You are on page 1of 4

SM SAINS PEREMPUAN SEREMBAN

JALAN TUNKU KURSHIAH


70400 SEREMBAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


2017

Meningkatkan pencapaian Sains pelajar 1 Masyitah


menjawab soalan KBAT melalui teknik 2P 2E

Oleh:

Durasnita bt Abdullah
Guru Sains 1 Masyitah
Durasnita bt Hj Abdullah
SM Sains Perempuan Seremban

1.0 TAJUK KAJIAN

Meningkatkan pencapaian Sains pelajar 1 Masyitah menjawab soalan KBAT


melalui teknik 2P 2E

2.0 REFLEKSI P&P

Pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sains Tingkatan 1, yang


menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) memerlukan banyak penelitian
kerana ia melibatkan beberapa isi kandungan yang baharu serta tinggi untuk
difahami oleh pelajar tingkatan 1. Terdapat beberapa tajuk yang sebelumnya
dipelajari di tingkatan 3 serta menengah atas, telah ada dalam KSSM Sains
Tingkatan 1. Satu masalah yang dihadapi oleh guru berkaitan KSSM ini ialah
mengandaikan pengetahuan sedia ada pelajar telah ada jika mempelajari tajuk
yang berada di tahap tinggi sebelumnya semasa di sekolah rendah. Namun
demikian, saya dapati tidak semua andaian berkaitan pengetahuan sedia ada
pelajar adalah tepat. Berdasarkan pemerhatian dan aktiviti penyoalan, banyak
pengetahuan sedia ada yang sepatutnya pelajar telah pelajari sebelum mempelajari
beberapa tajuk yang sebelumnya berada di tahap tinggi, tidak diketahui pelajar. Ini
menimbulkan masalah kepada guru untuk memberikan kefahaman kepada pelajar
berkaitan konsep Sains yang baharu, apatah lagi untuk menjawab soalan
kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Perkembangan pembelajaran Abad ke-21 yang memerlukan kreativiti guru untuk


mencungkil kreativiti pelajar memerlukan pengorbanan masa yang banyak.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pembelajaran abad ke-21 yang telah saya
laksanakan bersama pelajar 1 Masyitah, ia banyak membantu dalam memudahkan
pemahaman pelajar memahami sesuatu konsep Sains tetapi tidak untuk
peningkatan markah peperiksaan. Tidak dinafikan, pelajar seronok belajar dengan
pelbagai kaedah tetapi pencapaian peperiksaan tidak menunjukkan kejayaan yang
memberangsangkan setelah kaedah pembelajaran ini dilaksanakan.

Justeru untuk menjawab soalah KBAT sebagai persediaan PT3 2019, saya perlu
menyediakan pelajar 1 Masyitah untuk mahir menjawab soalan tersebut. Pelajar
akan dilatih menggunakan teknik 2P 2E untuk meningkatkan pencapaian pelajar
bagi mata pelajaran Sains. Melalui teknik yang mudah, saya memberikan soalan
KBAT untuk dijawab oleh pelajar sebagai ujian pra, saya latih mereka untuk teknik
2P 2E dan akhirnya ujian post untuk menentukan kejayaan teknik ini.
3.0 ISU KEPERIHATINAN

Berdasarkan kertas peperiksaan Pertengahan Tahun 2017, pelajar tidak mampu


menjawab soalan KBAT dengan baik.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Umum

Menarik minat pelajar yang sentiasa mengatakan mata pelajaran Sains adalah
susah dengan memberikan tips menjawab soalan KBAT sekali gus meningkatkan
pencapaian mereka bagi subjek Sains PT3 2019.

4.2 Objektif Khusus

i. Pelajar dapat menjawab semua soalan KBAT dengan markah penuh.


ii. Pelajar dapat memahami kehendak soalan KBAT melalui teknik 2P 2E

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 pelajar 1M pencapaian lemah berdasarkan


keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017.

6.0 PROSEDUR KAJIAN

6.1 Tinjauan masalah

i. Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017


ii. Melalui penulisan jawapan pada kertas jawapan PPT 2017
iii. Berdasarkan temu bual dengan pelajar

6.2 Pelaksanaan Tindakan

i. Ujian Pra
ii. Klinikal teknik 2P 2E
iii. Pelajar menjalani latihan intensif
iv. Ujian post
v. Perekodan peningkatan markah
6.3 Jadual pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh


Pelaksanaan
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Jun 2017
2 Menulis proposal kajian Jun 2017
3 Merancang tindakan Jun 2017
4 Peperiksaan Pertengahan Tahun Mei 2017
5 Melaksanakan tindakan Julai 2017
6 Ujian pasca untuk mendapat data perubahan skor pelajar Ogos 2017
7 Refleksi kajian Ogos 2017
8 Menulis laporan kajian Ogos 2017

7.0 PENUTUP

Kajian ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian


pelajar bagi Peperiksaan Akhir Tahun Sains 2017 dan PT3 2019. Selain itu jika
kajian ini menunjukkan peningkatan dan keberkesanan, ia diaplikasikan kepada
pelajar-pelajar Sains lain Tingkatan 2 dan 3 tahun 2018.

Disediakan oleh,

DURASNITA BINTI ABDULLAH


Guru Sains 1 Masyitah
SM Sains Perempuan Seremban

Disemak oleh, Disokong oleh, Diluluskan oleh,

.. .
En Sahizam Hashim Pn Zainah Ahmad Sisman YM Tunku Noraini Tunku Yusof
GKMP Sains dan Matematik PK Akademik Pengetua
SM Sains Perempuan SM Sains Perempuan SM Sains Perempuan
Seremban Seremban Seremban

You might also like