You are on page 1of 11

Masalah

Minggu pertama ketika berada di sekolah, saya telah menghadapi masalah berkenaan
dengan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pendidikan khas
bermasalah pembelajaran. Hal ini kerana, kelas pendidikan khas bermasalah
pembelajaran di sekolah kebangsaan rengit hanya mempunyai dua kelas sahaja, iaitu
pk1 dan pk2. Sehubungan dengan itu, telah menjadi masalah kepada saya apabila
menerima kelas pk2 sahaja untuk pengajaran subjek bm dan pendidikan jasmani. Ini
kerana saya juga ingin mengambil pengalaman untuk menngajar dalam kelas pk 1.
Keinginan ini adalah atas dasar kepada ciri masalah untuk murid kelas pk1 dan pk 2
berbeza, iaitu untuk kelas pk1 lebih kepada bermsalah dalam kemahiran motor kasar dan
halus. Murid di pk1 terdiri daripada murid sindrom down, autism, terencat akal dan
bermasalah pembelajaran. Manakala untuk pk2 adalah murid yang hanya mempunyai
masalah pembelajaran dan hanya seorang sahaja bermasalah pendengaran.

Saya juga telah menjalankan ujian diagnostik yang mana telah dijalankan pada hari isnin
dan khamis. Ujian kemahiran membaca dan mendengar untuk Bahasa melayu dijalankan
pada hari isnin, manakala pada hari khamis menjalankan ujian kemahiran tulisan. Ketika
menjalankan ujian diagnostic ini, saya juga menghadapi masalah, di mana ketika ujian
dijanlankan murid-murid tidak mahu membaca dan membuat soalan itu sendiri.,
sebaliknya bertanyakan kepada guru bagi mendapatkan jawapan serta penjelasan. Hal
ini memberi kesan kepada proses untuk menganalisis ujian diagnostic tersebut.

Analisis masalah

Menurut T.H.Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran memerlukan masa untuk
guru mencari jalan pelaksanaan yang paling sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-
murid pula perlukan masa untuk memahami peranan mereka.

Untuk mengenalpasti punca-punca murid ini berbuat sedemikian, saya akan


menyenaraikan dengan soalan-soalan berikut:
Masalah utama yang saya hadapi ialah ketika proses untuk menganalisis keputusan ujian
diagnostic, memandangkan hasil ujian diagnostik adalah merupakan asas kepada guru
sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang khusus kepada murid yang
menghadapi masalah pembelajaran. Analisis ujian tersebut juga menentukan kedudukan
atau tahap masalah pembelajaran murid-murid serta penguasaan mereka.

Cadangan untuk memperbaiki

Masalah yang timbul atau wujud sepanjang minggu pertama ini dapat saya hadapi
dengan baik. Bagi menghadapi masalah ini, saya telah mendapat bimbingan guru dan
bantuan dari guru pembimbing dan guru kelas pk2 iaitu yang banyak memberi tunjuk ajar
serta cara dan kaedah yang harus digunakan untuk mengatasi masalah yang saya
hadapi. Saya turut berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan serta dari sekolah lain
tentang masalah yang dihadapi.

Tempoh masa

Dalam aspek tempoh masa saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat
mungkin, dan akan merancang perjalanan dan pengurusan masa dengan baik bagi
memastikan apa yang dirancang pada minggu pertama ini dapat dijalankan berjalan
dengan lancar dan baik seperti yang diharapkan dan seterusnya menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik dan lancar pada minggu seterusnya.

