You are on page 1of 8

ANALISIS SAJAK SETINGGAN RAMADHAN (A.

SAMAD SAID)

BIL BIDANG KAJIAN HURAIAN ANALISIS


1. Bentuk Kata Tunggal Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat dua jenis kata
tunggal iaitu:
Kata tunggal yang mengandungi satu suku kata.
Kata tunggal yang mengandungi 2 suku kata atau lebih.
Berdasarkan sajak yang kami kaji, tidak terdapat kata tunggal yang
mengandungi satu suku kata.
Namun begitu, terdapat beberapa contoh kata tunggal yang
mengandungi 2 suku kata dalam sajak yang kami kaji.
Contohnya pada rangkap pertama baris kelapan:
tu / a ( kv + v )
Seterusnya, bagi kata tunggal yang mengandungi 3 suku kata
hanya terdapat segelintir sahaja dalam sajak tersebut.
is / ta / na ( vk + kv + kv )
Terdapat juga kata tunggal yang mengandungi 4 suku kata dalam
sajak Setinggan Ramadhan iaitu:
sing / gah / sa / na ( kvk + kvk + kv + kv )

2. Sesuatu perkataan yang dibentuk Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 43-44,
daripada 1 morfem atau lebih perkataan merupakan bentuk bahasa terkecil tetapi mengandungi
makna yang lengkap dan dapat berdiri dengan sendiri. Manakala
morfem pula ditakrifkan sebagai unit yang terkecil dalam bahasa
yang mempunyai unsur gramatis atau menjalankan tugas nahu.
Berdasarkan sajak yang kami kaji, pada rangkap terakhir baris
kelima terdapat perkataan kegementaran.
Perkataan kegementaran terbina daripada 6 morfem.
ke- + g + -em + -en + tar + -an
Perkataan ini berasal daripada kata dasar gentar yang
merupakan perkataan (morfem bebas) yang kemudiannya
menerima morfem terikat ke- , -em dan an.
Bentuk morfem ke-, -em dan an hanya akan mempunyai
fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas yang
tertentu, contohnya kegementaran.

3. Kata adjektif ( kata adjektif yang Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adjektif
didahului / diikuti dengan kata merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa
penguat ) adjektif. Kata adjektif boleh dibezakan daripada kata nama / kata
kerja dengan cirinya yang boleh didahului / diikuti oleh kata
penguat. Contoh (amat, terlalu)
Hasil kajian daripada sajak yang kami pilih, kami mendapati
terdapat beberapa contoh kata adjektif yang didahului dengan kata
penguat. Contohnya:
terlalu silau

Kata penguat Kata adjektif

amat tenang

Kata penguat Kata adjektif

4. Pembentukan perkataan baharu Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan baharu dalam
Bahasa Melayu Bahasa Melayu muncul melalui penciptaan atau penggunaan
popular dalam media massa dan penulisan kreatif atau melalui
perancangan bahasa yang rasmi.
Perkataan baharu melalui perancangan bahasa rasmi di Malaysia
pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Contoh perkataan yang kami temui dalam sajak yang mengalami
proses pembentukan istilah ialah:
kopi
Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris
doa
penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa
Arab
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat dua proses
pembentukan istilah iaitu:
i. Proses pinjam terjemah
ii. Proses pinjaman
- Pengambilan dengan perubahan dan penyesuaian ejaan
Contoh: coffee kopi
- Pengambilan tanpa perubahan ejaan
Contoh: doa doa
5. Golongan Kata Nama Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, golongan kata nama
merupakan sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti binaan
frasa nama dan lazimnya kata nama ini menamakan orang, haiwan,
tempat, benda atau konsep.
Golongan kata nama boleh dipecahkan kepada subgolongan
berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya.
Berdasarkan kajian kami, sajak Setingggan Ramadhan mempunyai
beberapa contoh penggunaan golongan kata nama.
Kata nama khas tak hidup: Sungai Klang
Kata ganti nama diri pertama: aku
Kata ganti nama tunjuk: ini
6. Kata Terbitan Sisipan Berdasarkan takrifan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
kata terbitan sisipan terbahagi kepada tiga iaitu:
Kata nama
Kata adjektif
Kata kerja
Kajian dan analisis yang kami lakukan terhadap sajak Setinggan
Ramadhan mendapati bahawa terdapat beberapa contoh sisipan
kata adjektif iaitu:
kemaruk Berasal daripada perkataan karuk. Mengalami
sisipan imbuhan (-em)
gementar- Berasal daripada perkataan gentar. Mengalami
sisipan imbuhan (-em)
7. Kata Pascakata Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas
perkataan. Bentuk itu ialah nya yang berfungsi sebagai kata
penekan dan kata pembenda seperti di bawah:
selebihnya - selebihnya ilusi (petikan sajak)
selanjutnya- selanjutnya mimpi (petikan sajak)
Kedua-dua contoh di atas merupakan contoh kata penekan iaitu
bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya.
8. Kata Terbitan Akhiran Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama
terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.
Berdasarkan sajak yang kami kaji, terdapat beberapa contoh kata
terbitan akhiran seperti:
khayalan akhiran kata nama (-an)
hadapi akhiran kata kerja (-i)
9. Bentuk Kata Majmuk Bentuk kata majmuk merupakan proses yang merangkaikan 2 kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang
tertentu.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bentuk kata majmuk
dapat dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:
i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata
bebas
ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan
Hasil kajian kami mendapati bahawa hanya terdapat contoh kata
majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas sahaja dalam
sajak kajian kami iaitu:
tapak tangan
suami isteri
Tidak terdapat contoh kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan dalam sajak
kajian kami.
10. Kata Ganda Proses menggandakan kata dasar terbahagi kepada tiga iaitu:
i) Kata nama ganda
ii) Kata kerja ganda
iii) Kata adjektif ganda
Berdasarkan sajak kajian kami, terdapat beberapa contoh kata
ganda iaitu:
berkata-kata kata kerja ganda (penggandaan separa pada
kata kerja berawalan ber-)
jemu-jemu kata adjektif ganda (penggandaan penuh kata
adjektif)
11. Kata Sendi Nama Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama
ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Setelah mengkaji sajak Setinggan Ramadhan karya A. Samad Said
kami mendapati bahawa terdapat beberapa contoh penggunaan
kata sendi nama iaitu:
di serambi

Kata sendi Kata nama


nama

dari istana selatan

Kata sendi Kata nama


nama
12. Kata Bilangan Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan
merupakan sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah
pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.
Setelah mengkaji sajak Setinggan Ramadhan, kami mendapati
bahawa terdapat beberapa contoh penggunaan kata bilangan iaitu:
kedua-dua (kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang
tentu sifatnya iaitu dua)
sedikit (kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu
iaitu sedikit)

You might also like