You are on page 1of 2

RUMAH ANAK KESAYANGAN SEMBULAN PERLU

PERHATIAN

GAMBAR KENANGAN BERSAMA WARGA RUMAH ANAK KESAYANGAN SEMBULAN

KOTA KINABALU, 7 Nov. - Anak-anak yang berada di Rumah Anak Kesayangan


ini sebilanganya adalah mereka yang pada awalnya di kalangan pelajar yang
terlibat dengan masalah sosial seperti rokok dan dadah. Ini menyebabkan
mereka tercicir dalam alam persekolahan, ujar Ustaz Amran Sudin, Pengetua
Rumah Anak Kesayangan (RAK) dan Madrasah Waqaf Islamiah Sabah. Warga
RAK keseluruhannya di Sembulan ini adalah seramai 85 orang yang terdiri
daripada anak-anak yatim, mualaf dan bermasalah sosial dalam lungkungan
umur 4 tahun hingga 18 tahun. Anak-anak lelaki seramai 26 orang ditempatkan
di rumah berasingan memandangkan rumah yang ada di Sembulan amat terhad
di samping menitikberatkan nilai-nilai Islam. Lawatan Team MYVOC yang
dijalankan hanya di rumah anak-anak perempuan kerana anak-anak lelaki
terlibat dengan aktiviti di luar kawasan.

Memandangkan terdapat anak-anak yang tidak bersekolah, pihak pengurusan


berusaha mencari ruang untuk penempatan sebaik-baiknya. Harapan Ustaz
Amran agar sebolehnya mereka belajar sekurang-kurangnya sehingga lepasan
SPM untuk kelangsungan hidup akan datang. Anak-anak yang kecil sempat
didaftarkan ke sekolah kerajaan dan kebanyakan mereka bersekolah di SK
Sembulan. Di samping itu, beliau berusaha mencari tempat untuk anak-anak
belajar ilmu dalam bidang kemahiran seperti di GiatMara kerana kini mereka
mempunyai produk yang sedia ada iaitu roti dan sos dan perlu dikembangkan
lagi dengan pelbagai jenis kemahiran untuk membantu menambah dana demi
menampung segala kos dan sara hidup di RAK.

Puan Aini, seorang ibu tunggal yang berasal dari Daerah Ranau bertugas sebagai
Penyelia sepenuh masa dan juga Pengasas RAK bersama arwah suami tahun
2008. Beliau berasa terharu kerana dalam keadaan yang serba kekurangan,
anak-anak RAK mampu dibanggakan antaranyapencapaian cemerlang mereka
dalam aspek pendidikan, anak-anak memperoleh keputusan cemerlang setiap
tahun dan antara top-10 di kalangan pelajar-pelajar lain. Mereka juga bergiat
aktif seperti menubuhkan kumpulan nasyid dan pernah menyertai pertandingan
serta jemputan membuat persembahan di banyak majlis sekitar Kota KInabalu.
Marilah kita sama-sama berganding bahu membantu anak-
anak ini...., ujar Puan Aini.

Cikgu Yahya Jaafar, seorang guru di SK Sembulan. Selain tugas mengajar di


sekolah, beliau menabur bakti dengan menjadi salah seorang sukarelawan
mengajar subjek matematik khususnya peringkat sekolah rendah kepada anak-
anak RAK. Walaupun beliau agak sibuk dengan tugas harian, atas rasa
tanggungjawab beliau selesa meluangkan masa bersama anak-anak RAK. Bagi
beliau, perkara yang amat membanggakan adalah anak-anak RAK yang belajar
di SK Sembulan adalah antara pelajar contoh. Didikan agama yang kukuh
menjadikan mereka seorang yang berdisiplin tinggi dan tidak menimbulkan
masalah malah mereka di kalangan pelajar yang mudah memahami pelajaran
dan seterusnya beroleh kejayaan.

WAJAH-WAJAH CERIA ANAK-ANAK RUMAH ANAK KESAYANGAN

Perkongsian bersama salah seorang warga RAK yang berumur 15 tahun (nama
disembunyikan) menyatakan bahawa selain menimba ilmu di Madrasah Waqaf
Islamiah Sabah, beliau turut membantu kerja-kerja di rumah. Antara tugas
sampingan yang diamanahkan, selesai pengajian adalah memasak untuk bekal
adik-adik yang bersekolah. Selain kerja-kerja rumah, saya membantu adik-adik
menyelesaikan kerja sekolah dan membantu memberi tunjuk ajar sekiranya adik-
adik kurang faham dalam sesuatu matapelajaran, tambahnya lagi.

Akhir sekali, Ustaz Amran amat berharap agar masyarakat luar turut membantu
dengan ikhlas khususnya yang berprofesyen sebagai guru menjadi sukarelawan
untuk membantu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak RAK dalam
menghadapi cabaran masa hadapan. Beliau amat bersyukur kerana pada zaman
ini ramai masyarakat tampil membantu meringankan beban dengan
membekalkan bahan-bahan asas seperti makanan mentah dan basah dengan
ikhlas atas sifat perikemanuasiaan.

You might also like