You are on page 1of 2

Pemikiran Kreatif

Pemikiran kreatif melibatkan kemahiran memperluaskan serta mengembangkan daya


imaginasi, inovasidan kreativiti pelajar supaya mendapatkan idea-idea yang banyak, pelbagai
dan baru. Untuk menjanakan idea-idea baru, pemikiran kreatif adalah amat sesuai. Pelajar
yang berfikiran kreatif, biasanya boleh meramalkan,menghubungkaitkan, membuat gambaran
mental, menganalogikan, membuat hipotesis,membuat inferens, mengitlak dan merekacipta.
Beberapa aspek tentang pemikiran kreatif perlu diambilkira iaitu idea atau produk yang
dicipta, proses mencipta, orang yang mencipta dan suasana yang kondusif untuk pemikiran
kreatif. Pemikiran kreatif membolehkan pelajar-pelajar membuat perubahan dalam idea-idea
yang lama. Nilaipemikiran kreatif terletak kepada sifatnya yang mendorong seseorang kepada
kepelbagaian dan seterusnya kepada keputusan yang lebih berkualiti.

KemahiranBerfikir Kritis dan Kreatif

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif dianggap sebagai operasi mental aras tinggi. Maier(1937)
menunjukkanperbezaan di antara pemikiran aras tinggi dan pemikiran aras rendah. Beliau
menganggap pemikiran aras rendah sebagai perlakuan yang telah dipelajari atau pemikiran
reproduktif. Contohnya, menghafal sifir melalui proses latihtubi.Newman(1990) pula
menganggap pemikiran aras rendah sebagai pemikiran yangmenyenarai informasi yang
dihafal, menyelitkan angka ke dalam rumus yang telah dihafal terlebih dahulu. Pemikiran
aras tinggi melibatkan penaakulan, iaitu menghasilkan sesuatu yang baru. Contoh, seorang
pelajar yang telah menghafal boleh mengaplikasi rumus bagi keluasan segiempat tepat;
sekiranya dikemukakan dengan masalah untuk mendapatkan keluasan bagi segiempat selari,
Pelajar itu perlu membuat beberapa operasi mental untuk mengubah segiempat selari kepada
segiempat tepat yang sama luasnya serta menemui rumus baru. Pemikiran aras tinggi
membolehkan pelajar menginterpretasi, menganalisis serta memanipulasi maklumat.
Pemikiran aras tinggi juga adalah relatif iaitu berdasarkankepada pengalaman pelajar dan
ciri-ciri tugasan yang diberi.

Penutup

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif merupakan kemahiran generik dan boleh
diaplikasikanMenerusi pelbagai subjek serta konteks dan dianggap sebagai bekalan yang
amat berguna untukpembelajaran seumur hidup.

Rujukan

1. Fogarty, K. & Bellaca, J. ( 1990 ). Teach Them Thinking Skylight Pub. Inc.2. Giow Juih, ( 1997 )
Kemahiran Berfikir: Konsep, Model dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Nota Kuliah KBKK, IAB.3.
Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1999 ) Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam
Pengajaran dan Pembelajaran . Kementerian Pendidikan Malaysia.

.Laman Internet http;//www.cesd.wvu.edu/readiskill/sample plan html


http://www.mpkt.edu.my/kbkk_bestari.html Disediakan oleh , M.Pouranam, Kohot 6, Recsam, Pulau Pinang.

www.geocities

You might also like