You are on page 1of 29

TEORI DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN

(GGGB 6333)

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:
ANALISIS ITEM

NAMA : PHANG HUI KIEN

NO. MATRIK : GP03385

NO KAD PENGENALAN : 821211-13-5158

PENGAJIAN : SARJANA PENDIDIKAN


(PENDIDIKAN SAINS)

PUSAT : KUCHING

NAMA PENSYARAH : DR. JAMIL BIN AHMAD

1
1.0 PENGENALAN

Ujian dan penilaian sering kali digunakan dalam bidang pendidikan sebagai satu alat untuk
menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah. Maklumat-
maklumat yang diperoleh daripada ujian akan digunakan oleh guru untuk merancang tindakan
susulan seperti aktiviti pemulihan, pengayaan serta pemilihan teknik pengajaran yang
bersesuaian dengan pelajar. Justeru, penguasaan teknik pembinaan item ujian yang berkualiti
amat penting di kalangan guru bagi memastikan item-item ujian mempunyai kesahan yang tinggi,
iaitu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kualiti item ujian adalah melalui analisis item. Terdapat dua pendekatan analisis
item, iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Tugasan ini bertujuan untuk mendedahkan para guru
tentang teknik-teknik dan proses analisis item untuk membina item ujian yang berkualiti iaitu
mempunyai kesahan yang tinggi. Satu ujian terdiri daripada 40 soalan aneka pilihan yang dibina
oleh pengkaji telah ditadbirkan ke atas 28 orang pelajar dari kelas 4 sains 1, SMK Wira
Penrissen, Samarahan, Sarawak. Sebelum ujian tersebut ditadbirkan kepada pelajar, item-item
ujian tersebut dibina berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) supaya mempunyai kesahan
kandungan. Kemudian, markah-markah mentah yang diperoleh daripada pentadbiran ujian
digunakan untuk membuat analisis item termasuk menentukan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi setiap item.

2.0 ANALISIS ITEM UJIAN


Analisis Item merupakan satu proses mengenal pasti dan memilih item-item ujian yang berfungsi
setelah item-item tersebut ditadbirkan kepada pelajar. Analisis item bertujuan untuk menentukan
aras kesukaran item dan sejauh mana setiap item boleh mendiskriminasikan pelajar yang
menjawab item tersebut kepada kumpulan cemerlang dan lemah. Selepas proses analisis item,
tindakan -tindakan susulan seperti berikut harus diambil untuk meningkatkan kualiti item ujian:

(a) dikeluarkan atau dibuang: bagi item yang tidak berfungsi dengan baik
(b) dikekalkan dan disimpan dalam bank soalan: bagi item yang berfungsi dengan baik
(c) diubahsuai, ditulis semula dan kemudian diuji: bagi item yang masih belum mencapai
tahap kualiti yang dikehendaki

2
Terdapat dua pendekatan analisis item, iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua
pendekatan digunakan dalam proses pembinaan item ujian dalam tugasan ini.

2.1 Analisis Item Secara Kualitatif

Analisis item secara kualitatif merangkumi pertimbangan ke atas kesahan kandungan


(kandungan dan bentuk item), dan juga penilaian dari aspek prosedur penulisan item yang efektif.
Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana item mewakili bidang atau kandungan yang
hendak diukur. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sekiranya
item-item ujian dapat mengukur semua isi serta kandungan bidang yang dipelajari dengan
berkesan. Tujuan utama kesahan kandungan dilakukan adalah untuk memastikan bahawa item-
item yang terkandung dalam sesuatu ujian benar-benar mewakili cakupan topik yang sepatutnya
diukur.

Kesahan kandungan dalam pembinaan item ujian dapat dicapai dengan pembinaan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) dan mesti dinilai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam
bidang yang dikaji. JSU merupakan satu jadual yang mengandungi bilangan agihan item
mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom dan pemberatan topik pembelajaran berpandukan
kepada huraian sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bentuk item dan prosedur penskoran. JSU
(rujuk lampiran) yang dibina dalam tugasan ini telah mendapat pengesahan daripada guru kanan
sains dan matematik SMK Wira Penrissen, iaitu Encik Othman Majidin yang mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun dan pernah berkhidmat dalam Jemaah Nazir,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

2.2 Analisis Item secara Kuantitatif

Analisis item secara kuantitatif melibatkan pengukuran indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
item. Analisis item secara kuantitatif dilakukan untuk menghasilkan ujian yang berkualiti tinggi.
Analisis item memberi maklumat tentang respons pelajar terhadap setiap item ujian sama ada
sesuatu item ujian sesuai atau tidak, aras kesukaran item, kesesuaian penggunaan distraktor dan
kuasa diskriminasi antara pelajar cerdas dan pelajar lemah.

3
3.0 INDEKS KESUKARAN
Indeks kesukaran item ialah satu pengukuran yang menunjukkan aras kesukaran sesuatu item,
sama ada sesuatu item itu mudah atau sukar untuk dijawab (Rahim Hingorjo, & Jaleel 2012).
Indeks kesukaran dinyatakan dalam bentuk perkadaran, iaitu nisbah bilangan calon yang dapat
menjawab sesuatu item dengan betul kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraan indeks kesukaran adalah seperti berikut:

Indeks Kesukaran , p =

Di mana T = Bilangan pelajar menjawab betul dari kumpulan tinggi


R = Bilangan pelajar menjawab betul dari kumpulan tinggi
NT = Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi
NR = Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi

Secara amnya, indeks kesukaran ditulis sebagai nilai p dan mempunyai julat di antara
0.00 hingga 1.00. Semakin besar indeks kesukaran,semakin mudah item berkenaan kepada
pelajar.
Indeks kesukaran (p) Pentafsiran Item
p 0.3 Terlalu sukar
0.3 p 0.8 Sederhana
p 0.8 Terlalu mudah

Pentafsiran indeks kesukaran item ujian membantu pembina item menyusun item ujian
dari aras kesukaran mudah kepada sukar. Hal ini dapat mengurangkan kecemasan atau
kebimbangan pelajar yang mengambil ujian. Di samping itu, maklumat mengenai indeks
kesukaran item juga membolehkan pembina item ujian memilih item yang menepati kehendak
objektif ujian.

