You are on page 1of 3

BORIA

Penerangan ringkas

Asal usul perkataan dikaitkan dengan perkataan Hindustan yang membawa maksud
tikar.Kumpulan boria pada waktu itu mengunakan tikar untuk menganbarakan kesusahan yang
dialami oleh Saidina Hussein r.a di Karbala.Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa
boria ini berasal dari perkatan Borai.Borai membawa maksud gila kerana tingkah laku pemain
serta pakaian dalam keadaan seperti orang yang gila.Selain itu,perkataan boria juga dikaitkan
Bori,iaitu kaum yang terdapat di India yang dikatakan membawa boria ke Pulau Pinang semasa
penghijrahan mereka.Boria merupakan sejenis teater melayu yang amat popular di negeri utara
yang selalu dikaitkan khususnya negeri Pulau Pinang.Boria merupakan salah satu persembahan
teater tradisional yang mempunyai dua bahagian iaitu dalam bentuk nyanyian dan lakonan(lawak
jenaka).Lagu-lagu yang digunakan kebiasaannya dalam bentuk pantun iaitu pantun empat kerat
dan diseragamkan dengan tarian dan muzik yang berentak rancak.Dalam menentukan mutu
persembahan boria,kedua-dua elemen ini penting untuk menghidupakan suasana.Kebiasaanya
cuma golongan lelaki yang berlakon dan watak wanita pula akan dilakonkan oleh lelaki yang
akan memakai pakaian wanita dan meniru suara perempuan agar tidak selantang suara
lelaki.Lakonan sebegini amat digemari oleh penonton kerana menghasilkan suasana yang lucu
dan mencuit hati dan sememangnya sengaja diwujudkan.Jumlah pelakon yang akan melakonkan
watak-watak dalam persembahan boria pula adalah seramai enam orang.Sesudah selesai
bahagian lakonan tersebut,bahagian yang akan masuk adalah nyayian dan muzik akan
dimainkan.Tukang karang akan mendahului ahli kumpulan yang lain iaitu penyanyi dan penari
latar sambil memusing sejenis kayu yang dikenali sebagai baton.Tukang karut akan
memulakan nyanyian secara solo dan akan diulang oleh penyanyi latar lain.Jalan cerita yang
dipersembahkan kebiasaanya mengikut suatu majlis atau acara. Alat muzik yang digunakan
adalah biasanya violin,maracas dan tabla untuk memimpin nyanyian(Asmad 1990,Shafiee
Ahmad 1992) dan pada zaman masa kini,alat elektrik digunakan mengikut peredaran masa.
Sejarah Perkembangan Boria

Sejarah boria sering kali dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan
Saidina Hussein iaitu cucu kepada Nabi Muhamad s.a.w oleh Muawiyah bin Abi
Suffian.Peristiwa yang amat tragik ini telah menyebabkan golongan Syiah mengadakan acara
tahunan khusus untuk memperingati peristiwa ini pada setiap 10 hb Muharam di tempat
perkuburan Saidina Hussien.Dalam memperingati peristiwa tersebut,golongan Syiah akan
melakonkan kembali peristiwa tragik tersebut dengan mendendangkan syair-syair yang
mengisahkan bagaimana Saidina Hussien mengalami kesulitan.Apabila syair sampai ke babak
pembunuhan Saidina Hussein,pengikut Syiah akan menjerit dan memukul diri sendiri dengan
sekuat hati sehingga berdarah.Dipercayai dengan melakukan perlakuan ini,dosa mereka akan
ditebus kerana telah membiarkan Saidina Hussein mati diatas tangan tentera Muawiyah bin Abu
Suffian.Sejajar dengan peredaran masa,kisah pembunuhan Saidina Hussein jarang
dimainkan,malahan dicampurkan dengan cerita-cerita dari Kitab Taurat,Injil serta cerita rakat
dati timur tengah.Para pengikut akan melakonkan babak dalam dendangan syair yang
dipersembahkan.Namun,apabila pergerakan Syiah ini adanya unsur-unsur politik,mereka
mengunakan teater ini sebagai menarik perhatian orang ramai dan teater ini juga dikatakan
bergerak selari dengan perkembangan dan perubahan fahaman Syiah.Hasil daripada pengaruh
Syiah ini,maka perkembangan teater ini merebak ke Parsi,India dan seterusnya Ke Tanah
Melayu. Dipercayai bahawa boria yang dibawa ke tanah melayu adalah hasil daripada kesan
migrasi masyarakat zaman dahulu.Adalah dipercayai,bahawa boria ini dibawa oleh masyarakat
India yang beragama Islam(Rahmah Bujang 1987).Terdapat juga bukti yang mengatakan bahawa
boria ini dibawa oleh tentera ke 21 Regimen Madras yang diarahkan untuk berkawal di
pelabuhan di Pulau Pinang(H.T.Haughton,1897,pp. 312-13).Haughton menjelaskan bahawa
askar ke 21 Regimen Madras menyanyikan lagu dan tarian pada 10 haribulan bulan
Muharam.Pada hari tersebut,tentera ke 21 Regimen Madras menyambut perayaan golongan
Syiah iaitu,peristiwa pembunuhan Saidian Hussein r.a cucu kepada Nabi Muhhamad s.a.Sejarah
kemunculan Boria di tanah Melayu agak kabur,namun terdapat bukti yang mengatakan Boria ini
berasal dari India yang dipercayai dibawa oleh orang India Islam dan hasil penyerapan kepada
budaya masyarakat setempat tercetuslah boria yang ada pada masa kini yang menjadi sinonim
dengan negeri Pulau Pinang(Rahmah Bujang 1987).Menurut H.T Houghton(1897,pp.313-
13),boria dipercayai dibawa masuk ke Pulau Pinang pada tahun 1845 oleh unit ke 21 Regimen
askar Madras yang ditempatkan khas untuk menjaga kota pada waktu itu.Pada hari kesepuluh
bulan Muhharam dalam kalendar orang Islam,mereka mengadakan cuti untuk menyambut
keramaian golongan Syiah untuk memperingati kematian cucu Nabi Muhamad s.a.w iaitu
Hussein.

Peranan Boria

Boria memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu khususnya di negeri Pulau
Pinang.

You might also like