You are on page 1of 2

ISU PEMANTAUAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, antara isu ketidaksediaan guru dalam


menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah adalah kurangnya pemantauan amali daripada pihak
atasan seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di mana
pihak atasan hanya mahu melihat laporan secara bertulis walaupun jadual pemantauan secara
amali telah disediakan pada awalnya (Fakhri & Mohd Isha 2016). Kekurangan pemantauan
secara amali oleh pihak atasan dan pihak pentadbir sekolah dilihat boleh menyumbang kepada
kecairan maklumat tentang PBS oleh guru dan seterusnya keraguan semasa proses penilaian
dijalankan oleh guru untuk pentaksiran dijalankan. Guru sepatutnya menjalankan penilaian
berdasarkan tatacara atau panduan yang telah disediakan untuk menjalankan pentaksiran.
Namun, akauntabiliti penilaian boleh dipersoalkan memandangkan kurangnya ruang untuk guru
menilai hasil penilaian mereka apabila kurangannya pemantauan amali. Maklum balas atau
nasihat semasa pemantauan amali dilihat boleh membantu sekolah dalam melaksanankan
penambahbaikan (Ehren & Shackleton 2016). Pemahaman guru mengenai pelaksanaan PBS di
sekolah boleh ditingkatkan apabila adanya maklum balas terhadap penilaian mereka dan
seterusnya dapat membantu mereka dalam menjalankan proses penilaian dalam pentaksiran
dengan lebih berkesan.

ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI KALANGAN GURU

BEBAN GURU

Melalui perlaksanaan PBS, ini bermakna tugas guru akan semakin bertambah dan akan
menyebabkan tugas hakiki guru sebagai pengajar akan tergendala.Guru berperanan sebagai
pendidik dan pengajar. Melalui sistem PBS, ini meliputi tugas pentaksiran dan pelaporan
pentaksiran dalam sistem SPPBS yang perlu dilakukan oleh guru untuk sepanjang tempoh
persekolahan(Asraf Mubarak,2013).Tugas guru semakin bertambah dengan pentaksiran yang
perlu dilakukan sepanjang tahun,dimana guru perlu mengajar (tugas hakiki),menaksir dan
memberi skor kepada para pelajar.Ada kalanya,guru juga perlu melakukan tugas pengkeranian
seperti membuat kertas kerja,merekod kemajuan ,mengisi kehadiran dan lain-lain.Bebanan
semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan penting di sekolah dan dalam masa
yang sama perlu menghadiri mesyuarat,kursus-kursus atau program yang meliputi bidang KSSR,
PBS dan lain-lain. Ada guru yang menyatakan mereka tidak dapat menghabiskan kurikulum
kerana masa tidak mencukupi dan kebanyakan guru mengajar kelas yang mempunyai lebih 35
orang murid. Selain itu program sekolah yang kerap diadakan pada waktu persekolahan sedikit
sebanyak mengganggu perancangan guru dalam melaksanakan pentaksiran (Fakhri & Mohd Isa,
2016). Guru juga perlu melaksanakan tugasan PBS di luar waktu sekolah ataupun dirumah.Ini
sekaligus memberi tekanan kepada guru tersebut dimana mereka terpaksa mengorbankan waktu
bersama keluarga untuk membuat PBS di rumah.
ISU MASYARAKAT

Menurut kajian Penataran dan Penambahbaikkan PBS oleh Lembaga Peperiksaan secara
atas talian pada tahun 2014 mendapati ibu bapa dan guru kurang memahami PBS. Ia
merangkumi kaedah perlaksanaan PBS, cara pengiraan skor PBS dan instrumen yang dinilai. Ibu
bapa masih mengikut kepada acuan pendidikan gaya lama iaitu tahap pencapaian pelajar hanya
diukur berdasarkan peperiksaan bertulis semata. Ibu bapa tidak menyedari bahawa skor
pencapaian PBS adalah secara menyeluruh kerana ia merangkumi domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Pemahaman ibu bapa terhadap PBS boleh diterapkan sekiranya guru dibimbing dan
dipantau dengan baik (Noor Syuhadah Maskan, 2013). Secara umumnya tahap tertinggi
pencapaian di dalam PBS adalah memerlukan pelajar untuk membuat rekabentuk ujikaji (band 6)
berdasarkan permasalahan yang diberi. Pelajar memerlukan bimbingan dan sokongan yang
sangat tinggi daripada ibu bapa dan guru bagi mencapai tahap tinggi tersebut. Sokongan daripada
ibu bapa adalah faktor utama dalam memastikan kelangsungan aktiviti secara fizikal pelajar (Bo
Shen, Erin Centeio, Alex Garn, Jeffrey Martin, Noel Kulik, Cheryl Somers & Nate McCaughtry
2016). Beberapa langkah boleh diambil bagi memastikan ibu bapa sedar akan kepentingan PBS.
Antaranya ialah pihak sekolah perlu mengadakan taklimat berkaitan PBS sewaktu Hari Jalinan
Mesra, Mesyuarat PIBG dan sebagainya. Diharapkan dengan usaha ini dapat membantu
golongan masyarakat terutamanya ibu bapa dalam memahami PBS sekaligus menggalakkan
anak-anak mereka untuk mencapai yang terbaik di dalam PBS.

You might also like