3.1 Analisis Indeks Kesukaran

Contoh pengiraan indeks kesukaran bagi item 1 ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

4
Jadual 1: Pengiraan indeks kesukaran bagi item 1
Pilihan Jawapan
Item 1
A* B C D
8 orang pelajar cerdas (kumpulan T) 7 0 1 0
8 orang pelajar lemah (kumpulan R) 5 0 1 2
Jumlah T + R 16
Indeks kesukaran (p) 0.75
Pentafsiran item Sederhana
Tindakan Terima / kekal

Indeks kesukaran item 1 menunjukkan item ini mempunyai aras kesukaran yang
sederhana, iaitu dalam lingkungan 0.3 p 0.8. Maka item ini boleh diterima dan dikekalkan
dalam bank soalan.

Jadual 2 menunjukkan analisis indeks kesukaran bagi semua item ujian berserta dengan
pentafsiran setiap item dan tindakan susulan yang perlu diambil.

Jadual 2 Analisis indeks kesukaran bagi semua item ujian


NO. BIL DAPAT JAWAPAN BETUL INDEKS KESUKARAN
T+R PENTAFSIRAN TINDAKAN
ITEM T (NT = 8) R (NR = 8) [(T+R)/(NT+NR)]
1 7 5 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
2 6 7 13 0.81 Terlalu mudah Ubahsuai
3 8 3 11 0.69 Sederhana Kekal / Terima
4 6 2 8 0.50 Ideal Kekal / Terima
5 7 7 14 0.88 Terlalu mudah Ubahsuai
6 3 0 3 0.19 Terlalu sukar Ubahsuai
7 5 7 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
8 8 6 14 0.88 Terlalu mudah Ubahsuai
9 8 2 10 0.63 Sederhana Kekal / Terima
10 6 1 7 0.44 Sederhana Kekal / Terima
11 2 0 2 0.13 Terlalu sukar Ubahsuai
12 6 2 8 0.50 Ideal Kekal / Terima
13 1 0 1 0.06 Terlalu sukar Ubahsuai
14 7 5 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
15 7 8 15 0.94 Terlalu mudah Ubahsuai
16 8 5 13 0.81 Terlalu mudah Ubahsuai
17 6 3 9 0.56 Sederhana Kekal / Terima
18 5 5 10 0.63 Sederhana Kekal / Terima
19 8 8 16 1.00 Terlalu mudah Ubahsuai
20 8 4 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
21 7 5 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
22 5 2 7 0.44 Sederhana Kekal / Terima
23 8 8 16 1.00 Terlalu mudah Ubahsuai
24 8 7 15 0.94 Terlalu mudah Ubahsuai
25 3 0 3 0.19 Terlalu sukar Ubahsuai
26 2 3 5 0.31 Sederhana Kekal / Terima
27 7 5 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima

5
NO. BIL DAPAT JAWAPAN BETUL T+R INDEKS KESUKARAN PENTAFSIRAN TINDAKAN
ITEM [(T+R)/(NT+NR)]
28 6 4 10 0.63 Sederhana Kekal / Terima
29 8 8 16 1.00 Terlalu mudah Ubahsuai
30 8 3 11 0.69 Sederhana Kekal / Terima
31 6 2 8 0.50 Ideal Kekal / Terima
32 6 7 13 0.81 Terlalu mudah Ubahsuai
33 8 5 13 0.81 Terlalu mudah Ubahsuai
34 5 2 7 0.44 Sederhana Kekal / Terima
35 4 1 5 0.31 Sederhana Kekal / Terima
36 7 3 10 0.63 Sederhana Kekal / Terima
37 6 2 8 0.50 Ideal Kekal / Terima
38 8 6 14 0.88 Terlalu mudah Ubahsuai
39 6 6 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima
40 6 6 12 0.75 Sederhana Kekal / Terima

3.2 Pentaksiran Item Berdasarkan Indeks Kesukaran

Jadual 3 Rumusan analisis indeks kesukaran bagi semua item


Indeks Kesukaran (p) Pentafsiran Tindakan Bilangan Item Peratus (%)
p 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai 4 10.00
0.3 p 0.8 Sederhana Kekal / terima 24 60.00
p 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai 12 30.00
JUMLAH 40 100.00

Berdasarkan jadual 3, terdapat 24 item ujian yang dibina, iaitu 60.0% daripada semua
item mempunyai aras kesukaran yang sederhana, dalam lingkungan 0.3 p 0.8. Item-item ini
boleh diterima dan dikekalkan dalam ujian kerana bersesuaian dengan tahap kecerdasan pelajar.
Di samping itu, terdapat 4 item, iaitu 10% daripada keseluruhan item yang dikenal pasti
mempunyai aras kesukaran yang sangat tinggi, iaitu item 6, 11, 13, dan 25 yang mempunyai
indeks kesukaran 0.3 memerlukan pengubahsuaian. Manakala, 12 item, iaitu 1, 5, 8, 15, 16, 19,
23, 24, 28, 32, 33, dan 37 yang merangkumi 30.0% daripada keseluruhan item didapati terlalu
mudah untuk pelajar, kerana mempunyai indeks kesukaran 0.8. Jadi, item-item ini juga perlu
diubahsuai.

6
10.00
30.00
Terlalu sukar
60.00
Sederhana
Terlalu mudah

Rajah 1: Taburan item mengikut indeks kesukaran item

Rajah 1 menunjukkan taburan item mengikut indeks kesukaran item. Didapati bahawa
aras kesukaran tem-item ujian adalah pelbagai, iaitu terdapat item yang mudah, sederhana dan
sukar.

4.0 INDEKS DISKRIMINASI


Diskriminasi item merupakan satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk
mengukur kepekaan perbezaan individu (Rahim & Jaleel 2012). Item yang baik dan berfungsi
berupaya untuk membezakan atau mendiskriminasikan antara pelajar yang mempunyai
pencapaian tinggi dengan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah. Sesuatu item boleh
dianggap berdiskriminasi sekiranya lebih ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh
menjawabnya dengan betul berbanding dengan pelajar dari kumpulan berkebolehan rendah.
Pengiraan indeks diskriminasi adalah seperti berikut:

-
Indeks Diskriminasi , D =

Di mana T = Bilangan pelajar menjawab betul dari kumpulan tinggi


R = Bilangan pelajar menjawab betul dari kumpulan tinggi
NT = Bilangan pelajar dalam kumpulan tinggi

