You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Pencetusan gerakan Islah oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada
tahun 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di
Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-
Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-
afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Pengaruh yang paling ketara datang dari golongan
muda Islam di Timur Tengah terutamanya Syeikh Mohammad Abduh yang tegas mengajak
umat Islam kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang tulen, berpandukan kepada al-Quran dan
Hadis tanpa terikat dengan tradisi dan perkara khurafat yang bertentangan dengan ajaran
Islam. Mereka yang terpengaruh dengan gerakan reformis Islam telah pulang ke tanah air, dan
memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda. Antara tokoh-
tokoh gerakan islah ini ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al Hadi,
Haji Abbas bin Muhammad Taha dan sebagainya. Kemunculan tokoh-tokoh ini telah melahirkan
satu majalah yang dikenali sebagai al-Imam. Ia merupakan sebuah majalah yang telah
diterbitkan oleh golongan reformis Islam. Peranan yang dimainkan oleh majalah al-Imam
adalah sangat besar dalam memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu yang
beragama Islam terutamanya dari segi penentangan terhadap penjajah, kritikan terhadap
golongan pemimpin dan ulama serta masyarakat sendiri. Perkara yang lebih penting ialah al-
Imam telah menjadi alat bagi menyebarkan idea-idea golongan reformis bersabit dengan
penjajahan Barat terhadap masyarakat Islam.

2.0 LATAR BELAKANG AL-IMAM

Sebelum membincangkan ideologi al-Imam terhadap penjajahan British berkaitan dengan


masyarakat Islam, adalah lebih baik untuk mengetahui serba sedikit mengenai latar
belakangnya. Nama al-Imam ini diambil sempena dengan gelaran Syeikh Muhammad Abduh
iaitu seorang tokoh reformis daripada Mesir. Ia telah diterbitkan pada 23 Julai 1906 di
Singapura.1 Tokoh utama yang mengasaskan penerbitan al-Imam ini adalah Syeikh Muhammad
Tahir bin Jalaluddin. Beliau turut dibantu oleh Sayid Syeikh bin Ahmad al-Hadi, Hj. Abbas bin

1 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah Dan Aliran , Kuala Lumpur: DBP,
1987, hlm. 290.

1
Muhammad Taha, dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalili. Beliau telah mendapat ilham dan
pengaruh daripada gerakan islah di Mesir yang dipelopori oleh Syed Jamaluddin al-Afghani,
Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha. Ideologi yang disampaikan oleh
ketiga-tiga tokoh itu telah menimbulkan kesedaran kepada beliau bagi memurnikan semula
ajaran agama Islam yang sebenarnya.2

Gambar 1: Syed Jamaluddin al-Afghani

Sumber: http://www.ibrahimstudio.blogspot.com/. Diakses pada 1 Oktober 2010.

Al-Imam telah digunakan dalam menyebarkan idea, mendidik dan mengkritik pemimpin
dan masyarakat Islam yang terlalu leka dengan persoalan bidaah, taklid buta serta kelalaian
dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap agama dan bangsa. Intipati yang
terdapat dalam majalah tersebut adalah untuk mengajak umat Islam bagi membuka pintu
ijtihad dan meninggalkan taklid buta, kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Nabi
Muhammad S.A.W serta menegaskan bahawa Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu
pengetahuan sekaligus membawa ke arah kemajuan. Pada dasarnya, al-Imam hanya berfokus

2 Abdul Rahman Hj.i Abdullah, Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah Dan Aliran, Kuala Lumpur,
1998, hlm. 268.

2
kepada soal masalah agama. Namun, penerbitannya secara tidak langsung turut
membincangkan unsur-unsur yang berkaitan dengan politik.3

Gambar 2: Syeikh Muhammad Abduh

Sumber:http://sabriyunus.blogspot.com/2009/03/syeikh-muhammad-
abduh.html. Diakses pada 1 November 2010.

