You are on page 1of 24

SK ULU RANAN

BUKU BACAAN SAYA


Siri 1

NAMA : ________________________
KELAS :_________________________

Akibat Mengkhianati Kawan

Sang Keldai dan Sang Musang berkawan baik.


Pada suatu hari, mereka pergi berburu. Sang
Musang ternampak Sang Singa. Ia berniat
membiarkan Sang Keldai menjadi mangsa singa itu
agar dirinya tidak diapa-apakan.

Ia pergi ke arah Sang Singa dan menawarkan


bantuan untuk menangkap Sang Keldai. Sang Singa
pun bersetuju.

Sang Musang mengajak Sang Keldai pergi ke


sebuah perigi buta. Setibanya di situ, ia menolak
Sang Keldai ke dalam perigi itu.

Setelah Sang Singa melihat Sang Keldai


terperangkap di dalam perigi buta, ia terus
menerkam Sang Musang dahulu. Sang Keldai yang
tidak dapat melarikan diri itu turut menjadi habuan
Sang Singa.
Kura-kura Dengan Tikus

Pada suatu masa dahulu, Sang Tikus pernah


menyelamatkan nyawa Sang Kura-kura. Sejak itu
mereka menjadi sahabat baik.

Sang tikus mengajak Sang Kura-kura mengikat


kaki mereka supaya boleh pergi kemana-mana
bersama-sama. Semua tikus menasihati Sang Tikus
supaya tidak berkawan dengan Sang Kura-kura
kerana alam kehidupan mereka yang berbeza.
Namun nasihat itu tidak diendahkan.

Pada suatu hari, Sang Kura-kura teringin


hendak makan rumpai di dalam kolam. Ia mengajak
Sang Tikus mengikutnya. Setibanya di kolam Sang
Kura-kura terus terjun. Sang tikus menjerit
meminta tolong, tetapi tidak diendahkan oleh Sang
Kura-kura. Akhirnya, Sang Tikus mati lemas.
Bangau Dengan Anjing

Anjing dan bangau berkawan baik. Pada suatu


hari, Sang Anjing mengajak Sang Bangau makan di
rumahnya. Sang Anjing menghidangkan bubur di
dalam pinggan.

Sang Bangau tidak dapat memakan bubur itu.


Sang Anjing pula makan dengan gelojoh sekali.
Akhirnya, Sang Bangau pulang dengan kecewa.

Keesokan harinya, Sang Bangau pula menjemput


Sang Anjing makan bubur di rumahnya. Sang Bangau
menghidangkan bubur di dalam sebuah takar yang
sempit.

Kali ini Sang Anjing pula tidak dapat makan.


Sang Bangau pula segera menghirup bubur yang
lazat itu.

Kasihan Sang Anjing yang menerima balasan


atas perbuatannya itu.
Lembu Dengan Keldai

Di sebuah kampong, tinggal seekor lembu yang


malas bersama tuannya. Pada suatu hari, tuan Sang
Lembu membawa pulang seekor keldai.

Pada setiap hari, tuannya akan membawa Sang


Keldai ke ladang untuk menolongnya membajak.
Sang Lembu tidak berasa cemburu kerana tuannya
tidak mempedulikannya.

Pada suatu hari, Sang Lembu memujuk Sang


Keldai berpura-pura sakit supaya ia boleh berehat
di kandang.

Apabila melihat Sang Keldai sakit, tuannya pun


membawa Sang Lembu ke ladang. Sang Lembu yang
tidak biasa bekerja, tidak mahu membajak.
Akhirnya Sang Lembu dibawa ke pasar dan dijual
kepada penjual daging lembu.
Serigala Berbaju Biri-biri

Pada suatu masa dahulu, seekor serigala sering


menghendap sekawan biri-biri. Ia teringin hendak
menangkap salah seekor daripadanya. Namun,
pengembala biri-biri itu mengawal ternakannya
dengan baik.

Pada suatu petang, ketika Sang Serigala


mencari makanan, ia terjumpa kulit kambing biri-
biri. Ia terus memakai kulit itu. Ia mula bercampur
dengan kawanan biri-biri tanpa disedari oleh
pengembala itu.

Pada malam itu, Sang Serigala makan salah


seekor biri-biri itu. Keesokannya pengembala itu
pergi ke kandang biri-birinya. Dia terkejut melihat
salah seekor ternakannya berekor panjang. Dia pun
terus menangkap dan membunuh serigala itu.
Keldai Singa dan Ayam Jantan

Pada suatu hari, seekor singa berjalan-jalan di


dalam hutan untuk mencari makanan. Tidak lama
kemudian, ia ternampak seekor keldai sedang
meragut pucuk pokok. Ia bercadang menerkam
keldai itu.

