You are on page 1of 15

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986)

Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada kategori tiga yang
perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan
selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum
pengajaran seperti persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya
semasa pengajaran merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala
gaya selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.
Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid
(student-centered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ). Spektrum ini merupakan
kerangka konsep yang sering digunakan dalam penyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan
Pendidikan Jasmani. Spektrum ini mempunyai 11 gaya pengajaran yang boleh digunakan dan
dimanipulasikan kesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini. Mengikut Mosston
and Ashworth, spektrum gaya pengajaran A, B, C, D dan E mewakili keputusan pengajaran
ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya yang memperkayakan pengetahuan yang
lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan K menggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru.

Spektrum ini dirangka berdasarkan dua keadaan iaitu :

a) Guru Sebagai pembuat keputusan utama

b) Murid Sebagai pembuat keputusan utama.

11 gaya pengajaran setiap satunya dijelaskan berdasarkan siapakah yang membuat keputusan.

GAYA ARAHAN (A)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru mengawal keseluruhan kelas Sesuai untuk aktiviti aras Fizikal- Kemahiran
Guru membuat semua keputusan tinggi dan mengutamakan Motor
dalam Pengajaran dan keselamatan
Pembelajaran Sesuai untuk masa Terjun Papan Anjal:
Guru memberi arahan satu persatu Pengajaran dan Melakukan aksi
Guru melakukan demonstrasi Pembelajaran yang terhad pusingan hadapan
Guru memberi komen / ulasan Sesuai untuk pembelajaran menggunakan
tentang prestasi pelajar peringkat awal papan anjal.
Pelajar perlu beri perhatian kepada Tanggungjawab berpusat
arahan guru kepada guru
Pelajar melakukan perlakuan guru Masa latihan pelajar
adalah terhad.

Satu gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Guru
menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Guru akan membuat keputusan terhadap
perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini akan memberi peluang
kepada guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan arahan satu persatu,
melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid-
murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan
pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru.

Kaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu mengutamakan
keselamatan. Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa Pengajaran dan Pembelajaran adalah
terhad dan tidak mencukupi masa. Oleh itu masa murid untuk mempelajari sesuatu tajuk
menjadi terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat awal bagi memudahkan
murid memahami tajuk. Sebagai contoh ialah pembelajaran pergerakan asas aktiviti roda kereta
dan hambur tangan. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan
daripada guru secara terus menerus. Dalam tunjang 2 pembelajaran lompat tinggi juga
merupakan satu aktiviti aras tinggi yang memerlukan arahan dan perhatian lebih daripada guru.

GAYA LATIHAN (B)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru memberi penerangan aktiviti Sesuai untuk masa Fizikal-Pembentukan
atau melakukan demonstrasi Pengajaran dan Kemahiran Motor:
Guru menetukan setiap apa yang Pembelajaran yang terhad
ingin diajar Sesuai untuk pembelajaran Hoki:
Guru melakukan pemerhatian peringkat awal Melakukan
terhadap pelajar semasa Pelajar mempunyai lebih kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran dan masa untuk latihan. menggelecek
memberi maklumbalas, tunjuk ajar menggunakan
dan soal jawab. skitel.
Pelajar melakukan latihan yang
telah ditetapkan oleh guru.

Gaya pengajaran ini merupakan kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan yang mana
guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Dalam pengajaran guru akan memberikan tunjuk ajar kepada murid dan murid berpeluang
melakukan latihan secara beransur maju dan berperingkat. Guru akan memberikan penerangan
berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan atau pun guru akan melakukan demonstrasi untuk
melakukan aktiviti. Guru juga akan memberikan penjelasan dan menentukan tiap-tiap yang
ingin di ajar.

Guru juga akan sentiasa memerhatikan murid dan akan memberikan maklum balas, tunjuk ajar
dan bersoal jawab dengan murid. Murid melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.

Seperti gaya Arahan, gaya latihan juga sesuai untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang
mempunyai masa yang terhad, pembelajaran peringkat awal tetapi gaya latihan memberikan
murid masa yang lebih untuk berlatih. Contohnya ialah Pembelajaran kemahiran olahraga.
Sekiranya dirujuk pada taburan pembahagian masa pengajaran olahraga memiliki masa
pengajaran yang singkat untuk mengajarkan kemahiran asas. Oleh itu, murid harus diberikan
masa yang lebih untuk mereka berlatih sendiri agar mempercepatkan proses pembelajaran.