Penilaian kejayaan

Bagi menilai kejayaan saya, saya akan memeinta pensyarah pembimbing dan juga guru
pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping mendapat
rujukan dan pandangan kawan-kawan seperjuangan.
Tindakan susulan

Daalam aspek tindakan susulan sebagai jalan untuk mengatasi segala masalah yang
saya hadapi, saya akan meminta khidmat nasihat dan mendapat bimbingan dari
pensyarah dan guru pembimbing saya bagi mengatasi masalah yang saya hadapi demi
kejayaan saya dalam bidang perguruan juga dan kepentingan pratikum ini.
Pada hari pertama, saya bersama 3 lagi rakan seperjuangan melapor diri kepada Pn. Zaimah, selaku
Guru Besar Sekolah Kebangsaan .... Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Kedatangan kami disambut dengan baik sekali. Keramahan beliau menjadikan kami tidak
gugup untuk berdiskusi tentang apa yang terlahir di fikiran. Bersama beliau, kami membincangkan
beberapa perkara:

1) Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

2) Perkara atau aktiviti yang akan kami sepanjang wakti persekolahan

3) Program atau aktivit yang perlu kami laksanakan di sekolah

4) Cara lapor diri dan kedatangan setiap hari di sekolah

Selepas itu, kami diperkenalkan kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang mana akan
bertanggungjawab ke atas pencapaian objektif praktikum kami di sekolah ini. Bersama beliau, kami
mendapatkan beberapa maklumat. Antaranya:

1) Aktiviti yang akan kami lakukan di sekolah

2) Program yang perlu kami laksanakan semasa berpraktikum

3) Mendapatkan maklumat tentang PPKI dan sekolah

4) Berbincag tentang subjek yang bakal diajar

5) Mendapat draf jadual

Di samping itu juga, beliau sendiri menjadi guru pembimbing kepada saya dan seorang lagi rakan
praktikum. Manakala rakan yang akan menerima seorang lagi guru pembimbing yang berpengalaman.

Pada hari kedua kami berada di sekolah tersebut, kami berasa gentar untuk berhadapan dengan guru-
guru yang mana mempunyai banyak pengalaman dalam menghadapi karenah seterusnya mendidik
kanak-kanak istimewa ini. Bagaimanapun, semua guru kelihatan baik-baik belaka dan menerima kami
dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan kerjasama yang baik terhadap diri kami yang mana
kurang pengalaman secara praktikal dalam menghadapi situasi sebenar. Mereka juga sudi berkongsi
cerita, pengalaman, tingkah laku murid serta bagaimana mahu menarik perhatian murid.

Pada hari ketiga, saya mengambil kesempatan untuk meneliti jadual yang diterima dengan teliti. Saya
diminta untuk mengambil alih subjek Matematik sebagai subjek major dan Bahasa Melayu sebagai
subjek minor. Dengan itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang diperlukan
dan maklumat-maklumat yang perlu saya kumpulkan. Antaranya:

1) Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu

2) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Matematik dan Bahasa Melayu

3) Mengumpul maklumat mengenai sekolah

Pada hari ini juga, kami mendapat peluang untuk memasuki kelas pra PPKI. Di sini, subjek pengurusan
diri lebih ditekankan sehinggakan ada murid yang masih membunag hajat tanpa memberitahu kepada
guru.
Pada hari keempat iaitu 23 Julai 2012, kami telah diminta oleh Guru Penolong Kanan untuk mengganti
kelas bagi guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Keadaan ini memberikan kami peluang untuk
mengenali murid-murid yang bakal kami ajar dengan lebih dekat. Kami juga dapat mengetahui karenah
masing-masing dan bagaimana mahu mengatasi masalah yang bakal kami hadapi. Kami juga meminta
pendapat guru-guru lain bagi menambahkan idea dalam mengatasi masalah tersebut. Pada waktu-waktu
terluang, saya melengkapakan fail praktikum yang mana memasukkan bahanbahan yang telah
diperolehi mengikut susunan yang betul. Pensyarah pembimbing kami telah datang pada hari ini.
Kedatangan beliau ke sekolah sebagai lawatan sosial adalah untuk mendapatkan maklumat serta
mengetahui perkembangan terkini kami semua sepanjang berada di sekolah tersebut. Beliau turut
mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing mengenai subjek, peruntukan masa dan projek
yang bakal kami laksanakan untuk memnuhi keperluan dalam praktikum ini di samping hal-hal yang lain.

