You are on page 1of 2

ABSTRAK

Kemahiran lisan merujuk kepada pertuturan atau percakapan seseorang. Kemahiran


lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi
menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang murid itu perlu menguasai
kedua-dua kemahiran ini. Kemahiran bertutur merupakan satu aspek yang amat
penting dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Penyelidikan tindakan ini adalah memantapkan kemahiran bertutur Bahasa pasar ke
Bahasa baku melalui kaedah penggunaan multimedia bagi murid tahun dua. Dalam
era globalisasi ini, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna
dengan penggunaan bahan media cetak dan bahan media massa. Penggunaan
bahan media memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran
bertutur dengan cara yang betul. Oleh itu, kajian ini telah difokuskan terhadap murid
tahun dua sebagai kumpulan sasaran di SK St Mark, Butterworth. Dalam hal ini,
kajian ini telah dibuat untuk membetulkan serta memantapkan kemahiran bertutur
dalam kalangan murid-murid melalui penggunaan multimedia semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian
pra, ujian pasca, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Proses pengajaran dan
pembelajaran kajian ini telah dilaksanakan selama beberapa minggu dengan
menggunakan bahan media cetak dan massa. Kesimpulannya, kajian ini telah
menunjukkan bahawa penggunaan multimedia sangat berkesan untuk
memantapkan kemahiran Bahasa pasar ke Bahasa baku.

;

. ,
. ,
.
.

.
.
.
.
, ,
. &
(1988)
.
. , ,
.

. ,
.

You might also like