Setiap terbitan al-Imam sentiasa mempersoalkan tentang faktor kemunduran umat


Islam terutama bangsa Melayu, mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang masih mundur di
samping dijajah oleh bangsa lain, pemalas, berpuas hati dengan diri sendiri dan suka berselisih.
Walaupun begitu, penerbitan al-Imam hanya bertahan sehingga 31 terbitan (1908) disebabkan
kehabisan dana.4 Antara matlamat al-Imam adalah untuk membangkitkan kesedaran orang
Melayu tentang kemunduran mereka dan menggesa mereka agar berusaha untuk mencapai
kemajuan sosial dan ekonomi. Selain itu, menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran al-
Quran dan hadis.5

Gambar 3: Muhammad Rashid Ridha


3 Ahmad Boestamam (perterj.), Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: UPM, hlm. 63
4 Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Asia Tenggara, PT Ikhtiar Baru Van Hoeve, 2002.
5 Ibnu Muqaffa, Ensiklopedia Islam Jilid 5, Kuala Lumpur: Malaysia Encyclopedia Research Center
Berhad, 1998.

3
Sumber: http://tekno-daie.blogspot.com/2010/10/tanzim-gamis-pusat-sesi-
20102011.html. Diakses pada 22 Ogos 2010.

Seterusnya adalah mengingatkan umat Islam agar jangan mencampuradukkan ajaran


Islam dengan adat dan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Umat Islam juga
diseru agar merujuk kembali kepada sejarah Islam dan sejarah negara bagi mendapat
pengajaran dan sebagai panduan. Seterusnya ialah menggesa agar raja dan pembesar
menubuhkan persatuan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan pelajaran dan ekonomi
orang Melayu. Orang Melayu juga digesa agar melanjutkan pelajaran ke luar negeri sebagai
satu cara mendapatkan ilmu dan menimba pengalaman daripada orang Barat bagi memajukan
bangsa mereka. Tambahan lagi, mereka memperjuangkan bahawa kaum wanita juga harus
diberi hak yang serupa dalam menimba ilmu dan pelajaran sama seperti kaum lelaki. 6

3.0 TOKOH-TOKOH AL-IMAM

6 Ibid.

4
Setelah mengetahui latar belakang mengenai al-Imam, adalah lebih baik untuk mengetahui
tokoh-tokoh yang terlibat di sebalik penerbitannya. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Syeikh
Tahir Jalaluddin al-Azhari, Haji Abbas Muhammad Taha, Sayid Syeikh al-Hadi dan Syeikh Mohd.
Salim al-Khalili. Kesemua tokoh tersebut merupakan golongan intelektual yang telah
terpengaruh dengan gerakan islah di Mesir.

3.1 SYEIKH TAHIR JALADUDDIN AL-AZHARI

Tokoh intelektual yang pertama dalam penerbitan majalah al-Imam ialah Syeikh Tahir
Jalaluddin al Azhari yang berkelulusan dari Universiti al Azhar, Kaherah, Mesir. Syeikh Tahir
telah dilahirkan di kota Tua, Ampek Angkek, di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat pada 7
Disember 1869.7 Syeikh Tahir Jalaluddin mempunyai latar belakang keluarga ulama yang kuat
semangat perjuangannya menentang penjajah Belanda.

Datuknya, Syeikh Alamuddin Tuanku Nan Tuo telah mati dipancung oleh Belanda atas
tuduhan menentang pihak penjajah.8 Pada usia 11 tahun, beliau telah dihantar oleh
keluarganya untuk menuntut ilmu di Makkah selama lebih kurang 12 tahun. Pada tahun 1893
beliau pergi pula ke Kaherah untuk belajar ilmu falak selama 4 tahun. Beliau telah
menggerakkan islah melalui penerbitan al-Imam. Dari aspek kesedaran politik, beliau
mendapat pendidikan dan pengalaman semasa di Kaherah. Di Makkah, masyarakat dan
pemerintahnya masih dipegang oleh Islam tetapi di Kaherah sejak tahun 1882 sudah menjadi
tanah jajahan British. Pengalaman inilah yang telah mempengaruhi pemikiran Syeikh Tahir
dalam menerbitkan al-Imam.

