You are on page 1of 16

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR


TERBUKA PIALA.
ANJURAN:

TARIKH:

TEMPAT:

1.0 PENGENALAN

1
Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat
muda bagi sukan ini. Menyedari hakikat ini, Pergerakan Pemuda UMNO
Cawangan Padang Kemunting Bahagian Masjid Tanah, Melaka telah
mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan
menganjurkan pertandingan Pertandingan Bola Tampar Terbuka
Piala. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk
memupuk potensi diri selaras dengan 8 objektif Dasar Sukan Negara iaitu

1 Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan


masyarakat;
2 Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat;
3 Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang Iebih luas di semua
peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin
dan bersatu padu;
4 Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi
keperluan asasi individu melalui sukan;
5 Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan pada semua
peringkat;
6 Memperkukuh badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir
urus yang profesional;
7 Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan
8 Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen.

2.0 RASIONAL
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang
sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain
seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan
individu yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakkan
pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan
meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu
bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara.

2
3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk


mencungkil bakat-bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan
cergas melalui penyertaan yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai
pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi masalah disiplin dan
mengurangkan masalah gejala social dalam kalangan belia hari ini.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh
serta memupuk budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan
yang disertai melalui kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahiran-
kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam minat
masyarakat setempat terhadap permainan ini.

4.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan masyarakat


setempat.
2. Melahirkan masyarakat ang berkebolehan dan seimbang dalam
bidang sukan.
3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan
masyarakat setempat.
4. Mencegah kemungkaran dan kemaksiatan sebagaimana dengan
firman Alla dalam Surah Al Imran ayat ke 104

5.0 KUMPULAN SASARAN


1. Murid-murid sekolah.
2. Pelajar institut-institut pengajian tinggi
3. Kelab-kelab bola tampar
4. Masyarakat setempat

6.0 TARIKH DAN HARI


22 Julai 2017 (Sabtu) dan 23 Julai 2017 (Ahad)

3
7.0 TEMPAT
1. Gelanggang Bola Tampar, Dewan JAPERUN Tanjung Bidara.
2. Gelanggang Bola Tampar, Taman Bidara Palma.

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penaung :
Pengerusi : En Abdul Halim Bin Mokhtar
Naib Pengerusi :
Setiausaha : Pn Zuriana binti Abdul Raof
Naib Setiausaha :
Bendahari : Bendahari Belia 4B

AJK Kecil
AJK Peralatan : i.
ii.

AJK Hadiah : i. Cik Nur Syuhana Binti Rasmi


ii. Cik Nurul Izati Binti Talib

AJK Tugas-tugas Khas : i. En Saiful Hadee Bin Amar


ii.
iii.

AJK Persiapan Tempat : i.


ii.

AJK Makanan : i.

AJK Dokumentasi : i. Pn Zuriana binti Abdul Raof


ii.

JK Pertandingan : i. En Mohd Ikram b

4
ii. CIK MARSYA AINA BINTI MOHD SAID
iii.
9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
9.1 Pengerusi
Mempengerusikan mesyuarat.
Merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan.
Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan
jawatankuasa.

9.2 Naib Pengerusi


Menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya.
Membantu pengerusi jika perlu.
Menjalankan tugas lain yang telah ditetapkan.

9.3 Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli
jawatankuasa.
Menguruskan semua hal surat-menyurat.
Mengemas kini fail dan rekod persatuan.
Mengurus dan mengawal keahlian penyertaan.

9.4 Naib Setiausaha


Membantu tugas-tugas setiausaha.

9.5 Bendahari
Memungut yuran penyertaan.
Menguruskan pembelian/pembayaran berdasarkan bil.
Menyediakan bajet pertandingan.
Menyediakan penyata dan laporan kewangan
pertandingan.

9.6 Ahli Jawatankuasa Kecil

9.6.1 Jawatankuasa Peralatan


Menyediakan alatan dan membantu jawatankuasa
pertandingan
memeriksa alatan dan memastikan mengikut
spesifikasi.
Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal
bagi melicinkan perlaksanaan program.
Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan
alatan.
5
Bertanggungjawab terhadap peralatan yang
digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek
dilaksanakan.

9.6.2 Jawatankuasa Tugas-tugas Khas


Menyediakan dan mengedarkan poster, banner dan
borang penyertaan pasukan.
Membuat hebahan dan pengiklanan berkenaan
dengan pertandingan
Membantu jawatankuasa yang lain sekiranya perlu.

9.6.3 Jawatankuasa Persiapan tempat


Menyediakan tempat pertandingan padang dan
gelanggang.
Menempah tempat pertandingan.
Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan
bersih sebelum dan selepas pertandingan dijalankan.

9.6.4 Jawatankuasa Makanan


Memastikan menu makanan untuk keseluruhan AJK
dan petugas yang akan disediakan
Menyediakan air mineral kepada para pengadil, pihak
penganjur dan peserta

9.6.5 Jawatankuasa Dokumentasi


Mengambil gambar-gambar penting dan serahkannya
kepada setiausaha kejohanan untuk
didokumentasikan.
Membantu setiausaha menyediakan laporan apabila
kejohanan selesai.

