You are on page 1of 8

Model Psikopendidikan

Psikologi dalam pendidikan adalah sangat penting sebab ia boleh


membantu guru untuk memahami tugas-tugas dan tahap perkembangan kanak-
kanak. Setiap kanak-kanak itu merupakan individu yang unik, mempunyai
kebolehan dan keupayaan yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
Lazimnya, sekiranya guru menggunakan bahan-bahan seperti ini ia akan
meningkatkan lagi pengalaman dan kognitif mereka.

Semasa membuat penilaian terhadap kanak-kanak ini, guru atau penilai


perlu mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan keupayaan mental,
emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Ia boleh diadakan dengan mengadakan
sesi soal jawab dengan kanak-kanak yang terbabit atau ibu bapa atau pengasuh
atau dengan memerhati dengan sendiri tingkah laku kanak-kanak. Guru juga
boleh menilai seorang kanak-kanak dengan mengadakan aktiviti yang
bersesuaian dengan kanak-kanak itu. Guru boleh memerhati cara seseorang
kanak-kanak bertindak balas dengan aktiviti yang diberikan. Sebagai contoh,
guru boleh memerhati cara kanak-kanak berhubung dan bermain dengan kawan-
kawannya. (Adakah dia mudah merajuk dan menangis?) Sekiranya kanak-kanak
bertindak secara abnormal, perkara yang perlu diberikan padanya ialah motivasi
dan peneguhan. Sekiranya kita membiarkan kanak-kanak membuat apa yang
diinginkan adalah satu tindakan yang salah. Ini adalah kerana kanak-kanak tidak
tahu samada apa yang dilakukan itu betul ataupun salah. Disamping itu, ia juga
tidak akan memberi sebarang perubahan jika tidak diberi motivasi atau
peneguhan. Kita sebagai orang dewasa harus menunjukkan jalan yang betul
pada kanak-kanak. Selain dari itu, kita juga harus memberi sokongan pada
kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan emosi (Asas psikologi
Perkembangan, 1994). Sokongan merupakan motivasi yang penting dalam
model ini. Misalnya kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan emosi perlu
diberi bimbingan dan guru harus berbincang dengan kanak-kanak itu. Jika perlu
guru harus mengadakan sesi kaunseling dengan kanak-kanak yang bermasalah
supaya kita dapat tahu punca sebenar kanak-kanak menghadapi sesuatu
masalah.
Model Ekologi

Model ini merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitarannya.


Menurut Kaufmann(1989), model ini merujuk kepada konsep psikologi
pesekitaran. Ia juga mengenalpasti konteks sosial kanak-kanak tersebut. Model
ini juga mengesyorkan interversi awal bagi kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan tertentu yang ditujukan terhadap sistem sosial kanak-kanak
tersebut termasuk rumah, sekolah dan komunitinya. McCormick (1997)
menegaskan terdapat dua tujuan asas bagi model penilaian ini iaitu:

a. Mengumpul maklumat berkaitan pendidikan, sosial dan budaya


masyarakat setempat di mana kanak-kanak terlibat secara langsung
dalam persekitaran tersebut.
b. Menentukan sumber dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak
bagi penglibatan dan menerima kebaikan yang maksimum daripada
aktiviti di sekolah dan persekitaran yang lain.

Oleh itu, perkembangan setiap kanak-kanak dipengaruhi oleh kehendak atau


harapan yang terdapat pada persekitarannya. Hal ini adalah kerana sesetengah
persekitaran menekankan kemahiran motor dan ada juga yang menekankan
aspek sosial atau komunikasi. Beberapa aspek perlu diberi penekanan terhadap
persekitaran kanak-kanak iaitu:

a. harapan keluarga kanak-kanak tersebut


b. kebudayaan kanak-kanak tersebut

c. tahap penyertaan yang diharapkan berdasarkan umur serta


ketidakupayaan kanak-kanak tersebut

Faktor persekitaran ini mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan


kemahiran dan tingkahlaku sesetengah kanak-kanak. Sebagai contoh sekiranya
John tinggal berdekatan jiran yang kanak-kanaknya belajar menunggang basikal
pada peringkat umur yang rendah, maka John juga akan bermotivasi untuk
berbuat demikian. Jika kanak-kanak tinggal bersama keluarga yang suka mandi
laut, maka kanak-kanak tersebut akan mempunyai keinginan dan terangsang
untuk belajar berenang atau terlibat dalam sukan air.

Oleh itu, penilaian dalam model ekologi ini menitikberatkan kemahiran yang
diperlukan oleh kanak-kanak tersebut bagi menyesuaikan diri dalam
persekitarannya. Penilaian ini juga mempunyai 4 kebaikan kerana:

a. penilaian ini adalah berdasarkan beberapa ujian yang dikumpulkan dan


dilihat kesimpulannya pada semua aspek yang dinilai.
b. Ia mefokuskan perhubungan antara keperluan kanak-kanak dengan
persekitarnnya,

c. Ia meningkatkan kesedaran terhadap kerumitan tingkahlaku yang


dahadapi oleh seseorang individu.

d. Ia dapat meningkatkan kebolehpercayaan terhadap penilaian yang telah


dilakukan kerana ia melibatkan lebih daripada satu jenis ujian.
Proses penilaian kanak-kanak:
Langkah 1: Penilaian pengesanan.
Penilaian pengesanan dapat dilakukan atau dijalankan oleh semua orang
seperti ibubapa, guru prasekolah, pihak perubatan dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan, penilaian pengesanan biasanya berlaku di rumah, bilik darjah
atau tempat-tempat yang kanak-kanak meluangkan masa yang banyak.

