You are on page 1of 5

INISIATIF YANG PERLU DITINGKATKAN

Infrastruktur

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk


mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana
Menteri, Dato Seri Mahathir Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran
Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap
sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup
kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain
itu , murid dan guru haruslah mempunyai akses yang mencukupi kepada peralatan
ICT. Kerajaan juga perlu menyediakan sistem pendidikan dengan platform
pembelajaran dan meningkatkan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi
penggunaan perkhidmatan ICT. Kerajaan haruslah meningkatkan jaringan lebar jalur
yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT.

Kemahiran dan pengetahuan guru

Untuk mengintegrasikan pembelajaran dan pengajaran ICT ini memerlukan


sokongan dari semua pihak sama ada pelajar, guru mahupun pihak pentadbir
sekolah. Justeru itu kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan latihan kepada
semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
menyokong pembelajaran murid. Guru yang berpengalaman sepatutnya memberi
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), taklimat khas atau pun hands on penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua guru mempunyai
kompetensi asas dalam ICT. Mengintegrasikan ICT di bilik darjah merupakan
cabaran kemanusiaan berbanding mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan
dan kemudahan ICT.

Bagi memastikan pengintegrasian penggunaan teknologi Pendidikan menjadi lebih


berkesan , Pusat Kegiatan Guru (PKG) haruslah memberi khidmat bantu dan
sokongan kepada guru dalam melaksanakan PdP Abad ke-21 seperti mewujudkan
sikap kerjasama antara Juruteknik Komputer PKG dengan guru. Juruteknik Komputer
PKG haruslah memastikan peralatan ICT sekolah dapat berfungsi dengan baik dan
memberi tunjuk ajar kepada guru tentang penggunaan makmal komputer dengan
betul. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang
ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di
kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya
menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer
digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian
Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu
mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya
dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif
PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah
disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses
P&P.

Pada asasnya, cabaran bukan hanya berkaitan dengan membantu guru


mengoperasi alat teknologi, tetapi membantu guru-guru memperolehi pengetahuan
dan kemahiran tentang ICT. Sebenarnya ruang lingkup penggunaan ICT di sekolah
bukan saja semasa mengajar malah dalam hal pengurusan, pemarkahan,
penyimpanan data dan urusan-urusan lain sekolah. Penggunaan ICT dalam
pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk menyampaikan isi kandung
matapelajaran bukan alat bagi mengantikan peranan guru dalam mendidik pelajar.

Penghasilan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Peranan dan sokongan pihak sekolah


Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P
bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada
pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk
budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi
kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran
dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di
sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini
membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru
dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak
perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap
kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur
Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada
matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan
komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi
(Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan
matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan
pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-
aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang
pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum
yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan
peralatan secara berterusan. Program pembangunan sekolah harus selari
dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian
Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
seharusnya dilibatkan bagi menyebarluas kaedah dan inovasi PdP berasaskan
ICT di dalam pelaksanaan PdP Abad ke-21 kepada sekolah ahli. Mereka juga
perlu memastikan sekolah ahli melaksanakan program pembudayaan PdP Abad
Ke-21 melalui penggunaan teknologi pendidikan berasaskan ICT.
.
Pemimpin sekolah harus melaksanakan program galak guna inisiatif ICT KPM dan
aplikasi ICT di peringkat sekolah oleh guru semasa P&P dijalankan. Selain itu,
pemimpin sekolah juga haruslah memantau status pencapaian pelaksanaan
inisiatif ICT KPM dan merancang pelan intervensi mengikut keadaan setempat
berdasarkan pencapaian SSQS.
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh
pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah
berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan
aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah
untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu.
Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan
untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan
instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-
guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan
peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan
pelan pembangunan sekolah.

Peranan pelajar

Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-


laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh
mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti
dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan
kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka indeks laman web untuk
membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada World Wide Web seperti
tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan
bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan
dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan -bahan yang ada pada
laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar
berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain
melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan
perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek . Maklumat
ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya
dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
Peranan Masyarakat

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus


menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan
akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri
merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat
nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian
pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk
meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus
menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi
mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-
guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.

You might also like