Secara amnya, indeks diskriminasi ditulis sebagai D dan mempunyai julat nilai dari -1.00
hingga 1.00. Nilai indeks diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa sesuatu item boleh
7
dijawab dengan betul oleh ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi tetapi kebanyakan
pelajar dari kumpulan berkebolehan rendah tidak dapat menjawab item tersebut dengan betul.
Nilai indeks diskriminasi yang negatif menunjukkan sesuatu item gagal untuk membezakan
kumpulan pelajar berkebolehan tinggi dan kumpulan pelajar yang berkebolehan rendah.
Bilangan pelajar dari kumpulan berkebolehan rendah yang dapat menjawab sesuatu item dengan
betul adalah lebih ramai berbanding pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi. Jika nilai D
bersamaan dengan sifar, bilangan pelajar yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul adalah
sama dari kedua-dua kumpulan. Ini juga bermakna item tersebut tidak berupaya membezakan
kumpulan pelajar berkebolehan tinggi dengan kumpulan pelajar berkebolehan rendah. Antara
tujuan analisis item melalui indeks diskriminasi ini ialah:

(a) mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula


(b) memberi maklum balas kepada pelajar cerdas mengenai kelemahan mereka bagi setiap
tajuk pengajaran yang diuji
(c) mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan
(d) mengenal pasti pelajar yang berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam
bidang - bidang tertentu.

Jadual 4 Pentafsiran untuk indeks diskriminasi


Indeks Diskriminasi (D) Pentafsiran Item Tindakan
D 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
0.30 D 0.39 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
0.20 D 0.29 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
0.00 D 0.19 Diskriminasi positif yang rendah Item perlu diubahsuai
D < 0.00 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan / dibuang

Menurut Nitko (2004), item yang sesuai dipilih untuk ujian hendaklah mempunyai indeks
diskriminasi melebihi 0.3. Item yang mempunyai indeks diskriminasi melebihi 0.4 merupakan
item yang amat baik.

8
4.1 Analisis Indeks Diskriminasi
Contoh pengiraan indeks diskriminasi bagi item 1 ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

Jadual 5 Pengiraan indeks kesukaran bagi item 1


Pilihan Jawapan
Item 1
A* B C D
8 orang pelajar cerdas (kumpulan T) 7 0 1 0
8 orang pelajar lemah (kumpulan R) 5 0 1 2
T-R 2
Indeks kesukaran (p) 0.25
Pentafsiran item Diskriminasi positif yang sederhana
Tindakan Item diterima tetapi perlu dibaiki

Indeks diskriminasi item 1 menunjukkan item ini mempunyai diskriminasi positif yang
sederhana, iaitu dalam lingkungan 0.20 D 0.29. Maka item ini boleh diterima tetapi perlu
dibaiki.

Jadual 6 menunjukkan analisis indeks diskriminasi bagi semua item ujian berserta dengan
pentafsiran setiap item dan tindakan susulan yang perlu diambil.

Jadual 6 Analisis indeks diskriminasi bagi semua item


BIL DPT JAWAPAN BETUL INDEKS
NO.
T-R DISKRIMINASI PENTAFSIRAN TINDAKAN
ITEM
T (NT = 8) R (NR = 8) (T-R/NT)

1 7 5 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
2 6 7 -1 -0.13 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan
3 8 3 5 0.63 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
4 6 2 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
5 7 7 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
6 3 0 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
7 5 7 -2 -0.25 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan
8 8 6 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
9 8 2 6 0.75 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
10 6 1 5 0.63 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
11 2 0 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
12 6 2 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
13 1 0 1 0.13 Diskriminasi positif yang rendah Item perlu diubahsuai
14 7 5 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
15 7 8 -1 -0.13 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan
16 8 5 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
17 6 3 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki

9
NO. INDEKS
BIL DPT JAWAPAN BETUL T-R PENTAFSIRAN TINDAKAN
ITEM DISKRIMINASI
(T-R/NT)
18 5 5 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
19 8 8 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
20 8 4 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
21 7 5 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
22 5 2 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
23 8 8 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
24 8 7 1 0.13 Diskriminasi positif yang rendah Item perlu diubahsuai
25 3 0 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
26 2 3 -1 -0.13 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan
27 7 5 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
28 6 4 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
29 8 8 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
30 8 3 5 0.63 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
31 6 2 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
32 6 7 -1 -0.13 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan
33 8 5 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
34 5 2 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
35 4 1 3 0.38 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tanpa perlu dibaiki
36 7 3 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
37 6 2 4 0.50 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
38 8 6 2 0.25 Diskriminasi positif yang sederhana Item diterima tetapi perlu dibaiki
39 6 6 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai
40 6 6 0 0.00 Diskriminasi sifar Item perlu diubahsuai

4.2 Pentaksiran Item Berdasarkan Indeks Diskriminasi

Jadual 7 Rumusan analisis indeks diskriminasi bagi semua item


INDEKS BILANGAN PERATUS
PENTAFSIRAN TINDAKAN
DISKRIMINASI (D) ITEM (%)
Diskriminasi positif yang
D 0.3 Item diterima 18 45.00
tinggi dan sederhana
Diskriminasi positif yang Item diterima tetapi perlu
0.20 D 0.29 8 20.00
sederhana dibaiki
Diskriminasi positif yang
0.00 D 0.19 Item perlu diubahsuai 9 22.50
rendah

D < 0.00 Diskriminasi negatif Item perlu dikeluarkan 5 12.50

JUMLAH 40 100.00

Berdasarkan Jadual 7, terdapat 18 item ujian yang dibina, iaitu 45.0% daripada semua
item mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi dan sederhana, iaitu D 0.3. Item-item ini

10
boleh diterima dan dikekalkan dalam ujian tanpa perlu dibaiki kerana item-item ini mampu
membezakan pelajar cerdas dan pelajar lemah dengan berkesan. Di samping itu, terdapat 8 item,
iaitu 20.0% daripada keseluruhan item yang dikenal pasti mempunyai indeks diskriminasi positif
yang sederhana di mana 0.20 D 0.29, iaitu item 1, 8, 11, 14, 21, 27, 28 dan 38. Item-item ini
boleh diterima tetapi perlu dibaiki. Manakala, 9 item, iaitu 5, 13, 18, 19, 23, 24, 29, 39 dan 40
yang merangkumi 22.5% daripada keseluruhan item didapati mempunyai indeks diskriminasi
positif yang rendah, iaitu 0.00 D 0.19, item-item ini perlu diubahsuai dan ditulis semula
kemudian diuji sekali lagi ke atas pelajar bagi meningkatkan indeks diskriminasi item-item
tersebut supaya dapat item berupaya membezakan pelajar cerdas dan pelajar lemah . Sebanyak 5
item, iaitu item 2, 7, 15, 26 dan 32 yang merangkumi 12.5 % daripada keseluruhan item
mempunyai indeks diskriminasi negatif. Kesemua item ini merupakan item yang tidak berfungsi
dan perlu dikeluarkan daripada ujian kerana ia bukan sahaja tidak mampu membezakan pelajar
cerdas dan pelajar lemah, malah besar kemungkinan menimbulkan kekeliruan apabila keputusan
ujian digunakan untuk mengkategorikan pelajar ke dalam kumpulan pencapaian tinggi dan
pencapaian rendah.

