You are on page 1of 18

2010

ATURCARA KONTRAK
DAN PENGUKURAN
BAHAN 2
FASAL 34 DAN FASAL 35

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZBIN


OSMAN SHAHESA
08DKA08F1024
C 4006
7/21/2010
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 ISI KANDUNGAN 2
2 PENGENALAN 3
3 OBJEKTIF 4
4 PENERANGAN FASAL 34 5
5 PENERANGAN FASAL 35 7
6 INSURANS PAMPASAN PEKERJA 9
7 CARUMAN PERKESO 13
8 PERBEZAAN FASAL 34 DAN FASAL 35 17
9 KESIMPULAN 18
10 LAMPIRAN 19

PENGENALAN

Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar

industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko

pembinaan. Salah satu kaedah yang telah ditetapkan di dalam borang kontrak piawai

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 3

ialah pengambilan polisi insurans sebelum setiap kerja dilaksanakan. Fasal 34

Borang Kontrak Piawai JKR 203/203A memperuntukkan bahawa kontraktor

hendaklah bertanggungjawab untuk menanggungrugi segala perkara yang berbangkit

yang berkaitan tentang pampasan pekerja. Manakala, Fasal 35 di dalam borang

kontrak yang sama menyatakan sekiranya pekerja telah didaftarkan dengan

PERKESO perlu dilindungi oleh insurans.

Insurans dalam pembinaan telah berkembang sedikit demi sedikit sejak lebih

dua puluh tahun lalu. Skop perlindungan insurans adalah meluas daripada projek

bangunan dan meliputi projek pembinaan lebuh raya, terowong, jambatan, galian dan

gas serta bangunan tinggi panca tingkat. Pengambilan polisi insurans merupakan satu

kaedah untuk memindahkan tanggungan risiko kepada pihak lain.

OBJEKTIF

Melalui tugasan ini, objektif yang dapat dikenalpasti adalah;

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 4

i. Mengetahui perbezaan antara Fasal 34 dan Fasal 35 menurut Borang

Kontrak Piawai JKR 203/203A.

ii. Mengenalpasti kegunaan polisi insurans yang digunakan.

iii. Mengetahui keistimewaan yang akan diperolehi oleh pekerja

sekiranya berlaku kemalangan.

iv. Mengetahui jenis polisi insurans yang terdapat di Malaysia.

PENERANGAN FASAL 34

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 5

Menurut fasal ini, secara konklusi yang dapat dikenalpasti adalah setiap

pekerja yang bekerja di bawah tanggungjawab pihak kontraktor iaitu, pekerja dan

sub-kontraktor yang bekerja di tapak berhak mendapat perlindungan dan pampasan

daripada pihak insurans.

Melalui fasal ini, ada menyatakan bahawa pihak kontraktor hendaklah

mengambil insurans sebelum apa-apa projek dijalankan sehingga tamat tempoh kerja

dan tempoh membaiki kecacatan. Tujuan pihak kontraktor diwajibkan untuk

mengambil polisi insurans ini adalah bertujuan untuk melindungi semua pekerjanya

termasuk sub-kontraktor yang bekerja di tapak bina.

Fasal 34 ini juga menyatakan, pihak insurans tidak akan melindungi pekerja-

pekerja yang telah didaftarkan di bawah PERKESO. Fasal ini melindungi pekerja-

pekerja yang gajinya melebihi RM2000 sebulan jika berlaku kemalangan di tempat

kerja atau tapak bina.

Terdapat dua pecahan mengenai tuntutan Fasal 34 ini. Yang pertama,

menurut fasal ini pekerja yang bekerja dengan kontraktor atau sub-kontraktor yang

cedera berhak membuat tuntutan dari syarikat insurans. Syarikat insurans akan

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 6

menanggungrugi segala apa yang berlaku tetapi dengan syarat syarikat insurans

tersebut berhak menjalankan tugasnya. Namun begitu, ianya tidak akan menjejaskan

hak pengambilan insuras untuk melindunginya. Seterusnya, pecahan yang kedua

menerangkan tuntutan ini hanya berkuatkuasa hanya dalam negara sahaja.

Pihak kontraktor hendaklah mengemukakan polisi insurans dan memastikan

ianya sentiasa sah sepanjang tempoh kerja dan tempoh membaiki kecacatan. Menurut

fasal ini, sekiranya pihak kontraktor gagal untuk memperbaharui polisinya Pegawai

Penguasa berhak menahan tuntutan sehingga pihak kontraktor membayar premium

dan Pegawai Penguasa akan memotong dari wang pembayaran untuk membayar

premium.

