You are on page 1of 7

SULIT

Nama Murid : _________________________________________________

Kelas : ________________________________________________

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

UJIAN OTI 1 TAHUN 4 TAHUN 2016

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

Mac 2016
1 jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawaban objektif
yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

011 [Lihat halaman sebelah

SULIT
UJIAN OTI 1 2 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 _______ mahu ke mana? tanya Sarah kepada Aleesya dan Farah.


A Anda
B Kamu
C Kalian
D Engkau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di ______ Rantau
Abang Terengganu untuk bertelur.
A Lembah
B Pantai
C Bukit
D Sungai

3 Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul tujuh
pagi.
A melewati
B menaiki
C melalui
D mendaki

4 Syahirah telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada peperiksaan akhir
tahun yang lalu.
A klinik
B sekolah
C syarikat
D universiti
UJIAN OTI 1 3 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

5 Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Danial, Jasmin berasa ________ untuk
berhadapan dengannya.
A bangga
B selesa
C rindu
D malu

6 Segala permintaan ibunya, Puan Khadijah akan __________ oleh Ailin kerana dia sudah
bekerja dan berkemampuan.
A dipenuhi
B memenuhi
C dipenuhkan
D memenuhkan

7 Cik Karina terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja
tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

8 Ibu akan memberikan hadiah kepada Kamala _________ dia mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan.
A sementara
B ketika
C supaya
D sekiranya

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A sesikat
B seulas
C sebiji
D segugus
UJIAN OTI 1 4 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

10 Kok Meng _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
A muntah-muntah
B pulang-pulang
C pusing-pusing
D guling-guling

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian
berkebun
A minyak masak
B minyak sawit
C minyak sayur
D minyak angin

12 Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana
masa semakin ________.
A cepat
B suntuk
C lampau
D laju

13 Rossa _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada
Hakimah.
A menuliskan
B menyatakan
C menyerahkan
D mengumumkan

Soalan 14

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

14 Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.

A buah hati
B buah mulut
C buah tangan
D buah pena
UJIAN OTI 1 5 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu

A Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru Besar rasmikan.
B Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh Persatuan Bahasa
Melayu.
C Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dirasmikan oleh Guru
Besar.
D Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa Melayu.

Soalan 16

Pilih ayat yang betul

16 A Sejak bila engkau mula menulis cerpen? tanya wartawan itu kepada Encik Kasman.
B Kamu sedang baca buku apa? tanya Mawar kepada Diana.
C Amboi, sakitnya perutku ini! kata Syazira.
D Marilah ikut kita bermain buaian petang nanti, pelawa Chan kepada Ramu.
UJIAN OTI 1 6 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai
enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja,
permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti
permainan dam.

Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira
1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai caturangga yang
bermaksud empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa
itu.

17 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?


A Permainan berbentuk pertempuran
B Permainan yang berdarjat
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan

18 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?


A Pergerakan mengikut darjat
B Pergerakan melawan arus
C Pergerakan menyilang
D Pergerakan bebas

19 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional
B darjat dan kedudukan
C bilangan buah catur
D jumlah petak papan catur
UJIAN OTI 1 7 Bahasa Melayu Pemahaman (011A)

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pemain catur dikenali sebagai caturangga.
B Permainan catur memerlukan 64 buah catur
C Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain
D Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400.

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like