Tiba-tiba ia ternampak seekor ayam jantan


bertenggek di atas pagar. Sang Singa memang takut
akan bunyi kokokan ayam jantan. Ayam jantan pun
berkokok ketika Sang Singa melintas di situ. Sang
Singa terus melarikan diri di dalam hutan.

Sang Keldai berasa lega kerana terselamat. Ia


pun menari kegembiraan sambil mengekori Sang
Singa. Tanpa diduga, Sang Singa menoleh ke
belakang dan terus menerkam Sang Keldai.
Akhirnya matilah Sang Keldai akibat kecuaiannya
sendiri.
Lalat dengan Lembu Jantan

Pada suatu masa dahulu, ada seekor lalat yang


suka menganggu haiwan lain.

Pada suatu petang, Sang Lalat ternampak


seekor lembu jantan sedang meragut rumput. Sang
Lalat hinggap di tanduk lembu itu sambil
berdengung. Sang Lembu tidak memperdulikannya
langsung.

Wahai Sang Lembu, beritahulah aku jika kamu


tidak suka aku hinggap di atas badan kamu, ujar
Sang Lalat.

Wahai Sang Lalat! Kamu terlalu kecil dan tidak


mendatangkan apa-apa mudarat atau faedah
kepadaku. Tolong diam dan jangan ganggu aku lagi,
balas Sang Lembu.

Sang Lalat berasa malu lalu terbang dari situ.


Raja Rimba yang Licik

Pada suatu hari, Sang Singa berasa lemah untuk


keluar mencari makanan. Ia mendapat satu akal. Ia
baring di bawah pokok yang rendang sambil
mengerang kesakitan.

Oh, Tolong aku! kata Sang Singa sambil


berpura-pura sakit. Sang Arnab dan Sang Tupai
terdengar suara Sang Singa. Mereka mengajak
Sang Musang menziarahinya.

Datanglah dekat padaku. Aku akan mati tidak


lama lagi! ujar Sang Singa. Ia sebenarnya
merancang untuk memakan ketiga-tiga ekor haiwan
itu.

Sebaik sahaja Sang Musang hendak mendekati


Sang Singa, ia ternampak banyak tulang di dalam
gua. Sang Musang tahu niat Sang Singa. Sang
Musang terus lari menyelamatkan diri.
Kuda Kacukan Keldai

Pada suatau masa dahulu, ada seekor kuda


kacukan keldai. Kuda itu sangat gemuk dan malas
bekerja.

Pada suatu hari, ia melompat-lompat sambil


berkata Ibu lihatlah saya. Saya seekor kuda lumba
yang kuat. Saya boleh berlari dengan kencang dan
melompat-lompat dengan tinggi.

Oleh sebab asyik melompat, ia tidak nampak


parit yang berada tidak jauh dari situ. Akhirnya, ia
terjatuh di dalam parit.

Selepas itu barulah ia sedar bahawa ia hanyalah


seekor kuda kacukan, bukannya kuda yang sebenar.
Sang Kerbau yang Dungu

Di sebuah hutan, tinggal beberapa jenis haiwan.


Namun, Sang Tupailah paling disukai kerana pandai
menari dan berhibur. Ini menimbulkan rasa iri hati
kepada Sang Kerbau.

Pada suatu hari, Sang Kerbau menjemput semua


haiwan di situ menyaksikan tariannya. Sang Arnab
dan rakan-rakannya pun bermain muzik. Sang
Kerbau mula berjoget. Ia berasa letih sedangkan
muzik baru saja dimainkan. Tariannya juga tidak
menarik kerana tubuhnya yang besar itu. Semua
haiwan mentertawakannya.

Sudahlah Sang Kerbau, kasihan kami melihat


kamu. Janganlah cuba meniru orang lain. Ubahlah
sikap kamu dan kami akan berkawan dengan kamu,
kata Sang Badak. Sang Kerbau berasa malu lalu
pergi dari situ.
Anjing dengan Ayam Jantan

Pada suatu hari, seekor anjing dan seekor ayam


keluar bersiar-siar di dalam hutan. Apabila hari
mulai gelap, mereka mencari tempat untuk tidur.
Anjing tidur di celah lubang pangkal pokok. Ayam
pula tidur di atas dahan pokok itu.

Keesokannya, seekor rubah ternampak ayam


yang sedang tidur itu. Ia mencari akal untuk
menangkap ayam itu. Wahai sahabatku, turunlah
dari pokok itu supaya kita boleh berkenalan, rayu
rubha itu.

Ayam tahu akan tipu muslihat rubah. Boleh


tapi mintalah izin dahulu daripada penjaga aku yang
berada di bawah pokok ini.

Rubah pun mengejutkan anjing itu. Tanpa


berlenggah, anjing terus menerkam rubah itu.
Buaya yang Kejam

Sudah seminggu Sang Buaya tidak makan. Ia berasa


sangat lapar. Tiba-tiba, ia ternampak Sang Monyet.

