You are on page 1of 35

FOLIO PPGB

PERANAN
Nama : DANMUHAMMAD
TANGGUNGJAWAB
SYAFIQ ADDIN BIN
HAMEZAH
Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DG41
Tempat
Bertugas : SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS, JOHOR
BAHRU

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


VITAE KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 2 6, BLOK E 13, KOMPLEKS
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
62604 PUTRAJAYA
KEBANGSAAN 603 8444 1000
SKOP KERJA

SASARAN KERJA TAHUNAN


VITAE KURIKULUM
MAKLUMAT PERIBADI
1. NAMA : Muhammad Syafiq Addin bin Hamezah
2. KAD PENGENALAN : 930510-03-6259
3. ALAMAT : 19-01, Blok B, Jentayu Residensi, Jalan
Jentayu, 81200 Johor Bahru, Johor.
4. JAWATAN DAN ALAMAT : Sekolah Kebangsaan Kempas, Jalan Lurah
TEMPAT BERTUGAS 15,
SEKARANG

5. GRED : DG 41
6. TPG :
7. GAJI : RM2391.94
8. KELULUSAN AKADEMIK : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian
9. PENGKHUSUSAN : TESL
10. KELULUSAN IKHTISAS :
11. OPSYEN : Pendidikan Moral
12. TARIKH LANTIK : 2hb Mei 2017
PERTAMA

13. SAH JAWATAN :


PERTAMA

14. TARIKH LANTIK :


SEMASA

16. TARIKH SAH SEMASA :

PERKHIDMATAN
1. :
2. :

PENCAPAIAN
1. :

KURSUS YANG DIHADIRI


1. :
2. :
3. :
4. :

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

BIDANG TUGAS GURU ( SKOP KERJA )


PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas :

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), kakitangan
sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit
sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah
kira-kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar
bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan punch card sebaik
sahaja tiba di sekolah.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Pengetua dengan memberi
sebab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit
atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali
dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan upacara rasmi sekolah
seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung PIBG dan
lain-lain untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang
diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan
guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:


1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu
tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan
penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru
itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam
jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang / rehat di sekolah adalah
dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu
untuk menggantikan guru yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis
buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku
latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.
Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain tugas yang difikirkan
perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan tentang pengisian Buku Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran ( Buku Rekod Mengajar ). Peraturan ini hendaklah
dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam buku rekod tersebut mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian,
salinan sukatan pelajaran, dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar
oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah disiap untuk minggu
berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku tersebut adalah menjadi hak
milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti
panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua memerlukan agar dia berbuat
demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:


1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka
manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah
diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes
pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau Guru
Disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin.
4. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
5. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
6. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah
melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.
Pakaian :
1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar walaupun pada waktu petang semasa berada
di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus
dan kelihatan kemas.

Pelawat :
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik
darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas
nama Pengetua atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau
dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.

Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pendidikan Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan
Pendidikan Negeri melalui Pengetua.

Kutipan Wang :
1. Guru penasihat dan guru tingkatan yang dilantik untuk mengawas perjalanan
persatuan, kelab dan sesebuah kelas perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS


Bidang Tugas :
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan,
buku rekod mengajar, kad 001, buku kemasukan sekolah dan seumpamanya.
2. Buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada
setiap hari belajar.
sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang
munasabah, guru tingkatan hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah
kepada ibu bapa / penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. Sila rujuk syarat
terma pemberian surat amaran ponteng sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan.
5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua tingkatan, membuat
giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada
dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.
7. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran / bayaran pada masa yang ditetapkan pihak
sekolah.
8. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar.
9. Membantu Pengetua dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan
kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
10. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
11. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanamkan
semangat rajin, tekun, dedikasi dan kesedaran sivik.
12. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan kepada PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah
disiplin lain.
13. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap tentang kemasukan pelajar baru dan
mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku
Daftar Kemasukan Pelajar.
14. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan serta keceriaan
kelasnya.
15. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat
dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

SASARAN KERJA TAHUNAN


3. PELAN PEMBANGUNAN
PROFESIONAL
MATLAMAT PENGAJARAN /
KEPIMPINAN MASA HADAPAN

CADANGAN AKTIVITI UNTUK


PENAMBAHBAIKAN
PENYERTAAN DALAM AKTIVITI
PPB

MATLAMAT PENGAJARAN

Matlamat pengajaran adalah satu pernyataan umum yang memberi


arahan kepada keperluan-keperluan yang lebih terperinci.
Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita
dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku.
Matlamat juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara objektif
ialah peringkat khusus tingkah laku.

Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya


mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya dapat
memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau
bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan kerana
penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara
terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan umum
bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan
objektif ialah, matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa
objektif yang lebih spesifik.