Akhir sekali, pada hari kelima, saya mengemaskinikan fail buat kesekian kalinya. Kami juga diminta untuk
mengganti kelas bagi mana-mana guru yang tidak hadir. Peluang ini kami gunakan sebaiknya sekali lagi
untuk mencuba cadangan ataupun cara-cara yang dirasakan sesuai untuk menghadapi situasi mereka.
Selama seminggi berada di sekolah, kami secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru di sekolah ini. Tambahan pula, guru pembimbing sentiasa membuat pemerhatian dan
memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami agar dapat menjadikan diri kami lebih baik dari
sehari ke sehari.

Masalah / Peristiwa
Di sepanjang minggu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas K1bagi subjek Matematik dan K3 bagi subjek bahasa Melayu. Setiap murid
mempunyai tingkah laku masing-masing. Agak sukar untuk mereka mematuhi arahan
saya. Malah, mereka juga menjawab setiap apa yang saya katakan. Selain itu, mereka
juga suka bermain jika ada peluang walaupun masih berada dalam waktu pengajaran
dan pembelajaran. Malah, ada yang sanggup mengaku ke tandas walhal dalam
keadaan sebenar mereka tidak ke sana.
2. Analisis
Masalah ini mungkin timbul kerana sikap saya yang tidak tegas pasa minggu pertama
berkenalan dengan mereka. Hal ini kerana, pada minggu pertama berkenalan dengan
mereka, saya banyak menunjukkan sikap mesra berbanding ketegasan yang perlu ada
pada seorang guru. Ini menjadikan mereka hilang hormat kepada guru.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas dalam mengatasi masalah tingkah laku murid
b. Saya perlu menyediakan aktiviti hands on yang melibatkan murid agar mereka kurang
masa untuk leka dan bermain
c. Saya perlu menyediakan token agar murid lebih bersemangat untuk menunjukkan
tingkah laku yang positif dan takut untuk kehilangan token jika ganjaran ditarik balik
d. Saya patut mengulangkaji buku-buku yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk
menjalankan proses pengajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada murid.
e. Penggunaan token yang perlu dijaga sendiri oleh murid agar dapat memupuk sikap
amanah dan percaya diri dalam diri murid.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Saya perlu menguruskan tingkah laku murid dengan lebih baik agar mereka dapat
menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi makna kepada
mereka. Jika tiada langsung tumpuan yang dapat diberikan oleh mereka, maka
pengajaran saya pada hari tersebut tiada maknanya kepada mereka seterusnya
menjadikan mereka tidak berminat dengan subjek ini.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh

Nama :
Bilangan Jurnal : Ke-3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian :
Tajuk Jurnal : Membuat Mural