Rajah 2 Kategori item mengikut jenis tindakan yang perlu diambil

12.50

22.50 45.00 Item diterima


Item diterima tetapi perlu dibaiki
Item perlu diubahsuai
20.00
Item perlu dikeluarkan

Rajah 2 menunjukkan kategori item mengikut jenis tindakan yang perlu diambil. Secara
kesimpulannya, 45 .0 % atau 18 item boleh diterima tanpa perlu dibaiki, 20.0 % atau 8 item
boleh diterima tetapi perlu dibaiki untuk meningkatkan indeks diskriminasinya. Selain daripada
itu, 22.5 % atau 9 item tidak dapat diterima dan item tersebut perlu diubahsuai dan ditulis semula.
Akhir sekali, 12.5 % atau 5 item perlu dibuang atau dikeluarkan dari ujian.

11
5.0 PERBANDINGAN INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

Untuk membuat keputusan dan menentukan sama ada sesuatu item perlu dikekalkan, digugurkan
atau diperbaik, kedua-dua indeks kesukaran dan indeks diskriminasi perlu diambil kira.
Pertimbangan yang wajar harus diberikan kepada item yang mempunyai indeks kesukaran dalam
julat yang bersesuaian tetapi indeks diskriminasi yang negatif atau sebaliknya. Item yang terlalu
mudah boleh ditingkatkan aras kesukaran manakala item yang terlalu sukar boleh
dipermudahkan. Perkara ini adalah penting untuk mengenal pasti dan memastikan item-item
yang betul-betul berkualiti digunakan dalam ujian. Jadual 8 menunjukkan perbandingan indeks
kesukaran dan indeks diskriminasi serta tindakan yang perlu diambil untuk memperoleh item
yang berkualiti tinggi, dan seterusnya menjamin kualiti ujian.

Jadual 8 Perbandingan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi semua item
NO. ITEM INDEKS DISKRIMINASI (D) INDEKS KESUKARAN (p) TINDAKAN
1 0.25 0.75 item perlu disemak / ditulis semula
2 -0.13 0.81 item perlu dikeluarkan
3 0.63 0.69 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
4 0.50 0.50 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
5 0.00 0.88 item perlu dikeluarkan
6 0.38 0.19 item perlu disemak / ditulis semula dan dipermudahkan
7 -0.25 0.75 item perlu dikeluarkan
8 0.25 0.88 item perlu disemak / ditulis semula dan sukarkan
9 0.75 0.63 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
10 0.63 0.44 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
11 0.25 0.13 item perlu disemak / ditulis semula dan dipermudahkan
12 0.50 0.50 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
13 0.13 0.06 item perlu disemak / ditulis semula dan dipermudahkan
14 0.25 0.75 item perlu disemak / ditulis semula
15 -0.13 0.94 item perlu dikeluarkan
16 0.38 0.81 item perlu disemak / ditulis semula dan sukarkan
17 0.38 0.56 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
18 0.00 0.63 item perlu disemak / ditulis semula
19 0.00 1.00 item perlu dikeluarkan
20 0.50 0.75 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
21 0.25 0.75 item perlu disemak / ditulis semula
22 0.38 0.44 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
23 0.00 1.00 item perlu dikeluarkan
24 0.13 0.94 item perlu disemak / ditulis semula dan sukarkan
25 0.38 0.19 item perlu disemak / ditulis semula dan dipermudahkan
26 -0.13 0.31 item perlu dikeluarkan

12
NO. ITEM INDEKS DISKRIMINASI (D) INDEKS KESUKARAN (p) TINDAKAN
27 0.25 0.75 item perlu disemak / ditulis semula
28 0.25 0.63 item perlu disemak / ditulis semula
29 0.00 1.00 item perlu dikeluarkan
30 0.63 0.69 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
31 0.50 0.50 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
32 -0.13 0.81 item perlu dikeluarkan
33 0.38 0.81 item perlu disemak / ditulis semula dan sukarkan
34 0.38 0.44 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
35 0.38 0.31 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
36 0.50 0.63 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
37 0.50 0.50 Item diterima, dikekalkan dan simpan dalam bank soalan
38 0.25 0.88 item perlu disemak / ditulis semula dan sukarkan
39 0.00 0.75 item perlu disemak / ditulis semula
40 0.00 0.75 item perlu disemak / ditulis semula

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN TENTANG ANALISIS ITEM

Jadual 9 Rumusan analisis item mengikut tindakan susulan


TINDAKAN SUSULAN NO. ITEM JUMLAH ITEM PERATUS (%)

Item diterima, dikekalkan dan 3, 4, 9, 10, 12, 17, 20, 22,


14 35.0
simpan dalam bank soalan 30, 31, 34, 35, 36, 37

item perlu disemak / ditulis semula 1, 14, 18, 21, 27, 28, 39, 40 8 20.0

item perlu disemak / ditulis semula


6, 11, 13, 15 4 10.0
dan dipermudahkan

item perlu disemak / ditulis semula


8, 16, 24, 33, 38 5 12.5
dan sukarkan

item perlu dikeluarkan 2, 5, 7, 15, 19, 23, 26, 29, 32 9 22.5

JUMLAH 40 100.0

Jadual 9 merumuskan tindakan susulan yang perlu diambil ke atas item-item selepas
perbandingan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Didapati sebanyak 14 item yang dibina
bersamaan dengan 35 % daripada keseluruhan item mempunyai indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi pada tahap yang sesuai. Maka item-item ini boleh dikekalkan dalam ujian dan
disimpan dalam bank soalan untuk kegunaan masa depan.