9.6.6 Jawatankuasa Pertandingan


Memastikan perlawanan berlangsung mengikut
jadual
Memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang
masalah yang boleh dipertikai
Membuat satu jadual tugasan pengadil di setiap
perlawanan

6
Memastikan para pengadil mencukupi dan bersedia
di setiap perlawanan
Menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi.
Menyemak senarai nama dan kad matrik pemain
semasa pendaftaran.
Mengasingkan borang mengikut kategori dan
kumpulan masing-masing.

10.0. SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


Yuran penyertaan pasukan
Sumbangan-sumbangan syarikat atau individu
Rujuk Lampiran A

11.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran kejohanan ini akan mendapat
sokongan dan sambutan yang menggalakkan demi memupuk dan
menyemai semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat
setempat dan komuniti bola tampar dalam negara. Pihak kami juga
menyokong dan bantuan daripada semua pihak agar program ini
dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang
disasarkan.

13.0 TANDATANGAN

Disediakan oleh: Disahkan

............................................. .................................
............
Pn Zuriana binti Abdul Raof En Abdul Halim bin
Mokhtar
Setiusaha Pertandingan Pengerusi Pertandingan
Merangkap
Ketua Pergerakan Pemuda
Umno
Cawangan Padang
Kemunting

7
PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA
PIALA .. TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang


ditetapkan oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa
(FIVB) edisi terkini dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan
pengecualian berikut :

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
TERBUKA PIALA .. TAHUN 2017

2. TARIKH DAN TEMPAT


Kejohanan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 dan 26 Mac 2017


Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat: 1. Gelanggang Bola Tampar Dewan JAPERUN Tanjung Bidara
2. Gelanggang Bola Tampar Taman Bidara Palma

3. TUJUAN

3.1. Menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di antara masyarakat


setempat dan komuniti bola tampar Malaysia

8
3.2 Menjadikan pertandingan ini sebagai pendedahan kepada
masyarakat setempat termasuk pusat-pusat pengajian untuk
menimba pengalaman dan memberi saingan dalam menghadapi
Kejohanan SUKMA, SUKIPT, MSSM atau kejohanan lain.

3.3 Pertandingan ini juga bertujuan memperkenalkan Mukim


Padang Kemunting, Pengkalan Balak kepada umum sebagai
produk perlancongan.

4. PENYERTAAN

4.1. Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:


4.1.1. Lelaki (maksimum 16 pasukan)
4.1.2 Wanita (maksimum 16 pasukan)

4.2. Komposisi setiap pasukan mengandungi seorang pengurus,


seorang jurulatih, seorang penolong jurulatih / juruiring dan 12
orang pemain.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1. Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja.

5.3 Pemain SUKMA, AUG, MAVA League dan Malaysia Open (Tahun
2013-2016) dibenarkan mendaftarkan hanya 3 orang pemain
sahaja.

5.4 Pengesahan pemain akan dibuat setengah jam sebelum


perlawanan pertama pasukan masing-masing di Urusetia.
Pengurus pasukan dikehendaki mengumpulkan dokumen-
dokumen yang boleh mengesahkan kelayakkan pemain.

5.5 Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak


membatalkan mana-mana pasukan yang melanggar atau tidak
mematuhi syarat-syarat di atas.

6. TARIKH PENTING

6.1 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 Mac 2017 (Jumaat)


beserta bayaran yuran. Berdasarkan kepada first come first
serve.

7. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN CABUTAN UNDI

9
Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan JAPERUN Tanjung Bidara
Nota : Hasil keputusan undian akan dicetak pada malam itu juga.

8. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

8.1. Selain daripada undang-undang pertandingan yang terkandung,


kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang
sedang dikuatkuasakan.

8.2. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam


peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

9. SISTEM PERTANDINGAN
Akan diadakan mengikut dua peringkat :
9.1 Peringkat pertama
9.1.1 Pasukan akan diundi kepada empat kumpulan lelaki (A, B, C
dan D) dan empat kumpulan wanita (P, Q, R dan S)
9.1.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3
pasukan

9.2 Peringkat kedua


9.2.1 Pusingan kalah mati. Johan dan naib johan setiap
kumpulan layak ke peringkat ini.
9.2.2 Undian semula akan diadakan bagi mengelak
pengaturan perlawaan berlaku.

** Tertakluk pada pindaan

10. SISTEM PEMBERIAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

10.1 Pertandingan akan dijalankan dalam 31 mata di semua


peringkat kumpulan iaitu pasukan yang memenangi 31
mata dahulu dikirakan menang.

10.2 Dalam peringkat separuh akhir dan akhir pertandingan akan


dijalankan dalam 3 set dan pasukan yang memenangi 2 set
dikirakan menang. (tertakluk kepada masa dan cuaca)

10
10.3 Pembahagian Mata

Yang menang ---- 2 mata


Yang kalah ---- 0 mata
Lucutan teknikal/ menarik diri ---- 0 mata (diambil kira
dari semua
perlawanan yang
terdahulu
dengan mata, 0-31)

10.4 Sekiranya masih terdapat keadaan seri:

Z = Jumlah mata yang menang


Jumlah mata yang kalah

Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki


tempat teratas.

