You are on page 1of 1

Bangunan dan binaan bersejarah banyak memberikan pengajaran kepada kita.

Ianya akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya,
bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan
hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang
dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita
lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu,
kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi.

Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek
pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat
asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini.

Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi
hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di
negara ini. Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor
pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara.

Lantaran itu peluang kerja turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong
ini. Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas
pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan
pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan
pelancong asing ini.

Masyarakat di negara in tidak akan berasa bimbang kehilangan kerja kerana mereka
mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula. Oleh itu, pengekalan bangunan
bersejarah mampu memastikan semua penduduk di negara ini memiliki pekerjaan.

You might also like