13
Di samping itu, terdapat 8 item yang merangkumi 20.0 % daripada keseluruhan item
ujian diterima tetapi perlu diperbaiki kerana item-item ini mempunyai indeks kesukaran dalam
julat yang sesuai tetapi perlu ditingkatkan indeks diskriminasi kerana kurang mampu untuk
membezakan pelajar berkebolehan tinggi dengan pelajar berkebolehan rendah.

Pada masa yang sama, sebanyak 9 item, iaitu 22.5 % daripada keseluruhan item
mempunyai indeks diskriminasi yang bersesuaian tetapi perlu diubahsuai kerana mempunyai
indeks kesukaran yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jadi, aras kesukaran item-item ini perlu
ditingkatkan atau dikurangkan.

Akhir sekali, terdapat 9 item, bersamaan dengan 22.5 % daripada keseluruhan item perlu
dibuang atau dikeluarkan daripada ujian sama ada mempunyai indeks diskriminasi negatif atau
indeks kesukaran terlalu tinggi dalam julat 0.8 hingga 1.0. Hal ini menunjukkan bahawa 9 soalan
bukan sahaja tidak dapat membezakan pelajar kumpulan berkebolehan tinggi dengan rendah,
malah terlalu mudah walaupun untuk pelajar yang lemah.

RUJUKAN

Rahim Hingorjo, M. & Jaleel, F. 2012. Analysis of One-Best MCQs: the Difficulty Index,
Discrimination Index and Distractor Efficiency 62(2).

14
Lampiran 1

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

SUBJEK: KIMIA
TINGKATAN: 4
Aras Kemahiran

Jenis Soalan
JUMLAH
Mengingati

Memahami

kan
Mengaplikasi

Menganalisis

Menilai

Mencipta
Bil Bidang / Tajuk / Isi Kandungan

1 Menganalisis jirim 17 21 2 MCQ


2 Mensintesiskan struktur atom 1, 13 19 5 4 MCQ
3 Memahami isotop dan menilai kepentingannya 27 29 2 MCQ
4 Memahami susunan elektron bagi atom 8 1 MCQ
5 Menganalisis hubungan antara bilangan mol
dengan bilangan zarah 4 1 MCQ
6 Menyelesaikan masalah perhitungan yang
melibatkan bilangan zarah, bilangan mol,
jisim bahan dan isipadu gas pada STP dan 18 34 2 MCQ
atau keadaan bilik
7 Mensintesiskan formula kimia 15,
14 6 24, 5 MCQ
30
8 Mentafsirkan persamaan kimia 33 10 2 MCQ
9 Menganalisis Jadual Berkala Unsur 3 32 2 MCQ
10 Menganalisis unsur Kumpulan 1 2,16 28 3 MCQ
11 Menganalisis unsur Kumpulan 17 25 22 2 MCQ
12 Menganalisis unsur dalam Kala 9 12 2 MCQ
13 Memahami unsur peralihan 31 23 2 MCQ
14 Mensintesiskan idea tentang pembentukan 7,
11 26 4 MCQ
ikatan ion 20
15 Menganalisis sifat sebatian ion dan 35,
sebatian kovalen 36,
37,
6 MCQ
38,
39,
40
JUMLAH 8 4 16 4 4 4 40

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________
(Phang Hui Kien)
Guru subjek kimia

15
Lampiran 2

Instruction: Each of Questions 1 to 50 is followed by four options A, B, C, and D. Choose the best
option for each question and blackens the corresponding space on the objective answer sheet.
1. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang saintis dan sumbangannya terhadap perkembangan
struktur atom?
Which of the following scientist and their contributions on the development of atomic structure is true?
Saintis Sumbangan
Scientist Contribution
A Neils Bohr Elektron bergerak di dalam petala mengelilingi nukleus
Electrons move in shells around the nucleus
B John Dalton Zarah alpha bercas positif
Alpha particle is positivey charged
C Ernest Rutherford Unsur dibina daripada zarah-zarah halus dikenali sebagai atom
Elements are made up of tiny particles called atom
D Joseph John Thomson Atom ialah sfera bercas positif dan dikelilingi elektron
Atom is a sphere of positive charge and surrounded by electron
2. Apabila menuruni kumpulan 1 dalam Jadual Berkala Unsur,
When going down Group 1 in the Periodic Table of Elements,
A Kelektronegatifan berkurangan
Electronegativity decreases
B Bilangan isotop bagi unsur berkurang
Number of isotope of element decreases
C Kereaktifan berkurang
Reactivity decreases
D Jejari atom bertambah
Atomic radius increases

3. Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden disusun berdasarkan tertib pertambahan
Elements in the modern Periodic Table of Elements are arranged based on increasing order of
A Jejari atom
Atomic radius
B Nombor nukleon
Nucleon number
C Nombor proton
Proton number
D Bilangan neutron
Number of neutron
4. Antara berikut, yang manakah mengandungi 3.01 1023 atoms?
Which of the following contains 3.01 1023 atoms?
[Avogadro number = 6.02 1023 mol-1]
A 0.5 mol gas neon
0.5 mol neon gas
B 0.5 mol gas hidrogen
0.5 mol hydrogen gas
C 1.0 mol gas ammonia
1.0 mol ammonia gas
D 1.0 mol gas oksigen
1.0 mol oxygen gas
16
5. Antara berikut, yang manakah merupakan bilangan elektron valens bagi satu atom kalsium?
[Nombor proton bagi atom kalsium ialah 20]
Which of the following is the number of valence electron of an calcium atom?
[Proton number of calcium atom is 20]
A 2
B 4
C 8
D 20
6. Rajah 1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan formula empirik suatu
logam oksida.
Diagram 1 shows the set up of apparatus to determine the empirical formula of an metal oxide.

