You are on page 1of 2

KOLEJ TINGKATAN ENAM HAJI ZAINUL ABIDIN

JALAN HAMILTON 11600 PULAU PINANG


TEL: 04-2827933/FAX: 04-2831799

Ruj. Kami : KTEHZA (PENT) 100-1/9( )


Tarikh : 28 April 2017

Kepada
Tuan Pengarah,
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang.
(u.p : Unit Perhubungan dan Pendaftaran)

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJEMPUT TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA


NEGERI PULAU PINANG KE MAJLIS HARI GRADUASI KALI PERTAMA

Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin akan mengadakan
Majlis Graduasi kali pertama berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 7 Oktober 2017 (Sabtu)


Masa : 2.00 petang 6.00 petang
Tempat : Hotel City Bay View

3. Sehubungan dengan itu, pihak Kolej memohon kebenaran daripada pihak Tuan untuk
menjemput Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu kehormat dalam
majlis tersebut. Bersama ini disertakan kertas kerja majlis Hari Graduasi tersebut.

4. Kerjasama dan keperihatinan pihak Tuan bagi meluluskan permohonan kami amat dihargai
bagi menjayakan majlis tersebut .

Sekian, terima kasih.

PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SEAH SOO CHYE)


Pengetua,
Kolej Tingkatan Enam Hj. Zainul Abidin

You might also like