Gambar 5: Syeikh Tahir Jalaluddin

7 Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Kuala Lumpur: DBP, 2001, hlm. 160.
8 Sohaimi Abdul Aziz (ed.), Syeikh Tahir Jalaluddin: Pemikir Islam , Pulau Pinang: USM, hlm. 1.

5
Sumber: http://sukosenseistpm2.blogspot.com/. Diakses pada 1 November 2010.

3.2 SAYID SYEIKH AL HADI

Sayid Syeikh Ahmad al-Hadi telah dilahirkan di kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867. Beliau
telah dihantar oleh keluarganya untuk menuntut di Kuala Terengganu bagi mendapatkan
pendidikan Islam. Selepas kembali ke Melaka, beliau telah dihantar ke Pulau Penyegat, Riau
dan menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana Bin Raja Ahmad. 9 Ketika di sana, beliau telah
berkenalan dengan tokoh-tokoh ulama yang secara langsung telah memberi pendedahan awal
kepada pergerakan reformis. Beliau telah melawat Mesir dan Kaherah pada tahun 1903 serta
telah memberi peluang kepada beliau merapatkan diri dengan tokoh-tokoh islah terkemuka
termasuk Syeikh Tahir Jalaluddin. Setelah melibatkan diri dalam perjuangan al-Imam, bakatnya
sebagai penulis telah menonjol dan mempunyai pengaruh yang meluas. Beliau juga mempunyai
kelebihan dalam bahasa Melayu yang dapat menyampaikan fikiran yang kritis dan berkesan
sehingga dapat meninggalkan kesan kepada pembacanya.10

Gambar: Sayid Syeikh al Hadi

9 Abdul Aziz Mat Ton, op.cit, hlm. 167.


10 Ibid, hlm. 168.

6
Sumber: http://www.penang-traveltips.com/sheikh-al-hadi-house.htm. Diakses
pada 1 November 2010.

3.3 HAJI ABBAS MUHAMMAD TAHA

Pada tahun 1905, seorang lagi tokoh intelek Islam telah kembali ke tanah air iaitu Haji Abbas
Muhammad Taha. Beliau telah dilahirkan di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau juga telah
dihantar oleh keluarganya ke Makkah ketika usia remaja. Sebelum bertugas sebagai penolong
pengarang al-Imam, beliau merupakan seorang guru agama dan Imam masjid Tanjung Pagar
serta pernah dilantik sebagai Kadi. 11 Kegiatan dan hasil karyanya adalah sama dengan konsep
yang diamalkan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin. Akhirnya, beliau telah diberi kepercayaan untuk
menjadi orang kanan dalam mengendalikan al-Imam ketika berusia 21 tahun.

3.4 SYEIKH MOHD. SALIM AL KHALILI

11 Ibid, hlm. 166.

7
Syeikh Mohd Salim al-Khalili merupakan tokoh perniagaan yang telah memainkan peranan yang
penting dalam pengasasan dan pelancaran penerbitan al-Imam terutama dari segi kewangan.
Latar belakang beliau tidak diketahui dengan jelas namun sumbangan yang dilakukan oleh
beliau sangat penting dalam penerbitan al-Imam. Semasa al-Imam diterbitkan, beliau
dirakamkan sebagai penerbit dan pemiliknya oleh Straits Settlements Government Gazetes. 12
Menurut Muhammad Datuk Muda Linggi, Syeikh Mohd Salim merupakan mudir pertama al-
Imam, dan diikuti oleh Syeikh Tahir, Syeikh al Hadi, dan Haji Abbas.