Rajah 1 / Diagram 1
Apakah X?
What is X?
A Plumbum
Lead
B Aluminium
Aluminium
C Magnesium oksida
Magnesium oxide
D Kuprum(II) oksida
Copper(II) oxide

7. Rajah 2 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom aluminium.


Diagram 2 shows the standard representation of an aluminium atom .
2
13 l
Rajah 2 / Diagram 2
Antara berikut, yang manakah merupakan susunan elektron bagi ion aluminium?
Which of the following is the electron arrangement of an aluminium ion?
A 2.8
B 2.8.3
C 2.8.8
D 2.8.8.8.1

8. Rajah 3 menunjukkan formula bagi suatu garam nitrat.


Diagram 3 shows the formula of a nitrate salt.
MNO3
Rajah 3 / Diagram 3

17
Antara yang berikut yang manakah mungkin ion M?
Which of the following are the possible ions of M?
I Ion ammonium, NH4+
Ammonium ion, NH4+
II Ion natrium, Na+
Sodium ion, Na+
III Ion ferum(III), Fe3+
Iron(III) ion, Fe3+
IV Ion kuprum(II), Cu2+
Copper(II) ion, Cu2+
A I dan II
I and II
B II dan III
II and III
C III and IV
III and IV
D II, III dan IV
II, III and IV
9. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi unsur kala 3 dari kiri ke kanan dalam Jadual
Berkala Unsur?
Which of the following statements is true about elements across Period 3 from left to right in the
Periodic Table of Elements?

A Sifat kelogaman unsur bertambah


Metallic propertis of elements increases
B Bilangan elektron valens berkurang
The number of valence electron decreases
C Keelektronegatifan unsur berkurang
Electronegativity of the elements decreases
D Size atom berkurang
Atomic size decreases
10. Persamaan berikut mewakili tindak balas antara natrium dan oksigen.
The following equation represents the reaction between sodium and oxygen.

4 Na + O2 2 a2O
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Which of the following statement is correct?
A 4 mol atom natrium bertindak balas dengan 1 mol atom oksigen
4 mol of sodium atoms react with 1 mol of oxygen atoms
B 4 mol atom natrium bertindak balas dengan 1 mol molekul oxygen
4 mol of sodium atoms react with 1 mol of oxygen molecules
C 4 mol atom natrium bertindak balas dengan 1 mol atom oksigen menghasilkan 2 mol natrium
oksida.
4 molof sodium atom react with 1 mol of oxygen atom producing 2 mol of sodium oxide
D 4 g atom natrium bertindak balas dengan 1 g atom oksigen menghasilkan 2 g natrium oksida
4 g of sodium atoms react with 1 g of oxygen atoms producing 2 g of sodium oxide.
11. Satu unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai bilangan proton, neutron dan elektron dalam satu
ion bagi X?
The proton number and nucleon number of element X is 13 and 27 respectively.
Which of the following is true about the number of proton, neutron and electron in an ion of X?
18
Bilangan proton Bilangan neutron Bilangan elektron
Number of proton Number of neutron Number of electron
A 13 7 13
B 13 27 10
C 13 14 13
D 13 14 10

12. U, V dan W ialah unsur-unsur dalam kala yang sama.


oksida U bersifat amfoterik, oksida V bersifat asid dan oksida W bersifat bes.
U, V and W are elements in same period.
U oxide is amphoteric, V oxide is acidic and W oxide is base.
Antara berikut, yang manakah susunan yang betul mengikut tertib dari kiri ke kanan dalam Jadual
Berkala Unsur?
Which of the following is the correct arrangement of element from left to right in Periodic Table of
Elements?
A U, V, W
B U, W, V
C V, U, W
D W, U, V

13. Jadual 1 menunjukkan maklumat atom Y.


Table 1 shows the information of atom Y.
Bilangan elektron
19
Number of electron
Bilangan neutron
20
Number of neutron
Jadual 1 / Table 1
Simbol manakah yang betul bagi atom Y?
Which symbol is correct for atom Y?
A 20
19

B 39
19

C 19
39

D 39
20

14. Rajah 4 menunjukkan susunan radas bagi menentukan formula empirik kuprum(II) oksida.
Diagram 4 shows the apparatus set-up to determine the empirical formula of copper(II) oxide.

Rajah 4 / Diagram 4

19
Gas hidrogen kering mesti dialirkan melalui alat radas untuk beberapa minit sebelum pemanasan
kuprum(II) oksida.
Apakah sebab tindakan ini diambil?
The dry hydrogen gas must be flowed through the apparatus for several minutes before heating the
copper(II) oxide.
What is the reason for this action to be taken?
A Untuk memastikan semua kuprum(II) oksida telah bertukar menjadi kuprum.
To ensure all the copper(II) oxide has changed into copper
B Untuk memastikan semua udara dikeluarkan supaya letupan dapat dielakkan.
To ensure all air has been removed so that explosion can be prevent
C Untuk mengelakkan kuprum daripada bertindak balas dengan udara bagi membentuk
kuprum(II) oksida.
To prevent copper from reacting with air to form copper(II) oxide.
D Untuk mengelakkan air daripada mengalir ke arah piring porselin yang panas dan meretakkan
tiub pembakaran
To prevent the water from flowing towards the hot porcelain dish and crack
15. Satu sebatian mempunyai 75% karbon dan 25% hidrogen mengikut jisim.
Apakah formula empirik sebatian itu?
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12 ]
A compound contains 75% carbon and 25% of hydrogen by mass.
What is the empirical formula of the compound?
[ Relative atomic mass of H=1; C = 12 ]

A CH2
B CH4
C C2H4
D C3H8
16. Pernyataan berikut memerihalkan ciri-ciri unsur X.
The following statements describe the characteristics of element X.
Bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas hidrogen.
React with water to produce hydrogen gas.
Terbakar dalam oksigen untuk menghasilkan bahan yang larut
dalam air untuk membentuk larutan beralkali.
Burn in oxygen to produce substance which dissolve in water to
form alkaline solution.

Antara unsur berikut yang manakah sesuai dengan ciri-ciri di atas?


Which of the following elements is suitable with the characteristics above?
A Klorin
Chlorine
B Sulfur
Sulphur
C Natrium
Sodium
D Aluminium
Aluminium

20
17. Bahan yang manakah adalah cecair pada suhu bilik?
Which substance is a liquid at room temperature?
Takat lebur (C) Takat didih (C)
Melting point (C) Boiling point (C)
A -35 10
B 45 240
C -255 -170
D 15 162

18. Satu mol nitrogen, N2 dan satu mol sulfur trioksida, SO3 mempunyai
One mole of nitrogen, N2 and one mole of sulphur trioxide, SO3 have

A bilangan molekul yang sama


the same number of molecules
B bilangan atom yang sama
the same number of atoms
C nombor proton yang sama
the same proton number
D jisim yang sama
the same mass

19. Rajah 5 menunjukkan susunan elektron bagi atom oksigen.


Diagram 5 shows the electron arrangement of oxygen atom.

