You are on page 1of 2

Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran


sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang
mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat
memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan
kemahirankemahiran,
pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu.
Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta
meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses
perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat
refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.
Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu
amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap
tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji
dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah.
Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi
lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan
mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat
refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu
tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas
balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan
mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau
mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran
dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi
kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari
sumbersumber
lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu
cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses
membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti
pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang
pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Maka, portfolio
pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional
dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga
guru. Khazanah harian ini bernilai berlian jika digilap tetapi bagai kaca jika
disalut debu atau terbiar sahaja.
Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2
106
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk
menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah
mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh
diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak,
dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus
kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap
berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

You might also like