TIMBAL BALIK (C)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menentukan apa yang akan Guru bertanggungjawab Sosial- Kerjasama
dipelajari pada awal pengajaran dan Kognitif Pemerhatian,
Guru memberi penerangan pembelajaran. menganalisis
sebelum memulakan aktiviti Aktiviti dilakukan secara
Guru melakukan demonstrasi lanjut berpasangan Bola sepak:
untuk menguji perlakuan pelajar Pelajar menilai sendiri Melakukan
Guru memerhati dan fokus kepada perlakuan yang telah kemahiran
pelajar melalui pemerhatian dipelajari menanduk bola ke
Aktiviti dilakukan secara Guru menyediakan senarai arah gol secara
berpasangan oleh pelajar semak dan lampiran berpasangan.
Seorang pelajar menjadi pemerhati gambar kepada pelajar
dan seorang lagi akan melakukan Fokus kepada
aktiviti. perhubungan sosial di
Pelajar dinilai berdasarkan kriteria samping mempelajari
perlakuan yang telah disediakan aktiviti.

Gaya ini mengkehendaki murid untuk melakukan latihan secara berpasangan namun demikian
secara dasarnya kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa yang akan dipelajari dan
memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan kepada murid. Guru juga akan
melakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti
secara berpasangan. Seorang murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan
sesuatu aktiviti. Penilaian terhadap pelajar adakan berdasarkan kriteria perlakuan yang telah
disediakan oleh guru.

Pada permulaan Pengajaran dan Pembelajaran guru akan bertanggungjawab sepenuhnya.


Murid akan melakukan aktiviti secara berpasangan. Guru akan menyediakan senarai semak
dan lampiran gambar kepada pelajar. Pelajar akan menjadi penilai yang menilai perlakuan
pasangan mereka. Sebagai contoh ialah dalam mengajar kemahiran menghantar permainan
bola jaring. Guru akan membekal kepada pasangan murid senarai semak butir-butir lakuan
menghantar bola. Selain itu murid juga akan dibekalkan dengan gambar lakuan yang betul.
Oleh itu, murid yang bertindak sebagai penilai akan menilai dan menandakan senarai semak
lakuan yang betul. Kemudian murid ini akan bertukar peranan.

GAYA SEMAK KENDIRI (D)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menentukan apa yang akan Sesuai bagi perlakuan Sosial- Menilai
dipelajari yang mudah dikenalpasti kemampuan kendiri.
Guru menentukan kriteria Pelajar bertanggung-jawab
pembelajaran di atas pembelajaran Bola Baling:
Guru memberi penerangan Menghadkan perhubungan Melakukan
sebelum memulakan pengajaran sosial di antara guru kemahiran
dan pembelajaran. dengan pelajar menjaring
Pelajar bertanggungjawab dalam berdasarkan kad
menilai perlakuan diri bergambar.

Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah dilakukan oleh
murid, maka akan muda bagi murid tersebut untuk mengenal pasti seterusnya menilai sendiri
akan kesilapan perlakuan yang dilakukannya. Namun kelemahan kaedah pengajaran semak
kendiri ini ialah ia menghadkan perhubungan interaksi sosial guru dan murid.

Sama seperti gaya berpusatkan guru yang lain, gaya semak kendiri ini turut tidak terkecuali.
Guru akan menentukan apa yang dipelajari, memberikan penerangan sebelum memulakan
pengajaran. Namun murid akan bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri. Misalnya,
dalam melakukan kemahiran menyangga bola tampar, murid akan dibekalkan dengan gambar
turutan kemahiran menyangga yang betul manakala murid pula akan melakukan aksi tersebut
dengan berdasarkan gambar setelah diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru.

GAYA INKLUSIF/ PENINGKATAN (E)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menentukan apa yang akan Memberi peluang kepada Sosial-
dipelajari pelajar untuk merasai Memaksimumkan
Guru menentukan kriteria kejayaan kemahiran kendiri
pembelajaran Semua pelajar berupaya
Guru memberi peluang kepada melakukan aktiviti Lompat tinggi:
pelajar untuk memilih tahap walaupun berbeza Melakukan aksi
pembelajaran mengikut kebolehan diri lompatan pada
kemampuan diri Pelajar boleh membuat jarak ketinggian
Pelajar memilih sendiri tahap keputusan sendiri. yang berbeza-
prestasi sebelum melakukan aktiviti beza.
Pelajar membuat keputusan untuk
melakukan aktiviti pada tahap
tinggi.

Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada murid satu
keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap dan kemampuan
mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti.
Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya.

Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan kejayaan
dalam Pendidikan Jasmani. Semua muri akan berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun
berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya. Misalnya, dalam
melakukan aksi kemahiran lompat tinggi, murid bebas untuk memilih ketinggian palang lompat
tinggi.

PENEMUAN TERBIMBING (F)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru sebagai pemerhati kepada Semua perkara berkaitan Kognitif- Pemahaman
pelajar dengan pembelajaran
Pelajar menetapkan apa yang ditetapkan sendiri oleh Hoki:
akan dipelajari pelajar Melakukan
Pelajar menetapkan pendekatan Pelajar boleh membuat kemahiran
sendiri keputusan sendiri. menolak
Tiada bantuan guru dalam
pelbagai
posisi badan.

Kaedah yang juga dikenali sebagai kaedah limitasi juga merupakan satu kaedah yang
memberikan banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi seseorang
yang kreatif tetapi perlakuan yang terhad akibat tugas-tugas daripada guru. Kelebihan gaya
pengajaran ini ialah, ia membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses
pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan murid serta mempunyai peluang
belajar mengikut tahapnya sendiri. Kaedah ini merupakan kaedah yang mana guru akan
menetapkan tugasan dengan menyediakan pelbagai soalan yang hanya menjuruskan kepada
satu jawapan sahaja. Kemudian, guru akan memberikan peluang/ masa untuk murid berfikir
mencari jawapan. Namun sekiranya murid gagal untuk menjawab, guru akan menukar soalan
kepada soalan yang lain namun masih menjurus kepada jawapan yang sama.
Pada kaedah ini, guru akan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun murid
tetap terlibat dalam mencapai objektif. Guru bertindak sebagai penyoal (questioning) kepada
murid. Manakala murid akan bertindak sebagai penemu atau pembuka (uncovering) terhadap
persoalan yang dinyatakan oleh guru. Dalam hal ini guru biasanya akan membantu murid
sehingga murid memahami dan jelas terhadap sesuatu tajuk atau perkara. Misalnya guru akan
berbincang dengan murid terhadap ciri-ciri keselamatan pada pakaian sukan yang ada pada
masa kini dan masa depan. Guru akan membimbing murid sehingga mencapai objektif seperti
dapat menghasilkan satu jenis pakaian sukan yang memiliki ciri-ciri keselamatan berdasarkan
sukan.

GAYA PENGAJARAN BERPUSAT (G)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menetapkan tugasan yang Tugasan disediakan oleh Kognitif-
mempunyai pelbagai jawapan guru Kemahiran berfikir
Guru mendorong pelajar untuk Tugasan mempunyai Sosial- Keyakinan
menilai setiap jawapan dan banyak cara penyelesaian
membuat perbandingan Sesuai untuk aktiviti Gimnastik:
Pelajar cuba mencari pembangunan pasukan Melakukan aksi
perbandingan jawapan Menggalakkan pelajar guling dari titik
Pelajar menilai jawapan untuk berfikir secara kreatif A ke titik B
menetapkan keberkesanannya. Memupuk sikap tanpa
kerjasama di antara menggunakan
pelajar kaki.

Guru akan merancang pembelajaran ini dengan menetapkan beberapa persoalan dan tugasan.
Murid pula akan bertindak untuk mencari jawapan yang paling hampir. Guru akan bertindak
sebagai pemandu arah. Murid pula bertindak sebagai pencari jalan keluar. Contoh aktiviti ialah
murid melakukan perbincangan berkenaan dengan sejarah beberapa jenis sukan di Malaysia.
Guru akan membantu murid dengan memberikan klu-klu atau maklumat yang hampir berkaitan.
GAYA PENEMUAN BERCAPAH (H)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru hanya membantu pelajar Tugasan dan masalah Kognitif- Merancang
sebagai penasihat ditetapkan oleh pelajar
Guru memantau proses Gimrama:
pembelajaran Merancang satu
Pelajar merancang program atau rutin tarian
aktiviti pembelajaran dalam
Pelajar menetapkan tugasan serta persembahan
penyelesaian menggunakan
belantan.