Rajah 5 / Diagram 5
Antara berikut, yang manakah betul tentang atom ini?
Which of the following is correct about this atom?
A Nombor proton ialah 6
The proton number is 6
B Nombor nukleon ialah 8
The nucleon number is 8
C Bilangan neutron ialah 6
The number of neutron s 6
D Bilangan elektron ialah 8
The number of electron is 8
20. Formula bagi ion natrium ialah Na+ dan formula bagi ion sulfat ialah SO42-.
Apakah formula bagi sebatian yang terbentuk?
The formula of sodium ion, Na+ and the formula of sulphate ion is SO42-.
What is the formula of compound formed?
A Na(SO4)2
B Na2SO4
C NaSO4
D NaS2O4

21
21. Rajah 6 menunjukkan lengkungan pemanasan pepejal naftalena.
Diagram 6 shows the heating curve of solid naphthalene.

Rajah 6 / Diagram 6

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai zarah-zarah naftalena pada TC?
Which of the following statement is true about the particles of naphthalene at TC?
A Zarah-zarah membebaskan tenaga haba.
The particles release heat energy.
B Daya tarikan antara zarah-zarah diatasi.
The forces of attraction between particles are overcome.
C Kedua-dua pepejal dan cecair wujud antara t1 dan t2.
Both liquid and gas are present between t1 and t2.
D Zarah-zarah hanya bergetar dan berputar di kedudukan yang tetap pada t1.
The particles can only vibrate and rotate at fixed positions at t1.

22. Unsur M, N dan K terletak dalam Kumpulan 17 di dalam Jadual berkala. Unsur N adalah lebih
elektronegatif dari unsur M. Tindak balas antara wul besi panas dengan gas M adalah lebih reaktif
daripada tindak balas antara wul besi panas dengan gas K.
Elements M, N and K are located in Group 17 of Periodic Table.Element N is more electronegative
than element M. The reaction of red hot iron wool with gas M is more vigourous than the reaction of
red hot iron wool with gas K.
Susunan kereaktifan ketiga-tiga unsur mengikut susunan menaik ialah
The reactivity of the three elements in ascending order is
A M, N, K
B K, N, M
C K, M, N
D N, M, K
23. Jadual 2 menunjukkan pemerhatian bagi tiga logam X, Y dan Z dibakar dalam oksigen
Table 2 shows the observations of three metals X, Y and Z burnt in oxygen.

Logam Pemerhatian
Metal Observation
Terbakar perlahan dengan nyalaan merah
X
Burnt slowly with a red flame
Terbakar sangat cepat dengan nyalaan unggu yang sangat terang
Y
Burnt vigorously with a briliant purple flame
Terbakar cepat dengan nyalaam kuning yang terang
Z
Burnt quickly with a bright yellow flame

Jadual 2 / Table 2

22
Antara berikut yang manakah susunan betul bagi kereaktifan logam mengikut susunan menaik?
Which of the following is the correct arrangement of the reactivity of metals by increasing order?
A X, Y, Z
B X, Z, Y
C Z, Y, X
D Y, Z, X

24. Formula empirik bagi butana ialah C2H5 dan jisim molekul relatif ialah 58. Tentukan formula molekul
bagi butana.
Butane has the empirical formula of C2H5 and relative molecular mass of 58. Find its molecular
formula.
A CH2
B C4H10
C C2H10
D C4H5

25. Astatin terletak di bawah iodin dalam Kumpulan 17 Jadual Berkala Unsur.
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang astatin?
Astatine is below iodine in Group 17of Periodic Table of Elements.
Which of the following statements is true for astatine?

A Membentuk oksida bes


Form basic oxide
B Wujud sebagai monoatom
Exists as monoatom
C Pepejal pada suhu bilik
Solid at room temperature
D Lebih elektronegatif daripada iodin
More electonegative than iodine

26. Jadual 3 menunjukkan maklumat bagi dua jenis zarah .


Table 3 shows the information for two types of particles.
Zarah Nombor proton Susunan electron
Particle Proton number Electron arrangement
J 11 2.8
K 20 2.8.8
Jadual 3 / Table 3
Berdasarkan maklumat dalam jadual, zarah J dan zarah K ialah
Based on the information given in the table, J particle and K particle are
A Gas adi
Noble gas
B Ion bercas negatif
Negatively-charged ion
C Ion bercas positif
Positively-charged ion
D Isotop unsur yang sama
Isotope of the same element

23
27. Rajah 7 menunjukkan simbol dua isotop bagi unsur bromin.
Diagram 7 shows symbol of two isotopes of element bromine.

Rajah 7 / Diagram 7
Bromin-79 mempunyai 44 neutron.
Apakah nilai X dalam bromin-81?
Bromine-79 has 44 neutrons.
What is the value of X in bromine-81?
A 35
B 37
C 46
D 90
28. Jadual 4 menunjukkan pemerhatian apabila logam L, M dan P dalam Kumpulan 1 Jadual Berkala
Unsur dibakar secara berasingan dalam balang gas yang mengandungi gas klorin.
Table 4 shows the observation when metals L, M and P in Group 1 of the Periodic Table of Elements
are burnt separately I the gas jar containing chlorine gas.

Logam Pemerhatian
Metal Observation
Terbakar dengan perlahan
L
Burns slowly
Terbakar dengan sangat cergas
M
Burns very vigorously
Terbakar dengan cergas
P
Burns vigorously

Jadual 4 / Table 4
Apakah susunan yang betul mengikut pengurangan nombor proton unsur-unsur dalam Jadual
Berkala?
What is the correct arrangement in decreasing proton number of the elements in Periodic Table?
A L, P, M
B M, L, P
C P, M, L
D M, P, L
29. Rajah 8 menunjukkan perwakilan piawai bagi dua isotop klorin, Cl-35 dan Cl-37.
Diagram 8 shows the standard representation for two isotopes of chlorine, Cl-35 and Cl-37.

Rajah 8 / Diagram 8
Antara berikut yang manakah benar tentang isotop-isotop ini?
Which of the following are true about these isotopes?

