN LADANG

1. Selama tempoh pajakan, koperasi akan membayar kos Bayaran Pajakan Ladang
seperti berikut;

a) Bulanan (Jan.-Dis.) RM80.00 x keluasan ladang peserta

b) Setengah Tahun RMY.00 x keluasan ladang peserta

c) Akhir Tahun RMY.00 x keluasan ladang peserta

d) Aidil Adha RM80.00 x keluasan ladang peserta.

2. Lembaga menentukan Bayaran Pajakan Ladang Setengah Tahun dan Akhir


Tahun (RMY.00) bergantung kepada pendapatan ladang peserta.

3. Peserta boleh memohon kenaikan bayaran 1(a) dengan dalam Mesyuarat Agong
Koperasi.

I. PERJANJIAN

1. Sebelum koperasi mengambil pajakan atau membangunkan tanah anggota,


suatu perjanjian di antara koperasi dengan pemilik tanah hendaklah dimaterai
untuk mengelakkan pertikaian.

2. Koperasi hendaklah mengambil kira perjanjian supaya perjanjian tersebut


memberi faedah kepada kedua dua belah pihak.

3. Koperasi hendaklah menyimpan satu salinan dokumen hak milik tanah


sebagaiman yang tercatat di dalam perjanjian.

J. PENGAMBILAN PEKERJA LADANG

1. Koperasi bolehlah mengambil pekerja secara tetap, kontrak atau sementara di


kalangan anggota dan bukan anggota.

2. Jawatankuasa aktiviti ini atau Lembaga adalah bertanggung jawab dalam


pengambilan pekerja ladang dan pemilihan hendaklah dibuat berdasarkan
kemahiran dan kecekapan.

3. Bayaran upah pekerja


18 ladang bolehlah ditentukan mengikut kadar semasa.
K. PENGURUSAN LADANG

1. Pembelian input pertanian, untuk aktiviti ini hendaklah di buat secara pukal dan
hendaklah mendapatkan sebut harga sekurang kurangnya daripada tiga
pembekal.

2. Rekod stok untuk input pertanian hendaklah disenggara dengan baik dan kemas
kini.

3. Pembelian jentera atau peralatan kerja yang bernilai RM 1000.00 dan ke atas
perlu mendapatkan sebut harga sekurang kuraangnya dari tiga pembekal.

4. Segala peralatan ladang hendaklah di simpan di tempat selamat.

5. Koperasi hendakalah mengadakan jadual penyenggaran setiap ladang yang


diusahakan.

6. kerja kerja memelihara kawasan tanaman (MKT), Penuaian Buah Tandan Segar
(BTS), Memotong pelepah (proning) dan membaja boleh dilakukan sendiri oleh
koperasi atau kontraktor yang dilantik dari kalangan anggota atau bukan
anggota

7. Pemilihan kontraktor bagi kerja para 5 hendaklah melalui tander terbuka kecuali
kecuali kerja kerja di kawasan ladang sawit yang berumur di bawah 4 tahun,
pemilihan kontraktor bolehlah dibuat secara rundingan terus.

8. Pemilihan kontraktor para 7 hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Kewangan dan


Tander yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan dua ALK.

9. Jawatankuasa Kewangan dan Tander hendaklah mengisytiharkan diri tidak


mempunyai apa apa kepentingan berkaitan dengan tander.

10. Keputusan pemilihan kontraktor oleh Jawatankuasa Kewangan dan Tander


hendaklah dibuat secara sebulat suara.

K. PERANCANGAN PERNIAGAAN

1. Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan anggaran


belanjawan aktiviti kepada Lembaga berserta unjuran hasil dan perbelanjaan
bagi tahun tahun hadapan.

2. Jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan laporan prestasi ladang


bagi tiap tiap bulan berserta dengan pandangan dan juga cadangannya.dalam
mensyuarat lembaga.

3. Lembaga hendaklah mengawal perjalanan aktiviti ini dengan membuat


penyemakan prestasi semasa dan membuat penilaian mengenainya.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ....................................... 19
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD (KOP. KAW 182)

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN TABUNG TANAM SEMULA LADANG PESERTA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Tabung Tanam Semula Ladang Peserta
atau ringkasnya Aturan Tabung Tanam Semula.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. "Tabung Tanam Semula Ladang Peserta" maknanya satu kumpulan wang yang
diwujudkan daripada pajakan tanah ladang peserta bagi membolehkan koperasi
mengurus Tanaman Semula kelapa sawit Ladang peserta..