4.0 IDEA AL-IMAM BERSABIT PENJAJAHAN BARAT KE ATAS MASYARAKAT ISLAM

Terdapat 5 idea yang dibincangkan dalam al-Imam bersabit dengan penjajahan Barat terhadap
masyarakat al-Imam. Ia terdiri daripada idea menentang penjajahan, menimba ilmu
pengetahuan daripada penjajah, teguran ke atas pemimpin Melayu, golongan agama dan
masyarakat Islam.

4.1 MENENTANG PENJAJAHAN BARAT

Pihak British telah menerapkan sistem sekularisme ke atas sistem pentadbiran, ekonomi dan
sosial Tanah Melayu. Dalam sistem pentadbiran, unsur yang melibatkan agama telah diasingkan
sama sekali. Penasihat dan residan yang dilantik oleh penjajah bagi menasihati pemerintah
dalam bidang pentadbiran telah bertindak mengasingkan unsur agama dalam pemerintahan.
Walaupun mereka diberikan peranan bagi menasihati pemerintah, namun secara realitinya
mereka menguasai tampuk pemerintahan. Pemerintah hanya sebagai boneka dan hanya
mempunyai kuasa ke atas hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat. Kehidupan rakyat
semakin mundur dan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh penjajah. 13

Penerapan sistem sekularisme terutama ke atas pendidikan telah menimbulkan perasaan


bimbang dalam kalangan reformis terutamanya Syeikh Tahir Jalaluddin al Azhari. Beliau
bimbang penularan fahaman tersebut akan mempengaruhi anak-anak yang belum memahami
hakikat ajaran Islam yang sebenarnya. Ia seterusnya membawa kepada perasaan tidak puas

12 Abdul Aziz Mat Ton, op.cit, hlm. 169.


13 Abdul Rahman Hj.Abdullah, 1987, op.cit, hlm. 154.

8
hati dan seterusnya menggunakan al-Imam untuk menyampaikan ideologi mereka. Rencana
yang disampaikan menerusi al-Imam jelas menunjukkan keradikalan mereka. 14

Selain itu, al-Imam telah menggunakan isu-isu yang berlaku ketika itu bagi memberikan
kesedaran kepada masyarakat. Antaranya ialah isu berkaitan dengan:

4.1.1 AMALAN ATAU DASAR APARTEID

Al-Imam telah mengambil kesempatan menggunakan isu amalan atau dasar aparteid bagi
membangkitkan kesedaran masyarakat tempatan supaya tidak terlalu ghairah untuk menjadi
orang bawahan imperialis. Menerusi artikel yang bertajuk Amerika dan Jepun , al-Imam telah
mengkritik pihak kerajaan tempatan di San Francisco yang telah menahan kanak-kanak Jepun
daripada bersekolah di San Francisco dan California. Bagi masyarakat Amerika, mereka tidak
bersetuju anak-anak bangsa Jepun bersekolah bersama-sama dengan anak mereka. Di samping
itu diskriminasi ke atas bangsa Afrika iaitu orang kulit hitam turut dilakukan. Mereka telah
mengasingkan bangsa tersebut disebabkan tidak setaraf dengan diri mereka. Dasar aparteid ini
boleh dibuktikan dengan jelas apabila bangsa Afrika telah diberikan lorong khas hanya boleh
digunakan oleh kenderaan dan binatang sebagai laluan mereka sahaja. Orang Amerika tidak
akan menggunakan jalan tersebut kerana bangga dengan bangsa mereka. 15 Menerusi isu ini, ia
telah menarik minat orang Melayu untuk berfikir tentangnya dan mengaitkannya dengan situasi
yang mereka hadapi ketika itu. Seterusnya, ia telah membawa kepada kebangkitan untuk
menentang penjajah.