Dalam gaya ini, guru akan menetapkan satu tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan.
Tugasan ini mempunyai banyak pilihan jalan penyelesaiannya. Kemudian, guru akan
mendorong dan menggalakkan murid untuk menilai setiap jalan penyelesaian tersebut dan
membuat perbandingan antara jawapan tersebut. Perbandingan antara jawapan ini adalah satu
cara untuk seseorang murid tersebut menilai keberkesanan jawapan yang diberikan.

Kaedah ini sesuai bagi aktiviti yang berbentuk pembangunan satu pasukan. Kelebihan kaedah
ini ialah menggalakkan murid berfikir dan memupuk sikap kerjasama antara mereka. Misalnya,
guru menetapkan tugasan murid adalah mencari teknik yang sesuai bagi kemahiran olahraga
acara padang lompat jauh. Tugasan yang satu, tetapi mempunyai banyak pilihan jawapannya,
antaranya ialah kayuh, layar dan melayang. Murid akan mencari mana-mana jawapan dengan
melakukan semua gaya tersebut seterusnya menilai keberkesanannya dari segi jarak lompatan.

GAYA PROGRAM INDIVIDU REKA BENTUK PELAJAR (I)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru menetapkan tugasan dan Guru merancang Kognitif- pelbagai
mempunyai pelbagai soalan yang pengajaran dan konsep
hanya menjurus pada satu jawapan pembelajaran serta
sahaja menyediakan tugasan. Kajian:
Guru memberi ruang masa kepada Membuat
pelajar untuk berfikir dan bertindak perbincangan
Guru mengubah soalan jika pelajar dengan guru
gagal mencari jawapan tentang kajian
Pelajar melakukan tugasan yang dijalankan.
berdasarkan soalan yang diberkan
guru.
Pelajar memberi jawapan.

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami
tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik. murid akan
menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau aktiviti
pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah. Contohnya
merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut
akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka.

GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG (J)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Guru memantau proses Tugasan ditetapkan sendiri Kognitif- Aplikasi
pembelajaran oleh pelajar Sosial-
Pelajar merancang program atau Gaya pembelajaran Bertanggungjawab
aktiviti pembelajaran ditetapkan oleh individu
Pelajar berusaha sendiri untuk Mengajar:
menetapkan tugasan Mengaplikasikan
Pelajar memilih gaya pembelajaran kemahiran
kendiri mengajar PJ di
sekolah.

Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi perancang
program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan
mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini seolah-olah memberikan murid
autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan mengawal kelas, merancang program dan
aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan
perlu mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ.

PEMBELAJARAN KENDIRI (K)

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH


Tugasan, aktiviti dan objektif Murid menyelesaikan Kognitif- Aplikasi
pembelajaran ditentukan oleh sendiri aktiviti yang Sosial-
murid dan guru bertindak sebagai dirancang tersebut bagi Bertanggungjawab
pemantau sahaja. mencapai objektif Murid memilih
pembelajaran yang kemahiran
ditetapkan. menendang bola
sepak dengan
menggunakan
pelbagai teknik.
Murid menetapkan
sendiri objektif
yang ingin
dicapainya dalam
menaplikasikan
teknik menendang
bola sepak dalam
pelbagai teknik.
Contoh : Murid
melakukan 4 tenik
tendangan bola
sepak dengan
betul.

Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil alih tugas
seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan menetapkan
pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk
membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola
tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam
melakukan servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran
servis bola tampar dengan betul.

KESIMPULAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam


menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta
penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam
kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optimum dan
mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. dapat memudahkan
pemikiran pelajar dan akan objektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Melalui kaedah
ini juga, guru berjaya mencapai pelbagai.
Refleksi

Pengenalan Subjek PJM 3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani ini merupakan
salah satu subjek yang penting.Subjek ini memberikan pendedahan berkenaan dengan Gaya
Pembelajaran Pendidikan Jasmani Oleh Mosston & Ashworth serta cara penghasilan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Pendidikan Jasmani mengikut format yang
betul.