G. TUJUAN ATURAN

Tujuan Aturan Tabung Tanam Semula Ladang peserta (selepas ini disebut Tabung
Ini) diwujudkan ialah untuk :

1. menampung kos kerja kerja tanaman semula kelapa sawit Ladang Peserta.

2. Menampung kos memelihara kawasang Ladang Peserta sehingga pengeluaran


hasil.

D. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Tabung ini diperolehi daripada :


1. Suatu peruntukan sekurang-kurangnya RM100,000.00 daripada pendapatan
Ladang Peserta setiap tahun kewangan dikhaskan untuk tabung ini.

2. yang diluluskan oleh mesyuarat agung mengikut undang-undang kecil 66(2)


Koperasi ini;

3. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

4. pulangan dari pelaburan-pelaburan.


20
5. Bantuan dari MPOB.

6. Lembaga boleh, apbila kekurangan dana Tabung ini mendapatkannya melalui


deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya
menurut perenggan 50(e), subseksyen 52A Akta dan Peraturan.
E. PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

1. Tabung ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa atau Lembaga yang dilantik
di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

2. Lembaga bertanggung jawab sepenuhnya memantau operasi aktiviti ini dari


semasa ke semasa.

3. Bendahari bertanggung jawab

a) menentukan semua rekod urus niaaga dan dokumen penting mengenai


aktiviti ini disenggara dan disimpan dengan selamat dan kemaskini pada
setiap waktu.

b) menyelia akaun Tabung ini dan Melaporkan kepada Lembaga maklumat


terikini Tabung ini.

4. Kerani Rancangan bertanggung jawab

a) Menyeggara Tabung ini dan memaklumkan kepada Bendahari maklumat


Terkini Tabung ini.

F. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini dalam bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kmpulan wang ini

G. PENGELUARAN/PENGGUNAAN

Pengeluaran / penggunaan Wang Tabung ini perlu mematuhi syarat berikut.

1. Jawatankuasa perlu mengemukakan perincian keperluan dan membuat


perakuan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.

2. Mesyuarat Lembaga hendaklah membuat keputusan.

3. Pengeluaran / Penggunaan Tabung ini dibenarkan setelah Mesyuarat Lembaga


meluluskan pengeluaran / penggunaannya

H. HAD PENGELUARAN / PENGGUNAAN

1. Kadar penggunaan / pengeluaran ditentukan oleh Lembaga berasaskan kepada


merit dan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk maksud yang dinyatakan di
bawah Aturan (C) di atas.

2. Kadar yang boleh


21 diluluskan Lembaga bergantung kepada kedudukan
kewangan Kumpulan wang ini.

3. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.
4. Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi
kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

I. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ...............................

22
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN TABUNG SARAAN TANAM SEMULA PESERTA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Tabung Saraan Tanam Semula Peserta
Koperasi Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau
ringkasnya "Tabung Saraan Tanam Semula Peserta.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
1. Tabung Saraan Tanam Semula' maknanya satu kumpulan wang yang
diwujudkan daripada pendapatan Ladang Peserta peserta bagi menampung kos
Bayaran Pajakan Ladang Peserta.

H. TUJUAN ATURAN

Tujuan Aturan Tabung Saraan Tanam Semula Peserta (selepas ini disebut Tabung
ini) diwujudkan ialah untuk :

1. menampung kos Bayaran Pajakan Ladang Peserta semasa harga pasaran


kelapa sawit rendah kerana pendapatan Ladang Peserta tidak dapat
menampung bayaran pajakan ladang.

2. Menampung bayaran pajakan semasa tanam Semula kelapa sawit Ladang


Peserta sehingga mengeluarkan hasil.

D. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi tabung ini diperolehi daripada :

1. Suatu peruntukan daripada Pendapatan Ladang peserta yang diluluskan oleh


mesyuarat agung mengikut undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

2. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

3. pulangan dari pelaburan-pelaburan.


23
F. PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

1. Tabung ini hendaklah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Ladang Peserta atau


Lembaga yang dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.
2. Lembaga bertanggung jawab sepenuhnya untuk memantau tabung ini.