I Cl-35 mempunyai 17 proton / Cl-35 has 17 protons


II Cl-37 mempunyai 37 elektron / Cl-37 has 37 electrons
III Cl-35 mempunyai 17 elektron / Cl-35 has 17 electrons
IV Cl-37 mempunyai nombor nukleon 37 / Cl-37 has a nucleon number of 37

24
A I dan II
I and II
B III dan IV
III and IV
C I, III dan IV
I, III and IV
D II, III dan IV
II, III and IV
30. Berapakah peratus nitrogen mengikut jisim dalam ammonium sulfat?
[Jisim atom relatif H=1; N=14; O=16; S=32]
What is the percentage of nitrogen by mass in ammonium sulphate?
[ Relative atomic mass of H=1; N=14; O=16; S=32]
A 12.20
B 21.21
C 24.56
D 35.00
31. Antara sifat berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa kuprum adalah
unsur peralihan?
Which of the following properties can be used to show that copper is a transition element?
A Ia membentuk ion bewarna.
It forms coloured ions.
B Ia adalah mulur dan boleh ditempa.
It is ductile and malleable.
C Ia mempunyai ketumpatan yang tinggi.
It has a high density.
D Ia boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal dan cecair.
It can conduct electricity in solid and liquid states.

32. Rajah 9 menunjukkan kedudukan unsur-unsur W, X, Y dan Z dalam Jadual Berkala.


W, X, Y dan Z bukan simbol sebenar usur-unsur tersebut.
Diagram 9 shows the position of elements W, X, Y and Z in the Periodic Table.
W, X, Y and Z are not the actual symbol of the elements.

Rajah 9 / Diagram 9

Antara atom berikut yang manakah mempunyai susunan elektron 2.8.6?


Which of the following atom has an electron arrangement of 2.8.6?
A W
B X
C Y
D Z

25
33. Persamaan berikut mewakili tindak balas antara asid hidroklorik cair dengan magnesium.
The following equation represents a reaction between dilute hydrochloric acid and magnesium.
p HC1 + q Mg r MgCl2 + H2
apakah nilai bagi p, q dan r dalam persamaan kimia yang seimbang?
What are the values of p, q and r in the balanced chemical equation?
p q r
A 1 1 1
B 1 1 2
C 2 1 2
D 2 1 1

34. Persamaan kimia di bawah mewakili satu tindak balas antara gas klorin dengan wul besi panas.
The chemical equation below represents a reaction between chlorine gas and heated iron wool.

3 Cl2 2 Fe 2 Fe 3

Berapakah jisim ferum(III) klorida yang terbentuk apabila 120 cm3 gas klorin bertindak balas dengan
wul besi panas?
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Fe = 56; Isi padu molar gas pada suhu bilik = 24 dm3 mol-1]
What is the mass of iron(III) chloride formed when 120 cm3 chlorine gas reacted with heated iron wool?
[Relative atomic mass: Cl = 35.5, Fe = 56; Molar volume of gas at room temperature = 24 dm3 mol-1]
A 0.305 g
B 0.542 g
C 0.580 g
D 0.813 g

35. Jadual 5 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi atom-atom unsur P dan unsur Q.
P dan Q bukan simbol sebenar unsur-unsur itu.
Table 5 shows the proton numbers and the nucleon numbers of atoms of elements P and Q.
P and Q are not the actual symbols of the elements.

Unsur Nombor proton Nombor nukleon


Element Proton number Nucleon number
P 14 28
Q 8 16
Jadual 5 / Table 5
Unsur P bertindak balas dengan unsur Q untuk membentuk suatu sebatian. Berapakah jisim molar
bagi sebatian itu?
Element P reacts with element Q to form a compound. What is the molar mass of the compound?
A 44 g mol-1
B 60 g mol-1
C 72 g mol-1
D 76 g mol-1

26
36. Bahan Z mempunyai sifat-sifat berikut:
Substance Z has the following properties:
takat lebur dan takat didih yang rendah
low melting and boiling points
tidak mengkonduksikan arus elektrik dalam semua keadaan
does not conduct electricity in all states
tidak larut dala air tetapi larut dalam pelarut organik
does not dissolve in water but dissolve in organic solvent
Bahan Z merujuk kepada
Substance Z refers to
A Besi / Iron
B Natrium klorida / Sodium chloride
C Heksana / Hexane
D Natrium sulfat / Sodium sulphate
37. Unsur Y bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk satu sebatian dengan formula YO2.
Apakah susunan elektron yang betul bagi atom Y?
[Nombor proton: O = 8]
Element Y reacts with oxygen to form a compound with formula YO2.
What is the correct electron arrangement of atom Y?
[Proton number: O = 8]
A 2.1
B 2.2
C 2.3
D 2.4
38. Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.6 dan susunan elektron bagi atom Y ialah 2.7.
Unsur X dan unsur Y bertindak balas untuk membentuk satu sebatian.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang tindak balas ini?
The electron arrangement of atom X is 2.8.6 and the electron arrangement of atom Y is 2.7.
Elements X and Y react to from a compound.
Which of the following is true about the reaction?
A Atom X menerima dua elektron.
Atom X receives two electrons.
B Atom Y menerima satu elektron.
Atom Y receives one electrons.
C Satu sebatian kovalen terbentuk.
A covalent compound is formed.
D Sebatian yang terbentuk mempunyai formula X2Y.
The compound formed has a chemical formula X2Y.
39. Rajah 10 menunjukkan susunan elektron dalam sebatian QP3.
Diagram 10 shows the electron arrangement in compound QP3.

Rajah 10 / Diagram 10
Unsur manakah yang diwakili oleh P dan Q?
27
[Nombor proton: H = 1, N = 7, O = 8, Cl = 17]
Which elements are represented by P and Q?
[Proton number:H = 1, N = 7, O = 8, Cl = 17]

P Q
A Hidrogen / Hydrogen Karbon / Carbon
B Karbon / Carbon Klorin / Chlorine
C Nitrogen / Nitrogen Klorin / Chlorine
D Hidrogen / Hydrogen Nitrogen / Nitrogen

40. Rajah 11 menunjukkan struktur bagi sebatian yang terbentuk antara atom oksigen dan unsur W.
Diagram 11 shows the structure of the compound formed between the atoms of oxygen and element
W.

Rajah 11 / Diagram 11
Apakah susunan elektron yang mungkin bagi atom W jika nombor proton bagi atom oksigen ialah 8?
What is the probable electron arrangement of atom W given that oxygen atom has a proton number of
8?
A 2.2
B 2.4
C 2.6
D 2.7

KERTAS SOALAN TAMAT


END OF QUESTION PAPER

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

___________________
(Phang Hui Kien)
Guru subjek kimia

28
29

You might also like