You are on page 1of 2

Sejarah mempengaruhi ekonomi dan sosial di Semenanjung Malaysia

Pertumbuhan ekonomi Britian di Semenanjung Malaysia mendesak keperluan tenaga buruh


dan penduduk tempatan tidak dapat memenuhi keperluan tersebut. Hal ini telah menyebabkan
pihak British menggalakan kemasukan buruh asing secara besar-besaran dari wilayah
sekeliling seperti Negara China dan India. Penghijrahan imigran India secara besar-besaran ke
Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai
diperlukan dalam bidang pertanian, khususnya tanaman getah. Maka oleh sebab itulah jumlah
masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu. Kerajaan British di Negeri-
negeri Selat tidak banyak menghadapi masalah membawa masuk buruh-buruh itu ke Tanah
Melayu kerana pada ketika itu India berada di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI). Ini menyebabkan semua urusan dapat dikendalikan dengan mudah dan lancar.

Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukan imigran Cina ini ditambah lagi
dengan pemerintahan kuasa British di Pulau Pinang dan Singapura yang telah memudahkan
lagi kemasukan imigran. Kehadiran modal asing terutamanya dalam perusahaan getah dan bijih
timah merupakan faktor yang penting penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu menjelang
abad ke-19 dan awal abad ke-20.Akibat daripada perkembangan Revolusi Perindustrian di
Britain, permintaan terhadap bahan mentah seperti getah dan bijih timah membuka banyak
kawasan pertanian dan lombong, dan ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai
juga. Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan
ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran Cina ke Tanah Melayu.

Setelah membawa masuk buruh Cina dan India, British melaksanakan dasar pecah dan
perintah untuk memelihara dan mempercepatkan kewujudan perbezaan dalam etnik, ekonomi
dan politik dalam masyarakat Malaya. Dasar ini menempatkan kaum Cina di bandar, kaum India
di ladang-ladang dan kaum Melayu ditempatkan di pedalaman. Menurut Hagiwara (1972)
dasar-dasar ini telah mengasingkan ketiga-tiga komuniti ras-etnik dari satu sama lain kecuali
dalam kegiatan penukaran ekonomi dalam perniagaan. Dasar tersebut mengongkong komuniti
Melayu kepada agama Islam, tradisionalisme dan ekonomi sara hidup sementara mereka
menggalakkan penglibatan orang Cina dan India dalam sektor-sektor moden dalam ekonomi
iaitu perusahaan bijih timah dan getah.

Ekonomi hari ini menggambarkan keunggulan utama sistem kolonial British. Ekonomi secara
umumnya dibahagi kepada dua bahagian yang luas iaitu sektor yang maju contohnya sektor
urban, bijih timah dan pertanian perladangan dan sektor pertanian yang tidak maju. Orang
bukan melayu seperti orang Cina adalah dikelaskan sebagai kategori pertama manakala orang
Melayu yang bertani secara tradisional akan menduduki kategori kedua. Perbezaan ekonomi
mengikut ras dalam sistem ekonomi sekarang dapat dilihat sebagai kesan daripada sistem
kolonial British. Pekerja-pekerja Melayu melebihi 50 peratus yang menduduki sektor pertanian
seperti bercucuk tanam sara diri. Sebaliknya, orang Cina di bandar menguasai sektor
petengahan seperti perniagaan, pembuatan domestik, perlombongan, dan pembinaan.
Kebanyakan orang India pula bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan getah dan orang India
yang tinggal di bandar terlibat dalam perniagaan dan bidang profesional.

Selain itu, petunjuk yang menggambarkan ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan etnik di
Malaysia adalah pola pemilikan harta dalam sektor pertanian dan perindustrian. Menurut Purcal
(1975:67), pemilikan harta orang Melayu dalam sektor pertanian hanya sebanyak 14 peratus
sahaja dari jumlah keluasan tanah dan majoriti terdiri daripada pekebun-pekebun kecil dalam
sektor bukan koporate. Dalam sektor koporate, pertanian menggunakan teknologi yang tinggi
dan canggih yang mana pemilikan harta orang Melayu sangat kecil iaitu 0.3 peratus berbanding
orang asing iaitu 71 peratus , 26 peratus orang Cina dan 5 peratus orang India. Dengan
perbezaan pemilikan harta ini, tidak hairanlah muncul perbezaan-perbezaan dari segi
pendapatan per kapita antara kelompok-kelompok ras. Pendapatan orang Melayu pada tahun
1958 hanya merupakan 30 peratus berbanding dengan 54 peratus bagi orang Cina dan 13
peratus bagi orang India (Silcock, 1958).

Pola-pola perbezaan ini masih kekal sehingga hari ini walaupun pelbagai usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan dan membasmikan status-status ascriptive yang
berkaitan dengan ketidakseimbangan ekonomi antara kelompok-kelompok etnik di Malaysia.
Pola pembahagian pendapatan pada 1970 menunjukkan pendapatan purata isi keluarga orang
Melayu adalah kurang dari setengah jumlah pendapatan isi keluarga orang Cina yang mana
kurang sedikit dari pendapatan purata isi keluarga orang India.

Tidak dapat dinafikan kesan ke atas kedatangan imigran Cina di Tanah Melayu. Banyak kongsi
gelap di Tanah Melayu berasal dari negara China dan di bawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi
gelap dihubungkan dengan ajaran konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme. Penubuhan kongsi
gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan
pergaduhan dan hubungan yanag tidak baik. Antara konfliknya, sentimen perpaduan yang kuat,
perbezaan monopoli pekerjaan, pergaduhan, dan mencetus keadaan yang ektremis ini kerap
kali menimbulkan masalah dan ketegangan terhadap masyarakat tradisional Melayu.

You might also like