3. Lembaga hendaklah sama sama bertanggung jawab

a) Tabung ini digunakan untuk tujuanya sahaja

b) berhemah dan tidak berlebih lebihan menggunakan tabung ini

c) memastikan wang dalam tabung ini di kembangkan dari semasa ke


semasa.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini dalam bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini

H. KUASA DAN HAD PENGGUNAAN

1. Penggunaan wang tabung ini mestilah mendapat kelulusan dalam mesyuarat


lembaga.

2. Had penggunaan wang Tabung ini yang boleh diluluskan oleh lembaga adalah
sehingga 30 peratus dari jumlah tabungan dalam satu tahun kewangan.

I. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ............................

24
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN TABUNG BENCANA ALAM PESERTA LADANG

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Tabung Bencana Alam Peserta Ladang
atau ringkasnya Aturan Tabung Bencana Alam.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

1. "Tabung Bencana Alam Pesrta Ladang" maknanya satu kumpulan wang yang
diwujudkan daripada Pendapatan Ladang Peserta bagi membolehkan koperasi
memberi bantuan kepada peserta ladang apabila berada dalam kesusahan
akibat bencana alam.

I. TUJUAN ATURAN

Tujuan Tabung Bencana Alam (selepas ini disebut Tabung Ini) diwujudkan untuk
memberi bantuan kepada Peserta Ladang yang berada dalam kesusahan kerana di
timpa bencana seperti berikut :

1. kebakaran rumah;

2. banjir yang menyebabkan perabot dan kelengkapan rumah musnah


atau rosak;

3. tanah runtuh menyebabkan kerosakan kepada tempat kediaman; dan

4. lain-lain bencana alam yang menyebabkan kerosakan kepada harta


benda anggota;

D. KADAR BANTUAN

Koperasi bolehlah memberi bantuan/sumbangan kepada Peserta Ladang


melalui Tabung Ini atas kadar berikut :

1. sumbangan keraana25kebakaran rumah, banjir, tanah runtuh dan lain lain bencana
yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda anggota terhad sebanyak
RM150.00 bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk menentukannya.
E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Tabung Ini diperolehi daripada :


1. Peruntukan daaripada Pendapatan Ladang Peserta yang diluluskan oleh
mesyuarat agung mengikut undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

2. derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

3. pulangan dari pelaburan-pelaburan.

F. PENTADBIRAN

Tabung ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa Kebajikan yang
dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini

H. KELAYAKAN PEMOHON

Semua peserta ladang adalah layak untuk memohon bantuan dari Tabung ini..

I. PERMOHONAN

1. Semua permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Tabung ini hendaklah


dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Lembaga.

2. Permohonan-permohonan tersebut bolehlah dikemukakan dalam tempoh


sebulan dari tarikh kejadian dengan kenyataan-kenyataan serta bukti-buktinya
kepada Setiausaha yang akan memproses dan memperakukan kepada
Lembaga untuk dipertimbangkan.

J. KAEDAH PENENTUAN KADAR BANTUAN

1. Kadar bantuan akan ditentukan oleh Lembaga berasaskan kepada merit sesuatu
permohonan, berpandukan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk maksud
yang dinyatakan di bawah Aturan C di atas.

2. Kadar bantuan yang boleh dibayar oleh Lembaga kepada sesuatu permohonan
itu bergantung kepada kedudukan kewangan Kumpulan wang ini.

3. Keputusan Lembaga dalam menentukan kadar bantuan yang boleh diberi


kepada sesuatu permohonan itu adalah muktamad.

26
K. MEMPROSES PERMOHONAN

1. Borang-borang permohonan apabila diterima hendaklah diproses oleh


Setiausaha yang mana akan menentukan permohonan-permohonan itu dibuat
mengikut kehendak-kehendak dan syarat-syarat Aturan ini sebelum diperakukan
kepada Jawatankuasa Kebajikan.

2. Pertimbangan Jawatankuasa Kebajikan hendaklah berdasarkan kepada bukti-


bukti dan kenyataan-kenyataan yang ada dikemukakan bersama-sama dengan
borang-borang permohonan dan seterusnya membuat perakuan-perakuan
kepada Lembaga mencadangkan kadar bantuan yang boleh dipertimbangkan
oleh Lembaga.