4.1.2 PENINDASAN PIHAK BELANDA

Al-Imam telah mengkritik tindakan Belanda yang menghina orang Jawa. Penghinaan yang
dilakukan tersebut berhubungkait dengan kebudayaan dan adat resam orang Jawa. Sebagai
contoh, penjajah Belanda telah mengarahkan orang Jawa duduk di atas tanah manakala
mereka duduk di kerusi dalam majlis-majlis. Selain itu, penindasan berkaitan cukai juga ke atas
orang Indonesia juga telah disebarkan oleh Straits Times dikatakan oleh al Imam bahawa orang
Indonesia tidak dapat lari dari tekanan orang Belanda. Tindakan Belanda ini telah mendapat
kritikan oleh al-Imam kerana ia dengan jelas menunjukkan diskriminasi penjajah terhadap

14 Sohaimi Abdul Aziz (ed.), op.cit, hlm. 19.


15 Abdul Aziz Mat Ton, op. cit, hlm. 247.

9
penduduk Indonesia yang majoritinya beragama Islam. 16 Penindasan yang dilakukan ini telah
menyedarkan masyarakat Melayu bahawa penjajah bukanlah berusaha untuk membangunkan
mereka, tetapi sebenarnya mendiskriminasi diri mereka. Kesannya, ia telah menimbulkan bibit-
bibit nasionalisme bagi bangkit menentang penjajah.

4.1.3 PRO-JEPUN

Dalam menjatuhkan penjajahan Barat, al-Imam telah bertindak dalam menyebarkan berita
mengenai perkembangan politik dunia Timur. Kekalahan Rusia terhadap Jepun telah dijadikan
satu harapan kepada bangsa-bangsa di Asia Barat dan juga Timur untuk berhadapan dengan
kolonialisme dan imperialisme Barat. Al-Imam telah menyeru agar negara-negara Asia
mencontohi Jepun yang mampu berdiri sendiri dan berjaya mengalahkan penjajah Barat
menerusi artikel Islam dan Jepun. Al-Imam telah memainkan peranannya dalam menjadikan
Jepun sebagai kuasa yang mampu membimbing negara-negara Asia dan menjadikan kuasa
Eropah sebagai musuh.17 Ia juga telah menimbulkan kesedaran dalam masyarakat Islam di Asia
Tenggara bahawa mereka juga mampu mengalahkan kuasa penjajah.

4.1.4 KEBANGKITAN TURKI

Al-Imam sentiasa menyiarkan berita-berita tentang Turki bagi membersihkan maruahnya


daripada dicemari oleh musuh-musuhnya. Kempen memburukkan kerajaan Turki oleh kuasa-
kuasa Eropah khususnya Rusia telah menyebabkan al-Imam berasa bertanggungjawab untuk
mempertahankan Turki. Bagi memulihkan maruah Turki dan membuktikan kemampuannya, al-
Imam telah menunjukkan kemajuan pendidikan, telegraf, kereta api dan kekuatan angkatan
perang.18 Menerusi isu yang diutarakan oleh al-Imam ini, ia telah membangkitkan semangat
orang Islam bahawa mereka bukannya bangsa yang lemah dan mampu untuk mengalahkan
pihak penjajah. Ia seterusnya membawa kepada kesedaran nasionalisme sekaligus membawa
kepada reaksi penentangan ke atas penjajah.