HASIL PENGAJARAN

Hasil pengajaran adalah istilah terbitan daripada istilah objektif


pengajaran. Objektif adalah untuk mengukur dengan jelas sesuatu
tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh murid selepas
memperlajari sesuatu perkara. Oleh sebab pembelajaran murid
diukur daripada perubahan tingkah laku, maka dalam proses
pengajaran, guru perlulah menetapkan objektif terlebih dahulu
sebelum sesuatu perkara diajar kepada murid.

Objektif ialah perkara yang akan dipraktikkan semasa


pengajaran atau dilaksanakan bagi mencapai cita-cita atau arah
supaya ianya menjadi kenyataan.
Hasil pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan apa yang
murid dapat lakukan atau capai.

Takrif hasil pembelajaran adalah mencadangkan bahawa pemb


elajaran adalah disengajakan dan bukannya kebetulan atau tidak
sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran adalah
hasil pembelajaran berfokuskan kepada apa yang murid peroleh
daripada aktiviti pengajaran guru.

KEPIMPINAN MASA DEPAN


Kepemimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya
mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya
untuk mencapai sesuatu tujuan Ia juga merupakan suatu proses di
mana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk
mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses
kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah
pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya. Pengetahuan
adalah maklumat bagi seseorang sebagai landasan untuk
melakukan suatu tindakan dalam situasi perubahan, sehingga
individu atau organisasi mampu bertindak dengan cara yang
berbeza dan lebih efektif. Melalui pengetahuan dan informasi,
seseorang diharapkan menghasilkan tindakan yang tepat iaitu
dengan memilih dan menilai pelbagai alternatif tindakan serta
bagaimana tindakan tersebut harus diimplementasikan agar sesuai
dengan hasil yang diinginkan.

Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin


masa depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka
dalam bidang kepemimpinan, iaitu:
1. Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua
tindakannya.

2. Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas


pada akal-fikiran, sikap dan prinsip-prinsip moral. Tidak
membuat keputusan berdasarkan keinginan, perasaan, atau
faktor emosional lainnya yang bersifat terlalu subjektif;

3. Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa


depan. Pemimpin yang efektif membayangkan apa yang
mereka inginkan dan bagaimana mendapatkannya. Mereka
biasanya memilih keutamaan yang berasal dari nilai-nilai dasar
mereka.

4. Menginspirasi mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala


hal yang ia lakukan. Menunjukkan keteladanan dan ketahanan
dalam mental, fizikal, dan spiritual yang dengannya seseorang
pemimpin akan mudah menginspirasi orang lain untuk meraih
puncak kejayaan;

5. Cerdas Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa


mencari tugas yang mencabar;

6. Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada


semua orang. Menyedari bahwa prasangka adalah musuh
keadilan. Bersikap empati dan peka terhadap perasaan, nilai-
nilai, kepentingan, dan kesejahteraan orang lain;
7. Berwawasan luas Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif
dan memiliki pandangan jauh ke depan;

8. Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski


menghadapi risiko atau rintangan yang berat. Selalu
menampilkan ketenangan dan kepercayaan diri meski pun
dalam keadaan stres;

9. Tepat membuat keputusan Memiliki penilaian yang baik


tentang pelbagai persoalan, dan menggunakannya untuk
membuat keputusan yang terbaik pada waktu yang tepat; dan

10. Imaginatif Mampu melakukan perubahan pada waktu


yang sesuai , dengan menggunakan pemikiran, rancangan, dan
metod yang tepat pula. Juga mampu menampilkan kreativiti
dengan menciptakan hala tuju baru yang lebih baik, sekaligus
mencari idea yang inovatif untuk memecahkan masalah.

CADANGAN AKTIVITI UNTUK PENAMBAHBAIKAN


BIL AKTIVITI YANG DICADANGKAN TARIKH CATATAN
DILAKSANA
KAN

PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB


BIL AKTIVITI YANG DISERTAI TARIKH TEMPAT /
PENGANJU
R

4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI /


PROFESION
SENARAI TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
SUMBANGAN KEPADA KPM /
JPN / PPD
PENULISAN / PENERBITAN

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


KURIKULUM
BI TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
L

HAL EHWAL MURID


BI TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
L

KOKURIKULUM
BI TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
L
TUGAS KHAS
BI TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN
L

SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD


KPM/

BIL NYATAKAN SUMBANGAN YANG JPN/ TARIKH TEMPAT


DILAKUKAN
PPD
PENULISAN / PENERBITAN
BIL TAJUK PENULISAN / TAHUN CATATAN
PENERBITAN DITERBIT
KAN
5. BAHAN BUKTI DALAM PdP /
KEPIMPINAN
SUKATAN MATA PELAJARAN /
RANCANGAN MENGAJAR DAN
PENILAIAN / PERANCANGAN
STRATEGIK
CONTOH HASIL KERJA