Wahai Sang Monyet! Aku terpaksa menjaga


isteriku yang sakit. Datanglah ke rumahku untuk
melawatnya.

Sang Monyet pun bertenggek di atas badan


buaya. Apakah penyakit isterimu? Tanya Sang
Monyet.

Isteriku mempunyai sakit misteri. Ia hanya


akan sembuh jika memakan hati monyet, kata Sang
Buaya.

Oh! Mengapa kamu tidak beritahu awal-awal?


Aku tertinggal hatiku di atas pokok ketapang tadi.
Mari kita ke pohon itu semula, kata Sang Monyet.

Sang Buaya pun berpatah balik. Setibanya di


pohon itu, Sang Monyet terus melompat naik dan
menyelamatkan dirinya.
SK ULU RANAN

BUKU BACAAN SAYA


Siri 2
NAMA : ________________________
Doktor Katak

Pada suatu
KELAS masa dahulu, seekor katak bercita-cita
:_________________________
manjadi doctor yang boleh mengubati segala jenis
penyakit. Sebelum ke pekan, ia memungut botol-
botol kosong dan mengisikannya dengan air kolam
yang berwarna-warni.

Aku boleh mengubati segala jenis penyakit. Aku


boleh jadikan otot kalian kuat. Aku juga boleh
jadikan kulit kalian licin, katanya.

Banyak haiwan datang membeli ubat


daripadanya. Seekor rubah memerhatikan gelagat
katak itu dengan teliti.

Jika benar kamu doktor yang ajaib, mengapa


kamu tidak boleh berlari dan kulit kamu hodoh?
Tanya rubah itu.

Doktor Katak tidak dapat menjawab soalan itu.


Semua haiwan berasa tertipu dan meminta semula
wang mereka.
Arnab dengan Kura-kura

Pada suatu hari,Sang Arnab mentertawakan Sang


Kura-kura kerana berjalan perlahan.

Siapa kata aku berjalan perlahan? Aku cuma


berhati-hati. Kalau tidak percaya, mari kita
berlumba,cabar Sang Kura-kura.

Sang kancil terpilih menjadi hakim bagi


perlumbaan itu. Sebaik sahaja permulaan bermula,
Sang Arnab berlari laju dan meninggalkan Sang
Kura-kura.

Sang Arnab berasa penat lalu berehat di bawah


pokok. Tanpa disedari, ia pun tertidur.

Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Ia


mendapati Sang Kura-kura telah mendahuluinya.
Sang Arnab cuba mengejarnya. Malangnya, Sang
Kura-kura telah memenangi perlumbaan itu.
Bangau yang Bijak

Pada suatau ketika, sekumpulan bangau tinggal


di sebatang pokok ara. Terdapat sebatang pokok
dedalu menjalar naik di pokok itu.

Seorang pemburu memanjat dedalu itu untuk


naik ke sarang burung bangau. Dia menebarkan jala
untuk memerangkap bangau-bangu itu. Kumpulan
bangau itu sangat bimbang akan keselamatan
mereka.

Aku ada akal. Kita mesti berpura-pura mati.


Dia akan mencampakkan kita ke tanah, tetapi jangan
terbang dahulu sehingga semua telah dicampakkan
ke tanah, kata seekor bangau tua.

Apabila pemburu itu datang, dia dapati semua


bangau telah mati. Dia pun mancampakkan semua
bangau itu ke tanah. Bangau tua pun memberi
isyarat supaya terbang dari situ.
Raja Rimba yang Dungu

Pada suatu ketika, sebuah hutan diketuai oleh Raja


Rimba, iaitu Sang Singa. Sang Singa malas keluar
berburu. Oleh itu, ia meminta semua haiwan
berkumpul, kononnya untuk bermesyuarat.

Ketika mesyuarat, Sang Singa ternampak


seekor kambing. Ia meminta Sang Serigala
membawa kambing itu kesebuah gua. Di gua Sang
Singa menerkam kambing itu. Kemudia, Sang Singa
menyuruh Sang Serigala menjaga kambing itu
sementara ia mandi.

Sementara menunggu, Sang Serigala memakan


otak kambing itu. Setelah mandi, Sang Singa
terkejut melihat otak kambing sudah tiada.

Janganlah engkau terkejut kerana jika ia


mempunyai otak, tentu ia tidak akan bersedia
menjadi mangsa tuanku, kata serigala.
Si Penebang Pokok

Di dalam sebuah hutan, terdapat banyak pokok


yang tua dan besar-besar. Pada suatu hari, seorang
lelaki masuk ke dalam hutan.

Wahai pokok. Maafkan aku. Aku bukan mahu


menebang kamu. Aku cuma mahu mencari sebatang
pokok yang kecil untuk dijadikan hulu kapak aku
yang patah, katanya.