Sebelas spektrum gaya pengajaran Mosston & Ashworth (1986) Mosston & Ashworth (1986)
telah membahagikan gaya pengajaran kepada tiga kategori yang perlu digunakan dalam
semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.
Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti
persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa
pengajaran merangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gaya
selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektrum
gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid dan berpusatkan
guru. Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalam penyelidikan
bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum ini mempunyai 11 gaya
pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikan kesesuaiannya bagi mencapai objektif
latihan yang diingini. Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum gaya pengajaran A, B, C, D
dan E mewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gaya yang
memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan K menggalakkan
pertumbuhan pengetahuan yang baru.

Pendedahan awal ini menyediakan pengetahuan kepada guru-guru PPG supaya dapat menjadi
guru Pendidikan Jasmani yang berketrampilan dan berwibawa.Selain itu, pengetahuan yang
ada ini mampu mendokong matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi
memperkembangkang potensi individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS). Matlamat FPK hanya mampu terlaksana jika guru berjaya
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Oleh itu, dengan ilmu
pengetahuan berkenaan penyediaan rancangan pengajaran harian ini satu pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan mampu dilaksanakan dengan jayanya oleh guru. Melalui subjek
ini, guru-guru PPG juga didedahkan dengan kepentingan pencapaian objektif psikomotor, afektif
dan kognitif.Melalui ketiga-tiga objektif ini guru dapat merealisasikan matlamat FPK dalam
melahirkan individu yang menyeluruh dari aspek JERIS.Ini kerana, objektif afektif menilai nilai-
nilai murni yang dapat dicapai melalui pengajaran dan pembelajaran. sebagai contohnya iaitu
nilai berkerjasama dapat dilihat melalui murid bersama-sama dengan rakan membantu guru
mengemas peralatan yang digunakan semasa aktiviti.Objektif psikomotor pula merujuk kepada
keupayaan murid melakukan kemahiran dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri seperti membuat
ketingting dengan dua ulangan pada jarak tertentu.Manakala, objektif yang terakhir iaitu objektif
kognitif merujuk kepada kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan
menjadikan lembaran kerja sebagai skala pengukuran tahap kefahaman murid. Melalui subjek
ini juga guru pelatih didedahkan dengan kepentingan fokus pembelajaran dalam penghasilan
RPH yang baik.Fokus pembelajaran ini merujuk kepada cara sesuatu kemahiran itu
dilaksanakan.

Tugasan projek bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani ini sememangnya
memberikan banyak manfaat kepada diri saya sebagai guru.Manfaat pertama yang saya
perolehi iaitu saya berpeluang meningkatkan profesionalisme keguruan saya.Ini kerana,
tugasan ini banyak memberikan pengalaman kepada saya untuk persediaan mengajar kelak.
Melalui ilmu penghasilan RPH saya dapat merancang sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dengan baik dan terancang .

Selain itu, tugasan ini juga dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang yang mampu
mengurus masa dengan bijak.Hal ini demikian kerana, masa yang diperuntukkan untuk
menyiapkan tugasan adalah singkat. Tambahan pula, saya terlalu sibuk dengan tugasan subjek
lain dan dalam masa yang sama saya perlu menghasilkan RPH yang baik. Maka, kesibukkan ini
mampu membiasakan diri saya dengan tugas guru yang sememangnya sibuk dengan pelbagai
kerja yang mana tidak terhad kepada kerja mengajar semata-mata.

Kelemahan utama saya ialah saya sering keliru dengan aktiviti yang perlu murid laksanakan di
dalam setiap fasa yang terdapat di dalam RPH.Lantaran itu, saya kerap tertukar aktiviti di setiap
fasa semasa menyiapkan RPH.Cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu saya perlu
membuat catatan ringkas aktiviti bagi setiap fasa di dalam kertas sebelum ditransformasikan
dalam bentuk RPH.Berbantukan catatan tersebut RPH yang baik dapat dihasilkan dan
sebarang kekeliruan dapat saya elakkan. Kelemahan berikut merujuk kepada penghasilan RPH
yang kemas. Saya menghadapi masalah yang sangat besar dalam menyusun isi dan gambar
bagi setiap fasa memandangkan ruangan yang ada adalah sangat terhad.Cadangan
penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu saya perlu memahirkan kemahiran ICT saya
terutama dalam kemahiran penggunaan Microsoft Word. Ini kerana, dengan kemahiran tersebut
saya dapat menghasilkan RPH yang kemas.

You might also like