You are on page 1of 7

Konsep Bahasa Melayu

MINGGU 2
03.07.2014

Definisi Awal Istilah "Melayu"

1. M Ptolemy menggunakan istilah "maleu-kolon" dalam karyanya yang berjudul


Geographike Sintaxis

2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa

3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan
utusan ke
negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645
Masihi.

4. Satu lagi catatan orang China iaitu catatan rahib Buddha yang bernama I-Tsing yang
menggunakan
perkataan Mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi iaitu
kerajaan
Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Srivijaya di Palembang

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di


nusantara
mendapati bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di tempat tersebut ialah bahasa K'un -
lun

6. Sebuah patung di Padang Rocore, batanghari bertarikh 1286M dengan catatan perkataan
"Malaya"
atau "Melayu" di belakangnya.

Definisi "Melayu" dari segi etimologi

Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut

1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan "hima alaya". "Alaya" bermaksud
tempat
manakala "hima alaya" yang merujuk kepada tempat bersalji
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud "kota melayu" atau "kerajaan Melayu"
3. Berasal daripada sebatang sungai yang dikenali sebagai "Sungai Melayu" yang disebut
dalam buku
Sejarah Melayu
4. Van der Tuuk, perkataan Melayu beerti "menyeberang" , merujuk kepada orang Melayu
yang
menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
SALASILAH BAHASA MELAYU

MINGGU 2
03.07.2014

Bahasa Melayu berasal daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah

kelompok bhasa induk yang paling tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5000 tahun.

Filum Austris ini menurunkan rumpun bahasa Austronesia, Austroasia dan Tibet-China.
Bahsa Melayu adalah daripada keturunan bahasa Austronesia. Bahasa dalam kelompok
rumpun dianggarkan dalam usia 2500 hingga 5000 tahun. Austronesia bermaksud "bahasa di
kepulauan selatan" dan pernah dikenali sebagai Melayu-Polinesia.

Rumpun Austronesia menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan


Melanesia. Bahasa Melayu turunan daripada bahasa Nusantara. Bahsa ini mempunyai keluarga
bahasa terbesar, terdiri daripada 200 hingga 300 bahasa. Kawasannya juga luas meliputi
Farmosa di uatara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan, dan Madagascar di barat. Keluarga
Nusantara kemudiannya menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya
Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.

Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya bahasa Melayu, selain bahasa Aceh,
Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga peringkat, ialitu
bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik, dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu
Kuno berkembang pada penghujung abad ke-7 hingga abad ke-13, manakala bahasa Melayu
Klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke Nusantara, hingga
abda ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada zaman penguasaan Barat di Asia
Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.
Bahasa Melayu Kuno

MINGGU 2
04.07.2014

Bahasa Melayu kuno ialah bahsa Melayu yang berkembang pada akhir abad ke-7 hingga abad ke-
13, seiring dengan tempoh kerajaan Srivijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa
Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada
masa inilah bahasa Melayu mengalami evoulusinya yang pertama.

Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan
perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan 50 baris
perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di
Sumatera dan Jawa, sekitar abad ke-7 dan abad-9.

Antara batu bersurat tersebut ialah :

1. Batu bersurat Kedudukan Bukit ( bertarikh 683M, ditemukan di Palembang )


2. Batu bersurat Talang Tuwo ( bertarikh 684M di Palembang )
3. Batu bersurat Kota Kapur ( bertarikh 686M di Pulau Bangka )
4. Batu bersurat Karang Brahi ( bertarikh 692M di Hulu Jambi )
5. Batu bersurat Gandasuli ( Nagiri )

Bahasa Melayu Kuno mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana :

( a) adanya pengaruh agama Hindu- Buddha


( b) bahasa Sanskrit merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi; dan
( c) kekurangan kosa kata Melayu untuk mengungkapkan konsep- konsep baharu

Ciri utama bahasa Melayu Kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara :

1. Bentuk Tulisan

a. Huruf Palava ( dari selatan India ) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera
b. Huruf Nagiri ( dari utara India ) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah

2. Fonem
a. Penggunaan huruf w sebagai b

wulan ( bulan )
wuat ( buat )
wuluh ( buluh )

b. Tidak ada bunyi e pepet ataupun vokal tengah dalam bahasa Melayu Kuno. Bunyi ini akan
digantikan
dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan begitu sahaja.

wanua - benua
talaga - telaga
dngan - dengan

c. Awalan rangkap nipar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi diper- dalam bahasa Melayu
moden :

niparwuat - diperbuat

Bahasa Melayu Klasik


MINGGU 3
Tutorial 1

07. 07. 2014

Sebelum memasuki zaman Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu telah mengalami satu
zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Melayu Praklasik. Pada zaman ini aksara yang
digunakan ialah skrip kawi. Zaman Melayu klasik bermula pada abad ke-11 hingga abad ke-
17.
CONTOH SKRIP KAWI

Pengaruh Islam dan Arab terhadap Bahasa Melayu amat ketara pada masa tersebut

Budaya
Tulisan

Bahasa yang digunakan pada masa tersebut masih menggunakan Bahasa Melayu Kuno
dengan pengaruh bahasa Sanskrit

disebabkan oleh zaman perantaraan antara zaman Melayu Kuno dan zaman Melayu
Klasik

Dari zaman transisi inilah Bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga
mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi.

BAHAN BUKTI/PENEMUAN

1. Batu Bersurat Sungai Teresat (1303M)


2. Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356M)
3. Batu Bersurat Minye Tujuh ( 1380M)

Fungsi Bahasa Melayu Klasik

MINGGU 4
Tutorial 2

14.07.2014

Bahasa Melayu Klasik memaainkan peranan/fungsi yang sangat besar pada zaman
keagungannya dulu. Dalam hal ini, bahasa melayu klasik telah berfungsi sebagai bahasa
perantaraan (lingua franca), bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, dan
bahasa persuratan.

1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca

sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar
Kata Melayu-Itali
memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut
merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran


menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan
digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan
raja di kepulauan melayu
bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak
asing khususnya pedagang.

3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu

semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan


karya ilmu dalam tulisan bahasa melayu klasik
di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah
islam
tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani dsb
karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin,
Miratul Mukmin, Al-Siratul Mustaqim dan dsb

4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang

undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja


dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan
berkaitan kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan,
pertanian dan dsb

Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:


(i) undang-undang Melaka
(ii) undang-undang Pahang
(iii) undang-undang Perak
(iv) undang-undang Johor

5. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan

peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam
bahasa melayu
karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam
peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah
karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan
tekanan dan merehatkan fikiran mereka

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13
pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di
Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa
pentadbiran kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti
menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Pengaruh agama Hindu
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang
tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam
huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasahasahasa Melayu kuno:
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik


Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara
pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa
kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza
sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
C. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

You might also like