You are on page 1of 1

Implikasi Perudingan Baling

Penduduk Baling

Bagi penduduk Baling, implikasi kegagalan Rundingan Baling telah menyukarkan kehidupan mereka
terutama mereka yang menoreh getah di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan Kroh seperti
Kg, Rambong dan kawasan Siong yang berhubung melalui jalan hutan ke Kroh. Terdapat penduduk
kampong dikedua dua kawasan ini sering diugut serta dicederakan oleh pengganas Komunis ketika
mereka keluar menorah getah. Perjalanan mereka ke Kroh juga terhad dari jam 7 pagi sehingga jam
7 malam setiap hari kerana Kroh masih lagi di anggap kawasan Hitam.Semua kenderaan yang
melalui jalan tersebut akan diperiksa oleh anggota keselamatan kerana bimbang akan membawa
makanan untuk anggota Komunis

Terjadi 2 peristiwa serang hendap pengganas PKM terhadap askar Malaysia. Yang pertama di Jalan
Baling ke Kroh pada 29 Julai 1979 yang menyebabkan 3 orang penduduk Baling dan 2 anggota
tentera meningggal dunia. Satu lagi serang hendap berlaku di Ulu Legong 29 Oktober 1981 yang
menyebabkan seramai tujuh anggota Batalion 22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terbunuh
manakala dua orang lagi cedera parah.

Anggota-anggota tersebut diserang hendap oleh sekurang-kurangnnya 30 pengganas komunis yang


bersembunyi di atas bukit yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah trak yang dinaiki
sembilan anggota terbabit. Ketika itu, mereka dalam perjalanan untuk mengambil bekalan makanan
di Kampung Lalang.

Diri Sendiri

Sebagai seorang belia, walaupun Rundingan Baling ini telah lama berlaku, ianya adalah merupakan
satu detik sejarah yang besar bagi negara kita. Walaupun Rundingan ini gagal pada tahun 1955, apa
yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Rundingan ini telah membuat saya menghargai
keamanan yang dikecapi pada masa sekarang kerana ia adalah hasil pengorbanan mereka yang
terlibat menjaga keamanan di negara ini. Usaha-usaha yang di lakukan oleh Tunku Abdul Rahman
untuk memberhentikan keganasan pihak Komunis melalui Rundingan Baling, bagi saya adalah lebih
hebat dari kejayaan beliau memerdekakan Tanah Melayu kerana keinginan beliau dalam
mendamaikan Tanah Melayu dan memberhentikan pertumpahan darah rakyat Tanah Melayu

You might also like