You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SILABUKAN, LAHAD DATU

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER

DIBAWAH KENDALIAN UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SILABUKAN, LAHAD DATU

DENGAN KERJASAMA

MURID-MURID TAHUN 6
1.0 PENGENALAN

Di dalam bilik pusat sumber,keceriaan dan keadaan persekitaran yang cantik


merupakan antara komponen yang sangat diminati murid. Ia merupakan saluran
pengantara yang baik bagi kanak-kanak bersemangat melawat ke pusat sumber
serta datang untuk menggunakan pusat sumber. Justeru itu, dengan adanya sudut
pusat sumber yangceria ini murid-murid mendapat peluang untuk merasai suasana
pusatsumber yang menarik dan bermaklumat. Keceriaan pusat sumber ini juga
diwujudkan agar dapat mewujudkan suasana kondusif dalam bilik pusat sumber
disamping memberi manfaat kepada guru dan murid-murid.

Diharapkan agar dengan adanya bilik pusat sumber yang ceria ini, ia akan
menjadikan pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber lebih berkualiti dan
pembelajaran murid-murid lebih bermakna.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran bilik pusat sumber yang menarik dan
kondusif.

3.0 OBJEKTIF

i. Memenuhi masa lapang murid-murid tahun 6 selepas UPSR.


ii. Meningkatkan penglibatan murid-murid di pusat sumber.
iii. Mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam bilik pusat sumber.
iv. Menambah sudut pembelajaran dan informasi dalam bilik pusat sumber.

4.0 TARIKH

10 Oktober hingga 13 Oktober 2014

5.0 TEMPAT

Pusat Sumber
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER

PENAUNG

En. Abd. RahmanBin. Hj. Ag. Bakar

PENGERUSI
Pn. Luin Manuil

TIMB. PENGERUSI I
Cik. Rusmah Yee

TIMB. PENGERUSI II
Pn. Rukinah sukardi

TIMB. PENGERUSI III


Cik. Serimah Selamat

SETIAUSAHA

Pn. Valendretta Sandhu

6.1 Ahli Jawatankuasa Kerja


Pengerusi
Pn. Luin Manuil

Penyelaras Program
Pn. Valendretta Sandhu

AJK Maklumat

Cik. Rabiatul Mohmad Toha

AJK Keceriaan

Cik. Hur Hazzaakinah Jumaat

7.0 PELAN TINDAKAN


Berikut merupakan pelan tindakan dalam Projek keceriaan Pusat Sumber ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


Mengecat bangunan Pusat
Kerjasama daripada
Sumber.
1 10 Okt 2014 AJK Maklumat &
Menyediakan maklumat Keceriaan
Menyediakan maklumat
Memurnikan sudut-sudut
Kerjasama daripada
yang sedia ada.
2 13 Okt 2014 AJK Maklumat &
Menampal maklumat- Perhiasan.
maklumat yang telah
disediakan.

11 & 12 OKTOBER 2014 adalah aktiviti mengecat bangunan Pusat Sumber


Sekolah kerana dalam jangkaan ianya tidak akan selesai dalam satu hari.
Oleh yang demikian, hujung minggu yang ada akan dimanfaatkan
sepenuhnya.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERALATAN

BIL ITEM UNIT HARGA UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH


1 Cat ( 5 L) 2 tin RM 65.00 2 x RM65.00 RM130.00
2 Tinner 1 tin RM 14.00 1 x RM14.00 RM 14.00
3 Roller 4 btg RM 4.00 4 x RM 4.00 RM 16.00
4 Cat ( 1L) 8 tin RM 16.00 8 x RM16.00 RM 128.00
5
TOTAL RM 288.00

9.0 PERBELANJAAN MAKANAN

Makanan ( 10 Oktober 2014 ) - 53 orang x RM 2.50 = RM132.50

Makanan ( 13 Oktober 2014 ) - 53 orang x RM 2.50 = RM 132.50

Air Mineral - 10 kotak x RM10.00 = RM100.00

JUMLAH = RM365.00

Jumlah Perbelanjaan Peralatan :RM288.00

JumlahPerbelanjaan Makanan :RM 365.00

Jumlah Keseluruhan :RM653.00


10.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya sudut bercerita di dalam bilik pusat sumber dapat menarik
minat murid untuk berkunjung ke pusat sumber dan mengasah bakat dalam bidang
bercerita dan seterusnya membina suasana pembelajaran murid-murid yang seronok
dan gembira.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak


adalah diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita pusat sumber ini.

Disediakan oleh,

......................................... .........
( VALENDRETTA SANDHU )
Penyelaras Projek Keceriaan Pusat Sumber ,
Guru Perpustakaan & Media,
SK. Silabukan.

Disemak oleh,

..........................................
( PN. LUIN MANUIL )
Pengerusi Projek ,
GPK 1,
SK. Silabukan.

Disahkan oleh,

.......................................
( EN. ABD. RAHMAN BIN. HJ. AG. BAKAR)
Guru Besar Cemerlang,
SK . Silabukan.

You might also like