5.0 MENIMBA ILMU PENGETAHUAN DARIPADA PENJAJAH BRITISH

16 Ibid, hlm. 250.


17 Ibid, hlm. 248.
18 Ibid.

10
Walaupun menentang penjajahan British, namun golongan reformis melalui al-Imam turut
menyarankan agar masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan daripada Barat. Tujuannya
adalah untuk memastikan masyarakat Islam khususnya Melayu agar tidak berterusan mundur.
Selain itu, untuk mengurangkan kadar buta huruf masyarakat Islam dan meningkatkan bilangan
masyarakat yang boleh membaca dan menulis. Ini jelas diperlihatkan menerusi matlamat al-
Imam itu sendiri iaitu menggesa orang Melayu agar melanjutkan pelajaran ke luar negeri
sebagai satu cara untuk mendapatkan ilmu dan menimba pengalaman daripada orang Barat
dalam memajukan bangsa Melayu itu sendiri. Menurut Syeikh Tahir Jalaluddin, cara untuk
mengatasi kelemahan orang Melayu adalah dengan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan
mereka. Beliau bersetuju dengan pendapat Muhammad Abduh yang menyatakan bahawa
perubahan harus dilakukan dari dalam masyarakat terlebih dahulu sebelum melakukannya
kepada keseluruhan struktur masyarakat. 19 Oleh itu, pendidikan merupakan medium utama
yang patut dituntut oleh umat Islam agar dapat berdiri setanding dengan bangsa lain.

6.0 TEGURAN TERHADAP PEMIMPIN MELAYU

Al-Imam telah bertindak menyedarkan pemimpin Melayu terutama Raja-raja Melayu tentang
tanggungjawab mereka sebagai pemerintah. Mereka diingatkan supaya mengutamakan
kepentingan rakyat lebih daripada orang asing. Di samping itu, pemerintah juga harus
mendalami pentadbiran tanpa terlalu bergantung kepada pegawai-pegawai kerajaan sahaja.
Selain itu, harus bersikap adil, amanah, dan menjaga kebajikan rakyatnya serta tidak harus
mengambil kesempatan terhadap rakyat dan menyelewengkan arahan-arahan kerajaan.
Namun, terdapat juga pemimpin Melayu yang mengamalkan rasuah yang menyebabkan
terhapusnya nilai kemanusiaan terhadap golongan rakyat. 20

Sifat tamak menyebabkan pendapatan negara tidak sampai kepada perbendaharaan


negara dan akibatnya negara menjadi huru-hara serta dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa
Barat. Walaupun memberi teguran terhadap pemimpin Melayu, namun majalah al-Imam turut
mengangkat sebilangan kecil daripada pemimpin tersebut. Sebagai contoh, Johor telah
mendapat pujian daripada al-Imam kerana pemerintahnya iaitu Sultan Abu Bakar telah berjaya

19 Sohaimi Abdul Aziz (ed.), op.cit, hlm. 22.


20 Ibid.

11
memajukan negerinya. Al-Imam juga mengatakan bahawa peranan British bukan satu-satunya
punca kemajuan sesebuah negeri. Hal ini kerana orang tempatan atau orang Melayu juga
mampu memainkan peranan tersebut. Orang tempatan mempunyai kebijaksanaan dan
kelebihan tersendiri dan hanya memerlukan pendidikan yang sempurna. Al-Imam telah
menanamkan bibit-bibit kebencian kepada penjajah agar masyarakat setempat sedar dengan
perbuatan mereka dan kemampuan sendiri. 21

7.0 TEGURAN TERHADAP GOLONGAN ULAMA

Sejak keluaran al-Imam yang pertama, ia telah mengingatkan golongan ulama tentang
tanggungjawab mereka terhadap masyarakat Islam. Ulama perlu membawa masyarakat agar
cenderung kepada pengislahan pendidikan yang lebih meluas fungsinya. Al-Imam juga
menekankan bahawa golongan ulama perlu menggunakan pengaruh mereka untuk
memperbaiki kepincangan masyarakat ekoran daripada tindakan-tindakan yang dilakukan dalam
pemerintahan negeri yang menyalahi agama Islam. Di samping itu, al-Imam juga telah
mengingatkan golongan ulama agar memperbetulkan diri mereka kerana kelalaian pada masa
lepas telah menjadi sebahagian daripada faktor jatuhnya umat Islam.