PENERANGAN FASAL 35

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 7

Menurut fasal ini, kami dapat melihat secara menyeluruh bahawa sekiranya

pekerja telah didaftarkan dengan PERKESO maka mereka tidak perlu dilindungi

oleh pihak insurans. Pihak kontraktor hanya perlu memastikan caruman sentiasa

dibayar dan menunjukkan bukti kepada Pegawai Penguasa.

Di dalam fasal ini mengkhaskan dan memberi perlindungan untuk pekerja-

pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969 yang diambil bekerja. Skim

PERKESO ini tidak layak bagi pekerja asing. Had gaji pekerja adalah RM2000 atau

kurang. Sekiranya pekerja tersebut memiliki had gaji melebi RM2000, mereka masih

boleh mencarum tetapi hendaklah mendapat persetujuan dari majikan. Pendaftaran

PERKESO ini diwajibkan bagi perusahaan yang mempunyai seorang atau lebih dari

seorang pekerja.

Pihak kontraktor perlu mengemukakan kepada Pengawai Penguasa bukti

pendaftarannya kepada PERKESO dengan mengemukakan nombor pendaftarannya

dan nombor keselamatan pekerjanya. Kontraktor hendaklah membayar semua

pembayaran bagi pekerja dari hari pertama caruman itu sepatutnya dibayar hinggalah

tamat kontrak bagi kerja tersebut.

Kegagalan pihak kontraktor untuk memperbaharui insurans setelah diarahkan

akan membolehkan Pengawai Penguasa memotong jumlah wang yang sama dengan

premium dari tuntutan pembayaran pihak kontraktor untuk memperbaharui premium

tersebut.

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 8

Selain daripada itu, sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian

ke atas pekerja yang dicarumkan, kontraktor perlulah memberitahu PERKESO

dengan kadar segera bagi urusan pampasan atau gantirugi. Jumlah pampasan akan

ditentukan oleh doktor panel.

INSURANS PAMPASAN PEKERJA

Insurans Pampasan Pekerja merupakan pembayaran ganti rugi disebabkan

kehilangan pendapatan kepada pekerja yang mendapat kecederaan disebabkan

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 9

kemalangan sewaktu bekerja. Terdapat beberapa jenis pampasan insurans yang boleh

diterima oleh pekerja sekiranya terlibat dengan kemalangan. Antara contoh

kemalangan yang membolehkan pekerja menerimanya adalah;

i. Terjatuh daripada jentera

ii. Cedera atau tersangkut dalam jentera

iii. Kebakaran atau berlakunya letupan

iv. Kematian

v. Kemalangan yang bukan disebabkan kecuaian sendiri dan lain-lain.

Namun demikian, tidak semestinya hanya kecederaan di atas sahaja yang

layak menerima insurans ini. Kecederaan atau kemalangan yang dianggap rasional

juga turut layak untuk menerimanya. Pekerja hendaklah membuat laporan kepada

pihak syarikat insurans untuk memastikan mereka mendapat tuntutan tersebut.

Pihak insurans akan menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan yang

berlaku. Selepas siasatan dijalankan, pihak insurans akan mengeluarkan keputusan

samada kemalangan tersebut berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja tanpa

mengganggu hak pengambilan insurans pekerja tersebut.

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 10

Bagi memastikan pekerja layak menerima insurans ini, pekerja tersebut

hendaklah mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat insurans.

Pada asas dasarnya pihak insurans akan mengeluarkan insurans kepada pekerja yang

mempunyai pendapatan melebihi RM2000.

Setiap majikan diwajibkan untuk melindungi setiap pekerjanya dengan

insurans. Seperti yang termaktub di dalam Akta Pampasan Pekerja, Bab 27(1) dan

jika gagal adalah melakukan satu kesalahan, boleh dikenakan denda $4,000 dan tiga

(03) bulan penjara.

Proses tuntutan pampasan adalah dengan cara membuat pendaftaran di

Bahagian Pampasan, Keselamatan dan Kesihatan Cara Kerja. Pekerja diarahkan

untuk menjalani pemeriksaan di rumah sakit kerajaan. Perkiraan akan dibuat

berasaskan laporan dari doktor berhubung pemeriksaan berkenaan dan pembayaran

pampasan akan dibuat dihadapan Pegawai Jabatan Buruh.