Pokok yang tua pun membenarkan lelaki itu


menebang sebatang pokok yang kecil tidak jauh dari
situ. Malangnya, selepas hulu kapaknya siap, lelaki it
uterus menebang kesemua pokok yang ada di situ
kecuali tiga batang pokok yang liat.

Pokok yang terselamat itu berasa marah dan


kesal kerana membenarkan lelaki itu menebang
pokok kecil untuk dijadikan hulu kapaknya.
Sang Nyamuk yang Degil

Pada suatu malam, seekor nyamuk masuk ke


kamar raja. Nyamuk hinggap di atas tilam yang
menjadi tempat tinggal pijat.

Sudah lamakah kamu tinggal di sini? Tanya


Sang Nyamuk. Ya. Setiap malam kami banyak
makanan, jawab Sang Pijat.

Sang Nyamuk juga ingin tinggal di situ. Tidak


lama kemudian raja pun masuk ke kamarnya untuk
tidur.

Tunggu sampai raja tidur! kata Sang Pijat.


Namun, Sang Nyamuk tidak menghiraukan kata-kata
itu. Ia pun terus menghisap darah raja. Raja
terkejut lalu menampar Sang Nyamuk itu. Sang
Nyamuk terus mati di situ juga.
Rubah dengan Kera

Sang Kera dilantik menjadi Raja Rimba kerana


semua haiwan suka melihat telatahnya menari. Sang
Rubah berasa amat cemburu dengan perlantikan itu.
Ia mencari akal untuk memperdaya Sang Kera.

Wahai Raja Rimba, patik terjumpa seketul


daging. Tuanku ambillah daging itu sebagai tanda
patik menghormati tuanku. Sang kera berasa
sangat megah. Ia pun mengambil daging itu.

Sebenarnya Sang Rubah meletakkan daging itu


di dalam perangkap. Akhirnya, Sang Kera
terperangkap. Sang Kera menuduh Sang Rubah cuba
memperdayakannya.

Wahai Sang Kera, bagaimana kamu hendak


menjadi raja sedangkan kamu tidak bijak berfikir?
kata Sang Rubah.
Rubah dengan Kera

Sang Kera dilantik menjadi Raja Rimba kerana


semua haiwan suka melihat telatahnya menari. Sang
Rubah berasa amat cemburu dengan perlantikan itu.
Ia mencari akal untuk memperdaya Sang Kera.

Wahai Raja Rimba, patik terjumpa seketul


daging. Tuanku ambillah daging itu sebagai tanda
patik menghormati tuanku. Sang kera berasa
sangat megah. Ia pun mengambil daging itu.

Sebenarnya Sang Rubah meletakkan daging itu


di dalam perangkap. Akhirnya, Sang Kera
terperangkap. Sang Kera menuduh Sang Rubah cuba
memperdayakannya.

Wahai Sang Kera, bagaimana kamu hendak


menjadi raja sedangkan kamu tidak bijak berfikir?
kata Sang Rubah.
Rubah dengan Kera

Sang Kera dilantik menjadi Raja Rimba kerana


semua haiwan suka melihat telatahnya menari. Sang
Rubah berasa amat cemburu dengan perlantikan itu.
Ia mencari akal untuk memperdaya Sang Kera.

Wahai Raja Rimba, patik terjumpa seketul


daging. Tuanku ambillah daging itu sebagai tanda
patik menghormati tuanku. Sang kera berasa
sangat megah. Ia pun mengambil daging itu.

Sebenarnya Sang Rubah meletakkan daging itu


di dalam perangkap. Akhirnya, Sang Kera
terperangkap. Sang Kera menuduh Sang Rubah cuba
memperdayakannya.

Wahai Sang Kera, bagaimana kamu hendak


menjadi raja sedangkan kamu tidak bijak berfikir?
kata Sang Rubah.
Rubah dengan Kera

Sang Kera dilantik menjadi Raja Rimba kerana


semua haiwan suka melihat telatahnya menari. Sang
Rubah berasa amat cemburu dengan perlantikan itu.
Ia mencari akal untuk memperdaya Sang Kera.

Wahai Raja Rimba, patik terjumpa seketul


daging. Tuanku ambillah daging itu sebagai tanda
patik menghormati tuanku. Sang kera berasa
sangat megah. Ia pun mengambil daging itu.

Sebenarnya Sang Rubah meletakkan daging itu


di dalam perangkap. Akhirnya, Sang Kera
terperangkap. Sang Kera menuduh Sang Rubah cuba
memperdayakannya.

Wahai Sang Kera, bagaimana kamu hendak


menjadi raja sedangkan kamu tidak bijak berfikir?
kata Sang Rubah.

You might also like