Disebabkan ini bangsa asing dengan mudah menjajah masyarakat Islam. Seterusnya, al-
Imam juga telah mengkritik ulama yang cenderung pada harta dan berpura-pura warak tetapi
tidak bertindak ke atas masalah sosial yang berlaku. Tambahan lagi, al-Imam telah menentang
golongan tarekat yang menjadikan pelajarnya taksub kepada ketuanya. Al-Imam turut
mempersoalkan kesahihan ilmu yang disebarkan oleh golongan tarekat dan amalan terekat di
sisi Islam serta membuktikan bahawa pengetahuan yang mereka gunakan tidak berkesan bagi
menentang penjajahan. Untuk menentang penjajah, umat Islam perlu mendapat pendidikan
yang tinggi agar dapat berdiri sendiri dan tidak mudah dijajah. 22 Ideologi yang disampaikan
menerusi al-Imam ini telah memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak terlalu taksub
dengan tarekat dan sekaligus bangkit menentang penjajah.
8.0 TEGURAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

21 Ibid.
22 Ibid.

12
Menerusi al-Imam, usaha untuk memecahkan benteng kekolotan di kalangan masyarakat Islam
dan membawa ke arah kemajuan dalam segala bidang menurut prinsip Islam telah diterapkan. 23
Rata-rata masyarakat Islam pada ketika itu terlalu berserah kepada takdir kerana taksub
dengan konsep Qada dan Qadar. Ini menyebabkan mereka tidak ingin berusaha untuk
menentang penjajah dan membiarkan mereka terus dijajah. 24 Menurut Syeikh Tahir Jalaluddin,
beliau menyatakan bahawa kejayaan manusia di dunia berpunca daripada usaha dan ikhtiarnya.
Ia tidak mempunyai kaitan dengan Qada dan Qadar. Seseorang itu tidak seharusnya menyerah
secara pasif dengan apa yang menimpa mereka dan menganggapnya sebagai kudrat Tuhan
semata-mata. Maksud Qada dan Qadar sebenarnya ialah segala perkara yang berlaku dalam
dunia ini sebenarnya berlaku atas faktor sebab dan akibat. Tuhan hanya menjadi tenaga
penggeraknya sahaja dalam perkara tersebut. 25 Al-Imam telah digunakan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat agar tidak berserah kepada takdir semata-mata. Menerusi usaha
yang bersungguh-sungguh dan menerapkan unsur agama Islam yang sebenar dalam
kehidupan, sudah pasti masyarakat Islam akan maju ke hadapan.

PENILAIAN

23 Ismail Mat (ed.), Ulama Islam Dalam Kenangan, Selangor: UKM, 2003, hlm. 27.
24 Abdul Aziz Mat, op. cit, hlm. 261.
25 Sohaimi Abdul Aziz (ed.), op. cit, hlm. 19.

13
Berdasarkan kepada idea-idea al-Imam bersabit dengan penjajahan Barat terhadap masyarakat
Islam, dapat dinilai bahawa peranan yang dimainkan oleh majalah al-Imam adalah begitu
meluas merangkumi pelbagai aspek. Walaupun majalah al-Imam dilihat berunsurkan politik dan
agama, namun ia sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri bagi mewujudkan kesedaran
dalam kalangan masyarakat Islam. Kemunculan tokoh-tokoh reformis seperti Syeikh Tahir
Jalaluddin, Sayid Syeikh al-Hadi, Haji Abbas Muhammad Taha dan Syeikh Mohd Salim al Khalili
dalam menerbitkan majalah al-Imam harus dipuji. Perjuangan mereka dalam memberi
kesedaran kepada masyarakat Islam telah membuka minda dan pemikiran rakyat untuk bangkit
menentang penjajahan dan tidak hanya menerima Qada dan Qadar semata-mata tanpa usaha.

Ideologi-ideologi al-Imam yang cenderung mengkritik dasar penjajah barat, kritikan dan
teguran kepada golongan pemerintah serta golongan ulama juga dilihat telah menyebabkan
rakyat mula menyedari perlunya perubahan dalam diri setiap individu untuk memperjuangkan
hak dan kepentingan mereka. Teguran terhadap pemimpin dan ulama pula adalah bertujuan
memperbaiki kelemahan dan kesilapan mereka agar lebih bersikap amanah, telus dan
bertanggungjawab dalam mentadbir dan menjadi contoh kepada rakyat.