Contoh insurans yang menjadi kebiasaan ialah Tahan Insurans Malaysia

Berhad (TIMB). TIMB telah dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia untuk

mengendalikan Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA). Skim ini menyediakan

perlindungan akibat kemalangan di tempat kerja dan penyakit berkaitan dengan

pekerjaan yang tertakluk di bawah seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja 1952 dan

juga perlindungan bagi kemalangan selepas waktu bekerja dan perbelanjaan

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 11

repatriasi akibat kemalangan atau keilatan kekal keseluruhan. Adalah wajib bagi

setiap majikan menginsuranskan semua pekerja asing mereka di bawah SPPA dan

sekiranya gagal, denda akan dikenakan di bawah Seksyen 26(2) Akta Pampasan

Pekerja 1952. Mengikut Seksyen 26(6) Akta Pampasan Pekerja 1952, jika disabit

dengan kesalahan ini, majikan akan didenda tidak lebih dari RM20,000 atau penjara

tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Majikan memerlukan jaminan insurans ini kerana bagi memastikan

mendapatkan kelulusan permit pekerjaan (calling visa) pekerja asing dari Jabatan

Imigresen Malaysia, adalah wajib bagi majikan menyerahkan Jaminan Insurans

kepada Jabatan Imigresen. Jumlah Jaminan Insurans mestilah sama dengan kos

penghantaran pulang pekerja asing ke negara asalnya jika besabit kesalahan di bawah

Akta Imigresen.

JENIS KEMALANGAN NILAI TUNTUTAN PAMPASAN

Kematian RM18,000 atau 60 kali gaji bulanan yang mana lebih


rendah serta tambahan RM7,000. Perbelanjaan
pengkebumian jika pekerja tidak mempunyai waris -
Perbelanjaan sebenarnya atau RM1,000 yang mana
lebih rendah.

Keilatan Kekal RM23,000 atau 60 kali gaji bulanan yang mana lebih

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 12

Keseluruhan rendah

Keilatan Sementara Mengikut kadar pampasan yang diperuntukkan


Keseluruhan/Separa di bawah Seksyen 8(e) Akta
Pampasan Pekerja 1952 - RM165 atau 1/3 gaji bulanan
yang mana lebih rendah di dalam tempoh keilatan atau
5 tahun yang mana lebih rendah

Kemasukan Hospital Mengikut kadar pampasan yang diperuntukkan


Perbelanjaan Perubatan di bawah Seksyen 15(3) Akta
Pampasan Pekerja 1952 - RM750

Insurans Kemalangan Diri a. Kematian RM23,000


(diluar waktu bekerja)
b. Keilatan Kekal Keseluruhan RM23,000

Perbelanjaan Repatriasi RM4,800 yang mana lebih rendah

Jadual 1 : Sebahagian Jadual Pertama Akta Pampasan Pekerja 1952

CARUMAN PERKESO

Menyebut tetang aspek keselamatan di tapak bina, ia merupakan satu topik

yang cukup luas untuk diperbincangkan. Menurut Pertubuhan Keselamatan Pekerja

(PERKESO) pada tahun 2000 sebanyak 159 kes kemalangan maut dicatatkan dan

bilangan ini menurun tahun berikutnya kepada 89 kes. Tahun 2002 menyaksikan

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 13

sebanyak 88 kes kematian dilaporkan dan meningkat pada tahun 2003 kepada 95 kes.

Pada asasnya peratus kes kemalangan yang dilaporkan oleh PERKESO menunjukkan

angka yang mencemaskaan iaitu tahun 2000 adalah 15.8 peratus kepada 9.3 peratus

pada tahun 2001, 10.3 peratus tahun 2002 dan 11.4 peratus pada tahun 2003.

Peratusan kemalangan maut dalam sektor pembinaan masih tinggi berbanding

dengan industri-industri lain seperti sektor pengangkutan dan sektor perlombongan

(Pertubuhan Keselamatan Pekerja 2000-2004). Kerajaan hari ini mengumumkan

kenaikan kadar pencen antara 0.6 peratus dan 11.3 peratus kepada 206,585 orang

penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perlindungan PERKESO mengutamakan kepada pekerja yang mempunyai

pendapatan kurang daripada RM2000. Pekerja tersebut juga hendaklah bedaftar

dengan pihak PERKESO. Kontraktor hendaklah memastikan pembayaran caruman

dilakukan dan resit pembayaran tersebut hendaklah disimpai sebagai rujukan.

PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim

Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan

memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk

penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim

Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau

kematian akibat sebarang sebab. Objektif kedua-dua skim keselamatan sosial ini

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 14

adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang

tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan.

Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih

dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO

mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Memastikan semua pekerja yang

diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka dibayar.

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja

yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada

seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat

yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu

perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.

Perlindungan PERKESO ini adalah hanya untuk pekerja warganegara

Malaysia dan Permaustautin Tetap sahaja. Berikut merupakan kategori pekerja yang

dikecualikan dari liputan oleh PERKESO.

 Kakitangan kerajaan

 Pekerja khidmat rumah

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 15

 Bekerja sendiri

 Pekerja asing

 Tuan punya dan pasangan kepada syarikat persendirian atau

perkongsian

Majikan dikehendaki menyimpan segala butir berikut bagi tiap-tiap bulan

untuk setiap pekerja;

 Nama

 Pekerjaan

 Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu

 Bahagian caruman pekerja

 Gaji bulanan

 Elaun

JENIS CARUMAN KATEGORI PENCARUM

Jenis Pertama Untuk pekerja yang berumur kurang


daripada 55 tahun. Caruman dibayar oleh
(Skim Bencana Pekerjaan dan Skim
majikan dan pekerja untuk Skim Bencana
Pencen Ilat)
Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Jenis Kedua - Untuk pekerja yang berumur

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 16

(Skim Bencana Pekerjaan Sahaja) lebih daripada 55 tahun dan masih


bekerja

- Untuk pekerja yang berumur


lebih daripada 50 tahun ketika mula-mula
mendaftar danmencarum dengan
PERKESO

- Orang Berinsurans yang


menerima pencen ilat yang masih bekerja
dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji
bulanan purata sebelum mengidap
keilatan. Di bawah jenis ini caruman
dibayar oleh majikan sahaja untuk
perlindungan di bawah Skim
Bencana Pekerjaan.

Jadual 2 : Jenis caruman dan kategori pencarum yang layak menerima

PERBEZAAN FASAL 34 DAN FASAL 35

Secara menyeluruh terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikenalpasti

antara Fasal 34 dan Fasal 35 ini.

KLASIFIKASI FASAL 34 FASAL 35

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010


POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 17

Pemberi - Syarikat Insurans - Pihak PERKESO


Perlindungan

Jumlah - > RM2000 - < RM2000


Pendapatan

Kelayakan - Berdaftar dengan pihak - Hendaklah berdaftar dengan


Umum syarikat insurans pihak PERKESO
- Setiap pekerja yang - Warganegara Malaysia
bekerja dengan pihak
kontraktor

Pekerja - Penyelia Tapak - Kontraktor


- Pembantu Teknikal - Tukang

Jadual 3 : Perbezaan Fasal 34 dan Fasal 35.

KESIMPULAN

Setelah pemerhatian dan pembacaan serta penilaian secara menyeluruh

dilakukan, apa yang dapat dikenalpasti dan disimpulkan disini bahawa kontraktor
C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 18

hendaklah mengambil polisi insurans dari mula tempoh bekerja sehingga tamat

keseluruhan kerja yang dilakukan. Melalui pengambilan insurans dan mendaftar

dengan PERKESO, pekerja akan dilindungi secara menyeluruh apabila sebarang

kejadian yang tidak diingini berlaku tidak kira kecalakaan yang kecil atau besar.

Selain daripada itu, dengan pengambilan polisi ini, pekerja juga dapat

melindugi ahli keluarganya apabila pekerja tersebut terlibat dengan kemalangan.

Pihak PERKESO akan membantu untuk memberikan pampasan dan secara tidak

langsung mengurangkan beban dari segi kewangan.

Pengambilan polisi ini adalah amat penting. Hal ini bertujuan untuk

memastikan setiap pekerja dilindungi dari segi kebajikan keselamatannya. Pihak

kontraktor memainkan peranan yang amat penting dalam hal ini. Kelalaian pihak

kontraktor akan menyebabkan berlakunya masalah pada masa akan datang.

LAMPIRAN

C 4006 | ATURCARA KONTRAK DAN PENGUKURAN BAHAN 2 DKA5A / JULAI 2010

You might also like