Pada minggu ini, saya bersama-sama rakan yang lain merancang untuk menyiapkan
projek mural di sekolah. Kami dikehendaki untuk melukis mural sifir iaitu sifir 7, 8 dan 9
pada tiang di blok Pendidikan Khas. Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat
mural ialah cat mural, berus cat dan bekas kosong.
Mula-mula, kami perlu membuat ukuran saiz kawasan yang digunakan. Hal ini
bertujuan agar mural sifir yang kami siapkan ini seragam dengan mural sifir yang
sebelumnya. Dua orang telah ditugaskan untuk membuat ukuran manakala saya
bersama rakan lain menyediakan peralatan yang diperlukan iaitu cat mural dan berus cat.
Bekas kosong diperlukan untuk kami mencampurkan dua warna cat yang berlainan
seperti kuning dan putih untuk menghasilkan warna baru iaitu kuning bata. Saya
membancuh warna latar iaitu kuning bata sementara menunggu rakan-rakan membuat
ukuran pada tiang. Setelah siap semua ukuran dibuat, kami terus mewarnakan latar.
Antara kebaikan kami menjalankan projek ini ialah kami berpeluang untuk
berkolaborasi dengan guru-guru. Mereka banyak membantu dalam memberikan
maklumat tentang di mana-mana bahan-bahan boleh diperoleh, memberi pinjam mana-
mana bahan seperti berus cat. Malah mereka juga turut menegur dan berkongsi
maklumat tentang warna latar yang kami bancuh iaitu warna kuning terlalu terang serta
memberitahu tentang langkah-langkah awal sebelum proses mengecat dimulakan. Saya
sangat gembira dengan keprihatinan yang mereka tunjukkan.
Terdapat beberapa kelemahan semasa kami mewarnakan latar ini iaitu pertama,
warna yang dibancuh kurang seragam dengan contoh iaitu warna kuning kelihatan masih
terang. Jadi, kami membuat bancuhan kedua dengan menambahkan warna putih agar ia
kelihatan lebih lembut. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam proses
mengecat agar ia dapat disiapkan sebelum tamat waktu persekolahan . Tetapi, proses
mengecat akhirnya tamat sebelum jam 2 petang. Ini kerana. kami perlu mengecat latar
dua kali agar warna latar yang dihasilkan lebih cantik dan berkualiti.
Kedua, kami tidak menyediakan surat khabar lama untuk dilapik pada bawah
tiang. Keadaan ini menyebabkan banyak titik cat yang jatuh dan meningglkan kesan
pada lantai luar. Terdapat juga kesan cat yang meleleh dari tiang ke lantai. Seterusnya,
lantai menjadi kotor dan mural kami tidak kemas untuk dilihat. Bagi mengatasi masalah
ini, saya telah membasahkan sehelai kain buruk dan mengelap mana-mana kesan yang
tidak diperlukan. Saya tidak mahu projek yang kami buat tidak kemas dan cantik seperti
contoh sebelumnya.
Justeru, saya berharap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin dan lebih
banyak masa diperuntukkan untuk menyiapkan mural ini. Ini kerana, kami memerlukan
masa yang lebih sekurang-kurangnya sehari untuk menunggu cat tersebut betul-betul
kering untuk membuat langkah yang seterusnya iaitu mengukur ruang untuk nombor dan
menulis sifir di atas latar tersebut.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh

Nama :
Bilangan Jurnal : Ke-4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / Kejadian :
: Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan

Pada 15 Ogos 2012, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya
Ramadhan 2012 di ruang terbuka Kantin Sekolah. Majlis ini diadakan bersempena
menandakan tamatnya kami membaca kitab Al-Quran.
Bagi menjayakan majlis ini, pihak Pendidikan Khas telah memperuntukkan masa
setengah jam pada awal pagi iaitu daripada jam 8.00 hingga 8.30 pagi untuk mengaji Al-
Quran. Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan
akan membaca juzuk-juzuk yang berlainan. Dalam kumpulan saya, ketua kami telah
memperuntukkan beberapa muka surat yang akan kami habiskan dalam masa sehari.
Bagi memudahkan lagi pengurusan, beliau turut meminta kami membaca secara bergilir-
gilir. Cara pengurusan beliau amat saya kagumi. Manakala murid pendidikan khas juga
akan duduk di dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan beliau dan
mendengar bacaan daripada guru-guru. Bagi guru yang tidak dapat mengaji, mereka
diminta untuk mengawal murid agar lebih berdisiplin dan menumpukan perhatian
terhadap bacaan guru.
Untuk menyempurnakan majlis ini lagi, saya dan rakan-rakan ditugaskan sebagai
ahli jawatankuasa backdrop dan hiasan pentas. Oleh itu, tugas kami bermula pada
sebelum majlis berlangsung dan selepas majlis berlangsung. Pada hari berlangsungnya
majlis, kami diminta untuk datang lebih awal agar segala persiapan dapat disiapkan
sebelum majlis dimulakan. Kami diminta untuk menyusun bunga-bunga hiasan dan
karpet di atas pentas.
Bagaimanapun, kelemahan kami di sini ialah kami tidak sempat untuk membuat
perhiasan pentas. Ini kerana, kehadiran kami terlewat untuk proses menghias kerana ia
telah dilakukan pada awal pagi sedangkan maljlis dijalankan pada waktu petang. Dengan
itu, kami mengambil tugas untuk mengemas pentas selepas majlis berakhir. Di sini, dapat
saya pelajari bahawa kerja secara bergotong-royong dan bertolak ansur amat mudah
dipraktikkan dengan hati yang terbuka. Kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan
cepat dan tersusun.
Majlis ini juga membuka peluang kepada kami untuk berkolaborasi dengan guru-
guru dari kelas normal dan semuanya memberikan kerjasama yang baik kepada kami.
Malah, ketua jawatankuasa kami juga merupakan seorang guru kelas normal. Walaupun
baru berkenalan, kami dapat bekerjasama dengan baik. Dalam suasana sebegini, saya
perlu lebih banyak meningkatkan komunikasi serta mencari idea untuk berkomunikasi
dengan mereka. Ibarat kata, malu bertanya, sesat jalan.
Diharapkan majlis sebegini dapat terus diadakan untuk mengeratkan ukhuwah
sesama guru dan juga murid.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ke-5