SUKATAN MATA PELAJARAN /


RANCANGAN MENGAJAR /
PERANCANGAN STRATEGIK
CONTOH HASIL KERJA
6. ANUGERAH / PENCAPAIAN
ANUGERAH PERKHIDMATAN

ANUGERAH DALAM PDP / KEPIMPINAN /


LAIN-LAIN

ANUGERAH PERKHIDMATAN
KPM / JPN/

BIL NAMA ANUGERAH TAHUN PPD / DLL


ANUGERAH DALAM PdP / KEPIMPINAN / LAIN-LAIN

BIL NAMA ANUGERAH TAHU NAMA


N SEKOLAH
7. PENILAIAN PdP / KEPIMPINAN

BAHAN BUKTI KEBERKESANAN


PENGAJARAN / KEPIMPINAN
RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN /
KEPIMPINAN
MAKLUM BALAS DAN
PENILAIAN DARIPADA MURID /
KETUA JABATAN

BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN /


KEPIMPINAN
( SILA LAMPIRKAN BAHAN BUKTI JIKA ADA )
RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN
( SILA LAMPIRKAN RAKAMAN VIDEO DALAM BENTUK CD JIKA ADA )
MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN OLEH MURID / KETUA
JABATAN
( SILA LAMPIRKAN BORANG PENILAIAN OLEH MURID / ULASAN DARIPADA KETUA
JABATAN )
2. PROFIL SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


OBJEKTIF SEKOLAH/UNIT
LOGO, VISI, MISI DAN PIAGAM SEKOLAH
CARTA ORGANISASI
LAMPIRAN (PELAN SEKOLAH, TAKWIM SEKOLAH,
PERATURAN SEKOLAH, LAGU SEKOLAH, KOLEKSI
DOKUMEN BERKAITAN

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS

1. Sekolah Kebangsaan Kempas terletak di lot 4347, Jalan Lurah 15, Kampung
Kempas Baru, 81200 Johor Bahru iaitu lebih kurang 18 kilometer dari pusat
Bandaraya Johor Bahru.

2. Nama Kempas diambil bersempena nama sejenis pokok yang tumbuh di


kawasan ini dan juga merupakan nama bagi kampung ini.Sekolah ini dibina di
atas keluasan tanah seluas 5 ekar 2 rod dan ia siap dibina pada pertengahan
tahun 1982. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan dengan dilengkapi 12 bilik
darjah, sebuah pejabat, perpustakaan, bilik guru, kantin dan padang sekolah.

3. Pada 2 Januari 1983, seramai 340 orang murid dan 12 orang guru telah
ditempatkan di sini bagi memulakan sesi persekolahan di mana Tn. Hj. Mohd
Rani Bin Mohd Salleh merupakan Guru Besar yang pertama. Murid-murid
Kampung Kempas Baru yang bersekolah di SK Pengkalan Rinting dan SK
Komleks Uda telah dipindahkan ke sekolah ini.

4. Pada peringkat awalnya, sekolah ini merupakan sekolah cawangan kepada SK


Pengkalan Rinting, sehinggalah pada tahun 1985 ia diberi taraf pentadbiran
persendirian. Pada 13 Julai 1993, YB Dato Hj Mohamed Bin Hj Rahmat telah
melancarkan program Sekolahku Sayang.

5. Sebagai sekolah baru tentunya banyak cabaran dan kesulitan telah dialami.
Kemudahan fizikal yang tidak mencukupi telah menyebabkan iklim
pembelajaran yang kurang kondusif akibat pertambahan jumlah murid tahun
demi tahun. Namun dengan kegigihan dan kesungguhan para guru,
kakitangan sekolah, murid dan kerjasama PIBG, pelbagai kemajuan dan
kejayaan telah dikecapi dan dibanggakan baik dari segi kemudahan fizikal
hinggalah ke bidang akademik serta ko-kurikulum selaras dengan moto
sekolah Sentiasa Kejar Kemajuan.

6. Kini sekolah berbangga kerana telah dilengkapi dengan sebuah dewan besar,
surau, makmal komputer, kelas prasekolah serta persekitaran sekolah yang
indah bagi kegunaan murid seramai 1400 orang, 70 orang guru, serta 9
kakitangan sekolah. Semoga di bawah kepimpinan Guru Besar yang ke-9 iaitu
Pn. Hajah Halimah Bte Haji Baharuddin, Sekolah Kebangsaan Kempas terus
melangkah dengan jayanya serta dapat mencapai kecemerlangan dalam
semua bidang.
LOGO, VISI, MISI DAN PIAGAM SEKOLAH

Logo/lencana

Penerangan Warna:

Bentuk Perisai: Simbol ketahanan & kecemerlangan


Obor: Secara keseluruhannya & penyayang.
Buku: Melambangkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Dua Tangan Terbuka: Sentiasa berdoa ke arah mencapai penambahbaikan.
Lima Bulatan: Bersatu dan bekerjasama dalam semua bidang
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
PIAGAM SEKOLAH

You might also like