Menurut Pierangelo & Giuliani (1999), terdapat tiga cara bagi mengesan
kanak-kanak yang kurang berupaya dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya
adalah seperti berikut:
1. Pihak sekolah mungkin sangsi terdapat kelakuan seseorang kanak-kanak
dan meminta kebenaran dari ibubapanya bagi melakukan penilaian
selanjutnya. Hal ini berlaku apabila pencapaian atau keputusan seseorang
murid didapati berkurangan berbanding dengan rakan-rakannya.
2. Guru kelas mengenalpasti tentang simptom menerusi masalah-masalah
yang ditimbulkan oleh seseorang kanak-kanak tersebut dalam kelasnya.
Contohnya, hasil kerja seseorang murid itu didapati berada di tahap
rendah dan tidak selaras dengan perkembangannya. Selain tingkah laku
dan perasaan murid tersebut terganggu sebab tidak boleh membelajar.
Manakala, strategi dan cadangan oleh kaunseling dan bimbingan didapati
tidak berkesan.
3. Ibu bapa kanak-kanak mungkin menelefon atau menulis surat ke sekolah
atau pihak pengurusan pendidikan khas bagi meminta melakukan
penilaian atau pemeriksaan ke atas anaknya. Hal ini berlaku sebab ibu
bapa merasa bahawa anak mereka tidak mengalami perkembangan yang
sepatutnya. Selain itu, ibu bapa juga dapat melihat masalah yang dialami
oleh anak mereka dalam pembelajarannya. Jadi, apabila ibu bapa
meminta bagi proses penilaian, pihak sekolah patut membantu dan
mengikuti proses penilaian tersebut. (Pierangelo R. & Giuliani G.A., (2002)
ms:9)

Selain itu, penilaian pengesanan ini berlaku secara tidak formal. Penilaian
secara tidak formal biasanya digunakan bagi mengesan sebab ia senang
dilaksanakan dalam rutin kelas sambil mempelajari aktiviti dalam kelas. Teknik
penilaian tidak formal juga boleh digunakan bila bila masa tanpa sebarang
gangguan.

Ibubapa boleh membuat pengesanan terhadap anak mereka semasa di


rumah dengan memerhatikan tingkah laku yang diraguinya dan menyenaraikan
tanda-tanda ketidaupayaannya. Selepas mengumpul hasil pemerhatian, ibubapa
boleh memberikan dapatan tersebut kepada guru prasekolah.

Dalam bilik darjah pula, guru boleh melakukan pemerhatian dengan


menggunakan kaedah pemerhatian, senarai semak, teknik anekdot dan
sebagainya. Contohnya dalam kaedah pemerhatian, guru prasekolah memerhati
secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan, aspek pertumbuhan dan
pencapaian kanak-kanak. Aspek perkembangan yang perlu diperhatikan adalah
dari segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif dan sebagainya. Pemerhatian
ke atas kanak-kanak perlu direkodkan tanpa pengetahuan kanak-kanak.

Contoh lain dalam penilaian pengesanan oleh guru adalah senarai semak.
Senarai semak adalah cara mudah bagi menilai kemajuan kanak-kanak. Guru
boleh membina dan membentuk senarai semak bagi menilai pencapaian sesuatu
matlamat, kemahiran dan konsep. Berikut adalah contoh senarai semak
kemahiran mendengar:
Kemahiran mendengar Selalu Kadang- Tidak
kadang pernah
Kanak-kanak dapat mengikut arahan
lisan.
Dapat mengikut dua arahan lisan.
Dapat mengulang dua bunyi yang
sama.
Kanak-kanak boleh mengingat rentak
dan seni kata lagu.
Dapat mengingat idea utama dalam
cerita yang diperdengarkan.
(Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, 2003, ms: 131-132)

Selepas guru menggunakan pelbagai kaedah dan mendapatkan


maklumat maka, dia akan menyediakan satu laporan. Laporan tersebut akan
membantu para pakar dalam proses penilaian diagnosis dalam menentukan jenis
ketidakupayaan kanak-kanak tersebut. Jadi, gabungan pemerhatian ibubapa dan
guru prasekolah dapat membantu ke peringkat penilaian yang seterusnya.
Langkah 2: Penilaian diagnostik:
Ujian diagnostik pendidikan pemulihan ialah satu jenis ujian formatif yang
melaluinya data-data yang diperoleh akan menunjukkan kelemahan tertentu
yang menyulitkan proses pembelajaran seseorang murid. (Syed Abu Bakar Syed
Akil (1997), ms:141). Penilaian ini akan dilakukan oleh pakar-pakar psikologi
kanak-kanak, pakar terapi, psiakitri dan sebagainya.

Penilaian diagnostik dapat dijalankan dengan menggunakan hasil dapatan


daripada ibubapa, guru prasekolah dan pihak perubatan tertentu. Pakar-pakar
akan mengaplikasikan dan membuat analisis terhadap jenis ketidakupayaan
kanak-kanak dengan lebih mendalam dan secara khusus. Selepas membuat
penilaian diagnosis, pakar-pakar akan menyediakan satu laporan bagi
mengesahkan jenis ketidakupayaan kanak-kanak tersebut. Penilaian diagnosis
dilakukan bagi menentukan jenis ketidakupayaan secara spesifik dan membantu
mencari tempat yang sesuai di pusat-pusat mengikut jenis ketidakupayaan
mereka.

Contohnya, seorang kanak-kanak dikesani iaitu mengalami masalah


dalam pengamatan Matematik. Jadi kanak-kanak itu akan menduduki penilaian
diagnostik bagi mengetahui kelemahan secara spesifik. Contoh borang ujian
diagnostik Matematik tersebut boleh dilihat dalam lampiran 1. (Syed Abu Bakar
Syed Akil (1997), ms: 252-257).

You might also like