Minggu Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa / Kejadian :
: Aktiviti Kokurikulum Kelab Kebudayaan
kami telah diminta oleh guru bertugas untuk menguruskan aktiviti Kelab Kebudayaan
yang akan diadakan pada esok. Kami diminta bersedia dan merancang aktiviti yang akan
dilaksanakan kepada murid pada hari esok.
Memandangkan ini merupakan kali pertama kami untuk menguruskan aktiviti kelab dan
persatuan, kami telah mendapatkan maklumat daripada guru penasihat persatuan dan
beliau sudi membantu kami dalam memberikan beberapa idea serta cadangan aktiviti
yang sesuai dengan murid.
Pada hari tersebut, sesuai dengan Kelab Kebudayaan, kami telah melaksanakan aktiviti
nyanyian lagu nasyid. Kami telah menyediakan 3 video lagu nasyid beserta seni katanya
untuk dinyanyikan oleh murid. Tajuk nasyid tersebut ialah Teman Sejati Brothers, Pergi
Tak Kembali Rabbani dan Damai yang Hilang Nowseeheart. Manakala seni kata
pada lagu berfungsi agar murid yang dapat mengeja dan membaca dapat
mengaplikasikan kemahiran tersebut semasa menyanyikan lagu. Setiap lagu yang
dinyanyikan akan diulang 3 kali agar murid dapat mengikut lagu dengan baik. Di samping
itu juga, kami turut mencelah dengan menyoal murid agar murid terus peka dengan lagu
yang dinyanyi serta video yang ditayangkan. Murid juga diminta untuk melakukan
pergerakan mudah seperti menepuk tangan sebagai terapi pergerakan motor kasar
semasa menyanyikan lagu. Setelah lagu diulang sebanyak 3 kali, guru dan murid bersoal
jawab dan melakukan perbincangan mengenai isi kandungan yang terdapat pada lagu.
Contohnya perihal teman sejati, ciri-ciri kawan yang baik, perkataan yang seerti dengan
teman, doa untuk orang yang telah tiada, contoh sifat kemanusiaan dan sebagainya.
Antara kekuatan aktiviti yang kami laksanakan ini ialah pemilihan lagu yang sesuai dan
penuh dengan nilai nilai pengajaran untuk murid. Contohnya kepentingan seorang
teman kepada manusia seperti perkongsian kasih saying, kesan ketiadaan nilai
kemanusiaan dalam diri manusia serta gambar video memaparkan gambar kesan buruk
sekiranya tiada lagi sifat kemanusiaan seperti tiada tumbuhan, hidupan, air dan manusia
yang berpecah belah, dan akhir sekali perasaan jika kehilangan orang tersayang. Semua
murid kelihatan sangat teruja dan berminat untuk menyanyikan lagu malah murid yang
kurang mahir mengeja juga cuba mengikut nada dengan mambunyikan aaaa sahaja
sama seperti dengan lirik lagu. Oleh itu, penambahbaikan yang saya perlu lakukan untuk
aktiviti ini ialah membesarkan skrin video yang ditayangkan agar semua murid dapat
melihat tayangan video dengan lebih jelas malah dapat membaca lirik lagu dengan jelas.
Tindakan susulan yang patut saya ambil ialah menyediakan projector ataupun sekurang-
kurangnya menggunakan laptop yang berskrin besar dan tidak menggunakan notebook
yang sememangnya kecil.
Terdapat jiga kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti kami. Semasa melaksanakan
aktiviti, barulah saya terperasan yang kami kurang melaksanakan aktiviti secara
bergerak. Contohnya melakukan pergerakan mudah sesuai dengan seni kata lagu seperti
memegang tangan, menggerakkan tangan dan kaki secara mudah. Dengan itu
penambahbaikan yang dapat saya lakukan di sini ialah membuat perancangan aktiviti
dengan lebih teliti dan mengambilkira semua aspek JERIS dengan lebih berkesan.
Tindakan susulan yang patut saya ambil ialah mencari den menonton video nasyid dan
mengambil contoh-contoh pergerakan yang dilakukan untuk diaplikasikan kepada murid.
Akhir sekali, saya berharap agar pengurusan aktiviti yang bakal kami laksanakan pada
program akan datang akan menjadi lebih baik, menarik malah berkesan kepada murid.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh

