You are on page 1of 7

Pembelajaran Dalam Talian

Pengalaman menjalankan pengajaran dalam talian bersama pelajar MTM6053 adalah sangat
memberangsangkan. Lokasi pelajar yang berasal dari serata negeri dengan pelbagai
perkhidmatan Internet telah menjadikan kelas ini lebih menarik dan kaya dengan pengalaman
baru. Gangguan perkhidmatan internet sering berlaku semasa kelas dilaksanakan, terutamanya
bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan "broadband". Pihak telcos tidak seharusnya
memandang ringan masalah ini, sesuatu perlu dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan
broadband di Malaysia. Ternyata kini permintaan dari pengguna adalah tinggi, malah sanggup
berbelanja dan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik!

Masalah teknikal juga merupakan cabaran baru kepada pelajar yang tidak mahir IT, contohnya
konfigurasi alat komunikasi seperti mikrofon dan kamera. Ramai yang sanggup berbelanja
membeli peralatan yang diperlukan, termasuk menambahbaik kelajuan internet di rumah
masing-masing. Peralatan yang tidak mengikut spesifikasi semasa juga menjadi rintangan
terhadap keberkesanan dan perjalanan kelas ini.

Semangat untuk belajar dan menggunakan teknologi internet adalah tinggi walaupun pun tidak
mahir menggunakannya. Kemahiran menggunakan peralatan berkenaan dipelajari secara tidak
langsung dari rakan sekelas, suami, isteri dan tidak kurang juga yang dibantu oleh anak-anak
yang sememangnya sangat cepat menguasai penggunaan aplikasi internet dan peralatannya.
Antara aplikasi yang saya gunakan ialah Forum MyGuru2, Google doc, DimDim, Skype, Twitterr
dan SMS.
Mod pembelajaran yang digunakan adalah berbentuk chatting, email, blogging dan video
konferen.
Tahniah kepada semua pelajar saya kerana tidak mudah berputus asa dan berani menerokai
kaedah baru ini.

Pengalaman ini sangat berharga dan InsyaAllah akan cuba didokumenkan untuk perkongsian
para pendidik yang ingin berjinak dengan Web 2.0 dan Education 3.0. Perancangan yang lebih
terperinci akan dibuat berdasarkan pengalaman ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama
warga pendidik.
Definisi E-Pembelajaran
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi, e-pembelajaran menjadi satu istilah yang popular
dan mempunyai pelbagai tafsiran dan persepsi. Namun begitu secara umumnya, e-pembelajaran
dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen
elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan
keberkesanan pembelajaran (Kamaludin Ahmad 2006). Secara dasarnya, e-pembelajaran ini
melibatkan penggunaan komputer atau komponen elektronik termasuklah CD-ROM dan bahan
pembelajaran melalui atas talian (online).

E-pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan
tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, murid dapat
mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan
dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang
menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional
untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan
maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran
sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita (dasar e-pembelajaran
negara). Oleh itu cara melaksanakan e-pembelajaran yang baik dalam pembelajaran amat
digalakkan. Pelaksaanan yang berkesan boleh dilakukan seperti yang dicadangkan oleh Rosenberg
melalui bukunya yang bertajuk E-learning : Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age
atau boleh dibaca di laman ini.

\
Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera,
EDX,Futurelearn)
November 19, 2015 wan aziaris aziz Uncategorized

Pembelajaran Atas Talian (e pembelajaran) merupakan sebarang bentuk


pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi
digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan
media ini mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio.
Disamping itu, ia juga menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam
bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu oleh pengajar dalam
bidang tertentu secara atas talian.

E-pembelajaran membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa


mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran,
pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping
berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan. Kemudahan
untuk perbincangan atas talian dan bantuan pengajaran untuk isi kandungan
juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat
yang lebih berstruktur dan bersepadu.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pembelajaran atas talian


antaranya adalah:-

EPSA

http://www.epsa.gov.my/
EPSA adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia.
EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk
penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran
secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan penggunaan


ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan
penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam
perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA.
Pembelajaran melalui EPSA adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi
privasi yang telah ditetapkan.

Coursera

https://www.coursera.org
Merupakan Syarikat Teknologi Pendidikan yang diasaskan oleh Profesor Sains
Komputer Andrew Ng dan Daphne Koller dari Universiti Stanford yang
menawarkan kursus secara atas talian pada Skala Besar (MOOC).

Coursera bekerjasama dengan universiti bagi membolehkan beberapa kursus


yang ditawarkan boleh dipelajari secara atas talian. kursus kursus yang
ditawarkan meliputi bidang fizik, kejuruteraan, kemanusiaan, perubatan, biologi,
sains sosial, matematik, perniagaan, sains komputer dan lain lain.

EDX

https://www.edx.org/

EDX telah dibangunkan oleh The Massachusetts Institute of Technology dan


Universiti Harvard pada Mei 2012. EDX merupakan platform pembelajaran atas
talian dan pembekal MOOC. Ia menawarkan kursus yang berkualiti dari universiti
dan institusi. Setiap pembelajaran terdiri daripada video pendek berselang-seli
dengan latihan pembelajaran interaktif.

Kursus di EDX menyediakan video tutorial yang ditumpukan pada kumpulan


kecil, perbincangan, buku teks dalam talian dan forum perbincangan dalam
talian di mana pelajar boleh menghantar dan menyemak soalan dan komen
antara satu sama lain selain bantuan pengajaran dapat diperolehi dari tenaga
pengajar.

Open edX pula merupakan platform sumber terbuka yang menjadi tunjang
kepada kursus EDX dan boleh didapati secara percuma secara online. Dengan
Open EDX, Pengajar dan ahli teknologi boleh membina alatan pembelajaran dan
menyumbang ciri baru keatas platform ini dengan mencipta penyelesaian
inovatif untuk kebaikan pelajar dimana sahaja mereka berada.

Futurelearn

https://www.futurelearn.com

FutureLearn dibangunkan pada bulan Disember 2012 oleh sebuah sebuah


syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Open University di Milton Keynes,
England. Ia adalah platform MOOC pertama UK, dan pada Mac 2015 termasuk
54 UK dan rakan-rakan Universiti antarabangsa dan-tidak seperti sama platform-
termasuk empat rakan-rakan bukan universiti: Muzium British, British Council,
British Library dan Filem Negara dan Televisyen School.
Berdasarkan kepada beberapa platform pembelajaran atas talian yang telah
dinyatakan diatas, dapatlah dinyatakan bahawa penbelajaran secara atas talian
ini merupakan satu cara pembelajaran pada masa kini. Dunia pendidikan kini
telah dibanjiri oleh pelbagai alatan medium digital seperti telefon pintar, tablet,
TV Interaktif dan digabung pula kemudahan internet yang mempunyai kelajuan
tinggi (jalur lebar) dan tersebar di serata dunia.

Dengan adanya kemudahan pembelajaran atas talian ini, di harap setiap pelajar,
pekerja mahupun pengajar dapat mengambil peluang ini untuk menjadikan
platform ini sebagai medium pembelajaran terbaik bersesuaian dengan konsep
pembelajaran atas talian secara percuma tanpa mengira masa dan tempat

You might also like