You are on page 1of 1

KONSEP AKAL A.

PENDAHULUAN Apabila diteliti tentang konsep keistimewaan dan


kelebihan manusia berbandingmakhluk lain ialah akal pemikiran. Berpandukan akal,
manusia dapat mencari ilmu sertamemandu mereka ke arah yang baik dan menilai
mana yang benar dengan yang salah.Kesesatan dan kemusnahan manusia juga
disebabkan mereka tidak menggunakanakal untuk tujuan yang baik. Lantaran itu,
akal yang bersifat positif jika diarahkan untukkebaikan, menjadikan seseorang itu
mulia, sekiranya pula diarahkan untuk tujuankemaksiatan dan kejahatan,
menyebabkan manusia itu binasa dan hina. Al-Quran menyebut banyak kali
berkaitan dengan akal dan Allah menyatakan tentangbukti-bukti kekuasaan-Nya
untuk manusia memikirkan dengan menggunakan akaluntuk mengkaji, mencari
ilmu dan mengukuhkan keimanan kepada-Nya, contohnya :Penciptaan buah-buahan
dan segala apa yang ada di dunia adalah untuk mereka yangmemikirkan dan suka
menggunakan akal.Sebagaimana firman Allah:Terjemahan : Dan dari buah tamar
(kurma) dan anggur, kamu jadikan daripadanyaminuman haram dan makanan serta
minuman yang halal; sesungguhnya pada yangdemikian itu terdapat satu tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan
akalnya.(Surah al-Nahl 16:67)Selain dari itu juga manusia yang tidak menggunakan
akal kearah kebaikanmenyebabkan mereka melakukan kemusnahan dan akan
mendapat azab daripada Allah.

Sebagimana firman Allah :Terjemahan : Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk
mengerjakan sembahyang,mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan
dan permainan. Yangdemikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak
berakal.(Surah al-
Maidah 5:58)
Melalui akal fikiran, manusia menggunakannya untuk mencari petunjuk serta
kebenaranseterusnya memilih mana yang baik untuk diikuti serta menjauhi dan
meninggalkanperkara buruk. Walaupun manusia mempunyai akal dan sentiasa
menggunakannya,sama ada dalam menjalani urusan kehidupan atau untuk mencari
kebenaran, namuntidak semestinya hasil pemikiran mereka menepati tujuan
sebenar serta mencapaimatlamat yang dimaksudkan dan diinginkan.Para nabi dan
rasul sahaja yang terpelihara pertuturan serta akal pemikirannyadaripada tersalah
dan menyimpang daripada kebenaran, baik dalam hal penghidupan didunia,
akhirat, perkara yang telah berlaku mahupun akan datang. Hal tersebut
keranabaginda tidak pernah bercakap atau berfikir mengikut hawa nafsu, semuanya
melaluiilham dan wahyu daripada Allah. Manusia biasa melakukan kesalahan ketika
berfikir,bercakap serta dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan membuat
keputusan. Inidisebabkan kelemahan akal dan ilmu pengetahuan yang dikurniakan
kepada merekasangat sedikitFirman Allah:Terjemahan : Dan kamu tidak diberikan
ilmu pengetahuan, melainkan sedikit sahaja.(Surah al-
Isra 17:85)

You might also like