Selain itu, al-Imam juga dilihat bukan sahaja mengkritik dan mengutuk dasar penjajah
tetapi telah menggunakan peluang yang sedia ada dalam meningkatkan pendidikan dan
kemajuan masyarakat di Tanah Melayu. Al-Imam telah menggalakkan masyarakat Islam
menimba ilmu pengetahuan daripada Barat. Orang Melayu telah digalakkan untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negeri dan menimba ilmu dan pengalaman Barat bagi memajukan bangsa
mereka. Tambahan pula, al-Imam bukan sebuah majalah yang hanya untuk dibaca oleh
masyarakat setempat. Pengisian atau kandungan yang terdapat dalam majalah ini boleh
membuatkan pembacanya sedar akan semangat nasionalisme bagi mempertahankan tanah
airnya dari terus dijajah dan sikap segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjawab perlu
diperbaiki dan disedarkan.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa gerakan Islah di Timur Tengah telah
melahirkan golongan reformis Islam di Tanah Melayu. Golongan ini yang dikenali sebagai kaum

14
Muda telah memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme
bermula dengan memupuk kesedaran dalam diri masyarakat melalui penerbitan majalah seperti
al-Imam. Majalah al-Imam merupakan sebuah majalah yang berunsurkan politik dan agama
Islam. Ia adalah berbeza sama sekali dengan majalah-majalah lain. Al-Imam telah memberikan
sumbangan yang besar dalam mencetuskan kesedaran pemikiran dalam kalangan masyarakat
Islam. Idea-idea yang terdapat di dalamnya telah memberikan kesedaran nasionalisme bagi
membangkitkan penentangan terhadap penjajah. Walaupun pengeluarannya hanya sehingga 31
terbitan dan terhenti pada tahun 1908, namun impak daripadanya terus menular dan tidak
terkubur begitu sahaja. Perjuangan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat telah
diteruskan oleh Haji Abbas Mohammad Taha dan ini dapat dibuktikan menerusi penerbitan
majalah Neracha dan Tunas Melayu sehinggalah kepada penerbitan akhbar Utusan Melayu.
Penerbitan al-Imam telah meninggalkan kesan yang besar ke atas orang Melayu. Gagasan islah
yang diperjuangkan oleh majalah ini disambut oleh orang Melayu. Menerusinya, mereka telah
menyedari bahawa kelemahan yang mereka hadapi terjadi disebabkan kegagalan mereka dalam
memahami dan mengamalkan ajaran Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Melalui kesedaran
yang ditanam dan dalam usaha menyebarkan kesedaran ini, pendukung islah telah mengambil
inisiatif menerbitkan akhbar yang berunsur islah. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh al-
Imam sangat besar dalam membetulkan akidah umat Islam di samping menentang penjajahan.

RUJUKAN

Abdul Aziz Mat Ton. 2001. Politik al-Imam. Kuala Lumpur: DBP.

15
Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran. Kuala
Lumpur: DBP.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1998. Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah dan Aliran . Kuala
Lumpur: DBP.

Ensiklopedia Temantis Dunia Islam: Asia Tenggara. 2002. PT Ikhtiar Baru Van Hoeve.

Ibnu Muqaffa. 1998. Ensiklopedia Islam Jilid 5. Kuala Lumpur: Malaysia Encyclopedia Research
Center Berhad.

Ismail Mat (ed.). 2003. Ulama Islam Dalam Kenangan. Selangor: UKM.

Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syeikh Tahir Jalaluddin. Pulau Pinang: USM.

Ahmad Boestamam (penterj.).. 1975. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: UPM.

16

You might also like