You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG KALI 1 / 2013

TARIKH : 08 JANUARI 2013


HARI : SELASA
MASA : 1.15 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK. KUALA KUPANG

KEHADIRAN :

01. EN. MUSTAFA B AZIZ


02. US. ZAKIYUDDIN BIN AHMAD
03. EN. ANUAR BIN AHMAD
04. EN. ALLIAS BIN ISMAIL
05. EN. ISMAIL BIN ABD RAHMAN
06. EN. OMAR BIN ISMAIL
07. PN. NORHASYIDAH BT. MAT SALLEH
08. PN. NORIZAH BT YAAKOB
09. EN. SHAHARUDDIN B ABU BAKAR

I. UCAPAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakiyudin b Ahmad.


2. Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan tahniah di atas
perlantikan dan kepercayaan pihak sekolah kepada jawatan kuasa yang dilantik.
3. Mengharapkan semua guru supaya dapat mendisiplinkan murid dengan mengambil
tindakan yang betul dan berkesan apabila terdapat sesuatu permasalahan
4. Data SSDM ponteng sekolah hendaklah dihantar ke PPD mengikut waktu yang
ditetapkan.
5. Guru Kelas dan Jawatan kuasa Disiplin Sekolah mesti ada hubungan yang rapat supaya
permasalahan dapat diatasi bersama dan segera.

ii. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

6. Setiausaha membentang minit mesyuarat yang lalu untuk disemak dan disahkan
7. En. Allias bin Ismail mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Pn. Norizah bt.
Yaakob. Majlis bersetuju.

iii. PERKARA BERBANGKIT

8. En Ismail b. Abd Rahman mengingatkan semula cadangan membaca doa sebelum pulang
dan dibuat rakaman suara murid untuk membaca doa. Keputusannya akan diputuskan
kemudian.
Bacaan doa pagi akan dibaca oleh pengawas yang bertugas.
9. Buku Rekod Salah laku perlu ada dan akan dicetak dan diliminitkan.
iv. GARIS PANDUAN SALAH LAKU

11. Perlu dibukukan. Semua AJK perlu ada dan satu salinan hendaklah diletakkan di bilik
guru.

v. BUKU REKOD SALAH LAKU MURID

12. Gunakan buku yang baru untuk tahun 2012 kerana terdapat perubahan dengan buku yang
lalu.
13. Merekodkan kesalahan murid, ianya amat penting untuk Kementerian bagi menangani
dan mengetahui sesuatu masalah.
14. Semua murid hendaklah dimaklumkan tentang disiplin sekolah.

vi. HAL-HAL LAIN

15. Pengawas- pengawas perlu diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan masa semasa
menjalankan tugasan yang diberikan.
16. Pintu pagar kedua hendaklah ditutup pada jam 7.45 pagi. Waris tidak dibenarkan masuk
ke kawasan sekolah kecuali hari hujan.
17. Guru-guru dinasihatkan supaya menangani masalah disiplin dengan tindakan yang bijak
dan tidak mengikut kehendak emosi.
18. Guru-guru yang bertugas juga dikehendaki berada di pintu pagar sekolah waktu pagi dan
sebelum pulang dari sekolah (sekolah penyayang).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh,

..

(US ZAKIYUDDIN B AHMAD)

Setiausaha Disiplin SKKK 2013

-2-
-2-

You might also like