10.7. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan,


keputusan perlawanan antara dua pasukan yang
berkenaan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan
itu menduduki tempat atas.

10.8. Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat


untuk menentukan kedudukan akhir.

11. PAKAIAN SERAGAM

Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam.

11.1 Jersi hendaklah bernombor yang berukuran 15 cm tinggi di


tengah-tengah hadapan dan 20 cm di belakang.

11.2 Nombor jersi mestilah dari 1 hingga 18.

11.3 Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan


bertanding.

12. PERTUKARAN PEMAIN

11
Pertukaran/ penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia satu jam
sebelum perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala
pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

13. PEMBATALAN (WALKOVER)

13.1 Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam


sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan
yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa
sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi
kemenangan percuma kepada lawannya.

13.2. Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah


menarik diri dari kejohanan dan tidak dibenarkan menyertai
perlawanan-perlawanan seterusnya dan semua keputusan
pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan.

14. PENGADIL

Pengadil-pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada


Pengadil yang mempunyai tauliah State Referees Candidate
dan ke atasnya.

15. PENGANTUNGAN

Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan


automatik digantung bermain dalam satu perlawanan yang berikut
sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah membuat keputusan.

16. BANTAHAN/ RAYUAN

16.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan


berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau
bagaimanapun perlawanan akan diteruskan Under Protest.
Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.

16.2. Sekiranya selepas perlawanan pasukan masih ingin


membantah, pengurus pasukan mesti menulis perkataan Ingin
Membantah di ruang catatan dalam kertas skor dan
menandatanganinya. Bantahan secara bertulis mesti disertakan
dengan wang tunai RM 200.00 sebagai wang cagaran dalam
masa jam selepas tamatnya perlawanan.

12
16.3 Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa
bantahan itu tidak munasabah.

17. JURI RAYUAN

Juri Rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya.
Ahli-ahli Juri Rayuan akan terdiri daripada Ketua Pengadil Kejohanan
dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu.
Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja
menerima bantahan bertulis.

18. YURAN

Kategori Lelaki dan Wanita

- RM 150.00 / pasukan

19. HADIAH:

Hadiah wang adalah seperti berikut:

JOHAN LELAKI DAN WANITA RM 1000.00 + Plak


NAIB JOHAN LELAKI DAN WANITA RM 700.00 + Plak
KETIGA BERSAMA LELAKI DAN
RM 500.00 + Plak
WANITA

20. PERKARA AM :

20.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk


mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu
kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata dalam
peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad.
Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda
sebarang undang-undang kejohanan jika didapati perlu.

13
20.2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang
telah dijadualkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini
berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu.

20.3. Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas, pemain-


pemain yang terlibat dan jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun
dibenarkan masuk ke dalam gelanggang apabila sesuatu
perlawanan sedang dijalankan.

20.4. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas


bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa
perlawanan adalah berikut:

20.4.1 Pengurus Pasukan


20.4.2 Ketua Jurulatih
20.4.3 Penolong Jurulatih/Juruiring
20.4.4 Pemain gentian

20.5. Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah


tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap
semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama kepada
pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh dijalankan
dengan licin.

20. PERTANYAAN :

Segala pertanyaan ajukan kepada :

1. En Abd Halim b Mokhtar


No Tel :
E-mail :

2. En Saiful Hadee Bin Amar


No Tel :
E-mail :

14
LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERBUKA
PIALA 2017

PERKARA JUMLAH
PENDAPATAN
1 YURAN PENYERTAAN
16 PASUKAN LELAKI X RM 150 = RM
2,400
16 PASUKAN PEREMPUAN X RM 150 = RM RM 4,800
2,400

2 PENAJAAN RM 6,000
DALAMAN DAN LUARAN : RM 6,000
JUMLAH RM 10,800
PERBELANJAAN
1. HADIAH PERLAWANAN (WANG TUNAI):

JOHAN LELAKI&WANITA : RM1,000 X 2 =

15
RM2,000
NAIB JOHAN LELAKI&WANITA : RM700
X2 = RM1,400
RM 5,000
KETIGA BERSAMA LELAKI&WANITA : RM400
X4 = RM1,600
2. SUMBANGAN KEPADA PENGADIL
6 orang X 2 hari X RM 150 =
RM 1,800
RM 1,800
3. MAKANAN DAN MINUMAN SUKARELAWAN &
AJK
42 orang X 2 hari X RM 10 = RM 840
RM 840
4. BAJU SUKARELAWAN DAN AJK
42 orang x RM 25 = RM 1050 RM 1,050
5. BANNER
2 helai X RM 60 = RM 120 RM 120
6. PLAK KEMENANGAN
8 plak X 15 orang x RM2.50 =
RM300
RM 300
7. MOCK CHEQUE
8 keping X RM25.00 = RM 200 RM200

8. PERBELANJAAN LUAR JANGKA RM1,490

JUMLAH PERBELANJAAN RM10,800

16

You might also like