Nama :
Bilangan Jurnal : Ke-6
Minggu Praktikum : Keenam
Tarikh Peristiwa / Kejadian :
: 1 Sukan 1 Murid Permainan Hoki

saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi tugasan untuk menguruskan program 1
Sukan 1 Murid pada hari ini. Permainan yang akan kami perkenalkan kepada murid ialah
sukan hoki.
Sebelum bermula waktu tersebut iaitu pada jam 12.20 12.50 petang, kami
terlebih dahulu ke stor Pendidikan Jasmani untuk memeriksa peralatan yang bakal kami
gunakan. Kami mendapati bahawa kayu hoki dan bola hoki berada dalam keadaan baik
dan berfungsi malah mencukupi untuk aktiviti yang bakal kami laksanakan.
Bagaimanapun, kami akhirnya membuat keputusan untuk memilih bola softball atas
faktor keselamatan murid. Bola hoki yang sebenar didapati sangat keras dan boleh
membahayakan murid jika dipukul terlalu laju. Lebih-lebih lagi bukan semua murid tahu
dan pernah bermain permainan ini. Kami memilih kawasan padang untuk aktiviti pada
kali ini. Hal ini kerana, murid perlu melakukan aktiviti menolak bola dan kami memerlukan
kawasan yang agak luas. Murid telah dipecahkan kepada dua kumpulan. Murid kumpulan
satu akan menolak bola kepada murid kumpulan dua, kemudian murid kumpulan dua
akan kembali menolak bola kepada murid kumpulan satu dan seterusnya sehingga murid
akhir. Murid akan menolak bola dalam dua pusingan. Selepas itu, murid dibahagikan
dalam kumpulan kecil. Mereka diminta untuk cuba memukul bola kepada kawan dalam
jarak dekat. Kemudian, jarak tersebut dibesarkan sebagai ansur maju.

Kebaikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kami telah
merancang aktiviti ansur maju permainan hoki. Aktiviti ini penting kerana bukan semua
murid tahu dan pernah bermain hoki. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah setiap
aktiviti ansur maju boleh diulang beberapa kali sehingga murid betul-betul menguasai
apa yang diajar. Tindakan susulan yang boleh diambil ialah guru boleh mengasingkan
murid yang telah tahu permainan dan yang lemah agar murid yang tahu dapat kemahiran
yang lebih tinggi manakala murid yang lemah dapat menguasai kemahiran yang asas.

Kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada sesi kali ini ialah
pengurusan murid yang kurang terkawal. Terdapat murid yang bermain terlalu jauh
daripada kami. Sepatutnya, kami terlebih dahulu memikirkan terhadap perkara yang
mungkin berlaku jika menggunakan kawasan yang terlalu luas seperti padang. Cara
mengatasi yang boleh diambil ialah menandakan kawasan yang diperlukan dan
mengeluarkan peraturan kepada murid untuk tidak melebihi kawasan yang ditandakan.
Tindakan susulan yang boleh diambil ialah menggunakan kon untuk menandakan
kawasan yang diperlukan.

Peluang sebegini amat bagus kepada kami kerana ia dapat memberikan kami peluang
untuk belajar bagaimana menguruskan murid di luar kelas. Diharap pengurusan dan
pengawalan murid kami akan bertambah baik pada sesi akan datang.

Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh

You might also like