You are on page 1of 20

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tingkatan 3

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI


UNIT 1: PILIHAN KERJAYA
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.

Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.


Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus
dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma
Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.

Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.

Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya


Internet.

Iklan di surat khabar.

Internet.

Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.

Program karnival atau Minggu Kerjaya.

Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang


Kelayakan akademik.

Minat dan potensi

Pengalaman/kemahiran.

Pengaruh persekitaran.

Faedah sampingan.

Taraf hidup.

Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya


Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.

Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan


kursus yang hendak diambil.

1
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.

Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti


kokurikulum.

Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang


diceburi.

2
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL


Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat
keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.

Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi


membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.

Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh


dipercayai.

Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat
keputusan.

Pilihan Jurusan
Sains
o Enam mata pelajaran teras.

o Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for
Science and Technology (EST).
Teknikal
o Enam mata pelajaran teras.

o Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.


Sastera
o Enam mata pelajaran teras.

o Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan


Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
Agama
o Enam mata pelajaran teras.

o Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.

Kesan Keputusan Yang Bijak Dan Adil


Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.

Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.

Meringankan beban masalah.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan.

3
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.

Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.

Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.

4
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.


UNIT 3: TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap Keluarga
Patuh dan taat terhadap ibu bapa.

Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

Menjaga maruah diri dan keluarga.

Saling membantu dalam keluarga.

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Keluarga


Mencari nafkah untuk keluarga.

Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.

Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.

Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

Amalan Kasih Sayang Terhadap Keluarga


Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.

Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.

Saling menyayangi antara anggota keluarga.

Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.

Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Dan Melindungi Keluarga


Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah.

Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.

Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.

Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Keperluan Ahli Keluarga

5
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Keperluan Fizikal

o Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan,


hiburan dan perubatan.

Keperluan Mental

o Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung


sesuatu perkara.

Keperluan Emosi

o Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata


perangsang.

Keperluan Rohani

o Didikan agama dan nilai-nilai murni.

6
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT


UNIT 4: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.

Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal


alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.

Langkah-Langkah Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar


Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah
biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula,
mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan
taman negara.

Antara Agensi Yang Bertanggungjawab Memelihara Dan Memulihara Alam Sekitar


Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Alam Flora Sdn. Bhd.

Jabatan Alam Sekitar


Peranan

o Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.

o Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam


sekitar di dalam dan luar negara.

Tanggungjawab

o Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.

o Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi
Eksklusif 1984.

Aktiviti Manusia Yang Menjejaskan Alam Sekitar


Penerokaan Hutan

o Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian


pindah.

7
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Aktiviti Perindustrian

o Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng


bukit.

8
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

UNIT 5: KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH


ALAM SEKITAR
Pencemaran Udara
Punca

o Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

Kesan

o Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.

Pencemaran Air
Punca

o Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

Kesan

o Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.

Pencemaran Darat
Punca

o Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan


sampah sarap.

Kesan

o Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.

Pencemaran Bunyi
Punca

o Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan


perindustrian.

Kesan

o Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.

Contoh-Contoh Bencana Alam


Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

Kesan-Kesan Bencana Alam

9
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman


musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

10
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA


MALAYSIA
UNIT 6: ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
Adat Resam Pelbagai Kaum
Kaum Cina

o Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian


angpau.

Kaum Melayu

o Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai
inai untuk pengantin.

Kaum India

o Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin


perempuan kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.

Kaum Iban

o Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah
mayat, melukis tatu.

Kaum Kadazan

o Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk


mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.

Pantang Larang Pelbagai Kaum


Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-
temurun.
Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan
malapetaka berlaku.
Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan
nasihat dan pengajaran.

Kaum Melayu

o Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.

o Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.

Kaum Cina

11
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

o Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.

o Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.

Kaum India

o Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.

o Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.

Kaum Iban

o Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.

o Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.

Kadazan

o Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.

o Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

12
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


UNIT 7: JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

YANG DIPERTUAN AGONG- MAJLIS RAJA-RAJA

KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA

BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)

BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan


Berkanun, Badan Bukan Berkanun.

BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi


Malaya (Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
(Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen)

Tugas-tugas

Perundangan (Legislatif)

o Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang,


membahaskan rang undang-undang.

Pelaksana (Eksekutif)

o Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan,


menerima dan melaksanakan arahan.

Kehakiman (Judisiari)

o Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan


perbicaraan awam.

Suruhanjaya Diraja

o Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada


suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.

o Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau
jabatan kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat
penambahbaikan.

o Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan


membuat cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih
cekap dan bertanggungjawab.

13
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

o Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri
daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti
kehakiman, politik, sosial dan akademik.

o Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan


secara terbuka.

14
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

UNIT 8: KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA

Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.

Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang
timbalan menteri.

Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian


menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

Antara Kementerian-Kementerian Di Malaysia


Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

o Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan


Awam, Polis Diraja Malaysia.

Kementerian Kewangan

o Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan


Eksais Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

o Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan


Pendaftaran Negara.

Kementerian Pertahanan

o Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan


Latihan Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja
Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

o Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.

Kementerian Kerja Raya

o Jabatan Kerja Raya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

o Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia,


Jabatan Pertanian Malaysia.

Kementerian Luar Negeri

15
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

o Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Kementerian Belia dan Sukan

o Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis
Sukan Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.

Kementerian Pengajian Tinggi

o Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,


Lembaga Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan


Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan
Warisan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kementerian Kesihatan

o Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut


Jantung Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan,
Jabatan Kesihatan Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

o Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia,


Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia.

Kementerian Pelancongan

o Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

o Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan


Pembangunan Wanita.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

o Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia,


Jabatan Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard
Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

16
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN


UNIT 9: MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
Ancaman Dalaman
Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.

Kumpulan militant atau puak ekstremis.

Kegiatan jenayah.

Kebanjiran pendatang asing.

Kegiatan rasuah.

Pemalsuan dokumen.

Penyalahgunaan teknologi.

Ancaman Luaran
Kegiatan lanun di perairan negara.

Kekacauan politik.

Pengaruh budaya barat.

Masalah alam sekitar.

Serangan mata wang.

Serangan penyakit-penyakit kritikal.

Jenayah siber atau bahan-bahan porno.

Kesan-Kesan Ancaman Dalaman


Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.

Merosakkan masa depan generasi muda.

Meningkatkan kadar jenayah.

Menggugat keselamatan negara.

Menjejaskan ekonomi negara.

17
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Kesan-Kesan Ancaman Luaran


Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.

Merosakkan akhlak dan moral remaja.

Menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Mengancam nyawa manusia.

Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.

SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Nam)


Mengecam keganasan.

Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.

Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.

Pertubuhan Negara-Negara Islam (Oic)


Menyeru ke arah keamanan.

Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.

Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( Pbb)


Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.

Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.

Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.

18
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

UNIT 10: MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN


ANTARABANGSA (IHL) DIPRAKTIKKAN
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen
Geneva 1949.

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk


melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian,
tawanan perang, hal-hal berkaitan agama.

Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Peraturan-Peraturan Asas Dalam Ihl


Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan
penuh rasa kemanusiaan.

Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak
berupaya.

Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan


perubatan.

Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.

Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.

Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.

Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam
dengan tentera.

Pertubuhan Yang Memberikan Bantuan Kemanusiaan


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

MERCY Malaysia.

Yayasan Salam Malaysia (SALAM)

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Pencabulan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


Membunuh orang awam semasa peperangan.

Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.

Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.

19
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3

Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.

Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.

Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

20

You might also like