You are on page 1of 3

Laura Chapman

Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Child Creativity Expression)

Tajuk : Tokoh Kreativiti dan Pemikiran Kreatif (Laura H. Chapman)

Pengenalan; Setiap kanak-kanak menjalani proses pembesaran harus melepasi


beberapa aras. Setiap aras ini kanak-kanak akan mampu mempelajari sesuatu
secara tidak formal sebelum alam persekolahan dan secara formal semasa alam
persekolahan kreativiti mempunyai pelbagai maksud dan definisi.Kreativiti boleh
ditafsirkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta (Kamus Dewan,2005).
Kreativiti adalah ,menggunakan imaginasi untuk mencapai ke satu penyelesaian
masalah, cabaran, soalan atau tugasan yang asli. Terdapat juga tokoh kreativiti
berpendapat bahawa kreativiti ialahSatu penghasilan karya atau produk atau
ciptaan yang asli dan sesuai. Asli merujuk kepada yang original, karya atau
produk atau ciptaan yang tdak dijangkakan. Sesuai merujuk kegunaan karya
atau produk atau cipataan terhadap sesuatu keperluan (Sternberg, 1996)
Kreativiti seseorang individu itu merupakan satu proses kebolehan untuk
mencerna dan menghasilakan idea baru dan asli . Idea tersebut dihasilkan
melalui ilham atau gabungan idea yang ada. Kreativiti boleh terhasil sama ada
semasa penghasilan produk secara individu mahupun secara berkumpulan.
Ianya mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dalam
menghasilkan sesuatu yang asli dan bekualiti. Terdapat beberapa aspek yang
perlu ada semasa menjanakan kreativiti iaitu kelancaran(fluency), keluwesan
(flexibility), kejelasan (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance,1979).
Seharusnya aspek-aspek ini diteliti dan diaplikasikan semasa proses
menjanakan kreativiti seseorang individu. Kreatitivi bukan sahaja memberi
kebaikan kepada seseorang individu ataupun syarikat sahaja malahan ia
memberi impak yang amat besar dalam sesuatu masyarakat.

Masyarakat Negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakat boleh mencedok dan
mengubahsuai sahaja, tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan
memperbaharui (Mahathir, 1991).Kreativiti visualTerdapat beberapa orang tokoh
yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran kreatif dalam seni visual.
Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Beliau mempunyai reputasi
yang amat membanggakan dalam bidang seni visual. Malahan beliau amat
dikagumi dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang pelukis dan artis
elektronik. Laura merupakan seorang pakar dalam bidang pendidikan seni visual
terutama untuk golongan kanak-kanak. Beliau juga mempunyai pengalaman
mengajar dari peringkat individu dari awal umur prasekolahsehinggalah peringkat
dewasa. Ianya melibatkan pelajar dari luar bandar dan pelajar dari pinggir
bandar. Beliau mempunyai semngat untuk mengajar dan berkongsi ilmu kretiviti
seni visual beliau tanpa mengira kaum mahupun taraf masyarakat tersebut.
Laura H.Chapman juga turut terlibat dengan hasil kerja bersama dengan pihak
muzium . Selain itu Laura juga pernah terlibat selama15 tahun sebagai jurulatih

1
bagi pelajar-pelajar peringkat Sarjana Muda dan pelajar peringkat Sarjan di
Indiana University, University of Illinois dan University of Cincinnati. Laura H.
Chapman merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan 32 buah buku
dan beberapa artikel, .beliau bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat
tempatan malahan diperingkat antarabangsa. Beliau seringkali terlibat dengan
kerja-kerja mengenai dasar asas, meraka dan menyelaras kurikulum,
pembangunan sosial dan juga penilaian dalam seni visual. Diantara penerbitan
beliau yang dihasilkan ialah Adventures of Art yang mengandungi artikel-artikel
beserta dengan bantuan bergambarajah serta sumber pengajaran di sekolah.
Pada tahun

Pada tahun 1999 di satu majlis Textbook Excellent Award dan telah
diterjemahkan kepada bahasa Belanda dan Cina untuk peringkat pendidikan
sekolah rendah. Manakala teks beliau yang digunakan di peringkat pendidikan
tinggi university iaitu Approachesto Art in Education telah diterjemahkan kepada
bahasa Greek dan beberapa bahagian kepada Bahasa Arab. Polisi pembelajaran
beliau iaitu Instant Art Instant Culture: The Unspoken Policyfor American Schools
telah dipilih menerima anugerah Book of the Century in Education oleh pihak
panel kebangsaan yang diadakan di Museum of Education (Loftus, 2003).
LauraH.Chapman mula bergiat aktif dalam bidang seni visual kreatif ini semenjak
dari awal persekolahan beliau, seterusnya menjadi pelukis dan menyertai
pelbagai pameran dan pertunjukan secara solo di dalam negara. Beliau juga
merupakan ikon kreativiti seni visual.Beliau berpendapat bahawa seni itu penting
dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga telah dianugerahkan sebgai
Distinguished Fellow of the National Art Education dan sekali lagi dalam tahun
1997 beliau telah diisyitiharkan sebagai National Art Educator of the Year. Tahap
perkembangan KreativitiLaura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti
merupakan proses penghasilan. Oleh itu guru yang terlibat dengan seni visual
perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam menghasilkan karya. Guru
seharusnya bersedia dan mampu meguasai bidangnya. Laura mencadangkan 3
kaedah menghasilkan karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaan idea
(inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan
kemahiran menggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010).

Beliau juga ada menyatakan dalam bukunya Approaches to Art in Education


bahawa telah membuat satu analisis tentang teori-teori peringkat penghasilan
kerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa proses artistic adalah
merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens
(H.Chapman,1978) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Penjanaan
sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan
penghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan
hala tuju penghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap
pelajarnya tentang kaedah menjana idea. Pengolahan dan Pemurniaan
(Eleboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea
hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan
tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau

2
dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Pelajar
akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil
yang terbaik. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
Bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan
bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan
mengadakan demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Ia memberi sumbangan untuk membantu proses
perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi
dan intelektual. Melaluinya kita dapat mengembangkan bakat serta potensi diri
individu dalam diri setiap pelajar dalam menjadi anggota masyarakat yang
memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.

Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah dictator akan


menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-
guru yang mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang berpusatkan
kepada pelajar seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, berorientasikan
media dan kaedah panduan fasilitator. Ini jelas menunjukkankeupayaan dan
kesediaan setiap pelajar dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah
berbezaantara satu sama lain berdasarkan perkembangan mereka dari segi
usia, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Peranan guru adalah
untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah mereka
melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu
menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya
pengalaman mereka bertambah dari masa ke semasa.

Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus
mengajar dengan cara mereka belajar.

Bibliography H.Chapman, L. (1978). Approaches to Art Education. New York:


Harcourt Brace Jovanovich.Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Loftus, S. (2003). Art Educator Chapman and Artist
Paschke to Address Fall Conference.Wisconsin, United State of America:
Wisconsin Art Education Association Newsletter.Mahathir, T. (1991, Februari 28).
Wawasan 2020 : Malaysia Melangkah ke Hadapan(terjemahan).Maswan, D. S.
(2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open
UniversityMalaysia . Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia: Open University
Malaysia.Razali, R. J. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari.
Universiti PendidikanSultan Sternberg, R. W. (1996). How to Develop Student
Creativity.

You might also like