You are on page 1of 5

MODUL: Pengelasan

Keterangan Modul
Pengenalan
Modul ini mengkaji tentang pengelasan benda dalam konteks harian (seperti dalam membeli-
belah) dan konteks saintifik (seperti dalam organisma hidup).

Prinsip pengelasan diajarkan dalam konteks harian dapat memastikan atau menggalakkan
murid mengetahui bahawa pengelasan bergantung kepada kriteria yang dipilih walaupun
kriteria itu berbeza. Secara dasarnya, kaedah ini merupakan cara yang diterima atau sah
untuk mengelaskan benda mengikut ciri-ciri tertentu. Murid menilai kelebihan dan kekurangan
dengan cara yang berbeza untuk pengelasan. Murid juga diajarkan kaedah yang berbeza
untuk menjelaskan proses pengelasan melalui rajah.

Seterusnya, prinsip pengelasan haiwan dan tumbuhan diterokai mengikut kaedah saintifik.
Murid mempelajari nama-nama beberapa kumpulan utama, contoh organisma bagi setiap
kumpulan dan ciri-ciri bagi kumpulan itu.

Topik Tingkatan Masa diperlukan


Pengelasan Tingkatan 2 8 jam

Episod pembelajaran

Tajuk Episod 1 Jadikannya tersusun


Pautan Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup
kurikulum:
Kandungan 1. Biodiversiti
1.1 Memahami kepelbagaian benda hidup dan pengelasannya
Pautan Menggunakan pemerhatian untuk mengumpulkan benda mengikut
kurikulum: persamaan dan perbezaan.
Kemahiran
Menggunakan pengalaman lalu atau data yang telah dikumpulkan untuk
membuat keputusan.
Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, rajah atau
model untuk menerangkan benda.
Mencari persamaan dan perbezaan kriteria seperti ciri dan sifat.
Mengasingkan dan mengumpulkan benda mengikut kategori
berdasarkan ciri tertentu atau sifat yang sama.
Menyusun objek dan maklumat mengikut susunan berdasarkan
kepentingan dan keutamaan.
Membuat pertimbangan bagi kualiti atau nilai sesuatu berdasarkan sebab
dan bukti yang sah.

1
Pautan Luwes dan berfikiran terbuka
kurikulum: Sikap
Bersifat objektif
Sistematik
Berfikiran kritikal dan analitikal
Berfikir secara rasional
Berani mencuba
Bekerjasama
Yakin dan berdikari
Sumber Persembahan PowerPoint Episod 1: Jadikannya tersusun
pembelajaran
Persembahan Prezi Episod 1: Jadikannya tersusun
Klip video: Di manakah anda menyimpan kopi?
Panduan interaktif Keluar membeli-belah
Lembaran Kerja 1.1: Cara manakah yang terbaik?
Lembaran Kerja 1.2: Peta minda untuk pengelasan
Lembaran Kerja 1.3: Rajah bercabang untuk pengelasan

2
Tajuk Episod 2 Mengisih haiwan dan tumbuhan
Pautan Tema: Manusia dan kepelbagaian benda hidup
kurikulum:
Kandungan 1. Biodiversiti
1.1 Memahami kepelbagaian benda hidup dan pengelasannya
Pautan Mengumpul maklumat tentang sesuatu benda.
kurikulum:
Kemahiran Menggunakan pemerhatian untuk mengumpulkan benda mengikut
persamaan dan perbezaan.
Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, rajah atau
model untuk menerangkan benda.
Mencari persamaan dan perbezaan kriteria seperti ciri dan sifat.
Mengasingkan dan mengumpulkan benda ke dalam kategori
berdasarkan ciri tertentu atau sifat yang sama.
Menyusun objek dan maklumat mengikut susunan berdasarkan
kepentingan dan keutamaan.
Menyemak maklumat dengan lebih lanjut secara membahagikannya
kepada bahagian yang lebih kecil untuk mendapatkan maksud tersirat
dan perkaitannya.
Membuat pertimbangan bagi kualiti atau nilai sesuatu berdasarkan sebab
dan bukti yang sah.
Pautan Mempunyai minat dan sifat ingin tahu tentang persekitaran
kurikulum: Sikap
Menyedari bahawa sains sebagai satu cara untuk memahami alam
Menghargai keseimbangan alam
Bersifat objektif
Sistematik
Berfikiran kritikal dan analitikal
Berfikir secara rasional
Berani mencuba
Bekerjasama
Yakin dan berdikari

3
Sumber Persembahan PowerPoint Episod 2: Mengisih haiwan dan tumbuhan
pembelajaran
Persembahan Prezi Episod 2: Mengisih haiwan dan tumbuhan
Panduan interaktif Mengisih kriteria
Lembaran Kerja 2.1: Ciri-ciri vertebrata
Lembaran Kerja 2.2: Apakah kumpulan organism itu?

Salah konsep biasa

Kita biasanya cenderung untuk mengelaskan organisma berdasarkan persamaan tingkah laku,
diet atau habitat, sedangkan saintis menggunakan sifat morfologi yang merupakan susulan
proses evolusi. Idea seharian yang digunakan oleh manusia kadang-kadang dipengaruhi oleh
bahasa seharian, sebab itu berlaku kekeliruan antara ikan paus yang membunuh dengan ikan
jerung.

Sesetengah orang mendapati sukar untuk memahami sifat hierarki bagi pengelasan. Hal ini
menyebabkan mereka menyatakan bahawa hidupan seperti kumbang tidak boleh dikelaskan
sebagai haiwan kerana kumbang ialah sejenis serangga. Mereka tidak faham bahawa
serangga ialah subkumpulan bagi haiwan.

Orang muda selalu menganggap bahawa haiwan hanya termasuk kuadruped berdarah
panas, biasanya berekor dan berbulu. Lembu, harimau dan tikus dianggap sebagai haiwan;
tetapi ular, kerang dan ulat dianggap bukan haiwan.

Aktiviti luar sekolah

Episod 1:

Murid diminta untuk memilih kumpulan barangan di rumah dan menerangkan cara barangan
ini disusun atau dikumpul. Mereka boleh menggunakan sebarang cara untuk menjelaskan
pengumpulan barangan itu, contohnya senarai, carta, jadual, rajah, dan lain-lain. Namun,
mereka digalakkan untuk menggunakan peta minda dan rajah bercabang.

4
Episod 2:

Aktiviti ini meminta murid untuk mengkaji dan melaporkan cara sistem pengelasan
dikembangkan. Tugasan ini akan menunjukkan kepada mereka bagaimana sistem pengelasan
berkembang.

Pautan laman sesawang

Arkive ialah satu sumber untuk pemuliharaan yang turut menyediakan maklumat tentang
pengelasan dan apa-apa yang berlaku apabila spesies baharu ditemui.
http://www.arkive.org/education/teaching-resources-11-14

BBC Bitesize ialah satu sumber untuk mengajar tentang pengelasan dan untuk menguji
pengetahuan. http://www.bbc.co.uk/bitesize/ks3/science/organisms_behaviour_health/
variation_classification/revision/1/

iSpot merupakan laman web pengenalpastian bagi British dan global, yang akan membantu
mengenal pasti sebarang spesies. Laman web ini mengandungi bahagian penting tentang
cara kumpulan utama dikelaskan dan menyediakan pautan laman sesawang lain yang
berguna.
http://www.ispotnature.org

Welcome tree of life merupakan laman interaktif yang menunjukkan cara kumpulan berbeza
dihubungkan dengan syarat evolusi.
http://www.wellcometreeoflife.org

You might also like