3. Perakuan-perakuan tersebut hendaklah dibuat di dalam borang yang disediakan


oleh Lembaga.

L. PEMBAYARAN.

1. Semua bayaran bantuan boleh dibuat hanya selepas tarikh Lembaga


mengadakan mesyuarat bagi meluluskannya. Bagaimanapun bayaran bolehlah
dibuat serta merta mengikut budi bicara Jawatankuasa Kebajikan, setelah
Jawatankuasa ini berpuashati atas ketulenan sesuatu permohonan itu.

2. Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau dengan cek atas nama
anggota yang memohon.

M. PENGGANTUNGAN KUMPULAN WANG

1. Jika kedudukan kewangan Kumpulan wang ini tidak mengizinkan lagi untuk
mengeluarkan bantuan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti
Kumpulan Wang ini sehingga kedudukan kewangannya dipulihkan semula.

2. Anggota-anggota Koperasi ini hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling


mengenai penggantungan atau pemulihan semula Kumpulan wang ini.

O. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ..........................................

27
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR
HILIR PERAK BERHAD

KM 33 JALAN KAMPAR 36700 LANGKAP, PERAK.

ATURAN KERAIAN PESERTA

A. TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan Aturan Tabung Keraian Peserta Koperasi


Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad atau ringkasnya Aturan
Keraian Peserta .

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini pada 20 Mei
2017 dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

B. TAFSIRAN

Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
1. Tabung Keraian Peserta maknanya satu kumpulan wang yang diwujudkan
daripada pendapatan ladang peserta bagi membolehkan koperasi menjalankan
aktivti yang melibatkan peserta.

J. TUJUAN ATURAN

Tujuan Tabung Keraian Peserta (selepas ini disebut Tabung Ini) diwujudkan ialah
untuk meraikan peristiwa peristiwa seperti berikut

1. Hari Raya Aidil Fitri;


2. Hari Raya Aidil Adha
3. Persaraan

D. HAD PENGGUNAAN

Koperasi bolehlah menggunakan wang dari tabung ini atas kadar berikut :

1. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri - sehingga RM3000.00.


2. Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Adha - sehingga RM3000.00
3. Persaraan - sehingga RM1000.00.

E. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti Kumpulan Wang ini diperolehi


daripada :

a) Pendapatan ladang
28 peserta yang diluluskan oleh mesyuarat agung mengikut
undang-undang kecil 66(2) Koperasi ini;

b) derma dan sumbangan daripada anggota-anggota dan pihak lain; dan

c) pulangan dari pelaburan-pelaburan.


F. PENTADBIRAN

Kumpulan wang ini hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga atau Jawatankuasa


Kebajikan yang dilantik di bawah undang-undang kecil 34 Koperasi ini.

G. PELABURAN

1. Lembaga boleh, apabila difikirkan sesuai, melaburkan semua atau sebahagian


daripada wang Kumpulan wang ini bon-bon kerajaan .

2. Apa-apa pulangan dari pelaburan ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam


Kumpulan wang ini untuk digunakan bagi maksud dan tujuan Kumpulan wang ini

H. KUASA MELULUS

1. Setiausaha membuat perakuan kepada Lembaga untuk dipertimbangkan.


.
I. PENGGANTUNGAN TABUNG INI

1. Jika kedudukan kewangan Tabung ini tidak mengizinkan lagi untuk mengeluarkan
bantuan, maka Lembaga hendaklah menggantung aktiviti Tabung ini sehingga
kedudukan kewangannya dipulihkan semula.

J. PERTIKAIAN

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul apa-
apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada
Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi
pada ..................................

29
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI RANCANGAN TANAH REDANG PUNGGUR HILIR PERAK BERHAD

MENIMBANG DAN MELULUSKAN USULI


(AGENDA 11)

USUL ANGGOTA LEMBAGA

BIL USUL ULASAN


1. Menutup Tabung Bencana Peserta dan memindahkan Manfaat yang diperolehi dari
peruntukan wang dari tabung tersebut ke dalam Tabung Bencana Alam
Tabung Kebajikan Peserta Peserta boleh diperolehi dari
Kumpulan wang Khairat
KKebajikan.

30

You might also like